"tuan puteri.."
"Pelayan Brenda?"
"nilah pelayan yang selalu sediakan baju untuk aku"
"ohh.."
"tuan puteri.. bilik khas puteri telah siap dikemas.. segalanya sudah siap.."
"oh.. boleh tengok sekarang.."
"ya tuan puteri.. biar saya tunjukkan jalan.."
wah..
dah ada bilik sendiri..
seronok..
tapi.. aku kena minta tolong Rash kalau-kalau ada sesuatu yang aneh dalam bilik tu..
itulah langkah berjaga-jaga
.....
"ni bilik tuan puteri.."
"bagus.. dekat dengan bilik aku"
"mana?"
"tu.."
dia tunjuk bilik sebelah..
yeah..
taklah aku takut kalau kena kacau..
apatah lagi kalau Rose tu ganggu aku..
tak nak aku..
nanti aku hilang sabar.
"tuan putera, tuan puteri.. saya pergi dulu.."
"ok.."
"kau pergilah bersihkan badan kau.. tak lama lagi kan nak makan tengah hari.. lepas makan ni, kau buat apa pulak?"
"kenal sejarah.. selesaikan beberapa maaalah kerajaan"
"eh.. kau pun kena buat ke?"
"masalah kecil je.. kalau masalah besar tak.. tapi kalau dah boleh nak selesaikan masalah besar, kenalah tolong masalah besar tu"
"ooh.. puteri takde buat macam tu ke?"
"ada je.. diorang cuma kawal keadaan.. contohnya dalam memberi sumbangan dekat rakyat, diorang kena pastikan semua rakyat dapat sama rata.. atau dapat sumbangan yang sepatutnya"
"wah.. baiknya.."
dia pegang lagi kedua pipi aku..
dia ni..
"nanti kau kena buat juga.. tapi takpe, nanti akan ada yang teman.. supaya kau tak tersilap."
"wah.. ok, aku akan buat yang terbaik.."
"peliklah kau ni.."
"kenapa?"
"kebanyakan puteri atau kerabat raja lain yang perempuan,diorang tak nak terlibat"
"aku perempuan aktif dekat luar.. dan aku lebih suka buat aktiviti luar..dan aku susah nak duduk diam.. kalau duduk pun, aku akan fikir perkara yang aku boleh buat"
"unik kau ni.."
"taklah unik pun.. banyak je perempuan macam aku.. cuma kau tak pernah nampak kot.. lagi pun, puteri dekat sini kan kena didik dengan sangat baik.. sebab tu agak manja nak keluar istana"
"panjang komen kau"
"hanya pandangan"
"oklah.. aku balik bilik.. kau pun pergi mandi.. berpeluh kau tolong latih aku.."
"ok"
dia dah keluar..
"Rash.. nanti masa aku nak bersiap.. kau periksa bilik ni.. kalau ada yang ganjil.. bagi tahu aku"
"ok Tuanku"
.....
"kau tinggal dekat mana sebelum ni?"
"dekat Kota Norm"
"ooh.. jarang kerabat raja nak jenguk sana.. sebab dekat sana jarang ada masalah..kalau ada pun, mesti perkara kecil"
"sebab tu ke korang jarang jenguk.. aku fikir korang tak kisahkan pasal kota tu"
"kenapa kau fikir macam tu?"
"sebab.. orang kota tu kan semuanya tak ada belajar sihir, ada pun sihir lemah je.. disebabkan dekat sana kurang sihir, kerajaan tak nak ambil tahu sangat pasal kitorang.."
"fikir jauh sangatlah kau ni.. takpe, lepas ni kitorang akan jenguk."
"aku nak ikut?"
"kenapa?"
"aku nak jumpa keluarga angkat aku..aku rindu"
dia usap rambut aku..
dah kenapa macam ayahanda ni..
"ok.. nanti aku minta kebenaran ayahanda"
"yeah.. terima kasih"
"sama-sama.. aku sambung belajar dulu"
"hehe.. ganggu kau pulak.."
"takde pun.. aku yang tanya tadi"
aku berdiam diri..
tengok dia belajar sejarah kerajaan..
dalam otak aku..
aku ingat sejarah kerajaan Langit... pfft..
kenapa mesti aku ingat..
serba sedikit..
Veoca kenalkan aku dengan sejarah kerajaan ni..
semuanya hebat hebat belaka..
"kau tak bosan ke asyik ikut aku?.. belajar pun kau ikut"
"takpe.. asalkan ada nak buat.. aku bosan kalau takde apa nak buat.. nanti aku termenung..hehe"
"apa kata kau buat muka marah?"
"buat apa?.. nanti orang nampak aku marah kau pulak"
"sekejap je.."
"nak buat apa?"
"buat je"
"yelah"
aku buat muka marah..
sekejap je..
nanti ada yang fikir aku buli Veoca ni
"hah.. melalui muka marah kau, kau nampak macam ayahanda"
"haha.. biar betul.."
"betullah.. seiras sangat dengan ayahanda,kalau kau marah.. aku pula serupa sikit je dengan muka ayahanda"
"takpe.. kau ada serupa bonda bila kau tenang macam ni"
"kalau aku marah?"
dia buat demonstrasi muka marah
"haha.. sama dengan muka ayahanda.. kita sama"
"kita memang kembar terbaik"
"ha'ah"
"eh.. Abang Veoca dengan Kak Veorah lah.. puas Iris cari.."
puteri bongsu, anakanda ke 12..
comel.. baru 10 tahun
"kenapa Iris cari kitorang?"
"saja nak ganggu.. nak kenal dengan Kak Veorah"
"bagus juga.. Iris pergi bawa Kak Veorah jalan-jalan.. dari pagi tadi dia ikut abang"
"ye ke.. rugi Iris tak jumpa Kak Veorah awal..takpe kak.. jom ikut Iris, Iris tunjukkan akak tempat cantik"
"ok.."
"Veorah, nanti aku jumpa kau malam ni"
"ok.."
.....
"Puteri Iris nak bawa saya pergi mana?"
"Kak Veorah janganlah formal.. kitakan berdua je.."
"ok.. sekarang ni kita nak pergi mana?"
"kita pergi tempat menjahit.. dekat sana ada kakak yang lain"
terkaku kaki aku..
apa?
oh tidak
Rose pun ada dekat sana
Iris perasan aku berhenti
"akak fikir pasal Kak Rose ke.. jangan risau, dekat sana ada gundik lain..mustahil Kak Rose nak cari gaduh dengan akak"
ni lagi buat aku tergamam..
aku dahlah orang baru dekat sini.
lepas tu pergi tempat yang ada gundik lain..
mana tahu gundik tu pandang rendah aku, sebab sebelum ni aku tinggal dekat kota..
"akak, apa yang akak fikir lagi?.. jom jom.. jangan takut.. bukan semua orang tak suka kakak.. cuma sekarang ni, Kak Rose dengan Abang Lemon je tak suka.. tak tahu kenapa"
aku terdiam lagi..
aku tak tahu nak bagi reaksi apa..
"akak..jom pergi ok"
ikut jelah..
kesian Iris ni yang bawa aku..
nanti dia tak hargai cara dia nak berkenalan dengan aku pulak..
.....
ya ampun..
hati..
jangan nak berdetak laju sangat..
aku tahu kau takut..
nak sakit jiwa aku macam ni..
aku menunduk dari tadi..
aku tak nak tunjuk rupa aku ni..
argh..
"bonda-bonda.. nilah Kak Veorah..Iris dah bawa"
tercengang!!
dia sengaja bawa aku dekat sini..
sampai hati kau Iris..
aku dah nak mati berdiri depan diorang
"Kak Veorah ni pemalu sangat.. tu yang dia asyik tunduk tu.. kan Kak Veorah"
aku angguk..
'hehehehe'
ayunya ketawa para gundik ni..
ni ke sebab ayahanda tertarik jadikan diorang gundik..
"tidak perlu terlalu malu Veorah.. ke marilah, duduk samping bonda.. bonda Sylvia"
aku teragak-agak..
"jangan takut.. bonda tak makan kamu pun.. duduk.."
aku tunduk hormat..
dan aku duduk
"kenapa kamu menutupi mata kamu dengan rambut kamu?.. ada masalah?"
bonda?
pfft..
memang adat ke apa ni?
"t-tidak ada.. c-cuma mengelak silau"
itu benar..dan tak nak bertentang mata dengan orang..
kecuali yang memang rapat dengan aku..
"macam mana nak nampak jalan?.. dah biasa?"
"ya.. sudah biasa"
agak ramah..
cuma aku rasa aura jahat... yang pasti bukan Gundik Sylvia..
Gundik Rania nampak dingin..tapi tak semestinya jahat
Gundik Angela nampak manis..tapi tak bermakna dia baik
"macam mana kamu hidup di kota?.. kamu ada belajar menjahit?"
"hidup di kota baik.. dan patik ada belajar menjahit"
"Veorah. tidak perlu formal.. formal hanya bila perlu"
aku mengangguk..
"jangan menunduk terus, nanti sakit leher kamu"
baik sangat Gundik Sylvia ni..
perhatian..
aku mengangkat wajah untuk memandang diorang..
diorang buat reaksi terkejut
ada sesuatu yang buruk dekat muka aku ke?
"adakah muka saya membuat Tuanku semua terkejut?"
aku dah menunduk hormat..
"tidak Veorah.. tidak.. kami hanya terkejut melihat wajah kamu yang terlalu mirip seperti mendiang permaisuri"
dibelai rambut aku..alahai..
kerabat Raja Ozell ni memang suka belai rambut ke..
tadi pagi ayahanda, masa nak makan tengah hari Veoca..
masa petang ni, Gundik Sylvia..
dah terbiasa ke apa?
"tadi kamu kata kamu ada belajar menjahit.. boleh tunjukkan kemahiran kamu?"
pinta Gundik Angela..
dia muka manis, tapi ada aura seram..
aku angguk..
"pelayan,bawakan peralatan menjahit untuk Puteri Veorah"
Share this novel