3

Fantasy Completed 2144

"Tuanku.. patik mohon,jangan tangkap kami Tuanku.. patik memang benar bukan anakanda Tuanku.."

"Beta tidak percaya kata-kata kamu.. kamu pasti menipu Beta..bawa mereka sekarang.."

kitorang dah kena kepung..
nak lari pun entah ke mana..
kang aku guna kuasa aku, ayahanda tahu pula pasal aku..
haisy

tangan kitorang kena ikat..
mulut pun diikat..
kejam..

.....

"masukkan puteri ke dalam penjara..yang lain biar di sini"

ayahanda..
memang tak berubah.
selalu buat keputusan bodoh..
ikut suka dia je..
tahulah dia Raja..
tapi janganlah suka suki nak masukkan orang dalam penjara..
isy..

lelaki tadi yang hantarkan aku..
dia tengok sekeliling

"Tuanku..jangan risau, patik akan selamatkan Tuanku.. patik tidak akan membiarkan perkara dulu terjadi lagi.. patik akan datang semula nanti.."

pasti benar aku ni Puteri Stilveorah..
tapi macam mana ae..

'Tuanku'

kus semangat..
aku tengok bahu aku..
alahai comel..
comel sangatlah saiz badan Rash ni..
tak sangka boleh kecil sangat..
dia buka ikatan dekat mulut aku..

"sejak bila kau ada dekat sini?"

"tadi saya masuk dalam rambut Tuanku.. takde yang perasan.."

"pandai kau cari tempat bersembunyi.."

"lagi pun rambut Tuanku panjang.. senang sikit nak bersembunyi.. hehe"

dia buka ikatan tangan aku..
hrm...
sekarang nak buat apa ae?
nak lepaskan diri, dapat ke..

"jangan risau Tuanku..saya ada jalan untuk keluar.."

"kau pernah pergi sini ke?"

"tak.. tapi saya boleh cari jalan.. tunggu saya keluar kejap.."

untung kau kecil..
kan bagus kalau aku pun boleh mengecil..

.....

"Tuanku.."

"Rash.. kau dah jumpa jalan keluar?"

"dah cuma, saya tak jumpa kunci penjara ni.. macam mana nak keluarkan Tuanku.."

"kau boleh kecilkan aku?"

"maksud Tuanku, kecil macam saya?"

"ya.."

"hrmm.. saya cuba"

tak lama lepas tu..

wah..
aku dah kecil..

"comellah Tuanku jadi kecil.."

"hey dah.. jom keluar.."

ye ke aku comel macam ni..
hehe..
jadi orang kerdil dah aku..

Rash tarik aku..
jadi aku berlari..
penat gaklah lari..
sebab jadi kerdilkan..
tu yang panjang perjalanan berlari..

.....

huh
huh
penat..

"Tuanku..saya ada cadangan.."

"apa?"

"kita jumpa Permaisuri Flora..kita minta tolong Permaisuri Flora..mesti permaisuri akan tolong"

"perlu ke minta tolong dengan permaisuri?"

"Tuanku rasa ayah, ibu dengan Nessa boleh lepas ke kalau Raja tahu Tuanku dah terlepas.."

"ok.. janji dengan aku.."

"janji apa Tuanku?"

"janji dengan aku yang kau tak kan khianati kepercayaan aku terhadap kau.. kalau kau buat aku terperangkap,aku akan cari kau lepas tu bunuh kau.."

"patik berjanji dan bersumpah bahawa patik tidak akan mengkhianati Tuanku.. dan patik akan menerima hukuman berat daripada Tuanku jika patik melanggar janji dan sumpah.."

"bagus.. sekarang jom jumpa Permaisuri Flora.."

"jom Tuanku.."

Rash Rash..
bilalah kau nak panggil aku Rah... aku tak suka pun kena panggil Tuanku..
suka hati kau lah Rash.

"saya akan guna kuasa saya untuk balik istana Flora.. Tuanku tutup mata.."

"ok"

aku dah tutup mata..
dan aku janji tak kan buka mata..

eh eh..

"Tuanku.. kita dah sampai."

aku..aku pening..
aku dah bertukar pada bentuk asal aku..

"Tuanku pening ke?.. ni mungkin disebabkan kuasa saya tadi.. maaf Tuanku."

"tak-takpe.. jom jumpa Permaisuri sekarang.."

"Tuanku tak nak berehat dulu ke?"

"tak.. takde masa nak berehat lagi.. aku tak nak kalau kita lambat, diorang bertiga dah takde.."

"baiklah Tuanku.."

"Tuanku Permaisuri.. patik mendapati Puteri Veorah berada di sini.. bersama.."

"biar mereka masuk.. pasti ada hal mustahak yang Beta perlu bantu.."

"baik Tuanku.. patik segera membawa mereka menghadap Tuanku.."

tergesa-gesa orang tu berjalan..
tak nak kalau Tuanku Permaisuri marah..
hanya langkah berjaga-jaga..

"terima kasih kerana membenarkan kami menghadap Tuanku Permaisuri.."

"kamu Velrash.. pasti disebelah kamu itu Puteri Ozell,Puteri Veorah."

"ya Tuanku Permaisuri.."

"apa hajat kamu berdua bertemu Beta?"

"kami ingin memohon pertolongan untuk melepaskan tiga rakyat Ozell daripada ditahan Raja Steven.."

"Raja Steven?.. Raja Kerajaan Langit.. ada masalah apa?"

Rash memandang aku..
kau nak aku yang bercakap ke Rash?

"Raja Steven mengatakan Puteri Veorah ialah puterinya.. Puteri Veorah telah menyangkal kenyataan itu.. lalu Raja Steven tidak menerima sangkalan daripada Tuan Puteri.."

"lalu apa terjadi?"

"Raja Steven menangkap patik, Tuan Puteri,ayah,ibu serta adik angkat Tuan Puteri.."

"sungguh keputusan tidak bijak.. Beta akan membantu kamu berdua.. Beta tidak dapat membantu hari ini.. bolehkah kalau kita menemui Raja Steven esok?"

Rash pandang aku lagi..
aku menunduk sayu..

"Puteri Veorah..jangan risau, Beta akan memastikan keselamatan mereka terjaga.. itu janji Beta.."

"baiklah Tuanku Permaisuri..terima kasih atas kemurniaan hati Tuanku Permaisuri membantu puteri yang lemah ini.."

"kamu tidak lemah Puteri Veorah..cuma masa kamu belum sampai.. Beta cadangkan kamu tidurlah di istana pada malam ini.. Beta turut risau keselamatan kamu berdua.."

aku menggaru kepala yang tak gatal..
kalau aku tak terima tawaran Tuanku Permaisuri,aku nak tidur mana..

"terima kasih Tuanku Permaisuri.."

"orang Beta akan membawa kamu ke bilik masing-masing"

.....

"sekejap.. biar saya dengan kawan saya ni berborak kejap.. nanti kamu tunjuk bilik dia ya.."

"baiklah tuan puteri.. jika inginkan pertolongan, ada dayang-dayang yang akan membantu.. mereka berada di luar bilik.."

"baiklah.."

aku letakkan Rash atas meja..
orang tadi dah keluar..
pintu bilik pun dah kena tutup..
besarnya bilik..
ni mesti sebab dekat istana..
bilik dekat rumah taklah besar mana..
tapi tetap selesa..
hah..
rindu pulak dengan diorang bertiga..

"Tuanku,jangan risau.. saya pasti Tuanku Permaisuri akan mejalankan apa yang dia cakap.."

"aku percaya kau.. hah malam ni.."

"kenapa dengan malam ni Tuanku?"

"kau kena tidur sini."

"mana boleh.. Tuanku perempuan,saya lelaki.."

"alah.. kau ni, diorang tahu ke kau lelaki?"

"entah.."

"apa-apa jelah.. yang pasti kau kena tidur dalam bilik ni.. aku tak nak kalau kau lari masa aku takde dengan kau.."

dia buat lagak menepuk dahi..
itu comel..

"ok Tuanku.. tapi saya kena ada tanah baru boleh tidur.."

"tu.."

aku tunjuk satu pasu..

"kau tidur dalam pasu tu.. kau jangan nak lari.."

"hrmm.. baiklah Tuanku..saya turutkan.."

"bagus.. sekarang aku nak mandi.. kau jangan pandai-pandai buat hal tengok aku.."

"saya bukan seorang yang suka mengambil kesempatan..jangan risau Tuanku.."

siap kau,kalau aku tahu kau mengintip aku..

.....

"Tuanku.."

"apa Rash?"

dahlah aku tengah mandi.
masa ni juga kau nak bercakap dengan aku..

"dayang-dayang bagi baju.. nak letak mana?"

kenapalah tak bagi awal-awal..

aku ambil tuala..
buka sikit pintu..
kepala dikeluarkan..
tengok dulu..
mana tahu Rash saja nak kenakan aku..

betul betul ada baju..
aku hulur sebelah tangan aku..

"bagi sini.."

Rash dengan menutup mata bagi baju tu..
ini bagus..
tak ambil kesempatan

"terima kasih Rash"

"sama-sama Tuanku.."

.....

"wah.. cantiknya Tuanku.. kalau Putera Kerajaan Flora nampak, pasti tergoda.."

"mengarutlah kau..cara aku pakai ni betul ke?.. kang salah, aku juga jadi bahan lucu"

"betullah cara Tuanku pakai..sempurna"

aku menilik wajah di cermin..
ya.. aku akui aku cantik..
hehe..

"Tuanku, apa kata Tuanku pakai cucuk sanggul ni.."

cucuk sanggul mama lah..
aku ambil cucuk sanggul tu..
dan sematkan di rambut..
macam padan, macam tak padan aku pakai...

"sekarang Tuanku dah lebih sempurna.."

'tok. tok. tok'

'tuan puteri.. ini patik.. Tuanku Permaisuri ingin berkunjung..'

Tuanku Permaisuri datang..
buat apa?

aku bukakan pintu..

"wah, indah sekali"

indah?
apa yang indah?
bilik ni ke?
tak kan Tuanku Permaisuri tak pernah masuk bilik ni.

kami duduk di bangku..
Tuanku Permaisuri pegang tangan aku..
tiberr aku rasa takut..

"indah.. itu yang Beta nampak pada puteri.. seperti Beta melihat Permaisuri Harina..puteri mirip bonda puteri.."

"terima kasih atas pujian Tuanku Permaisuri.."

Tuanku Permaisuri hanya menatap wajah aku..
Tuanku Permaisuri ni rapat ke dengan mama...
macam rapat..

"ingin saja Beta mempunyai puteri menantu seperti puteri.tapi,Beta tidak boleh memaksa puteri.. hrmm.. kawan puteri ni tidak tidur di bilik dia kah?"

"ya Tuanku Permaisuri..patik takut dia melarikan diri bila tidak bersama patik.."

"tapi, kawan puteri ini lelaki.."

tercengang aku..
lelaki?..
sejak bila Tuanku Permaisuri tahu..

"kami tidak akan melakukan apa-apa.. hanya tidur.. dan kami tidak sekatil.."

"Beta tidak melarang.. Beta juga rasa selamat jika puteri mempunyai teman.. makan malam akan dihantar sekejap lagi.."

"terima kasih Tuanku Permaisuri.."

"Beta keluar dahulu.. esok Beta akan selamatkan keluarga angkat puteri.. tidurlah dengan aman.."

"baiklah Tuanku Permaisuri.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience