23

Fantasy Completed 2144

hrmm..
gembiranya hati..
dapat luang banyak masa dengan Nessa..
tak lupa dengan ayah ibu juga..
ni hari kelima aku dekat sini..
dan aku tengah berada di kebun yang sangat luas..

aku dengan Nessa bercucuk tanam..
tempat ni tak dinampak oleh orang kota..
sebab tertutup dengan hutan belakang rumah..
mengelak kena sabotaj..

"Rah.. sambut"

'dush'

"kurang asam kau bagi aku lumpur.. hambek ni"

aku balas dengan baling lumpur.
ni bukan salji ya.. tapi lumpur..
kitorang berbalas baling lumpur ..
sampai baju pun dah kotor

"baik kau berhenti sekarang Nessa.. muka kau dah kotor giler.."

"kau jangan tipu.."

"eh.. aku betullah.. tengok muka kau ni"

aku munculkan magis air.. untuk dijadikan cermin buat Nessa

"wah..pandai kau guna magis ya.."

"eleh kau..kau pun dah pandai sihir sekarang.."

"haha.. apa pun.. kenapa muka kau tak kena lumpur.. ish"

"nasib aku baik.. hahaha.. dah sambung kerja.. kang tak siap pulak"

"yelah.. Tuanku Puteri Veorah.. patik mendengarkan Tuanku"

"woii.. kau jangan nak formal macam tu"

"patik hanya bergurau Tuanku.. jangan marah.. nanti lekas tua"

"ambik ni"

aku lambungkan lobak besar dekat perut dia..
nak sangat formal dekat aku..
bukannya orang lain pun..

"sakitlah.. kau ni kan.."

Nessa berpaling kebelakang untuk memasukkan lobak yang segar tu dalam bakul sepatutnya..

tiba-tiba Nessa tepuk bahu aku..

"nak apa Nessa?"

"err.. ada sesuatu ni.. cuba kau tengok belakang"

apa lagi budak ni
aku lap peluh di dahi.. sekarang ni bukan tengah hari.. tapi sebab aku lama bekerja kot..
tu yang berpeluh..

senyuman aku serta-merta mati nampak di belakang aku tadi..
Nessa lebih mendekati aku

"kau.. kenal ke dengan semua orang ni?"

"mestilah"

walau pun masih jauh kedudukan diorang..
aku tetap cam muka diorang..

"siapa?"

"putera puteri Ozell dan Putera Kerajaan Flora"

aku tepuk bahu Nessa..
dia ni tak kan pengsan kalau kena tepuk bahu..
sebab tadi dia nak pengsan dengar apa aku cakap..

"kau biar betul.. ta-tapi k-kenapa diorang ada dekat sini?.. diorang nak bawa kau balik ke?"

aku tergaru kepala
"aku mana tahu.."

"dah tu nak buat apa?.. tak kan kita nak diam je?"

"err.. takpe, biar aku bercakap dengan diorang.kau diam-diam dekat sini"

"ok.. jangan lama sangat tau"

"ya"

aku mendekati beberapa orang ni..

"kenapa datang sini?"

"mereka ingin berjumpa dengan Tuanku"

'Tuanku?'

Rash tekup mulut sendiri..
dia lupa kalau dia sekarang ni Putera Vel..

"takde apa.."

"kenapa pakai baju rakyat biasa ni?.. ayahanda tak marah ke?"

"Raja menggalakkan mereka memakainya supaya mereka tidak menarik perhatian semasa ke sini"

"oh.. datang sini setakat nak tengok saya ke. baguslah, saya tak nak balik buat sementara waktu.. maaf kalau keadaan saya sekarang ni buat kamu tak selesa.. macam yang kamu lihat, kamu semua ada di kebun.. selamat datang ke kebun"

"seperti hinaan.."
Veoca bersuara..

"bukan hinaan.. hanya menyambut tetamu.. apa kata kita semua pergi hujung sana.. tak kan nak berdiri je kan..saya panggil dia dulu"

aku tunjuk Nessa..
aku melangkah pergi pada Nessa..

"Rah macam mana?.. diorang ok ke?"

"ok je.. jom pergi padang.. kita akan minum petang dekat sana"

"tak kan aku pun ikut.. tak naklah.."

"shuut.. diam, kau kena ikut.. kau boleh cuci mata.. semua adik lelaki aku tampan tau.. tapi tulah, aku cuma ada satu abang.. tapi takpe.. abang aku pun tampan juga.. macam ayahanda aku.. ahaha..jom"

muka Nessa agak comot sebab main lumpur..
muka aku pun ada lumpur juga ni..
.....

sesampai kitorang dekat padang besar yang sangat luas tu..
aku dirikan meja besar yang memuati kitorang semua

tetamu tak diundang ni ialah Rash,Veoca,Lemon,Camelia,Melon,Mango dan Avo..

"Nessa..kau sini dululah.. aku nak bersihkan muka jap.."

takde sahutan..
aku pergi jelah..

Nessa senyum kambing sambil melangkah undur..

"Rah aku ikut kau"

berlari anak dia ikut aku..
takut sangatlah tu dengan diorang..
Nessa Nessa

"apa pasal ikut aku?"

"a-aku tak berani sorang-sorang hadap diorang.."

"Putera Ozell ada enam tau.. putera bungsu takde ikut.. tapi dia tampan juga tau"

"ish kau ni.. asyik dengan ketampanan diorang je.. aku ni tengah takut"

"takut tu aku tahu.. sekarang cuci muka kau tu.. comot.."

"kau punya kerjalah ni sebab buang lumpur tu dekat muka aku"

"kau mula dulu baling lumpur ya.. dah, aku dah siap"

"jap.. macam mana kau tukar baju?"

"aku ambil dari rumahlah"

tercengang dia

"bila masa kau ambil baju ni?"

"baru-baru je.. nah baju kau.."

"kau ni pelik..tapi,macam mana nak tukar baju dekat tempat terbuka ni?"

"aku dah susun batu-batu besar jadi tempat ganti baju..kau lompat je masa masuk"

"ok.. terima kasih.."

"sama-sama.. dah cepat tukar baju tu"

"ya.."
.....

aku guna kuasa akulah untuk ambil baju.. tak kan berlari pulak kan
dan..
tak kan nak biarkan putera puteri tu tak selesa dengan kitorang yang bau peluh kerja..
tapi salah diorang juga kalau terhidu bau peluh..
sebab diorang datang masa aku kerja..

aku dah sediakan minuman..
guna sihir dan magis..

"Nessa.. dah dahlah tu dengan menggigil.. diorang tak kan makan kau"

Nessa dekat sebelah aku..
bergegar-gegar dia pegang cawan tu..

"jadi.. kamu semua ni memang datang nak lawat saya atau sambil buat hal lain?"

"memang nak lawat kau"

"ooh..ayahanda tak marah ke korang beramai-ramai keluar istana?"

"tak.. lagi pun kitorang tak ambil perhatian ramai"

"berapa lama dekat sini?"

"tak lama pun.. hanya nak pastikan kau selamat lepas hari tu"

"macam mana dengan Gundik Angela, aku buat dia sakit sangat ke?"

"takdelah.. lepas kau lepaskan leher gundik tu, dia masih boleh bercakap dan berjalan macam biasa.."

"Avo.. bonda Angela tak marah ke ikut ke sini?"

dia geleng..

aku buat isyarat kenapa dekat Veoca..
Veoca cuma buat isyarat 'tak ada apa-apa'

tapi..
mustahil kalau tak ada apa-apa..
nak berahsia dengan aku lah ni..
tengoklah nanti.. aku korek juga rahsia tu..

cepat masa berlalu..
diorang dah nak pulang..
huhu..

aku dekat dengan Veoca

"Veoca"

"hrmm.."

"kau rahsiakan sesuatukan pasal Avo.. baik kau bagi tahu"

"pandai kau cari masa kan.."

"mestilah"

"sebenarnya Avo tu malu nak ikut jumpa kau lepas apa yang Gundik Angela buat dekat kau"

"apa lah dia ni.. aku marah gundik je.. bukan dia sekali"

"dia mana tahu isi hati kau.. kau pergilah tegur dia.. taklah dia fikir bukan-bukan"

"ok..jumpa nanti dekat istana"

"jap.. bila kau nak balik istana?"

"esok atau lusa.. nanti aku fikir.."

"ok"

aku sekarang menuju ke arah Avo yang menjauh..

"hey.."

"a-akak"

"janganlah takut..Avo kenapa menjauh daripada diorang?..ada masalah?"

"t-tak.. takde"

"jangan tipu.. tak baik.."

"takde.. cuma takut akak marah je"

"marah?.. marah kenapa pulak?"

"pasal bonda"

"Avo ni..itu kesalahan bonda Avo.. bukan Avo.. jadi, buat apa akak nak marah Avo.. dahlah.. jangan menjauh.. nanti sesat.. hah.. susah nak cari jalan keluar"

"ok kak.. terima kasih tak marahkan Avo"

"akak akan fikir rasional ya.. bukan salah Avo pun.. dah jom pergi dekat sana"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience