21

Fantasy Completed 2144

"maaf puteri.. hanya buah yang kami boleh bagi.. kerana ini arahan atasan.."

"tidak apa.. terima kasih"

"sama-sama puteri.. kami pergi dulu"

tsk..
buah..
takpe..
asalkan ada yang boleh dimakan..

aku ambil buah epal..
baru nak masuk dalam mulut..

"Tuanku.. jangan makan"

"k-kenapa?"

"ada racun"

"hah?"

"betul Tuanku.. ada racun.. kalau Tuanku makan, Tuanku akan pengsan.. dan tak boleh nak bergerak.. Tuanku akan sangat lemah"

"kerja siapa lagi ni!!!"

racun?
tak habis-habis dengan racun..
kang aku yang racunkan orang tu..
memang biar mampus je nanti..
hah..
kan aku dah jadi kasar..

"takpe Tuanku..saya akan dapatkan makanan yang boleh Tuanku makan. tunggu saya"

susahkan Rash je..
huhh..

aku tekapkan telinga ke dinding penjara..
macam suara tangisan..
sayunya..
mama ke ni?

"Tuanku.. ini buah yang sangat segar.. saya ambil dari pokok"

"cepatnya kau pergi ambil"

"hehe.. ada lah caranya.. sebaiknya Tuanku habiskan.. saya kena balik istana.. dan saya akan keluarkan Tuanku..saya tak nak Tuanku lemah bila keluar nanti"

"baik Rash.."

risau benar dia..
boleh ke aku keluar hari ni?
baru kelmarin aku masuk sini..
huh..

'kau rasa puteri malang tu dah pengsan ke?'

'dah tu.. racun tu kan kuat'

suara pengawal tadi..
pengsan?

aku pura-pura pengsan..

"hah.. kan dah kata, puteri ni dah pengsan.. mesti Gundik Angela suka kerja kita"

"ha'ah.. jom kita bersenang-senang"

pfft..
berkomplot..
muka cantik hati hitam..
itulah Gundik Angela..
tak sangka memang dia yang buat semua ni..

disebabkan aku masih ada kuasa Puteri Langit aku..
aku rakam kejadian tadi..
ini bukti aku yang akan aku bagi ayahanda bila aku jumpa ayahanda nanti..
aku nak tengok reaksi gundik jahat tu..
nak sangat buat aku kasarkan..
mendapatlah nanti..
mendapat balasan aku..

.....

"Tuanku..patik tidak tahu apa yang terjadi pada puteri.. patik tidak berbuat apa-apa pada puteri"

MU-NA-FIKKKK

pengawal tadi..
aku masih pura-pura pengsan..
guna kuasa aku, diorang semua tak kan sedar yang aku hanya berpura-pura..

sebelum ayahanda sampai..
pengawal tu pergi sorokkan buah yang diorang bagi..
nasib baik aku dah kenyang..
hehe..

ayahanda angkat aku..
ampun ayahanda..patik memang berat..
moga tidak patah tangan Tuanku

dengan kuasa kelajuan ayahanda,kitorang sampai ruang istana dengan cepat..
aku rasa Rash dah jumpa bukti aku tak bersalah..
sebab kalau takde bukti, buat apa ayahanda nak keluarkan aku kan..

ayahanda letakkan aku di lantai..
tapi dia pangkukan kepala aku dekat kaki dia..
wah..
baikkan ayahanda aku..
hehe..

"a-ayahanda..apa jadi dekat Veorah?"

Veoca bertanya..
mesti dia risau dengan aku.. kan..

aku guna kuasa aku untuk pamerkan rakaman tadi..
haha..
aku dapat nampak reaksi Gundik Angela..
padan muka..
dua pengawal tadi pun dah cuak..

"Gundik Angela?.. kamu punca Veorah macam ni?"

"tidak Tuanku.. mana mungkin patik melakukan hal terkutuk seperti itu.. patik bukan gundik rendahan yang menggunakan cara buruk itu.."

"jadi.. ini semua apa?.. lagi pula, kamu sendiri yang meletakkan rantai kamu di dalam bilik Veorah semasa Veorah tidak ada di bilik.. kamu juga menuduh dia.. dan kamu, kamu racunkan anak Beta!!"

oh tidak..
tegang sangat muka ayahanda..
meh aku berlakon yang aku baru bangun..

'hukk.. hukk..'.

"Veorah.. kamu sedar?"

"ermm.."

aku duduk.. pegang kepala seakan sakit kepala..

"Tuanku.. tanyalah pada Veorah sendiri..lagi pula,patik tidak berminat untuk berbicara puteri sumpahan sepertinya.. apatah lagi anak daripada seorang permaisuri rendahan"

aku buat muka bingung..
terkejutlah korang nampak sisi kelam sebenar gundik ni..
bermuka dua!!

"Gundik Angela!.. mengapa kamu seakan menghina anakanda Beta?"

"itu yang perlu dia dapatkan.. anak daripada permaisuri rendahan tidak perlu patik hormat seperti layaknya puteri.. oh tidak, puteri rendahan yang disumpah.."

terkejut lagi diorang..
berani dia buka muka kedua dia depan ayahanda memang nak mati..

"kamu tiada hak untuk menghina anakanda Beta.. kamu harus dihukum!"

"Tuanku Raja memang tak adil sejak dulu.. patik gundik pertama Tuanku,tapi kenapa gundik murahan dari keluarga rendahan seperti Gundik Harina menjadi Permaisuri Ozell.. takhta itu sepatutnya untuk patik"

tsk..
gila pangkat..
aku pasti, mama sendiri pun tak nak jadi permaisuri..
cuma, ayahanda dah pilih..
nak halang macam mana lagi..

"jadi.. kamu buat semua ni kerana kamu rasa ketidak adilan Beta.. kamu patut sedar, sesiapa gundik yang melahirkan putera sulung harus menjadi permaisuri.. kamu lupa peraturan alam?"

"tapi kenapa Tuanku tidak memberikan takhta tersebut pada patik ketika Gundik Harina belum melahirkan putera sulung?"

"kerana ramalan ahli sihir peramal.. dia tidak pernah salah.. dan, jangan panggil permaisuri sebagai gundik.. walau pun permaisuri sudah tiada"

"arrghh..ini tidak adil.. lagi-lagi tidak adil"

"Gundik Angela sepatutnya sedar ini takdir.. sudah bernasib baik Gundik Angela tidak dibuang ketika itu.."

"kenapa puteri rendahan seperti mu berbicara pada Beta"

tadi..
aku yang bercakap..
sekarang biar aku berdiri..

aku guna kuasa aku untuk dengarkan tangisan mama..

"Gundik Angela mesti tahu suara siapa disebalik tangisan ni kan.. dan pasti, gundik sendiri tahu di mana orang ini berada"

"kamu tidak perlu memberitahu Beta.. Beta tahu apa itu.. oh lupa, Tuanku Raja.. Tuanku tidak sepatutnya membawa anak miskin ini di sini.. dia mencemarkan bau istana.."

"tsk.. mencemarkan bau istana?.. gundik tak sedar ke?,, dengan adanya bau anak miskin ni.. negara ni lebih aman.. oh tak,..Kota Norm tak buat hal..walau pun saya dibesarkan dengan kesederhanaan, tidak pernah saya diajar untuk menghina dan merendahkan sesorang.. dan tak pernah lagi saya kurang ajar sebelum ni..tapi nampaknya saya akan kurang ajar dengan gundik sendiri"

"anak murahan yang busuk.. kalau diikutkan.. kamu hanya rakyat biasa yang tidak layak tinggal di istana.. dan tidak berhak untuk berkawan dengan anakanda Beta"

"Gundik Angela..berhenti!"

ayahanda menghalang perdebatan..

"kenapa Tuanku?.. takut patik bunuh anak busuk ni?.. haha.. patik lebih suka membunuh Putera Veoca..namun malang sekali tidak dapat.."

muka dia sangat buruk sekarang ni..
walau pun orang lain nampak cantik

"anak seperti kamu harus balik ke tempat asal mu yang busuk itu.. kembali dengan rutin harian yang busuk juga..tak pun, kamu hanya mengemis kasih sayang Tuanku untuk meminta sedekah.."

wah.. pedas gilerr kata-kata dia ni..

"rakyat harus sedar diri.. hanya perlu memandang kerabat diraja dari jauh.. bukan terlalu dekat seperti sekarang.. lagi pula rakyat hanya hamba.. hamba yang boleh dibuang.. boleh diambil.."

ni melampau..
rakyat tidak pernah sekali pun jadi hamba..

"memang patut kamu dibawa keluar istana dulu.. kerana bonda kamu bukan asal dari kerabat diraja.. hanya rakyat yang merayu pada Tuanku.. kesian.. boleh menghilangkan beban untuk menjaga abang kamu,Veoca..bonda kamu memang tak tahu malu kerana merayu Tuanku.. menarik perhatian Tuanku untuk mengambil Tuanku daripada Beta..dasar rakyat murahan tak tahu malu"

aku dah berang sangat..

"argh.. arghh.. arghhhh"

semua orang menumpukan perhatian pada Gundik Angela bila dia mengerang kesakitan..

"gundik boleh hina saya.. tapi jangan hina bonda saya dan rakyat.. Veoca bukan beban..bonda saya tak berani merayu pada ayahanda.. lagi pula, bukankah gundik sendiri yang minta pada ayahanda untuk mengahwini gundik.. malah, ingin memberi khidmat atas ranjang jika ayahanda ingin.. tapi ayahanda tidak minta semua itu. namun Tuanku turutkan gundik untuk menjadi gundik pertama ayahanda..bonda saya orang yang baik dan dididik dengan baik..rakyat juga bukan hamba yang dipergunakan.. rakyat adalah kekuatan negara.. tanpa satu padu dalam masyarakat rakyat.. gundik fikir gundik akan berdebat dengan saya.. tidak, gundik akan sibuk melarikan diri dari istana.. kembali ke tempat asal gundik di sekolah sihir yang membantu gundik mendapat pangkat di istana..Veoca juga berusaha baik untuk menjadi putera baik.. tidak membahayakan nyawanya kerana tak ingin putera yang lain juga terbabit.. dan dengar sini.. AKU ADA DEKAT ISTANA NI SEBAB AYAHANDA, BONDA DAN VEOCA.."

aku lepaskan pegang kuasa di leher gundik..
nasib baik tak mati..
aku tak sedar bila masa aku menangis...
sekarang deras airmata mengalir..
arggh..
sedih tau tak..

"sebaiknya gundik sedar juga diri gundik yang dilahirkan dan dibesarkan di mana.."

aku berpaling berjalan..

aku pusing balik..

"Tuanku.. patik ingin keluar istana untuk beberapa waktu.. semoga Tuanku tidak mencari patik.. patik pergi dulu"

aku lap airmata..
sedih sangat..
hinaan si muka dua tu menusuk hati aku..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience