7

Fantasy Completed 2144

selepas jamuan habis..
aku segera balik bilik tetamu..
tak lama lagi dia akan ada bilik sendiri..
pelayan dah sediakan baju tidur..
taklah aku tak selesa nak tidur sebab pakai baju kembang ni..
berat..
mahkota ni pun boleh tahan berat juga.
sakit kepala aku..

sebaiknya aku tidur dulu..

~~~~~

aku dah bangun..
tapi tak bergerak untuk ke bilik air..
aku tengah fikir strategi nak cari mama..
tapi takde idea..

"Tuanku, Tuanku fikir apa?"

"fikir macam mana nak cari mama"

"saya tak dapat bantu sangat.. hari ni saya ronda istana, apa-apa informasi saya akan bagi tahu Tuanku.."

"nanti kau penat, kau kan jadi kecil.."

"takpe Tuanku.. nanti saya cari jalan macam mana nak selesaikan hal tu.."

"yelah.. hati-hati"

"baik Tuanku.."

'tuan puteri.. puteri dah bangun ke?"

"sudah"

'saya datang untuk memberi baju ganti untuk Tuanku'

"kejap.."

terjongket-jongket kaki aku berjalan..
rambut aku mengurai hingga ke pinggang bila aku berdiri..
dah lama aku simpan rambut..
dan aku sentiasa jaga..
aku buka pintu dan biarkan pelayan masuk..

"lepas ni Tuanku mandi, saya akan ambil sarapan untuk puteri"

"ok.. saya mandi dulu.."

pelayan tu pelik tengok aku..

"kenapa pandang saya macam pelik?"

"bukan sepatutnya Tuanku guna perkataan 'Beta'.kenapa guna 'saya'?"

"saya tak biasa.kamu pergilah dulu.."

"baik Tuanku."

.....

"Tuanku nak buat apa hari ni?"

"errr.. tak tahu..apa yang saya boleh buat bila kaki susah nak jalan.."

"Tuanku ada hobi?"

"takde..lagi pun, kehidupan saya sebagai rakyat biasa normal macam orang lain.. siang buat kerja, malam menjahit atau buat kuih.. itu je.."

"mesti Tuanku pandai berdikari kan.. tak susahlah Tuanku.."

"bolehlah.. hehe.. tuan puteri dengan putera dekat sini selalunya buat apa?"

"selain belajar, mereka akan bertemu kawan.. berbual, berlatih dan bermain mengikut umur mereka.."

senangkan jadi anak raja..
tak payah fikir pasal masalah kerajaan..
tapi tu lah..
susah nak jadi dewasa kalau tak ada dugaan..

"oo.. kamu rasa kaki saya ni akan baik berapa hari lagi?"

"mengikut pengalaman yang saya pernah nampak,sepatutnya esok dah ok.."

"dah banyak orang ke yang kena ujian tu?"

"agak banyak, untuk pengetahuan Tuanku, saya bertubuh abadi.. dah lama saya kerja dekat sini.."

"abadi apa?"

"seekor burung"

"kenapa kerja sebagai pelayan?"

"orang tua saya yang nak saya bekerja sebagai pelayan.. lagi pula, dulu keluarga saya tak berkemampuan.."

"sekarang berapa umur?"

"112"

"muka kamu masih muda.. wah.. kamu tak rasa lemah atau penat ke?.. tak nak berhenti?"

"saya dah biasa dengan kerja sehari-hari macam ni.. sebab tu saya tak berhenti."

"oo.. seronok ke jadi abadi?"

"kalau ada tujuan hidup,pasti seronok.. kalau sekadar macam saya,tak seronok sangat.. tapi saya gembira dapat melayan cik.."

"eh.. kenapa?"

"tak semua kerabat diraja melayan pelayan dengan baik.. pasti ada kerenah.. puteri ialah kerabat diraja keempat yang layan saya ramah."

"mungkin sebab saya dibesarkan oleh keluarga sederhana, dan diajar untuk selalu rendah diri dan tidak membandingkan martabat seseorang.. kalau saya membesar di istana, mungkin saya tak macam sekarang"

pelayan itu hanya tersenyum..

"ermm.. dekat sini, apa peraturannya?..nanti saya kena salah pulak kalau langgar peraturan"

"saya hanya tahu peraturan menjadi pelayan istana.. untuk peraturan seorang puteri, mungkin Tuanku akan belajar nanti.."

"huh.. selain belajar peraturan, pelajaran apa lagi yang puteri belajar?"

"setahu saya, puteri dilatih untuk menjadi mendukung suami. mengurus keluarga.. tarian,menyanyi,sastera dan beberapa permainan khas perempuan,sihir juga semestinya dipelajari"

"ergh.. banyaknya nak kena belajar..putera pulak apa yang kena belajar?"

"dari apa yang saya lihat, mereka berlatih untuk menjadi lelaki sejati.. berlatih memanah, main pedang atau belajar sesuatu mengenai perang..sihir.. mesti tahu sejarah kerajaan terdahulu.pandai membuat strategi.. semua yang mereka pelajari adalah seperti menjadi Raja.."

"hah.. rela saya jadi putera kalau macam ni"

"eh.. kenapa Tuanku?"

"sebab saya tahu memanah, berpedang.. lontar damak dan seni pertahankan diri."

menekup mulut dah pelayan ni..

"hiraukan pasal tu.. nama kamu siapa?"

"Brenda."

"tahu nama saya kan.."

"ya.. Puteri Veorah.. nama yang diambil daripada bekas Puteri Langit.. Puteri Stilveorah"

"kamu tahu?"

"ya.. kerana dulu saya menjadi pelayan Permaisuri Harina.. Tuanku Permaisuri suka akan keperibadian Puteri Stilveorah. dan Tuanku Permaisuri pernah berkata yang dia ingin menamakan puterinya dengan nama Veorah"

tak sangka mama suka aku yang dulu..
bangga jadi anak peminat sendiri..
berpangkat tinggi pula tu..

"baik sangat ke Puteri Stilveorah tu?"

saja tanya..
nak tahu tanggapan diorang terhadap aku

"hati Puteri Stilveorah sangat baik.. dia sanggup keluar istana untuk membantu ramai rakyat yang susah.. dengan siapa pun dia jumpa,dia akan bersikap baik dan tidak sombong diri.. namun, kematiannya tragis"

"kenapa?"

"puteri itu dibunuh oleh Raja Langit, ayahanda nya sendiri hanya kerana puteri dianiaya oleh adinda perempuannya sendiri"

"kesiannya"

"ya.. sejak kematian Puteri Stilveorah,Kerajaan Langit tidak lagi harmoni.. kerana ramai rakyat memberontak atas kematian Puteri Stilveorah..sebab,mana mungkin puteri yang baik sepertinya sanggup membunuh kekanda perempuan nya hanya untuk berkahwin dengan seorang putera mahkota di kerajaan lain.."

banyak dah ke yang tahu hal ni..
kesian Kerajaan Langit..
tulah..
siapa suruh bunuh aku..
kan dah tak harmoni..
arrgh..
geram aku dengan kerajaan tu..

"lepas tu, apa jadi?"

"adinda puteri itu sudah berkahwin dengan putera mahkota itu, dia melarikan diri dengan beberapa barang berharga istana.."

"sadis"

"ya Tuanku.. dan selepas Tuanku pulang ke mari.. semua kerajaan alam heboh.. kerana Raja Langit mengatakan roh Puteri Stilveorah berada di tubuh puteri"

ish Raja Langit ni..
saja nak porak-peranda kan negara orang..
tahulah kerajaan dia dah tak harmoni..
jangan nak bawa kerajaan orang..

"kenapa diorang pasti dalam badan saya ada roh puteri tu?"

"saya juga tidak tahu.. tapi banyak yang percaya hal tu."

"ermm.. kalau suatu hari diorang memang benar ada roh puteri tu dalam badan saya, diorang akan buat apa?"

"diorang mungkin akan cari jalan untuk mempergunakan Tuanku.. untuk mengembalikan keharmonian Kerajaan Langit"

"saya akan mati ke?"

"itu, saya tak pasti.."

"hrmm.. dekat sini ada tempat rahsia tak?"

"kenapa Tuanku tanya?"

"saja."

"ada.. hanya orang tertentu je masuk.."

"mesti tempat yang misteri.. haihh.. takpelah.."

seharian suntuk..
aku hanya ada dalam bilik..
bosan..
tak pernah lagi aku duduk diam dalam satu hari..
dulu, kalau aku sakit pun..
mesti ada juga yang aku buat.
aku kan budak degil.. hehe..

"Tuanku"

"Rash.. dah balik..lamanya kau dekat luar.."

"istana ni besar sangat. dan saya tak jumpa informasi"

"takpe.. esok kita ronda-ronda dengan Veoca.."

"kaki Tuanku macam mana?"

"Brenda kata,sepatutnya esok dah elok.."

"ok Tuanku.. mesti Tuanki bosan dalam bilik kan.."

"sangat-sangat bosan."

"takpe.. esok mesti Tuanku tak bosan.. sekarang Tuanku nak buat apa?"

"aku nak tidur awal.. harap esok pagi bangun awal.. nampak kaki aku dah tak sakit.."

"ok Tuanku.. saya pergi pasu tu dulu.."

"yelah"

~~~~~

"selamat pagi Tuanku.. saya membawa baju ganti Tuanku"

aku pergi buka pintu.
haihh.
baju kembang lagi..

"Brenda.. boleh tak kalau kamu nak beri saya pakaian, jangan bagi baju kembang.. saya tak biasa..kalau nak bagi baju kembang juga,jarangkan.."

"baik Tuanku.. nanti saya aturkan.. selepas Tuanku selesai, saya akan hantar Tuanku ke meja makan diraja"

"perlu ke?"

"ya Tuanku.. kelmarin hanya kerana kaki Tuanku tidak sembuh.. sekarang sudah sembuh, pasti boleh berjalan.."

"ooh.. ok,nanti saya keluar.."

"baiklah Tuanku, saya akan tunggu"

hrmm..
bersemuka dengan semua kerabat diraja pada satu meja..
sanggup ke aku..
aku kan tak kenal diorang sangat..

.....

"baiklah Tuanku.. mari kita ke ruang makan diraja"

baju kembang yang berwarna jingga.
padan dengan mahkota aku..
rambut aku tersanggul rapi dengan adanya cucuk sanggul mama..
walau pun agak pelik digandingkan dengan warna jingga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience