24

Fantasy Completed 2144

"ayah, ibu..Nessa.. Rah pergi dulu.. lain kali Rah jenguk lagi.. tapi Rah tak janji bila.."

"hati-hati perjalanan balik.. betul ke nak pergi seorang diri macam ni?"

"ya ibu.. nanti orang perasan siapa Rah.. nanti kecoh pulak.. kamu semua jaga diri tau.."

"Rah.. jangan lupa pasal bonda kamu.. kami tak sanggup hilang Rah"

"ya ayah.. Rah tak kan lupa pasal tu..apa-apa berita, Rah bagi tahu"

"ya"

aku mulakan perjalanan pulang istana..
sebelum Rash balik dua hari lepas..
dia sempat bagi tahu aku ada perkembangan pasal mama..
jadi aku kena balik istana..
.....

"Tuanku.. akhirnya Tuanku sampai"

"mestilah.. kenapa macam risau?"

"gundik..Gundik Angela kena penjara"

"hah?.. kenapa?"

"ada bukti yang dia buat beberapa perkara buruk"

"seperti?"

"mari kita bercerita dekat bilik Tuanku"

"ok..tapi kau jadilah bentuk bunga.."

"ok"

"aku jumpa Veoca kejap.. nanti dia pelik bila aku tak sampai-sampai"

"baik Tuanku"
.....

"Veoca"

"Veorah..sampai juga kau.. kau ok tak?"

"ok je..takde masalah"

"takpelah kalau macam tu..kau pergi rehat dalam bilik dulu."

"ok.. jumpa nanti"

"ya"

nampaknya diorang sibuk urus hal gundik tu..
tak sangka dia buat perkara tak baik..
tsk..

aku menuju cepat ke bilik aku..
nak tahu apa yang gundik tu buat..

"hah Rash.. dia buat apa?"

"dia ada arahkan orang untuk menakutkan Gundik Rania dengan menyamun.. lepas tu dia yang sorokkan Mahkota Permaisuri untuk cuba alihkan takhta pada dia.. dan rantai dia tu, memang dia yang sengaja masukkan rantai di bilik Tuanku"

"jahatnya.. dahlah gila takhta.. jahat pulak tu"

"hrmm.. Tuanku duduk dalam bilik je.. biar kami siasat lebih lanjut pasal masalah ni.. Tuanku kena rehat.. mesti Tuanku penat"

"ok.."
.....

"Tuanku.. Tuanku"

"Rash, kenapa ni?"

"s-saya dah jumpa pintu rahsia dekat Penjara Ngeri"

"kau dah masuk tempat tu?"

"tak.. sebab ada sesuatu yang halang pintu tu terbuka."

"biar aku tengok..mana tahu aku boleh cari tahu"

"baik Tuanku..biar saya tunjuk jalan"
.....

"kau rasa.. kenapa Putera Vel tu panggil Kak Veorah,Tuanku?"

"ada sebablah tu..tak kan senang-senang je putera tu nak panggil seorang puteri dengan gelaran 'Tuanku'.. aku pun pelik juga"

"aku nak tahu sangat puncanya.."

"nanti terbongkar juga"
.....

aku dah sampai depan pintu tu..
besarnya pintu..
macam mana nak buka..
aku sentuh permukaan pintu..

'Stilveorah'
'Veorah'

apa benda ni?
kenapa kedua-dua bonda ada dekat sini
bonda aku sebagai Stilveorah
dan bonda aku sebagai Veorah

'sayang.. mari ikut bonda'
'sayang.. bantu mama.. mama perlukan Rah'

kenapa diorang macam nak aku pilih salah satu daripada diorang..

'sayang.. mari, ikut bonda balik.. bonda dah lama tunggu kamu'
'sayang.. akhirnya kamu datang.. Rah nak selamatkan mama kan'

kepala aku pening..

"Tuanku.. Tuanku"

"hah ya?"

"Tuanku tak apa-apa?"

"aku ok.. aku ok.."

aku tak kan pilih salah sorang..
sebab kedua-duanya bonda aku..
aku pergi ke hujung pintu..
aku tolak kuat..
perasaan aku yang rasa aku boleh buka..

"aku.. tak kan pilih sesiapa.. aku nak kedua-duanya.. jangan halang aku.. aku nak jumpa bonda Harina.. sekarang!"

walau pun Rash dalam kepelikan..
aku lebih pentingkan isi dalam bilik ni..

pintu dah terbuka dan..
terpapar tubuh mama yang diikat besi..
seperti tahanan yang melakukan jenayah berat..
pantas aku berlari dan buka ikatan besi tu..
mama kesakitan.. sangat sakit..
tangan dan kaki masih berdarah akibat ikatan besi tu..

"bonda.. bonda dengar Rah tak?"

"Rah?.. kamu ke Veorah?"

mama cuba sentuh muka aku..

"tapi kamu..."

pengsan..
ya, mama pengsan..

"bonda.."

aku pandang Rash..
aku nak minta tolong dia angkat mama..
Rash datang pada aku dan angkat mama..

"kita nak bawa permaisuri ke istana ke?"

"tidak..itu bahaya..nyawa permaisuri akan terancam"

"kalau macam tu.. kita pergi Istana Flora"

aku pandang Rash..
dah kenapa nak bawa dekat sana?

"jangan risau.. bonda saya tak kan marah.. dia akan pastikan takde siapa yang cederakan permaisuri atau mengetahui pasal permaisuri.. permaisuri juga akan lebih tenang untuk berehat di sana"

"ok.. aku ikut cakap kau"

"baiklah.. kita akan ke sana sekarang"
.....

sekejap je dah sampai dalam Istana Flora

"Vel.. Puteri Veorah"

"bonda.. ni permaisuri"

"kamu.. bawa dia dalam bilik sekarang"

nampaknya permaisuri risau pasal mama..
tapi diorang ni ada kaitan dengan mama ke?

"Beta sudah melihat keadaan permaisuri.. permaisuri akan pengsan beberapa hari akibat tenaga roh yang sangat lemah.tapi itu tidak akan mengambil banyak hari kerana Beta sudah membantunya"

"terima kasih Tuanku Permaisuri membantu patik menyelamatkan bonda patik"

"itu tidak apa-apa.. keadaan kamu macam mana?.. baik?"

"ya.. baik.."

"Vel.. minta pelayan siapkan makanan dan pakaian untuk puteri.."

"baik bonda"

"terima kasih Tuanku Permaisuri"

"ya"

"Tuanku.. mengenai hari pertama patik ke sini.. dan meminta Putera Vel tidur sebilik.. patik minta maaf.. patik tidak tahu Putera Vel itu anakanda Tuanku"

"tidak apa puteri.. Vel sudah menjelaskan bahawa masa itu kamu baru saja berjumpa dia..pasti kamu risau kalau dia menipu kamu kan"

"ya Tuanku.."

"lagi pula Beta yang mengarahkan Vel menjaga kamu"

"kenapa?"

"kamu akan tahu bila tiba masanya.. tapi rasanya, tak lama lagi"

"baiklah Tuanku"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience