20

Fantasy Completed 2144

"Kak Veorah.. masalah besar"

"apa Melon?"

aku tengah minum petang dengan beberapa puteri ni..

"Gundik Angela kata, rantai dia hilang.. semua bilik tempat dah kena periksa.. dan rantai Gundik Angela ada dalam bilik akak"

aku menahan tubuh dari jatuh..
macam mana?
mustahil..
aku tak pernah terfikir nak curi barang orang..
kenapa rantai tu ada dekat sana..
kenapa ada orang ynag dengki sangat dengan aku ni..

"maaf kak.. Melon dengan yang lain tak dapat nak buat apa.. akak mesti tak buat macam tu kan"

"tak.. akak tak kan pernah cuba untuk ambil barang orang.. lagi-lagi barang gundik diraja.. itu.. itu"

aku mati kata-kata..
aku kecewa..
aku menggigil..

"ampun puteri dan putera..patik ke sini untuk membawa Puteri Veorah ke Penjara Ngeri"

"t-tapi.. kenapa Penjara Ngeri?"

"Gundik Angela yang memohon pada Raja Victor agar Puteri Veorah masuk ke penjara tersebut"

tadi Melia tolong tanya.
sekarang,aku pulak nak tanya

"Penjara Ngeri tu macam mana?"

perlu tanya sebelum masuk penjara tu.

"penjara tu dulu sama ja dengan penjara lain.. tapi sejak Permaisuri Harina mangkat.. penjara tu selalu keluarkan bunyi hilaian yang takde orang yang tahu dari mana.. dan banyak orang fikir, Permaisuri Harina mangkat bukan kerana melahirkan Kak Veorah dengan Abang Veoca"

ughh
ngeri juga kan..
tapi tu lah..
aku nak buat macam mana lagi.. dah Raja yang buat keputusan..

"puteri.. sila ikut kami atau kami akan guna kekerasan"

"saya tak kan melawan"

banyak betul masalah muncul kebelakangan ni..
mahkota mama belum jumpa.. aku pulak kena penjara.

arrgghhh..
tapi..
kenapa aku rasa Gundik Angela nak kenakan aku..
tak kan sebab aku langgar dia hari tu, dia balas macam ni..
tak cukup ke dengan dia koyakkan baju aku..
arghh..
aku nak gila...

mama..
tolong Rah..
Rah nak gila tinggal istana.
kalau tahu tinggal istana akan jadi macam ni.. aku rela seumur hidup jadi rakyat biasa..
tapi..
tak guna dah nak menyesal..
terima je nasib...
tsk..

.....

aku menyandar di hujung bucu penjara..
aku takut..
hilaian tu..
macam tangisan seseorang..ngeri sangat..

'Rah.. mama.. bonda ada dekat sini'

b-bonda?
b-biar betul..

'Rah'

bonda..
ni suara yang sama dalam mimpi aku..
hilaian tadi bertukar suara mama..
mama kena kurung berdekat penjara ni ke..

siapa yang sanggup kurung mama dekat penjara macam ni..
seram.

'Tuanku'

huh.. huh..
jantung aku..

"Rash.. b-buat apa dekat sini?"

"jumpa Tuanku lah.. nak buat apa lagi"

"orang tak perasan kau ke?"

"tak.. tapi saya guna bentuk bunga saya.."

aku mendekat dengan Rash..

"ni.. aku nak minta tolong kau"

"tolong apa?"

"tolong periksa tempat ni..aku pasti bonda ada berdekatan.."

"Tuanku pasti?"

"ya.. pasti sangat."

"baiklah Tuanku.. tak lama lagi saya akan dapat bukti untuk keluarkan Tuanku dekat sini.."

"menurut kau, siapa yang buat semua ni?"

"Gundik Angela sendiri"

"aku pun..tapikan, kenapa dia buat semua ni?.. apa keuntungan yang dia dapat?"

"pasal tu.. saya tak tahu"

"hah.. pasal mahkota tu?"

"dalam siasatan.. akan tahu tak lama lagi"

"kau tahu apa-apa tak pasal kenapa mahkota tu tak terima permaisuri baru?"

"setahu saya, mahkota tu tak boleh digunakan orang lain.. selagi permaisuri tu tak mati atau tak dilucutkan pangkat dia"

"tapi kenapa takde percaya yang sebenarnya bonda masih hidup?"

"hasutan orang"

"kau ada tahu pasal kenapa bonda aku kena sembunyi?..atau kenapa ada orang dengki?"

"tak tahu.. tapi saya ada dengar yang bonda awak tu dari keluarga sederhana.. dia jadi permaisuri sehari selepas dia jadi gundik..masa tu Raja Victor takde permaisuri"

"eh.. kenapa macam tu?"

"sebab ada ahli sihir peramal yang kata bonda Tuanku akan melahirkan putera pertama..dan memang betul ramalan peramal tu"

"wah.. hebat"

"dia juga yang ramal yang Tuanku dengan Putera Veoca ada sumpahan"

"ahli peramal tu dekat mana sekarang?"

"entah.. hilang tanpa berita.."

"huh.. takpelah.. kau bila nak balik bilik kau?.. nanti orang kanan kau perasan kau takde"

"takpe.. saya ada buat ilusi.. dia tetap akan nampak saya tidur.. lagi pun saya nak teman Tuanku dekat sini.."

"maaf.. aku tak guna 'saya-awak' dengan kau"

"tak apa Tuanku.. saya suka Tuanku jadi diri Tuanku.. dan saya bernasib baik sebab Tuanku tak tendang saya keluar sebab saya tak panggil Tuanku dengan nama"

itu aku malu..
masa tu aku geram sangat dengan dia ni..

"hehe.. lagi pun kau dah macam peneman aku.. jadi sayang kalau aku tendang kau keluar.. haha"

"Tuanku rehatlah.. saya akan tetap dekat sini.. saya temankan Tuanku"

"sepatutnya kau yang rehat.. bukan aku.. kau kan nak selesaikan masalah dekat sini.. lepas tu tiba-tiba muncul masalah sebab aku"

"saya mudah dapat tenaga. Tuanku kan manusia, mesti penat kan"

"hrrmm.. yelah.. haaaaa"

menguap sambil tutup mulut..
ingat pesan ibu..
kena tutup mulut bila menguap.. nanti tak sopan..
dahlah sebelah aku ni putera..
hehe
semoga esok aku akan keluar tempat seram ni..
aku takut..
nasib baik ada Rash nak temankan aku..
tidurlah..

~~~~~

"Tuanku"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience