Prolog

Fantasy Completed 2144

"ampun Tuanku,patik sudah mendapatkan bukti kukuh mengenai kes pembunuhan yang disangka tuan puteri puncanya"

"apa keputusan?"

"semua bukti menunjukkan memang tuan puteri yang melakukan pembunuhan itu.. ini buktinya"

pembantu diraja itu memberikan bukti yang dianggap kukuh itu..
tak semua tahu akan kesahihannya
hanya segelintir yang tahu bahawa bukti tu hanya dibuat oleh orang dalam.
Raja tidak mengetahuinya kerana amat mempercayai orangnya

"anak beta sungguh memalukan keluarga diraja!!..sanggup membunuh kakandanya untuk mengahwini putera mahkota itu!"

semua yang berada di hadapan Raja menjadi sangat takut..
mereka takut akan kemurkaan Raja..

"panggilkan tuan puteri Stilveorah sekarang juga.beta murka padanya.. beta ingin dia dihukum di depan beta. hukuman mati akan diberi"

"ampun Tuanku.. sebaiknya jangan Tuanku..jangan dibunuh puteri patik,Tuanku.. patik mohon"

"beta tidak akan menarik kata-kata beta.keputusan muktamad.bawa tuan puteri sekarang!!"

bonda kepada tuan puteri tersebut meraung-raung kesedihan..
tidak sanggup membiarkan puteri tak bersalah itu dihukum mati..
apatah lagi ayahandanya sendiri memberi hukuman itu..

"Tuanku.. patik telah membawakan tuan puteri ini.. patik melakukannya sendiri kerana tidak ada yang ingin memberikan Puteri Stilveorah kepada Tuanku"

Puteri Yani mengambil kesempatan pada hal ini..
ini adalah rancangan liciknya..

"jalankan hukumannya sekarang.Beta tidak ingin melihat anak dukhaka ini lagi.. "

"ampun Tuanku.. patik mohon ampun Tuanku.. bukti bukti itu bukan bukti asal. patik dianiaya."

"pembantu Beta kah yang bersalah.ini semua salah yang dibuat tuan puteri sendiri..jangan melibatkan orang lain!!"

airmata membasahi seluruh wajah tuan puteri malang itu.

"Tuanku.. tidak Tuanku.. tidak.."

perancang licik ini tersenyum riang atas apa yang terjadi pada tuan puteri ini..

"selamat tinggal tuan puteri"
kata kata yang diucap oleh perancang itu..

dengan kejamnya...
tuan puteri itu disebat berulang-kali..
sehingga melemahkan tubuhnya hingga tidak mampu bersuara,namun airmata terus mengalir..

kini tiba masanya untuk kematian..
hukuman lebih kejam.. iaitu memenggal kepala tuan puteri..
airmata tidak mampu berhenti..
ada gembira ada sedih dengan kematian tuan puteri..

rakyat jelata tidak menyangka sikap Raja tersebut yang sanggup menghukum puterinya sendiri dengan kejam..
lagi pula, rakyat merasa mustahil jika memang benar Puteri Stilveorah membunuh kekandanya hanya untuk mengahwini putera makhkota negara lain..
sikap seperti itu tidak patut ada pada Raja..
Raja harus mendengarkan kedua-dua pihak..

tamatlah riwayat hidup tuan puteri..
teraniaya pada adindanya..
ayahandanya malah tidak berbelas kasihan

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience