4

Fantasy Completed 2144

"Tuanku.. berita tergempar.."

"apa itu?"

"Raja Steven dari Kerajaan Langit..Baginda pergi ke Kota Norm.. lalu menangkap empat rakyat Ozell tanpa sebab.."

"tanpa sebab?.. itu perkara pelik.. perkara ini melanggar peraturan alam.. Raja Steven harus bertemu Beta untuk memberitahu sebab mengambil rakyat Beta.. kita harus segera ke Istana Langit,kita harus menyelesaikan masalah ini.."

"baik Tuanku.. bilakah Tuanku akan ke Istana Langit?"

"sebaiknya esok.."

"baik Tuanku.. patik akan menyediakan keperluan Tuanku esok.."

"baiklah."

"Tuanku.."

"eh.. Rash.."

"ya Tuanku..dah pagi ni..Tuanku kena bersiap untuk berunding dengan Raja Steven bersama Tuanku Permaisuri Flora.."

"ok.. aku bersiap.."

.....

"Raja Ozell..tetamu yang tak disangka.."

"Raja Langit.. kita perlu berbincang.."

"ya, sudah pasti..kita ke bilik perbincangan"

Kedua-dua Raja tersebut ke bilik perbincangan..

"Beta ke sini untuk membincangkan mengenai empat rakyat yang Raja Langit bawa kembali dari Kota Norm.."

"mengenai itu..Beta faham akan masalah itu.. Beta memang salah dihal ini.."

"Beta ingin mengetahui punca Raja Langit mengambil rakyat Beta?"

"seorang daripada empat rakyat itu merupakan anakanda Beta yang Beta cari selama 20 tahun.. tapi anakanda Beta tidak mengaku.. dan Beta hanya ingin mengugutnya.. namun sekarang, anakanda Beta sudah melarikan diri.."

"hrmm.. rumit masalah Raja Langit ni.. kalau begitu, Beta tidak akan mengambil tindakan terhadap Raja Langit.. dan jika anakanda Raja Langit sudah kembali, kembalikanlah tiga rakyat Ozell itu.."

"baiklah.."

"perbincangan kita berakhir di sini"

Raja Langit menunjukkan jalan keluar..
sesampai di ruang tamu istana..
muncul Permaisuri Flora..

"anakanda?"

"Raja Langit.. perempuan disebelah Permaisuri kah anakanda Raja?"

"ya dialah anakanda Beta.."

"selamat pagi kepada Raja Langit dan Raja Ozell.."

"selamat pagi.."

"di sini patik ini bertemu Raja Langit.."

"ada hal mustahak apakah?"

"ya.. mengenai ibu bapa serta adik angkat puteri ini.."

"bermakna, dia mengaku dia anakanda Beta dan meminta permaisuri datang ke istana?"

"tidak, mustahil puteri ini anakanda Raja Langit.. sebaliknya, Raja Ozell lah ayahanda puteri ini.."

nak terkeluar mata aku..
dah kenapa permaisuri bagi tahu aku ni anak Raja Ozell..
susahlah aku nak hidup lepas ni..

"kenapa perempuan ini anakanda Beta?"

ayahanda kepelikan dah..
tolonglah permaisuri..
jangan bagi tahu banyak sangat..

"sudah pasti ini anakanda Raja Ozell.. dia ialah Puteri Veorah, puteri kelima Negara Ozell.. dan anakanda keenam selepas Putera Veoca.."

"bagaimana permaisuri meyakinkan kalau perempuan ini anakanda Beta dan bukan anakanda Raja Langit?"

"Tuanku boleh melihatnya melalui paras wajah Puteri Veorah sama seperti Permaisuri Harina dan Putera Veoca"

"tapi, orang kepercayaan Beta mengatakan perempuan ini anakanda Beta.."

isy..
masih nak sangkal pernyataan permaisuri..
masalah betullah..

"itu pasti salah.. Puteri Veorah memang disahkan Puteri Ozell.. bukan Puteri Langit.."

"mustahil..ini mustahil."

ayahanda Langit memang macam ni..
tak boleh terima kalau perkara yang dia percaya tu betul..
sama macam kematian aku..
tengok sekarang ni, sibuk cari aku..
jangan harap aku nak kembali..

"patik sangat pasti Tuanku.."

"ermm.. ka-kalau macam tu, mungkin saja roh Puteri Stilveorah berada pada badan Puteri Veorah"

"jika itu, patik fikir mungkin berlaku.."

"Beta perlukan roh Puteri Stilveorah untuk mengembalikan keharmonian Kerajaan Langit.."

"bolehkah patik mengetahui masalah Tuanku terhadap Puteri Stilveorah?"

"ya, pasti boleh.. tapi, sebaiknya bicarakan di bilik perbincangan.."

"baiklah"

ayahanda Ozell juga ingin tahu..
tapi mesti dia sangsi dengan kehadiran aku..

"ampun Tuanku bertiga.. niat patik datang ke Istana Langit adalah untuk menyelamatkan ibu bapa angkat dan adik patik.. bolehkah patik membawa mereka pulang?"

ayahanda langit berfikir sejenak..
cakap je 'baiklah'
aku malas nak berlama dekat istana yang bernasib malang tanpa aku.
nak aku kembalikan keharmonian Kerajaan Langit ni..
tunggu bila aku dah selamatkan abang aku..
itu pun kalau aku baik hati..

"baiklah..pembantu Beta akan membawa puteri ke tempat mereka.."

"terima kasih Tuanku.."

jangan ada muslihat pulak ya..
aku malas..
tapi kalau ada muslihat pun, aku tetapkan akan selamat..
sebab Rash ada dengan aku..

"Tuanku..hati-hati.."
Rash berbisik dengan aku..

"kenapa?"

"sebab jalan yang kita lalui ni meresap tenaga orang Ozell.."

"maksud kau, sesiapa je yang asli Ozell akan lemah.. macam tu?"

"ya Tuanku.."

"dah tu aku nak buat apa?"

"jangan risau, saya cuba lindungi Tuanku.."

"ok.."

"tuan puteri.. inilah penjara ahli keluarga angkat tuan puteri.."

"lepaskan diorang.."

"baik tuan puteri.."

lepas je lepas daripada kena gari..
aku peluk erat keluarga kecil aku ni..
rindu..
walaupun tak sampai 24 jam berpisah..

"kita keluar dari sini.."

diorang angguk je..
lemah sangat badan diorang ni..

.....

"tuan puteri dah ambil keluarga dia.."

eh..
dah siap cerita pasal kisah lama ke..

"ya Tuanku Permaisuri"

"Nade. bekas penasihat Beta.."

ayah terkejut lalu berlutut depan ayahanda..
susahlah bila ada ingatan lalu ni..
buat aku serba salah..
nak menipu,nanti kantoi..
nak cakap benar, aku yang susah..
hidup aku akan dalam dilema..

"bekas penasihat.. benarkah perempuan ini anakanda Beta yang kamu bawa lari?"

ayahanda menunjuk aku..

"ya Tuanku.. inilah anakanda keenam Tuanku.."

"kata-kata permaisuri adalah benar.."

ayahanda mengomel sendiri..
ayahanda Langit sedih..
memang patut pun..
tulah, dulu aku nak bela diri..
cakap aku pindahkan kesalahan dekat orang lain..
sekarang tengoklah apa jadi bila adik tiri aku Yani kahwin dengan putera mahkota tu..
dah tak gemilang kerajaaan ni..

"bekas penasihat.. sudahlah berlutut.."

"sebelum itu patik meminta beribu ampun daripada Tuanku atas kesalahan patik membawa anakanda Tuanku lari bersama patik.. patik tahu kesalahan patik, tapi ini untuk kebaikan negara dan Permaisuri Harina"

"kenapa dengan Permaisuri Harina?..permaisuri sudah lama pergi.."

"Tuanku.. jika Tuanku ingin tahu maksud sebalik ucapan patik.. patik mohon, bawalah tuan puteri balik ke istana. tuan puteri pasti tahu apa yang perlu dilakukan.."

ayah..
drastik sangatlah jawapnan ayah ni..
nak tercabut jantung aku..
boleh tak aku lari..
aku takut kalau aku sampai je istana, aku kena bunuh..
tolonglah,aku masih nak hidup..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience