15

Fantasy Completed 2144

"Kak Veorah"

"ya Puteri Camelia"

"kakak ni memang suka formal ke.. panggil jelah Camelia.. tak, panggil Melia"

"baiklah.."

"Melia nak bawa akak pergi suatu tempat.. nak ikut tak?"

"nak pergi mana?"

"tempat rahsia Melia.. tak banyak yang tahu."

"boleh ke saya pergi?"

"mestilah.. Melia kan yang bawa. jom.."

"ok.. saya ikut Melia"

manalah dia ni nak bawa aku..
puteri yang berumur 15 tahun..
dia ni seumur dengan Si Lemon tu..

.....

"hah.. cantik tak tempat ni?"

"cantik.."

"kalau akak nak tahu.. semua tanaman dekat sini, Melia yang tanam tau"

"tanam?..bukan puteri tak boleh menanam ke?"

"memang pun, tapi dengan adanya tempat ni.. Melia boleh buat apa-apa je.. dan, Melia dah minta kebenaran ayahanda..ayahanda yang sediakan tempat ni"

"siapa lagi yang tahu pasal ni?"

"kak Jasmine, abang Melon,Mango dengan Veoca"

"ok.. bonda Sylvia?"

"tahu juga.. tapi, akak jangan bagi tahu sesiapa pasal ni.. nanti diorang bagi tahu bonda Angela.."

"kenapa dengan bonda Angela?"

"dia tu melarang keras kalau ada puteri nak bertanam.. nanti dia musnahkan tempat ni"

"sampai macam tu sekali..ok.. saya janji tak kan bagi tahu sesiapa pun"

"ok.. kalau akak nak ambil bunga, ambil je.."

seharian aku dengan Melia dekat sini..
tenang je..
tak terasa lapar pun..
hehe.

~~~~~

"ayahanda.. patik syak ini punca daripada Puteri Veorah"

"kenapa?"

"sebab, seharian kelmarin Melia bersama Veorah.. mungkin Veorah menggunakan masa tu untuk buat Melia sakit"

"itu bukan bukti kukuh.. biar Beta menjenguk Melia"

"baik Tuanku.. patik ikut bersama"

.....

"Tuanku ayahanda.. hukk.. hukk.."

"sudah.. bersandarlah..Beta ada pertanyaan penting"

"apa ayahanda?"

"kelmarin kamu bersama Veorah.. benar?"

"ya"

"kamu pergi mana?"

"saya membawa dia ke tempat yang Tuanku buat untuk saya"

"kamu buat apa?"

"kamu hanya bermain bunga.. itu saja"

"baiklah.. Beta akan jenguk kamu lagi nanti.. Beta akan keluar sekarang"

"baik Tuanku"

masalah apa pulak kali ni..
Melia sakit..
sekarang ayahanda ingin berjumpa Veoca

.....

"Rose.. bagaimana kamu masuk ke dunia Melia?.terangkan pada Beta sekarang"

"patik tidak tahu menahu mengenai dunia Melia"

"jangan menipu Rose.. kamu sedang berhadapan pada Beta.. apa kamu sanggup dihukum?"

"Tuanku.. patik tidak sengaja melakukan itu. patik tidak sengaja"

"Beta tanya sekali lagi, bagaimana kamu masuk ke dunia Melia?"

"patik menggunakan sihir halimunan lalu mengikut Melia"

"lalu, mengapa kamu mensyaki Veorah atas kesalahan kamu?"

"patik hanya takut dihukum..patik tidak ingin disalahkan"

"sungguh keterlaluan perangai kamu Rose.. kamu harus bertanggungjawab atas apa yang kamu lakukan.. Rania, kurung dia dalam bilik.. pastikan dia tidak keluar dalam waktu seminggu,pastikan dia sentiasa belajar dan memberi ubat pada Melia"

"b-baik Tuanku"

Gundik Rania terpaksa akur..
dia tak nak kena hukum pulak..
Rose, Rose..
kenapa kau umpan aku jadi mangsa..

"Veoca,benci sangat ke Rose dekat aku?"

"aku pun tak tahu.. jomlah tengok Melia.."

"jom.."

Rose punca Melia sakit..
dia mengeluarkan racun bunga..
Veorah tak sakit sebab dia memang tak terkesan dengan racun lemah..

~~~~~

"AARRGGHHH"

bergema istana ni dengan teriakan Melia..
kenapa ni?

aku keluar dari bilik tidur..
aku baru habis bersihkan badan..
aku dah berdekatan dengan Veoca..
aku rasa dia pun terkejut juga..

sekelip mata..
kawasan istana jadi kawasan bekas terbakar.
jap..
aku ingat tempat ni..
ni kan dunia Melia..
macam mana boleh jadi macam ni..

"Melia,apa terjadi sekarang?.. kenapa bawa mereka semua ke sini?"

maksud ayahanda..
mereka itu ialah gundik lain dan anakanda yang lain..

"ayahanda kena bantu Melia.. Gundik Angela jahat.. dia dah bakarkan tempat ni masa Melia takde.. dia JAHAAAAAT"

"Gundik Angela..apa jadi sekarang?"

"inilah yang sepatutnya kita lakukan.. sebagai seorang puteri, tidak boleh bercucuk tanam apa-apa pun.. inilah hukuman melanggar peraturan"

"siapa yang membenarkan kamu membakar tempat ni?..ni kawasan Beta, Beta murka terhadap kamu.. Beta juga telah membenarkan Melia untuk bercucuk tanam kerana dia suka.. dan hukuman ini terlalu melampau bagi Melia.."

"tapi Tuanku.."

"Beta kecewa terhadap tindakan melulu kamu.. kamu akan dihukum.."

"Tuanku.. tidak"

"kamu juga seperti Rose.. kamu tidak boleh keluar bilik selama seminggu..jika kamu keluar, Beta akan penjarakan kamu.. dan tidak akan menjadi gundik lagi"

"baik Tuanku.."

ayahanda sangatlah hebat.
mula-mula dia bagi hukuman ringan..
nanti,dia akan mula kasar dalam bagi hukuman..
aku sangat suka cara ayahanda..
aku berbangga..
hahaha..

"terima kasih ayahanda"

"baiklah..lain kali jika kamu marah,jangan teriak macam tadi.. kamu akan runtuhkan istana kalau macam tu"

"baik ayahanda"

"Beta perbaiki kawasan ni dulu"

'GGGRRRR'

halamak..
naga lagi..
macam mana naga ni boleh muncul..
aku tak bergerak dari tadi ye..
aku juga tak cakap apa-apa..
maknanya bukan aku yang seru..

"Veorah..dia tengok kau.."

"tak nak.. aku tak kan tengok dia balik.. aku takut"

"ok. jangan pandang dia."

"naga bayang.. kenapa kamu muncul?"

'gggrrr'

apa kau cakap tu naga..
aku tak faham..
tadi ayahanda tanya naga tu..

"pulanglah.. mengenai kebakaran ni, Beta akan selesaikan"

'GGGRRRR'

apa tu..
dia marah ke tu?

alamak..
dah kenapa dia humban orang yang ada dekat sini..
aku hanya mampu tutup mata..
aku sangat takut untuk berhadapan dengan naga..
aku boleh pengsan.

angin kencang seperti dengusan ada disebelah aku..
ni pasti naga tu..
aku beranikan diri pandang dia..

"aarrghh.. menjauh,,jangan dekat"

'GGGRRR'

dia buat aku terbang dengan auman dia..
aku terhentak dekat satu pokok..
kalau aku mati nanti, aku bunuh juga kau ni..

naga tu mendekat..
aku tak kuat nak lawan naga yang beratus kali besar daripada aku..

aku pergi suatu tempat yang ada air..

"naga air.. tolong selamatkan saya"

antara naga air dengan naga bayang..
aku lebih suka naga air..
seramlah naga bayang ni..

naga air dengan naga bayang berlaga di udara..
nasib baiklah aku panggil naga air, bukan naga api.. kalau naga api, terbakar tempat ni dengan kuasa naga tu..

aku mendekat dengan Veoca..
diorang semua masih terbatuk-batuk sebab dihumban oleh naga bayang..
kalau aku ni naga juga, aku pun nak humban si naga bayang ni..

naga bayang ni ada kuasa api..
macam mana pulak boleh jadi macam ni..

api dah mula marak..
musnahlah tempat ni..
aku cuba baca mantera..
kot kot jadi..

yuhuuu..
menjadi..
naga api dah muncul..
berlawanlah naga bayang..
aku akan pastikan kau kalah..
hehe..

sebelum naga api berlawan..
dia serap semua api yang naga bayang buat..

bagus naga api..
aku suka..

yeah..
naga bayang kalah..
sekarang dia ada depan aku..

aku usap kepala dia..
aku dah tak takut dekat dia..
sebab buat aku sakit hati..

"lain kali jangan garang sangat.."

'gggrrr'

aikk..
hilang?..
pergi mana?

'dia hilangkan diri..'

Fire tulis di atas tanah..
oh..
ok..
aku faham, lagi pun itu naga bayang..

"terima kasih bantu saya kalahkan naga bayang tu.. sekarang awak berdua dah boleh balik.."

dua naga tu tunduk dan menghilang..
sekali lagi benda ni jadi..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience