26

Fantasy Completed 2144

"tuan puteri"

"d-dewi?"

"tuan puteri..bangunlah.. ada perkara yang saya perlu terangkan"

"apa dewi?"

"ingat pasal Velrash?"

"ya"

"tahu kenapa Permaisuri Flora arah Velrash jaga kamu?"

"tak"

"sebab.. mereka tahu dari awal yang Veorah ada roh kamu.. dan kamu hanyalah merasuk tubuh Veorah.."

"merasuk?.. bila masa saya merasuk badan orang?"

"maaf mengenai itu.. saya yang memasukkan roh kamu dalam badan Veorah tanpa izin kamu.. ini untuk kebaikan Kerajaan Langit dan Ozell"

"kenapa?"

"Kerajaan Langit akan runtuh jika kamu masih berdendam.. kerana kamu penyebab hilangnya keharmonian Kerajaan Langit.."

"Ozell?"

"Permaisuri Harina ingin meminta bantuan saya untuk menyucikan hati Veorah.. hati Veorah terlalu tidak murni akan mengakibatkan keruntuhan Kerajaan Ozell..dia sanggup membunuh sesiapa sahaja walau pun itu ialah abang sendiri.. dengan adanya kamu dalam badan dia, kamu mampu menyucikan hati dia..hati kamu terlalu murni pasti dapat menghilangkan ketidak murnian hati Veorah"

"walau pun macam tu.. ke-kenapa tak bagi tahu dari awal?.. kenapa?!"

aku menangis deras..
kenapa korang tak adil dengan aku..
walau pun perkara ni buat kebaikan..
tapi tetap tak adil..
aku fikir kelahiran aku kali ni akan membuatkan aku bahagia..
tapi sekarang dah musnah..
hati aku sakit..
macam ditusuk-tusuk..

"tuan puteri.. saya minta maaf atas semua ni.. tuan puteri"

"berhenti!..jangan mendekat dengan saya.. kalau tak, saya akan bertindak kasar..pergi.. saya tak nak jumpa dewi...pergi!"

"tuan puteri.."

"PERGI!!!"

.....

"bonda.. Puteri Veorah macam mana?"

"dia tak apa-apa.. tapi dia kelihatan tidur"

"Permaisuri Harina macam mana?"

"dia sedang berbincang dengan keluarga.. nampaknya dia akan bagi tahu apa yang terjadi pada puteri.."

"Puteri Stilveorah?"

"bergantung pada dewi.. kalau puteri tak boleh nak maafkan kita, Puteri Veorah akan selamanya macam ni"

"Vel rasa bersalah"

"bonda juga.. harap Puteri Stilveorah sanggup memaafkan kita.."

"ya"

.....

"bonda.. sampai bila Veorah akan macam ni?"

"sampai Puteri Stilveorah sanggup memaafkan kami..bonda pasti ini tidak adil bagi dia.. kami buat keputusan tanpa izin dia.."

"tapi bonda kenapa sanggup buat macam ni?"

"ini untuk kebaikan Kerajaan Ozell..bonda.. bonda tak nak salah seorang anak bonda pergi tinggalkan bonda.. kalau Roh Puteri Stilveorah takde dalam badan Veorah,Veorah akan jadi kejam.. kekejaman dia tak dikawal sampai sanggup membunuh sesiapa saja bagi memuaskan keinginan dia"

"ini.. huhh.. kenapa"

Veoca dah tak tahu nak kata apa..
baik dia diamkan diri dulu..
dia bingung dengan apa yang jadi..
dan bermakna,selama ni.. dia bersama Puteri Stilveorah dan bukan adik kandung dia..
sakit dia nak terima kenyataan tu..
dan dia tambah terkejut bila Puteri Stilveorah sendiri yang menyelamatkan bonda..
demi dia..
bagi dia, Puteri Stilveorah memang anggap dia abang sebenar..
sebab, Puteri Stilveorah sendiri tak tahu hal sebenar..

"di mana dewi itu?..biar Beta berjumpa dengan Puteri Stilveorah"

"tapi Tuanku, itu.. mungkin berbahaya"

"kenapa?"

"Puteri Stilveorah mungkin tidak berada dalam perasaan yang stabil.. dia mampu berbuat apa saja yang mampu mengurangkan tekanan.."

"itu tidak masalah.. kerana, selama bertahun-tahun dia menjaga anakanda Beta walau pun tanpa dia sedar.. tapi Beta harus berterima kasih padanya"

"patik mohon, tunggulah beberapa hari lagi.. melihat keadaan hujan yang terlalu deras ini.. pasti puteri sedang terlalu sebak.."

"jangan bersikap seperti kamu tidak bersalah Harina.. kamu sepatutnya berada disisi dia sekarang.. kerana perkara ini terjadi kerana kamu.. kamu harus lebih bertanggungjawab menjaga perasaan dia.."

"ampun Tuanku..patik terlalu takut untuk berhadapan dengan Puteri Stilveorah..Tuanku juga tahu kalau patik sangat menyanjungi puteri baik itu"

"mari berjumpa dengan dia.. Veoca, kamu mahu ikut?"

"ya.. saya tahu dia akan terima kedatangan kita.. lagi pun, kita datang untuk meminta maaf dan berterima kasih"

"Harina?"

"baik Tuanku..kita akan ke sana"
.....

"AAARRRGGHHH.. KENAPA!!.. KENAPA!"

aku tak boleh tahan kesakitan ni..
aku tak tahan..
aku menghempas barang-barang yang ada dalam bilik ni..
aku tak tahu aku dekat mana..
tapi yang pasti berada di kediaman dewi tadi..
aku tak kisah nak jadi apa bilik ni..
asalkan hati aku puas..

"AARRGGGHHH.. TAK ADIL.. TAK ADIL.. ARRGHH!"

"tuan puteri"

aku memandang seseorang..
kenapa dia ni ada dekat sini..

"KENAPA DATANG SINI?!..KENAPA?!"

"tuan puteri.. saya, Raja Ozell dan Permaisuri Ozell ingin melihat keadaan tuan puteri"

"nak tengok aku?.. hah!.. seronok tengok aku macam ni.. seronok sakitkan hati aku.. seronok?!"

"tak tuan puteri.. tak"

"tuan puteri.. ini.. ini kesalahan saya.. tolong, tolong jangan babitkan orang lain"

"lepas apa yang jadi ni.. kau masih nak aku jadi baik, wah.. hebat.. sangat hebat.. selama ni, aku fikir aku akan bahagia dengan keluarga baru aku.. tapi tak,ini semua sebab kau.. kau musnahkan hidup dan harapan aku.. lepas ni kau nak buat apa pulak,nak aku merasuk siapa pulak.. tak sangka permaisuri macam kau ni sanggup gunakan orang.. untuk Kerajaan Langit tu, aku tak kisahlah kalau kerajaan tu runtuh.. lagi aku suka.. sebab Raja tu tak berperikemanusiaan.. sumpahan Veoca Veorah,kau boleh je lah fikir perkara lain.. kau didik je lah Veorah tu jadi baik.. tak pun kau minta Raja Ozell hantar dia ke tempat pertapaan.. mesti diorang akan ajar Veorah dengan baik.. dulu kau kata suka dengan keperibadian baik aku kan, tapi kenapa kau buat aku macam ni.. kenapa kau layan aku macam orang yang takde hati.. sekarang aku tunjuk keperibadian jahat aku.. puas sekarang!"

huh..
puas aku
sakit sangat hati aku..
suasana pun jadi panas sebab aku..
takpe..
biar diorang tahu yang aku tengah marah..
sangat marah..
dan biar orang lain juga kena tempias..
dah puas tengok aku jadi baik kan.. sekarang tengok aku jadi jahat..

"puteri.. tolong puteri.. jangan, jangan terlalu marah.. kami tahu kesalahan kami.. tapi orang lain akan mati kalau keadaan cuaca sekarang.. puteri..saya merayu puteri..saya merayu"
dewi tadi muncil tiba-tiba

"takpe.. biar je diorang mati.. rugi je aku jadi baik kalau aku dilayan macam ni.. biar mereka mati dan kamu semua akan berada dalam keadaan roh.. sama macam aku.. kan itu dikira adil"

"Puteri Stilveorah..tolong bersikap rasional"

Raja Ozell minta aku bersikap rasional?
pfft..
dah lama hilang..

"sikap rasional aku dah hilang.. hilang sebab permaisuri tak berfikiran jauh macam dia.. senang-senang je masukkan aku dalam badan anak dia.. tanpa kebenaran aku pulak tu.. dahlah masa aku masih hidup dulu, aku dilayan macam sampah dekat istana tu.. hanya rakyat dengan bonda aku yang layan aku baik.. sekarang, kerabat diraja..permaisuri ni, diambil dari seorang rakyat.. aku tak sangka kalau dia sanggup buat aku macam ni..sebagai seseorang bekas rakyat, kau mesti tahu jalan hidup aku..semua rakyat Langit tahu kisah aku yang tak dilayan baik.. sebab tu aku lebih suka luang masa dengan rakyat berbanding di istana..dengan kuasa semula jadi aku, aku boleh bantu rakyat.. tapi musnah bila adik aku sendiri jerat aku dalam masalah.. sebab tu juga aku rasa memang patut kerajaan tu runtuh.."

airmata ni..
sibuk je nak mengalir..
aku lap kasar..

sekarang muncul pulak dua orang yang berkomplot dengan permaisuri..
Permaisuri Flora dengan Velrash..
sanggupkan diorang buat aku macam ni..
sedangkan aku tak pernah jumpa diorang..
aku tak pernah kenal..
khabar angin pasal diorang pun aku tak pernah tahu..
tiba-tiba je buat aku sakit macam ni...
diorang sangat kejam dengan aku..

"Tuanku.. s-saya minta maaf atas kejadian ni.. kami faham jika Tuanku tidak boleh memaafkan kami..tapi secara jujurnya, kami juga rasa bersalah untuk buat semua ni.. masa terlalu cepat berlalu,kami tidak ingin menipu Tuanku.. tapi kami risau kalau Tuanku tidak ingin membantu kami kalau Tuanku mengetahui lebih awal"

"antara korang berempat yang terlibat.. aku lebih rapat dengan kau Rash.. tapi tengok sekarang, kau khianat kepercayaan aku dekat kau.. kau akan terima hukuman setimpal sebab kau dah berjanji dan bersumpah dekat aku.. aku tak sangka kau juga terlibat semua ni.."

"saya akan terima..tapi Tuanku,kembalilah pada keperibadian sebenar Tuanku.. ini tidak bagus untuk Tuanku"

"aku nak berkeperibadian apa pun.. bukan masalah kau.."

keempat-empat orang yang buat aku sakit berlutut depan aku..
kurang sikit hati ni nampak diorang macam ni..
diorang sakitkan aku..
ini hanya akan memalukan diorang depan aku..
itu tidaklah sesakit aku..
Veoca ikut melutut..
dah kenapa pulak dia ni..

"Veoca..kamu"

ni lagi buat aku terkejut

"Raja Ozell.. tolong berdiri.. jangan berlutut macam ni"

"tidak.. selagi puteri tak menerima kemaafan kami semua.."

"Raja Ozell dan Veoca tidak melakukan salah apa pun.. tolong berdiri"

"tidak.. tetap ingin meminta maaf.. mewakili mereka berempat.. Beta sendiri ada salahnya kerana tidak memperhatikan Puteri Veorah sejak awal dan tidak mencari ikhtiar bagi sumpahan itu lalu permaisuri sanggup berbuat seperti ini"

hati aku sebak..
sakit..

tarik nafas dalam-dalam..
hembus..

aku duduk memeluk lutut..
biar aku bertenang..
nak aku fikir rasional kan..
bagi aku masa..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience