18

Fantasy Completed 2144

"Gundik Sylvia dah sihat ke?"

"dah.. ayahanda masih siasat siapa yang buat semua ni.. kalau jumpa orang tu, memang tak boleh dimaafkan langsung"

"kenapa ada yang syak aku?"

"entahlah.. aku percaya kau tak buat.. lagi pun, kau kira masih baru dekat sini.. tak kan kau nak buat hal kan.."

"ha'ah.. hah. nasib aku.."

"nanti ayahanda suruh aku pergi Kota Norm.. tapi ayahanda tak benarkan kau ikut"

"alah.. kenapa?.sebab ayahanda memang suspek aku ke?"

"ayahanda risau keselamatan kau.jangan fikir jauh.. nanti kau kena hati-hati.. jangan jatuh perangkap orang.. terutamanya Gundik Angela dengan Gundik Rania.."

"ok.."

~~~~~

huhh..
aku ada dekat depan laut..
yang sangaaaaat indah..
nyamannya..

ayahanda bawa aku..
masa ni, Veoca dah pergi Kota Norm.. dah dua hari dah..

"kamu suka laut ni?"

"suka sangat.. cantik"

"bonda kamu pun suka tempat ni.. nampaknya, kamu mewarisi minat dia"

"ayahanda.."

"ya"

"bonda baik ke?"

"mestilah.. kalau tak, dia tak kan bawa kamu lari dari istana"

"ayahanda kecewa tak lepas nampak saya hilang?"

"taklah kecewa sangat.. sebab, ayahanda tahu akan jadi macam tu.. lagi pun, bonda tahu pasal sumpahan kamu ni.. dia dah jumpa cara menghilangkan sumpahan.. tapi.. huh"

aku faham maksud ayahanda..
tapi sekarang bonda takde..
bukan bermakna dah meninggal.. tapi, hanya disorokkan oleh seseorang...

"ampun Tuanku.. patik melaporkan bahawa kereta kuda yang dinaiki Gundik Rania diserang penyamun"

wah..
berani sekali penyamun tu..
tak takut mati dengan ayahanda ke..

"Veorah.. kamu tetap disini.. ayahanda akan datang semula nanti"

"baik ayahanda"

.....

ergghh.. sejuknya..
bila ayahanda nak sampai ni..
aku dah tunggu lama sangat..

kang aku mati dekat sini..
eh.. tapi..
mati ke hidup aku ni..
diorang tak kisah..
aku kan puteri sumpahan..
pfftt..

'arrrggghhh'

.....

"lepas ni, jangan ganggu Veorah lagi.."

"kenapa nak bela dia?"

"dalam badan dia ada roh Puteri Stilveorah..jangan ganggu dia lagi.. nanti kamu buat dia hilang sabar dan musnahkan negara ni.. kamu mahu.."

"tidak.. saya akan dengar cakap..saya takkan ganggu Veorah lagi.."

"bersumpahlah"

"saya bersumpah tak kan ganggu Veorah.. kalau saya langgar sumpah, hukuman saya ialah mati"

"ingat sumpah kamu tu"

"baik"

~~~~~

"ayahanda.. kenapa Veorah?"

"Veoca..ayahanda tinggalkan dia dekat Dunia Laut untuk masa yang lama.. ayahanda lupa pada dia"

"ayahanda pergi mana?"

"masa tu Gundik Rania diserang.. ayahanda nak selesaikan cepat.. lepas tu ayahanda temankan Gundik Rania sampai terlupa pada Veorah"

"ayahanda..."

macam mana ni..
dahlah dekat Dunai Laut tu bahaya..
dengan angin kencangnya..
ni mesti sebab Veorah kena Angin Pelik dekat Dunia Laut..

"dah berapa lama Veorah tak sedarkan diri?"

"dah nak keempat hari"

"tak boleh nak hilangkan kesan Angin Pelik dekat Veorah ke?"

"takde siapa dapat.. cuma Veorah, dia kena kuat lawan Angin Pelik untuk terus hidup.."

"Veoca masih nak kan adik Veoca.. Veoca tak kan terima kalau Veorah pergi macam bonda.."

"ayahanda sedar..ni salah ayahanda"

~~~~~

"ampun Tuanku.. masalah timbul.. Mahkota Permaisuri hilang"

"apa?!.. kenapa boleh hilang?.. bukankah ada pengawal yang menjaga"

"itu.. patik tidak pasti Tuanku"

stress otak Victor..

dahlah Veorah belum sedar..
dengan Mahkota Permaisuri hilang..
apa nak jadi lepas ni?

'hukk.. hukk'

"Veorah...kamu sedar?"

"ayahanda?"

peningnya kepala.. apa jadi ni..

ayahanda peluk aku..
aikk.. kenapa?

"kamu kuat Veorah.. kamu kuat.. kamu dah bangun"

"saya tidur lama sangat ke ayahanda?"

"ini hari ke-13..tapi kamu dah sedar"

apa!!
13 hari..
lamanya

"ayahanda panggil Veoca untuk temankan kamu.. ayahanda kena buat sesuatu"

"baiklah.. saya bersihkan diri dulu"

"ya"

lemaulah badan aku..
13 hari terbaring atas katil..
ish ish..
.....

"Veorah"

didakapnya tubuh aku.. ketat pulak tu..

"akhirnya kau sedar.. aku dah takut hilang kau"

"aku kan Veorah.. mana boleh mengalah.. hehe.. dahlah,, jangan peluk ketat sangat.. aku susah nak bernafas"

"ha yelah.."

"lama jugakan aku tak sedar.. korang buat apa selama aku tidur ni?"

"takde yang istimewa pun.. berlatih dan belajar.. itu je.."

"hah, masa pergi Kota Norm.. semua penduduk sihat ke?"

"sihat je."

"ha~~..rindu kota tu.. ada masalah ke selama aku tak bangun?"

"takde.. tapi baru-baru ni.. Mahkota Permaisuri hilang.. sekarang ayahanda sibuk fikir pasal tu"

"tapikan.. kenapa sejak bonda takde, ayahanda tak lantik permaisuri baru?"

"entahlah.."

pelik jugakan..
sekarang ni..
dah dekat 19 tahun mama takde..
tak kan ayahanda tak nak lantik permaisuri baru..
kan dah hilang mahkota tu..
hehe..

"hiraukan dulu pasal mahkota tu.. sekarang ni aku nak tanya kau ada sakit-sakit dekat bahagian badan kau?"

"takde.. ok je.. masa bangun tadi,ada lah pening sikit"

"sekarang.. jom makan, kau dah lama tak makan ni.. nasib baik kau tak jadi kurus sangat"

"ok..."

.....

"Veoca.. kau ada dekat sini?"

"mestilah.. aku kan nak jaga adik aku..kenapa kau dekat sini?"
tanya Veoca pada Lemon

"saja nak bawa berita.. katanya esok Putera dari Kerajaan Langit datang.. selesaikan masalah Mahkota Permaisuri"

"Lemon jap.. apa kena mengena Mahkota Permaisuri Ozell dengan Kerajaan Flora?"

pelikkan..
tiberr Kerajaan Flora masuk campur hal Kerajaan Ozell

"mesti kau tak tahu yang.. kalau ada apa-apa yang terjadi pada Mahkota Permaisuri Ozell, perkara tu kena lapor pada Kerajaan Alam"

"Kerajaan Alam?"

"Kerajaan Alam tu kerajaan yang mengurus dunia.. sebab tu nama kerajaan tu 'Alam'.. Mahkota Permaisuri tu ada rahsianya.. cuma masih belum masa untuk dibongkar"

"oooo.. tapi kenapa dengan Kerajaan Flora?"

"Kerajaan Alam mengarahkan seseorang dari Kerajaan Flora untuk menyelesaikan masalah ni.."

aku anggukkan..

"dah faham ke Veorah?"

"dah.."

"dengan itu.. aku nak cakap yang semua putera puteri serta gundik akan jemput putera tu untuk menunjukkan kita hormat putera yang diutus oleh Kerajaan Alam"

rumit juga kerajaan ni..
tapi..
kenapa aku tak pernah tahu pasal Kerajaan Alam masa aku jadi Puteri Stilveorah..
tak kan aku tak boleh tahu..

"ni baju yang dipilih.. aku dah periksa baju ni.. takde racun gatal.. esok, sebelum pakai.. minta Veoca periksa baju ni, kalau-kalau ada yang hantar racun gatal tanpa kelihatan.. aku keluar dulu"

panjang lebar Lemon terangkan..
lihatlah sisi baik dia..
walau pun masih ada dingin sikit..

"nampaknya.. hari-hari kita di istana akan buruk"

"kenapa?"

"selalunya, utusan dari kerajaan lain ni.. cerewet.. tapi aku harap putera kali ni tak.. aku dah muak jumpa utusan cerewet.."

"dah banyak masalah ke yang utusan buat"

"ha'ah.. tapi kebanyakannya, utusan tu tak bertanggungjawab.. sebab katanya layanan kami buruk.. sedangkan dia yang melebih.. tsk"

"aku rasa.. putera kali ni baik.. walau pun aku tak pernah jumpa"

"harap macam tulah"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience