5

Fantasy Completed 2144

"kacak ayahanda Tuanku.. patutlah Tuanku cantik.."

alahai Rash..
masa ni juga kau bisik pasal ketampanan ayahanda aku..
aku ni setengah mati risau..

"baiklah bekas penasihat.. Beta akan membawa tuan puteri balik bersama Beta.."

"terima kasih Tuanku..semoga prestasi tuan puteri lebih baik bila bersama Tuanku.."

"ya.. apa kata kamu sekeluarga pulang ke istana bersama.."

"tidak Tuanku.. lepas apa yang patik lakukan, pasti orang istana akan memandang hina kami sekeluarga.."

"kalau begitu,Beta menghantar kamu sekeluarga ke rumah kamu.."

ayah memandang ibu.
huaaa..
aku nak nangis..

"Beta tidak ingin kamu menolak.. kita akan bertolak sekarang..Raja Langit dan Permaisuri Flora,selamat berjumpa lagi.."

mereka berdua hanya senyum..
tanpa ayahanda Langit perasan,permaisuri kedip mata dengan aku, ke Rash..
takpelah..
yang paling aku risau ialah balik istana..
TIDAAAAAAAAKK!!

.....
sekarang dah masuk perkarangan istana..
tadi..
aku sedih sangat,kenapa mesti aku ikut..
aku tak nak masuk istana..
aku rela mati..
lagi pun, aku ni kira masuk dalam jerat yang akan membunuh aku..
baik mati je sebelum masuk istana..

"Veorah"

"i-iya Tuanku.."

kekoklah..
aku menghadap ayahanda sambil menunduk..

"dari mana kamu mendapatkan cucuk sanggul di rambut kamu?"

oh.. cucuk sanggul mama ke?

"patik mendapatkannya daripada seorang lelaki.."

"siapa?."

'Tuanku, jangan bagi tahu saya yang bagi..'

kenapa pulak tak boleh bagi tahu ni..
yelah..

"patik tidak mengenalnya.. hanya saja dia memberikan cucuk sanggul ini pada patik..lalu pergi.."

"tak perlu formal pada Beta..kamu boleh memanggil Beta,ayahanda."

oklah..
aku boleh sesuaikan diri..

"baik ayahanda.."

"bolehkah Beta melihat lebih terperinci cucuk sanggul itu?"

"ya sudah pasti ayahanda.."

aku perlahan-lahan buka cucuk sanggul tu.
nanti tak kemas pulak rambut aku..

'hukk..hukk'

"Tuanku, Tuanku tidak apa-apa?"

kenapa batuk-batuk pula lepas pegang cucuk sanggul tu..
apa masalah ke?

"Beta baik saja.."

tolonglah.. jangan buat aku risau..

"setelah sampai istana, kamu akan diberi ujian.. untuk memastikan kamu benar-benar anakanda Beta.."

"baik Tuanku.."

lepas ni, hidup aku tak kan tenang selagi tak jumpa cara nak selamatkan abang..
sabarlah..
dalam dua hari berlalu, aku bertemu dengan orang tertinggi di tiga kerajaan..

.....

"cik.."

"ya.."

"ini pakaian yang perlu cik pakai semasa bersiap nanti.."

"baiklah.."

aku mengambil pakaian tanpa banyak songeh..
kenapa mesti baju kembang..
aku tak biasa..
masa jadi Puteri Stilveorah pun aku tak pakai sangat baju kembang..
terima je lah..

"Rash, kau keluarlah dari rambut aku ni.. aku nak mandi.. kau berehat sekejap"

"baik Tuanku"

aku letakkan dia atas meja solek..
aku berada di bilik tetamu Istana Ozell..
cantik..
dan semestinya luas

seusai memakai pakaian..
aku bawa Rash bersama..
aku keluar dari bilik, ada pelayan yang tunggu aku..

disebabkan baju ni tak mencecah lantai,mudah sikit nak bergerak..
kasut pula kasut tinggi bersentimeter satu..
rambut hanya diikat rendah dengan rambut depan yang berjuntai agak menutupi mata.. aku suka gaya macam ni.. tak mendedahkan sangat wajah aku..

sekarang berada di ruangan perjumpaan..
dewan yang sangat besar..
tak tahu nak terangkan macam mana besar..

"Permaisuri Flora mengatakan bahawa ini ialah Puteri Ozell yang kelima.. adik kepada Putera Veoca.. Beta tidak pasti kesahihannya.kerana itu,Beta memberi ujian ingatan padanya.."

"Tuanku, bukankah ujian itu hanya perlu bagi melihat masa lalu?"

"ya,Beta ingin dia melihat masa lalu ketika dia baru dilahirkan.."

oh.. aku pun nak tahu juga..

"ingatan tersebut akan terpapar, dan tidak akan salah.."

ok.. tapi aku tak nak kalau ternampak pasal aku jumpa Rash.. kang ketahuan pulak

"cik.. cik kena laluan api ni, jangan risau mengenai api ni.. api tak kan membakar cik.. hanya akan merasa sedikit sakit.."

pelayan tu bagi tahu aku..
aku takut pulak..
hehe...

'Tuanku, sebaiknya saya tak ikut Tuanku.. nanti ujian ni menampakkan masa lalu saya pula'

"ermm."

"cik kena buka kasut dulu.. cik kena tenang.."

"baiklah.."

nampaknya, pelayan tu berpengalaman dalam ujan ni..
mungkin dia pernah nampak orang buat ujian ni..
Rash dah pergi..
aku pun dah tanggalkan kasut..

aku mula masuk..
muncul sesuatu macam layar wayang yang jelas nampak..

"maafkan bonda sayang.. bonda sayang kamu berdua.. tapi, bonda tak nak salah seorang daripada kamu mati.. bonda buat semua ni untuk kebaikan kita semua.. sumpahan tu memang betul terjadi. bila kamu dah besar, cari bonda dengan ayahanda.."

mama atau bonda mencium kami berdua..
aku dapat rasa masa tu mama sedih sangat..
tapi masa tu aku tak faham sangat pasal sumpahan tu..

selepas beberapa jam dilahirkan..
dengan mata kepala aku sendiri..
mama aku kena bawa lari..
tak lama lepas tu, ada mayat menyerupai mama..
tapi aku tahu, itu bukan mama..

Tuanku sampai ke bilik mama..
dia hanya memandang sayu muka mama palsu aku..
dan dia ambil Putera sulung dia.. Veoca..
aku nak tahan ayahanda supaya tak pergi, tapi tak boleh dengan keadaan aku masih bayi dan baru lahir..
tiba-tiba muncul ayah Nade..
dia mendukung aku..

"tidak apa tuan puteri.. patik akan membawa tuan puteri bersama. patik akan menjaga Tuanku seperti mana Permaisuri Harina inginkan.."

ayah memandang mayat mama sebelum melarikan aku..

puas ayahanda cari aku merata-rata..
tapi tak jumpa..
dia mengarahkan orang mencari seseorang yang membawa bayi kecil..
selepas beberapa waktu..
ayahanda baru perasan bahawa penasihat diraja tiada di istana..
ayahanda mengesyaki penasihat diraja..
ayahanda mengarahkan orang mencari ayah..
tapi semua harapan mencari ayah musnah..
bila diorang fikir ayah dengan aku mati masa lari dari istana..
ada rangka manusia serta bayi berada di dalam kurungan haiwan buas..
Itu yang mereka fikir..

"abang, siapa nama tuan puteri ni?"

ibu.. aku berada dalam dukungan ibu..

"Veorah.. Permaisuri menamakannya daripada nama Puteri Langit, Puteri Stilveorah."

"Veorah?.. cukup cantik untuk puteri manis ni.. kasihan nasibnya kalau harus berkorban di usia muda"

"permaisuri mengarahkan kita untuk menjaganya dengan baik.. nanti puteri tidak akan sunyi dengan adanya puteri di perut ini.."

masa aku sampai di rumah ayah..
ibu mengandung..dan hanya menunggu hari bersalin..

arrgh..
dada aku..
sakit sangat..

"Tuanku.. patik telah membawakan tuan puteri ini.. patik melakukannya sendiri kerana tidak ada yang ingin memberikan Puteri Stilveorah kepada Tuanku"

"jalankan hukumannya sekarang.Beta tidak ingin melihat anak dukhaka ini lagi.. "

"ampun Tuanku.. patik mohon ampun Tuanku.. bukti bukti itu bukan bukti asal. patik dianiaya."

"pembantu Beta kah yang bersalah.ini semua salah yang dibuat tuan puteri sendiri..jangan melibatkan orang lain!!"

airmata membasahi seluruh wajah tuan puteri malang itu.

"Tuanku.. tidak Tuanku.. tidak.."

perancang licik ini tersenyum riang atas apa yang terjadi pada tuan puteri ini..

"selamat tinggal tuan puteri"
kata kata yang diucap oleh perancang itu..

k-kenapa ujian ni tunjukkan kehidupan lalu aku..
bukan kehidupan sekarang je ke..

"Puteri Stilveorah?"

terlayar di dalam otak aku.. pasal hari kematian aku
sedih
wahai dada ku.. janganlah kau nak sakit masa ni.

huh..
keluar juga aku dari ujian ni..
sakit kaki aku.. tau tak..

"dengan ini.. memang benar dia Puteri Ozell.. kembar Putera Veoca.."

aku melutut..
tak tahan nak berdiri..
tapak kaki aku macam kena cucuk cucuk..
ayahanda mendekati aku..
ujian tu ambil banyak tenaga aku..
nasib baik tak mati..

ayahanda menghulurkan tangan..
aku memandangnya seketika..
lalu aku sambut huluran tangan itu..
perih kakiku..

"simpan ini sebaiknya.."

cucuk sanggul mama..
aku ambil dan mengenggam cucuk sanggul tu..

akhirnya.. sampai juga dekat tempat duduk..

"panggilkan semua anakanda Beta.. mereka harus mengenal Puteri Veorah.."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience