13

Fantasy Completed 2144

"tidak mungkin Puteri Veorah akan berbuat seperti itu di istana.. Beta pasti keluarga angkat puteri menjaga puteri dengan akhlak baik"

"tapi Tuanku, itu mungkin saja berlaku.. untuk memberikan ia pada keluarga angkatnya..lalu membuat keluarga angkatnya menjadi kaya"

"mustahil.. Beta pasti firasat Beta.. biar Beta bertemu dengan Puteri Veorah sekarang."

"baik.."

apa pulak jadi sekarang ni..

.....

"Veorah.. ayahanda nak jumpa"

"t-tapi.. keadaan aku macam ni ke?"

"takpe.. bukannya kau comot pun, kau tak busuk.. bukannya tak mandi"

"yelah yelah..tolong aku pergi tempat duduk"

"tak payah.. sini je.."

"yelah"

ayahanda dah masuk..
Veoca pulak keluar..

"Veorah.. keadaan kamu dah ok ke?"

"sudah bertambah baik"

"Beta ada pertanyaan"

"silakan tanya"

"kelmarin kamu ada masuk bilik Rose?"

"ada.. dia yang bawa"

"kamu buat apa dalam bilik dia masa tu?"

"lepas masuk bilik dia, saya tak duduk.. dia pergi bilik air sekejap.. tak lama lepas tu dia suruh saya keluar"

"ada dia buat lepas dia keluar bilik air?"

"dia ada keliling badan saya.. tu je"

"baiklah.."

dia usap kepala aku..
tenangnya..

"cepat sihat.."

"baik ayahanda"

ayahanda dah keluar..
kenapa ayahanda tanya pasal aku masuk bilik Rose..
ada apa-apa yang berlaku ke?

"Veorah.. jom pindah.."

"hah?.. p-pindah mana?"

"pergi bilik aku.. Gundik Rania nak geledah bilik kau.."

"t-tapi kenapa?"

"ada hal jadi.. nanti dalam bilik aku, aku cerita"

"ok.."

aku cuba berdiri..

"jomlah.. aku dukung kau"

"hehe.. tak payahlah.. aku ni taklah ringan.. susahkan kau je"

"kau adik aku.. aku tak kisah pun.. jom"

dia dah dukung aku..
uff.. malu..
takpelah.. abang aku juga..

dah sampai..
wah.. wangi gilerr bilik Veoca..

"kau rehat sini.. aku keluar kejap.. nanti aku masuk balik"

"ok"

penting sangat ke hal tu..
kenapa pulak nak geledah bilik aku..
sememangnya aku dah sorokkan benda penting..
pfft..

hah.. Veoca masuk bilik..

"sini aku cerita apa jadi"

"hah apa?"

"Rose kata gelang yang Kerajaan Api bagi dia hilang,dia cakap orang lain terakhir yang masuk bilik dia tu.. kau.. betul ke masuk bilik dia"

"dia yang tarik.. lepas tu dia masuk bilik air. keliling badan aku.. dan suruh aku keluar.. masa tu aku tak bergerak ke mana-mana pun..aku berdiri diam-diam"

"mungkin ada salah faham..takpe, aku pasti kau tak bersalah"

"ermm."

ni sengaja buat ke...memang tak sengaja kejadian ni jadi..

"kau buat apa keluar tadi?"

"aku suruh diorang kemas balik bilik kau yang diorang sepahkan"

"oh.."

"dah dah.rehat.. jangan risau pasal diorang,aku ada dekat sini"

"ok.."

.....

sekarang dah tengah hari..
tak siap-siap lagi ke geledah bilik tu..
aku dah makan tengah hari dan ubat.

"Veorah.ayahanda nak jumpa kau dekat ruang istana"

"k-kenapa?"

"nanti kau tau.. jom aku angkat kau"

"t-tapi..aku malulah kalau kau angkat aku.."

"dah tu.. tak kan nak biarkan ayahanda tunggu lama.. takpe, bila dah nak dekat ruang istana, aku turunkan kau.. dan kau mula jalan sendiri"

"oklah"

macam yang Veoca cakap tadi..
aku mula jalan sendiri..
penat jugalah..
dengan keadaan aku berjalan yang lemah lagi..
dengan selesema aku lagi

"ayahanda, Veorah sudah sampai"

"ketua ahli sihir.. kamu boleh periksa Puteri Veorah"

seseorang menunduk..
dia ada baca mantera depan aku..
nak buat apa ni..

"ampun Tuanku, patik mendapati gelang Puteri Rose tidak ada pada Puteri Veorah"

eleh..
korang fikir aku gila ke nak curi barang orang..
aku dididik dengan baik ye..

"Tuanku.. patik merasa, lebih baik pelayan mencari gelang Puteri Rose di bilik Puteri Rose.. kerana, mungkin Puteri Rose secara tidak sengaja tercicir gelangnya"

Veoca bagi idea..
ya.. itu idea bernas..

"baiklah.. Beta terima cadangan kamu.. pelayan, periksa bilik Puteri Rose.. Veoca, Veorah. duduk dulu sementara menunggu pelayan selesai"

aku tunduk..
Veoca bantu aku duduk dan duduk di sebelah aku

'hatchi.. hatchu'
nasib baik aku ada bawa sapu tangan..
kalau tak terjangkitlah orang dengan selesema aku ni..
terutama Veoca..
.....

lama juga pelayan tu periksa..
dalam 30 minit..

"Tuanku, patik menjumpai gelang Puteri Rose di bawah katil puteri.."

hah.
kan Veoca dah agak..
tercicir tanpa sedar..
aku tak gila nak mencuri..

"berikan kepada Puteri Rose"

gelang dah ada pada Puteri Rose..

nasib baiklah aku tak dihukum tanpa bukti..
aku suka cara ayahanda..
dia tanya pada dua pihak..
bukan macam Raja Langit tu..
nampak bukti je hukum..
ada saksi pun hukum..
tak tanya dua pihak..
padan muka negara dia tak harmoni..
jahat juga aku ni.

"Rose, lepas ni hati-hati..jangan menuduh sembarangan. . bonda kamu tu risau sebab kamu"

"ampun Tuanku.. patik akan lebih berhati-hati lepas ni"

"Veoca.. bawa Veorah dalam bilik dia"

"baik Tuanku"

.....

"Veoca, kau tak latihan ke hari ni?"

"cuti lagi"

"mana boleh macam tu..nanti prestasi kau kurang baik"

"tapi aku risau pasal kau"

"Brenda kan ada.. tak kan dia nak biarkan aku tak terjaga"

"takpe..aku nak juga jaga kau.. aku boleh bawa buku sejarah kerajaan dekat sini..kan"

"kalau macam tu.. belajarlah dekat sini.. aku takkan kalau aku susahkan kau"

"jangan cakap macam tu.. kau tunggu kejap"

"ok"

dia ambil buku yang patut dia belajar..
aku harap dia risaukan aku sebagai adik dia..
bukan sebagai pengganti nyawa dia

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience