12

Fantasy Completed 2144

aku siap..
aku buat buah oren atas sapu tangan..
maksud aku jahit ya.. bukan munculkan buah oren..

"cantik.. pandai kamu buat.."

"terima kasih Tuanku"

"bonda..bukan Tuanku"

aku senyum menunduk..

"Gundik Angela dengan Rania pun mesti ada pendapat yang sama dengan saya kan.. cantik sangat jahitan kamu ni.. kemas."

"sudah pasti.. cantik sungguh jahitan kamu tu.. pasti kamu belajar dengan baik dan teliti.."

aku hanya tersenyum..
aku tak nak nampak tak sopan..

"sudahlah.. mari kita minum petang.."

minum petang yang agak tegang untuk aku..
aku tak selesa sebenarnya..
pandangan Gundik Rania buat aku nak putus jantung

"Veorah"

alamak.. aku dahlah baru habis minum petang..
nak apa pulak Rose ni..

"ya puteri.. nak apa?"

"kau sini."

woii woii.. apa main tarik tangan aku ni..
dia tarik aku masuk bilik dia..
bilik dia depan bilik aku..

"kau jangan keluar selagi aku tak suruh keluar"

dia pergi masuk satu pintu..
aku rasa tu bilik air..

dia dah keluar bilik..
aku statik pada kedudukan aku..
dia kelilingi badan aku.. ada masalah ke?

"ok.. kau boleh keluar"

"baiklah"

aku cepat-cepat masuk bilik..
tergaru kepala aku..
apa hal dia tu..

takpelah.. aku nak bersiap untuk makan malam..

"tuan puteri.. ni saya, Brenda"

"ya"

"ni, Tuanku Raja nak saya bagi baju ni.. puteri kena pakai masa makan malam ni.. Tuanku Raja akan terangkan kenapa"

"baiklah"

baju pelik..
tak pernah aku nampak..

takpelah.. pakai je..

.....

"sepadan..Beta tidak salah memilih baju"

senyum menunduk lagi..
ni jelah perkara harian aku buat..

kedudukan kerusi makan kitorang sama..
ikut pangkat atau umur..

makan malam sunyi..
hanya ada bunyi sudu garpu yang kedengaran..

selepas makan..
aku ikut ayahanda..
Veoca pun ada..

"selamat malam semua"

'Tuanku'

semua yang ada di depan ayahanda tunduk hormat..
bagi lelaki,diorang akan berlutut satu kaki sambil menunduk..
bagi perempuan,kitorang ada dua cara..
pertama, kalau kitorang guna gaun.. kitorang angkat gaun sedikit dan tunduk sikit
kedua.. sebelah tangan berada di belakang tubuh..satu lagi berada di perut.. dan menunduk..
itulah dia..

"malam ini.. anak Beta yang keenam akan mengikuti latihan sihir dan magis.. layani dia dengan baik"

aku nak tunduk sikit..
tapi aku kena ingat aku puteri, bukan Veorah yang dulu tinggal di kota
jadi aku hanya senyum..

"Veoca.. tengokkan Veorah.. lagi pula dia baru di sini"

"sudah pasti Tuanku"

ayahanda dah pergi dengan orang-orang dia..

"tuan puteri.. izinkan kami memeriksa puteri sebentar"

aku angguk..

sekejap je..
sekarang kitorang berada dekat sebuah kawah besar yang ada air..
ni atas tanah ya..

setiap seorang membaca mantera..
air dalam kawah tu bercahaya je..
entah apa nak buat..
aku nak tahu sangat apa yang istimewa benda yang kitorang buat sekarang..
aku sentuh sekejap air tu..
masa tu takde yang cuba buat air tu bercahaya..
oh..
entah-entah nak buat air bercahaya je kot..
pfft.. aku buat pun dapatlah..

'DUSSHH'

air membasahi orang.

ada bunyi aneh yang aku tak pernah dengar.. kuat sangat bunyinya..
pekak juga aku nanti..
aku masih tak tengok benda apa tu..
yang pasti, aku tengah basah kuyup..

'ggrrr'

bunyi pelik tu ada sebelah aku..
aku tak paling kepala, aku tengok dari ekor mata je..

"arrgghh"

aku berkeras sambil peluk lutut..
takut..
ada naga dekat aku..
jantung aku hampir tercabut..

'GGRRRRR'

marah ke..
dia tengok orang lain dengan marah..
bila dia nampak aku.. dia tak marah..
peliklah kau ni naga.. naga air..
ni ke yang ahli sihir tu nak keluarkan..

naga pandang sayu aku..
arrggh.. kenapa..
kenapa kau pandang aku macam tu..
dia nak dekat..

"berhenti"

ok.. dia dengar cakap..

"p-pergi balik dalam tu.. pergi.."

naga tunduk hormat..
ni pelik..

lepas tu, dia masuk balik..
aku berdiri balik..
Veoca dekat dengan aku..

"Veorah..kau ok?..Veorah,, bangun.. Veorah"

.....

huru-hara murid yang belajar sihir semalam..
terkejut nampak naga air hormat Veorah..
itu sangat pelik..
guru ahli sihir pun tak pernah nampak..
kena berunding dulu, baru boleh berurusan dengan naga air..
semua naga macam tu..

"Veorah.."

aku tersedar..

"Brenda.. Veorah dah sedar.."

"baik, saya akan panggil doktor"

Veoca bantu aku duduk menyandar..

"apa jadi semalam?"

"kau pengsan lepas kau suruh naga air tu masuk tempat dia.."

"ohh.."

"doktor kata kau terkejut sangat"

"hehe.. aku memang terkejut gila.. dahlah dia dekat sebelah aku.."

"tapi aku peliklah.. kenapa kau boleh keluarkan naga air dengan hanya sentuh air tu.. lepas tu dia hormat kau..kau ada rahsia ke?"

"rahsia apa pulak.. aku sendiri tak sangka pun jadi macam tu"

"yelah.."

"putera, doktor ada di sini"

Veoca bagi ruang doktor untuk periksa keadaan..

"keadaan puteri sekarang sudah bertambah baik.. puteri hanya perlu berehat secukupnya supaya terkejutnya puteri tidak berganti pada trauma.."

"baik doktor.. terima kasih"
Brenda mengucapkan terima kasih..

doktor dah keluar..

"hah.. dengar tu.. kau kena rehat cukup.. secukupnya.. aku akan pastikan kau tak sakit.."

"ya. aku akan rehat.. hukk.. hukk.."

"semalam doktor kata.. kau mungkin akan selesema..nampaknya kau kena makan ubat"

aku anggukan je..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience