25

Fantasy Completed 2144

dah beberapa hari berlalu..
khabar berita pasal mama belum ada..
aku terperuk dalam bilik..
sekarang ni aku dekat Istana Ozell..
kalau aku tak balik kang..
diorang fikir aku lari atau kena culik pulak..

aduh..
argh..
sakit punggung aku..
aku terjatuh dari katil..
dah kenapa pulak ada gelombang ni..
kuat pulak tu..

aku pergi keluar..
rasanya gelombang ni datang dari luar istana..

"Veorah sini"

Veoca tarik aku untuk bersembunyi..
dah kenapa nak bersorok?
tak kan main permainan pulak..
pfft..

"Veoca.. kenapa ni?"

"Raja Langit cari kau.. ayahanda dah suruh kitorang untuk halang kau untuk jumpa dia.."

"oh.. Raja Langit jumpa aku kenapa?"

"dia nak kau harmonikan Kerajaan Langit"

tak habis buat hal Raja Langit ni.

"Raja Ozell.. sebagai Raja,kamu seharusnya membantu Beta.. Beta hanya ingin roh puteri Beta mengembalikan keharmonian kerajaan Beta.. Beta tidak menginginkan tubuh puteri Raja Ozell"

"tapi,tanpa tubuh puteri Beta.. roh puteri itu tak kan ke mana-mana.. dan tak kan meninggalkan istana ni"

"kerana itu Beta ingin kerjasama Raja Ozell..lagi pula bonda puteri itu sedang nazak.. dia ingin bertemu dengan Puteri Stilveorah"

bonda nazak?
tak kan aku nak duduk diam je..
aku nak jumpa bonda..
aku lepaskan pegangan Veoca..
aku kena jumpa bonda..
aku tak nak menyesal..

"di mana Gundik Tiana?"

"puteri akhirnya muncul"

"mana Gundik Tiana?"

"Beta akan temukan puteri dengan Gundik Tiana,jika puteri bersetuju untuk mengharmonikan kerajaan Beta"

"itu mustahil"

"tidak mustahil jika itu Puteri Stilveorah"

aku merubah tubuh badan aku menjadi Puteri Stilveorah..
biar aku berhadapan sebagai Puteri Stilveorah..dan bukan Puteri Veorah

"mustahil patik mengharmonikan Kerajaan Langit.. sangat mustahil"

"jika puteri tidak mengharmonikan kerajaan Beta.. puteri tidak akan berjumpa dengan bonda puteri sendiri"

"patik tidak memerlukan Raja Langit untuk bertemu dengan bonda patik sendiri"

"apa maksud kamu puteri?"

aku menghilang sebentar..
aku jumpa bonda..
dia terbaring atas katil..
aku mendekat

"anakanda...ni anakanda bonda kah?"

"ya bonda.. ni anakanda.. Stilveorah"

"akhirnya bonda berjumpa dengan kamu anakanda.. bonda sudah lama menunggu kamu.."

"bonda.."

aku menangis tengok keadaan bonda..
tak terurus..
ni mesti sebab Raja Langit

"anakanda.. bonda minta maaf atas kematian kamu..bonda sayang kamu.. jaga diri.."

"bonda.. Stil tak salahkan bonda.. ni salah orang lain.."

"bonda sayang kamu..bonda minta, kamu jangan senang-senang harmonikan kerajaan ni..kamu kena fikir cara terbaik.."

"baik bonda.."

"Stil kena jadi anak baik tau.. bonda dah tak banyak masa.. bonda sangat sayangkan anakanda bonda ni.. Stilveorah"

"Stilveorah ini juga sayang sangat bonda.."

"bonda akan tenang..selamat tinggal Stil"

"bonda.. bonda.."

bonda dah takde..
bonda tinggalkan aku..

aku peluk jasad kaku itu..
ini tak adil untuk bonda..
ini tidak adil..

aku bawa jasad bonda ke Istana Ozell..
biar Raja Langit tahu aku pergi mana..

sesampai aku di luar istana..
hujan..
ya.. kerana aku menangis..
hujan akan turun..

aku lap airmata supaya tak turun lagi..
nak berhentikan hujan..

"Veorah.. kenapa dengan.."

"Gundik Tiana dah mangkat.. ini semua kerana Raja Langit!"

aku sediakan tempat untuk meletakkan bonda..

"Puteri Stilveorah..kamu harus ikut Beta ke Kerajaan Langit sekarang.. kamu harus bertanggungjawab atas apa yang kamu buat..kamu menyebabkan kerajaan Beta tidak harmoni"

nak salahkan aku konon..
salah sendiri..

"Puteri Stilveorah dah lama mati.. kenapa harus cari dia lagi?"

"lawak apa kamu buat puteri?"

"HAHA"
aku ketawa tak ikhlas..

"lawak?.. nampaknya Tuanku Raja Langit tidak sihat.. tidak dapat membezakan lawak dengan kenyataan"

"hey.. jangan menghina Tuanku seperti itu"

seorang lelaki yang aku tak kenal..
belasan tahun..

"kamu siapa?"

"aku cucunda Raja Langit"

oh..
cucu..
macamlah aku kisah..

"sebagai seorang puteri.. kamu tidak patut menghina Raja seperti itu.. di mana adab mu"

wah..
dia nasihatkan aku..
dia tak tahu ke betapa tak pintarnya datuk dia tu..
sampai bunuh aku dengan bukti tipu macam tu..

"ini urusan saya dengan Raja Langit.. kamu tidak perlu masuk campur"

putera tu nak menjawab..
tapi Raja Langit halang..

"Beta tidak ingin berdebat.. Beta hanya ingin puteri mengharmonikan kerajaan Beta dan selesai"

"tidak.. patik tidak akan mengharmonikan kerajaan itu.. terutama untuk Tuanku.."

"kenapa kamu mengelak untuk melakukannya?!"

"Tuanku ialah punca kematian Puteri Stilveorah yang teraniaya.. memang patut Tuanku mendapatkan balasan seperti ini..Tuanku sangat naif untuk menjadi Raja.. dengan membuat keputusan terburu-buru"

"kamu terlalu kurang hormat pada Beta.. mana adab mu?.. adakah Raja Ozell kurang mengajari kamu adab pada yang lebih berkuasa"

"peradaban patik hilang bila bertemu tetamu tak diundang seperti Tuanku"

"Puteri Stilveorah..kamu inginkan peperangan antara perbincangan ini"

"adakah Tuanku mempunyai kelengkapan dan persediaan kukuh untuk berlawan dengan Kerajaan Ozell?"

"Veorah"

aku berubah muka Veorah..
dan memandang ayahanda..

aku panggil beberapa naga..
selain naga air dan api...
aku pernah jumpa naga tanah, angin,kayu dan daun akibat pembelajaran sihir..

sekarang di langit..
ada enam naga yang berlainan elemen..

"adakah Tuanku sedia melawan naga ni?"

"Beta tidak perku takut"

dengan cepat dia menangkap naga tu..
itu licik..

"Veorah"

suara ni..
aku berpaling..
mama?
bila pulak mama sedar ni?

aku mendekat dengan mama

"bonda buat apa dekat sini?"

"bonda tak kan biarkan Veorah ikut Raja Langit tu.. tak akan"

"Veorah tak kan ikut dia.."

"siapa yang muncul ini?..seberaninya menentang Beta"

Rash muncul dengan mahkota..
Mahkota Permaisuri..
diletakkan pada kepala mama..
wah.. sangat cantik..
baju mama dah berubah menjadi gaun permaisuri..
lebih cantik..

"patik Permaisuri Ozell, Harina.. patik menghalang anakanda patik untuk melakukan itu kerana kematian Puteri Stilveorah..malah, puteri tidak akan mendapat kebaikan atas keharmonian Kerajaan Langit..itu tidak adil"

"baiklah.. apa kata kita membuat persepakatan?"

persepakatan?
bagus..

mama pandang aku..
aku angguk

"baiklah.. biar puteri sendiri yang menentukan sepakatan"

"Beta terima"

ni kali pertama aku nampak Raja Langit berunding..

"tidak susah.. hanya saja jangan mengganggu kerajaan lain terutama Kerajaan Ozell dan berubah menjadi lebih baik..terima atau tidak?"

dia sedang berfikir..
ada dua kebaikan persepakatan ni.
pertama untuk kerajaan lain..
dan diri dia sendiri..

"baiklah.. Beta terima"

"baiklah.."

aku sediakan perjanjian abadi khas dari Kerajaan Langit..
dan sudah pasti Raja Langit lebih mengetahui bahawa Perjanjian Langit Abadi ni akan memberi impak buruk kalau dilanggar.

"ini Perjanjian Langit Abadi.. jika Tuanku melanggarnya, semua ini akan terbatal dan akan memberi impak buruk untuk kerajaan Tuanku"

tertekan Raja Langit..
sengaja..
.....

baiklah.. aku dah ada dekat luar Istana Langit..
ok.. aku nak mulakan pengharmonian kerajaan..
aku terbang ke udara.. uhuu..
hehe..

tak tunggu lama.. pengharmonian dijalankan..
agak lama..

tak lama lepas tu..
aku rasa kelam...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience