19

Fantasy Completed 2144

'STRACCCKK'

OH TI.. DAAAAAAK..

"kenapa kamu tidak berjalan lebih baik.. kamu patutnya hormat pada Beta.. lihat baju ini, kotor.. dan baju koyak kamu, rasakan karma yang kena pada kamu.. sengaja membuat hati Beta murka"

"ampun Tuanku.. patik tidak sengaja"

"tidak sengaja?!"

'STRACCKK'

"kamu membuat beta murka.. kamu jangan berani muncul di ruang istana dengan baju kamu seperti ini.. pelayan, mari pergi"

jahat..
JAHAAAAT!!!
sampai hati Gundik Angela koyakkan baju aku..
dahlah aku kena jumpa Putera Kerajaan Flora

aarrgghh..
tadi aku tak sengaja terlanggar dia..
lepas tu dia tolak aku dan pijak gaun aku sampai koyak..
dan tadi,, dia tambahkan koyakkan tu..
dasar gundik jahat.. aku tak kan baik dengan aku nanti..
tengok je nanti..

.....

dah setengah jam berlalu..

'Tuanku'

'argh'

terkejut aku..
dia ni..

"Rash.. kau dah balik dekat aku.."

"kenapa Tuanku dekat sini?.. saya nampak semua putera puteri dekat ruang istana"

"gundik tak guna tu koyakkan baju aku.. kau tengok ni, koyak rabak dah"

"jahatnya gundik tu.. gundik mana satu?"

"gundik Angela"

"bukan dia baik ke?"

"dah tu.. kau nak cakap aku menipu ke?"

"tak.. cuma tak sangka dia bermuka dua.."

"kan.."

"apa kata saya tolong Tuanku selesaikan masalah baju Tuanku.. tapi biar saya tunjuk bentuk manusia saya dulu"

"ok.."

dia pusing 360 darjah..

wah..
mata aku nak rabun..
tampan sangatlah dia ni..

"sekarang Tuanku kena berdiri.. biar saya buat sesuatu pada baju Tuanku"

"baiklah"

oh mata.. jangan buta..

dalam beberapa minit..
Rash siap memperbaiki baju aku..
lebih cantik daripada sebelum ni..

"huu.. dah siap.. sekarang Tuanku dah boleh pergi ruang istana.. saya dekat sini je.."

"ok.. aku pergi dulu.. terima kasih tolong aku"

"semuanya untuk Tuanku"

.....

"Veorah..kamu ke mana?"

"maaf ayahanda.. tadi ada masalah..baju saya terkoyak sebab 'sesuatu'.."

"tidak apa.. sekarang duduk.. kita akan tunggu Putera Vel kembali dari bilik air"

awalnya pergi bilik air..
sakit perut ke?

jap..
kenapa Rash muncul dekat sini?..

"Putera Vel.. inilah anakanda Beta keenam.. tadi,, dia ada masalah untuk ke sini.. harap Putera Vel tidak tersinggung"

"tidak apa.. patik tidak tersinggung"

biar aku fikir..
Putera Vel?
Kerajaan Flora?
Velrash?

apa!!
selama ni aku bersama putera..
Putera Kerajaan Flora..
tsk..
aku nak pengsan..

kitorang semua hanya memberi maklumat pasal Mahkota Permaisuri
aku tak tak tahu menahu hanya diam..
hanya memberi perhatian..

aku masih tak boleh terima siapa Putera Vel tu..
aku terlalu terkejut..
wah wah..
tapi..
kenapa Rash kata aku ni Tuanku dia..
itu yang aku pelik ni..

.....

"Veorah.. kenapa kau nampak macam bingung je tadi?"

"aku bingung pasal mahkota tu.. aku kan tak tahu pasal mahkota tu.. tu yang bingung nak fikir"

ni tipu..

"oh.. sebenarnya itu mahkota yang bonda guna dulu.. sejak bonda takde, mahkota tu tak boleh diguna oleh gundik-gundik lain.. macam ada sesuatu menghalang.. itu aku baru tahu.. dan mungkin sebab itulah takde siapa gundik yang dilantik sebagai permaisuri baru"

"oh.. ok.."

"sekarang.. kau pergi rehat.."

"ya.. kau pun rehat juga"

.....

'Tuanku'

"Rash.. hey kau.. kau apa hal tak bagi tau aku yang kau ni Putera Vel? hah!.. bagi tau apa punca kau sembunyikan identiti kau"

aku hampir nak teriak tadi..
tapi sekarang..
suara aku perlahan dan keras..

"saya tak nak Tuanku tak terima saya.. lagi pun, saya belum ada bukti yang saya Putera Vel"

"maknanya, masa aku nak kau tidur sebilik masa tidur dekat Istana Flora tu.. Permaisuri Flora..dia marah dekat aku ke?"

"takdelah.. bonda saya tak marah.. sebab dia pasti Tuanku akan baik dengan saya.. dan saya tak kan berani buat apa-apa dekat Tuanku"

"huu.. kau hampir buat aku pengsan..pfft.."

tarik dan hembus nafas dengan kasar..

"tenang Tuanku.. tenang.."

"hah satu lagi.. sepatutnya, lepas kau dah dedahkan identiti kau ni.. kau tak payah lagi panggil aku Tuanku.. kau kan sama taraf dengan aku sebagai anak kerabat raja.."

"tak nak.. saya dah biasa panggil Tuanku.."

"tsk.. suka hati kau lah.. yang penting sekarang ni aku nak tidur.. dan kau, baik kau pergi bilik kau.. aku tak kan benarkan kau tidur sini"

"baik Tuanku.. saya pergi dulu"

dia jumpa aku dengan bentuk bunga dia..
lagi pun..
aku belum biasa dengan bentuk manusia dia..

sekarang..
jom tidur..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience