1

Fantasy Completed 2144

"arrghh"

duduk secara mengejut

"Rah.. ok tak ni?.kau berpeluh-peluh ni.. kau mimpi apa?"

"t-tak apa.. sorry ganggu kau tidur.. "

"kau tak ganggu pun, aku belum tidur lagi.. kau mimpi apa ni?"

"biasalah mimpi buruk..nak buat macam mana lagi.."

"kenapa semenjak dua menjak ni kau asyik mimpi buruk ae?..kau ada masalah ke?"

"eh.. mana ada.. aku ok je lah.. "

"kalau kau ada masalah, bagi tau aku.."

"betul Nessa, aku ok.."

"kalau macam tu.. kau tidurlah ye.."

"ok.. kau bila nak tidur, dah jam 1 pagi ni.."

sempat aku kerling jam di dinding tadi..
dah lewat sangat ni..

"tak lama lagi.. siap menjahit ni, aku tidur."

"jangan lambat sangat tidur tu.."

"ok"

abang..
kau sihat ke dekat sana..
macam manalah agaknya keadaan kau sekarang ni..
kenapa aku rasa rindu kau.. sedangkan kita tak pernah jumpa lepas dilahirkan..
huh..
tidurlah Rah..
biarkan je rindu kau tu..
bukannya dapat jumpa pun..

"Rah.. oh Rah.."

"hrmm.."

"bangun.. dah jam 6 ni.."

'huuuaaagh'

'papp'

bahu ditepuk lembut..

"Rah.. kan ibu dah cakap jangan menguap macam tu..tak sopan, kamu tu perempuan."

"upss.. maaf ibu.. tak sengaja.. Rah mengantuk sangat sampai lupa nak bersopan.."

"jangan biasakan sangat macam tu.. tak elok.."

"hehe.. ya ibu.. Nessa mana bu?"

"pergi pasar.."

"hah?.. kan baru jam 6..kenapa pergi awal sangat?"

"nak jual hasil sayuran dengan jahitan dia.. takut tak ramai orang beli pula kalau datang lambat.."

"lah.. kenapa tak minta Rah temankan.."

"ibu dengan Nessa faham kamu penat.. jadi tak nak susahkan kamu.."

"alah ibu ni.. Rah kuatlah.. lagi pun kesian Nessa pergi sorang diri..bahaya pulak tu"

"takpe Rah.. kamu pergilah mandi.. nanti tolong teman ibu masuk hutan.."

"buat apa?"

"ayah nak bawa kamu berburu"

"berburu?.. wah Rah suka..yeah, tunggu Rah tau.. Rah tak mandi lama. sekejap je.."

"jangan mandi kerbau pulak"

"Rah bukan jenis yang macam tu.. hehe.. Rah mandi dulu"

tak sabar nak berburu..
dalam lama ayah tak bawa..
ni mesti seronok..
tapi Nessa macam mana?

.....

"ibu, Nessa macam mana?.. kalau dia balik nanti tak nampak kita, mesti dia risau.."

"ibu dah bagi tau dia awal-awal.. tak payah risau.. jom jalan"

"ok ibu"

hutan taklah jauh sangat..
belakang rumah je..
kalau Nessa ada, mesti lagi best..

"ibu, kenapa ayah tiba-tiba bawa berburu ni?"

muncul ayah dibelakang..
buat orang terkejutlah..

"mulai hari ni, ayah akan ajar macam mana untuk kekal hidup di dalam hutan,kampung,bandar dan istana.."

"istana?..kenapa mesti ada istana?"

"suatu hari nanti, kamu akan ke istana dengan hal penting.. bagi mengelak masalah berlaku, kamu kena belajar dari sekarang.."

"ok ayah.."

seriusnya bercakap..
mesti sebab abang aku kan..
walaupun diorang tak cerita pasal abang aku..
aku tetap tahu..
sebab, aku boleh mengingat sejak aku baru lahir..
lagi pun roh aku dilahirkan untuk tubuh ni..
aku mempunyai kuasa yang orang lain tak tahu..
kuasa pada kelahiran lalu..
walau pun aku terlahir semula, aku masih punya ingatan lalu..
aku membesar bersama ingatan kelahiran lalu..

pelik dengan situasi aku.. aku pun pelik

"kita akan memulai tugasan hidup dalam hutan.. kita kena pandai membuat api, memburu haiwan,membuat ubat guna tumbuhan dan gunakan bahan alam untuk mempertahankan diri daripada bahaya.."

"ok ayah.. nak mulakan apa dulu?"

"cuba kamu hidupkan api.."

aku memandang sekeliling..
mencari batu dan kayu yang sesuai untuk buat unggun api..
buat unggun api adalah sangat mudah..
tapi kena cari bahan yang sesuai..

"Tuanku..patik mendapat berita mengenai keberadaan tuan puteri"

"sediakan kenderaan untuk Beta.. Beta perlu membawa tuan puteri balik.."

"adakah Tuanku sendiri akan membawanya?"

"sudah pasti.. ini berlaku kerana Beta, Beta harus menebusnya."

"baik Tuanku.. patik akan menyediakan apa yang patut.."

tuan puteri?
bawa balik sendiri?
pasti Raja melalukan kesalahan pada puterinya dan sekarang nak perbaiki semula..
semoga tidak terlambat..

"perkembangan baik Rah..ayah sudah tidak terlalu bimbang dengan kamu.."

"terima kasih ayah.. ini berkat tunjuk ajar ayah sejak Rah kecil.."

ayah tersenyum..
gembira bila nampak ayah senyum macam ni..
kalaulah aku boleh kekalkan senyuman ayah..
tapi aku tak boleh..

"ayah, ibu, Rah.."

"eh Nessa.. bila sampai?"
ibu bertanya pada Nessa..
aku pun terkejut juga..

"baru je.. Nessa bawakan bekalan.."

"susah-susah je Nessa bawakan.. macam mana jualan?.laku?"

"hari yang beruntung.. jualan habis awal.."

"baguslah.. tak payah kamu berlama-lama dekat sana.."

"ya ayah.."

Nessa tersenyum memandang aku..
aku nampak lucu ke?

"Rah dah siap berlatih ke ayah?"

"dah.."

"Nessa dengan Rah nak tengok-tengok hutan boleh?..dah lama tak pergi tengok-tengok"

ayah memandang aku dengan Nessa bersilih-ganti..
tengah fikir keputusanlah tu..

"yelah.. jangan jauh sangat masuk hutan tu."

'yeah'
bersorak aku dengan Nessa..

"ok ayah, kami ingat pesan ayah.. jom.."

.....

"Nessa, sini sini.. tengok ni ada bunga.."

"mana?.. mana?"

"ni, sinilah.."

"wah..cantiknya.."

"kan.. kau rasa boleh tak cabut?"

"kau nak buat apa nak cabut?"

"sebab aku nak ambillah.. cantik sangatlah bunga ni"

"ermm.. apa kata kita tanya ayah dulu.. sebab aku takut bunga ni ada tersembunyi sesuatu.."

"kenapa?"

"kau tak perasan ke.. kan bunga ni je yang berlainan dari bunga yang lain.."

"ha'ah.. nasib baik kau ingatkan aku.. ermm, jom tanya ayah sekarang"

"jom"

berlari anak ke arah ayah dengan ibu..
kenapa ae ada bunga macam tu?
pelik..

"ayah ayah.."

"kenapa ni?"

muka ayah bertukar risau..
ni mesti fikir aku dengan Nessa ada masalah..

"jom ikut Nessa dengan Rah.. kami jumpa bunga pelik dekat hutan.."

"bunga pelik?.. bunga macam apa tu?"

"entahlah ayah.Nessa tak boleh nak terangkan.. tapi bunga tu cantik,cantik sangat.."

"hrmm.. kalau macam tu ayah dengan ibu tengok bunga tu.."

aku mengangguk setuju..
lagi pun tak kan nak biarkan ibu sorang diri..

.....

"hah ayah.. ni lah bunga tu.."

"cantik.."

ayah memegang bunga tu..
'aduh..'

'ayah!'

cemas kitorang yang nampak..
aku memandang pelik bunga tu..
aku tercegat..
dah kenapa bunga tu layu..
cepat aku tengok Nessa..

"ayah ok ke?"

"ya ayah ok.."

"ayah.. kenapa bunga tu layu nampak muka Rah marah?"

ayah lantas memandang aku..

"Rah.. cuba kamu sentuh bunga tu.."

lah..
kenapa pulak?
ok aku kena tenang..

aku mengusap bunga tu..
terundur belakang langkah aku..
bunga apa ni?

"ayah.. ni bunga apa?"

aku dah pelik ni..
masa aku usap bunga tu, bunga tu tiba-tiba mekar..
tadi layu..

"Nessa.. cuba kamu sentuh pula bunga tu"

ok.. aku tambah pelik..
Nessa sama macam ayah tadi..
kenapa ae?

aku dekatkan diri dengan bunga tu..
aku usap semula..
lama-kelamaan bunga tu bertambah mekar sebelum ni..

"ayah, kenapa bunga ni ada nama Rah?"

ayah mendekati..
rasanya ayah pun tak tahu pasal bunga ni..
tengok muka dia pun,aku dah tahu..

"ayah tak tahu ni bunga apa.. tapi bunga ni macam bagi interaksi baik dengan Rah.. kami tak.."

"tak pelah ayah.. biarkan je bunga ni.. jom balik, dah nak gelap.."

"yelah.. jom balik.."

kejap..
aku pusing belakang..

"ayah"

aku dah merengek dah..
tsk. tsk. tsk.
aku dah meremang..
bunga tu boleh berjalan.. siap peluk kaki aku lagi..
aku nak nangis..

"cuba Rah tarik bunga tu..tarik sampai lepas.."

aku apa lagi..
tarik kuat bunga tu..
aku geli dan meremang..

bunga tu dah lepas..
tapi bunga ni tambah kepelikan..
bunga tu keluarkan air..
macam kena hujan..
tapi sekarang ni tak hujan..

"ayah.. macam mana ni?"

"jangan pedulikan.. jom balik.. pelik sangat bunga ni.."

'Tuanku'

aikk.
dalam hutan ni ada Tuanku ke..
sejak bila pulak?

kaget hatiku..
nasib baik tak pecah sebab terkejut..

bunga tu ada mata,mulut dengan hidung..
oh tidak..
ni mimpi ke realiti..
jap aku cubit kulit aku..
aduh.
sakit pulak..aku tak bermimpilah ni..

'Tuanku.. jangan tinggalkan patik..patik ingin bersama Tuanku..'

hah?
bunga tu pegang tangan aku dengan dedaun dia..
dah nampak macam ada kaki..
boleh bercakap pulak tu.

"saya bukan Tuanku..kamu silap orang ni.."

'tidak..Tuanku ialah pemilik patik.. patik akan patuh pada Tuanku..'

"saya bukan Permaisuri dan bukan Tuan Puteri..kamu silap orang"

'tidak.. mustahil patik tidak mengenal Tuanku..'

aku memandang ayah..

selamat membaca untuk semua pembaca..

Share this novel

veaaa.
2021-01-23 22:20:23 

Omg dear.. Mesti comel bunga tu gerak.. Auww


NovelPlus Premium

The best ads free experience