16

Fantasy Completed 2144

'hatchu'

aku terbangun..
tergaru kepala aku..
dah jam berapa ni?

apa!!!

dan nak tengah hari..
biar betul..
aku tidur lewat sangat ke semalam..

"Putera Veoca,puteri dah sedar"

aku masih pelik dengan keadaan aku..

"kau ok ke?.. ada rasa pening?"

aku tercengang sekejap..

"Veorah.. ok tak ni?"

jap.. aku fikir samar..

"Veorah. kau ingat aku ke tak ni?"

"ingat.. Putera Veoca,Putera Pertama Ozell.. abang kembar aku.."

"dah tu kenapa tak jawab awal-awal.."

"takde apa.."

aku diam sekejap..
aku nak fikir apa yang aku nak tanya..

"hah.. apa jadi lepas naga-naga tu pulang?"

"kau pengsan, sama macam kau jumpa naga air dulu.."

"ok.. aku faham.. kawasan tu macam mana?.. tambah teruk sebab aku kan"

"tambah teruk jugalah.."

aku terdiam..
nak nangis boleh tak?..

"tapi jangan risau. takde siapa yang marah.. sebab kau dah bantu kitorang halau naga bayang..naga bayang tu naga yang susah nak bawa berunding.. tu yang dia marah ayahanda"

"tak patut.."

"memang tak patut pun naga tu.. kau pulak, bangun sekarang.. pergi mandi, bersiap...dan kita pergi meja makan.. dah nak makan tengah hari dah ni"

"yelah."

lama juga aku pengsan..
dari petang kelmarin..
sampai ke tengah hari ni..
dahsyat pengsan aku kali ni...

.....

"Veorah. kau selalu bawa Rash ke?"

"ha'ah"

"maknanya mandi tadi pun.."

"taklah.. dia dah awal-awal keluar dari rambut aku.kau jangan nak fikir bukan-bukan"

"aku mana tahu..hehe.. jom jalan"

hah..
dah sampai meja makan..
nasib baik tak terlambat..

"Veorah dah sedar.. Veoca,Veorah.. duduk.."

aku takde nampak Gundik Angela..
dia memang tak boleh keluar ke, macam Puteri Rose..
bagus..
patuh arahan Raja..
.....

hari ni aku nak ada dalam bilik je..
tak nak ada masalah lagi kalau aku keluar bilik..
tak sanggup aku sentiasa ada masalah..

"Tuanku.. ini buku peraturan Istana Ozell utnuk puteri.Tuanku Raja yang minta saya beri Tuanku"

"baiklah Brenda.."

ada juga benda yang aku boleh buat..
taklah bosan..
walau pun ada Veoca..
tak kan dia sentiasa dengan aku..
nanti prestasi pembelajaran dia menurun..
malam ni aku akan pergi kelas magis..
tolonglah, jangan suruh bangkitkan naga lagi..
aku dah tak sanggup..

~~~~~

"Veorah.. kau kenapa ni?"

"e-entah. badan aku gatal.. sejak aku tukar baju.."

"teruk sangat gatal kau ni.. biar aku panggil doktor.."

"ya"

argh..
gatal..
hampir semua badan aku gatal..
nak kata ada penyakit gatal,mustahil pula..

selepas sampai doktor tu..
dia kata aku kena racun gatal..
aduhai.. apalah nasib aku ni..

"saya akan keluar sekejap untuk panggil doktor sihir, sebab ini disebabkan sihir.. sebelum doktor sihir tu sampai, sebaiknya puteri berendam dalam air dulu"

"baiklah.."

"akak.. apa jadi ni?"

"Melia.. akak kena racun gatal ni.. gatal sangat.."

"akak nak pergi juga ke dekat majlis tu.. akak tak ok ni"

"akak tak dapat nak ikut.. Melia dengan yang lain pergi je.. bawa Veoca sekali"

"tak nak.. aku tak kan pergi kalau kau tak pergi"
Veoca menyahut setelah itu

"tapi.."

"takpe.. majlis tu bukannya penting pun.."

"Melia bagi tahu ayahanda.."

"baiklah.."

Melia dah pergi..
aku masih menggaru..

"dah Veorah. jangan garu lagi.. nanti badan kau luka.. sekarang pergi berendam.. aku dah siapkan air.. sebelum masuk air tu, buka baju lepas tu guna tuala"

"ok"

tak boleh tahanlah dengan gatal ni..
ish..

.....

errr..
lega
sangat lega..

'Putera Veoca,patik sudah memberi penawar pada Puteri Veorah.. tak lama lagi racun tu akan hilang sepenuhnya'

aku berendam dululah dalam air ni..
tenang..

sebenarnya,malam ni ada majlis dekat Istana Flora..
tapi entah kenapa pulak boleh ada racun gatal dekat baju aku..
harap Permaisuri Flora tak salah faham..

"Veorah"

"ooiii.. ish kau ni.. buat orang terkejut"

"dah aku panggil elok-elok kau tak dengar.. kenalah kuatkan suara.."

"nak apa?"

"kau nak berendam berapa lama lagi?"

"nak keluarlah ni"

aku baru teringat aku cuma bertuala..

"kau tolong ambil baju aku.."

"err..takpe.. nah ambil tuala ni, ganti tuala basah kau tu.. ambil baju sendiri.. aku tak tahu nak bagi baju apa.."

"yelah.."

.....

"Veorah.."

"ayahanda"

tunduk hormat..

"macam mana keadaan kamu?"

"dah baik.. lepas doktor sihir hilangkan racun gatal"

"racun gatal?"

"ya.. doktor yang kata.."

"kamu rasa gatal lepas kamu buat apa?"

"lepas pakai je baju tadi.. gatal tu mula datang"

"bagi Beta baju yang kamu pakai tadi"

aku ambil baju tadi..
doktor sihir tadi dah masukkan dalam beg plastik..

"ni.. ada dekat dalam.."

"kamu tidurlah.. rehat.."

dia cakap sambil usap rambut aku..
tenangnya

"baik ayahanda"

~~~~~

"Kak Veorah"

aku berpaling melihat Mango..
lepas sebulan lebih aku tinggal istana ni..
ni kali pertama Mango tegur aku..

"ya.. ada yang saya boleh bantu"

"nak minta tolong boleh"

"saya akan cuba tolong.. apa?"

"nak berlatih dengan akak boleh?"

aku pandang tercengang dengan Veoca..
diorang nampak kitorang berlatih ke?..

"boleh.. tapi, Pear tu nak berlatih dengan akak juga ke?"

"ha'ah"

"bukan dia ada jurulatih lagi.. kan dia belum sepuluh tahun lagi"

"kalau akak tak kisah nak latih dia, Pear memang nak kena ajar dengan akak"

aku senyum..
nampaknya,anak murid aku bertambah..
Lemon ni.. ikhlas ke tak kena latih dengan aku..

"tanpa buang masa, jom akak tolong melatih korang"

"kita berlatih memanah boleh?"

"boleh..sekarang, kamu semua ambil tempat.. saya akan perhati dari belakang"

agak lemau cara Lemon berjalan..
macam mana nak berlatih kalau lemau ni..

aku sebut satu persatu nama diorang untuk suruh lepaskan panah..
prestasi diorang semua hampir sama dengan Veoca..
kecuali Pear..
aku rasa sebab Pear ni masih tak stabil fokus dia..

Lemon?
pfft.. boleh dikatakan, hampir macam Pear..
takpe..
aku ada nak ajar dia..

"untuk Avo, kamu jangan gugup.. tenang je.. Lemon, kamu kena ada tenaga.. cara kamu pegang busur tadi lemah.. Melon,Mango dengan Pear cuma tak dapat fokus"

hah.. siap aku bagi komen untuk 5 orang ni..

"hah.. Veoca, lepas ni kena berlari.. tak boleh jalan dah.."

"tapi..aku baru je kuasai memanah sambil berjalan.."

"kena cepat.. nanti potensi kurang"

"yelah.."

"baiklah.. sekarang cuba elak perkara yang saya cakap tadi"

ok..
mula balik..

aku perhatikan diorang..
apatah lagi Veoca yang dah naik level..

alamak..
aku kena lebihkan perhatian pada Pear..
dia jauh sangat tersasar panah dia tu..

aku ambil busur dan panah.. lepas tu duduk berlutut sebelah Pear..

"Pear..Pear kena luruskan tangan Pear, tarik panah.. fokus dan lepas.."

'wusyy'

ok.. sasaran aku kena..

"kenapa Pear tak lepaskan panah?"

"saya tak fokus lagi.."

"ok..Pear cuba buat macam akak buat tadi"

"ermm.."

aku perhatikan lagi diorang..
Avo.. kenapa kau sangat gugup..

aku urut bahu Avo..
aku harap kau lebih tenang..

"tenang.. tarik panah dan lepas.."

huuu..
helaan nafas Avo..

cubaan pertama..
ta daaa... dah tenang, boleh kena sasaran..

"lepas ni Avo kena berlatih supaya tak gugup sangat"

"ok"

dia cuba sekali lagi untuk panah..
tepat lagi

sekarang berpindah pada Lemon

"izinkan saya sentuh putera ya.."

lemau sangatlah kau ni Lemon..
kang aku berkasar kang..

"Lemon.. kau serius sikit nak berlatih boleh tak?.. kau ni nak sia-sia kan usaha Kak Veorah ke?"

terima kasih Avo..
kau tegur juga adik tiri kau ni..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience