14

Fantasy Completed 2144

selama tiga hari aku selesema..
dan selama itu juga Veoca jaga aku
terasa sangat penting untuk dia..
terasa aura abang dia dekat aku

"baiklah Tuanku jurulatih.. kita berlatih apa?"

"hehe.. kita berlatih pedang"

"baik Tuanku..."

ketawa riang kitorang..
apalah Veoca ni.. panggil-panggil aku 'Tuanku'

"ok Veorah..nah pedang"

"kena guna pedang betul ke?"

"dah tu?.. kau nak guna pedang kayu?"

"yelah.. aku takut aku salah serang, kau yang cedera nanti"

"yelah..aku ambil kejap"

ok..
jom berlatih..
aku pun dah lama tak berlatih pedang..

"bersedia Tuanku Veoca?"

"sangat bersedia Tuanku Veorah"

"mula"
.....

"lincahlah kau.. hampir je aku hilang kawalan"

"maknanya.. aku kena tolong kau supaya lebih tangkas.."

"kau memang kena ajar dengan lincah ke?"

"ha'ah.. semua perkara dalam harian aku dulu, aku sentiasa buat dengan lincah. tak nak buang masa.."

"beruntungnya kau.."

aku senyum..
tak nak jawab apa-apa..
nanti singgungkan hati dia

"kau nak sambung berlatih ke?.. nak makan.. hari ni kita tak makan dekat meja makan pun boleh"

"ayahanda tak marah?"

"tak.. lagi pun, kita semua makan semeja bila ada ayahanda je"

"oh.. kalau kau tak lapar, kita sambung berlatih"

"aku tak lapar.. kau?"

"tak lapar juga.. jom berlatih"

"jom"

.....

'argghh'

"Veoca..k-kau, kau ok ke tak?"

"V-veo-r-rah"

"Veoca.. k-kenapa?.. macam mana pedang kayu ni boleh terganti dengan pedang betul.. macam mana?.. Veoca,, jap. aku panggil orang"

"j-jangan.."

"k-kenapa?"

tadi aku kenakan pedang kayu dekat perut dia..
tak sangka pedang tu bertukar jadi pedang asli..
aku tergores dalam perut Veoca..

"Veoca.. Veoca.. bangun.."

dia dah kaku..
tolonglah..
cakap yang aku cuma mimpi..
tolong..

"V-veoca.bangun..bangunlah"

aku berharap sangat dia bangun..
tolonglah..
aku tutup muka aku guna tangan

tiba-tiba tubuh aku didakap..
dia buka tangan aku..

Veoca?
airmata aku mengalir deras..
dia buat reaksi terkejut..

"Veorah.. maaf, aku nak bergurau je.. aku tergurau kasar pulak.."

dia dakap semula badan aku..
aku ni takut sangat kalau orang aku sayang tinggalkan aku..
teresak-esak aku..

"maaf Veorah.."
dia lap pula airmata aku..

aku pegang tangan dia

"Veoca.. tolong. t-tolong jangan b-buat macam tu lagi.. aku takut, aku takut kau tinggalkan aku"

"aku janji. aku takkan gurau macam tu lagi.. maaf"

aku anggukkan je.
aku masih dengan esakan aku..
buat orang takut je dia ni..

"risau betul kau dekat aku"

"mestilah.. kau kan satu-satunya abang aku.. lepas tu, nanti aku tak dapat jumpa kau lagi.. sebab, kau akan hidup..aku akan pergi"

"dah dah.. aku tak kan tinggalkan kau, dan kau tak kan tinggalkan aku"

angguk lagi..

"dah.. jangan sedih-sedih.. jom makan"

"jom"

aku pun dah lapar dah ni..
nasib baik perut aku tak berbunyi..

"macam mana pedang tadi tukar pedang asli?..lepas tu, macam mana boleh ada luka tadi dekat perut kau.. sekarang dah takde"

"aku guna sihir je tadi..aku nak buat kau terkejut, tapi aku buat kau menangis pulak"

"kau jahat tau.. buat aku nak gila je tadi"

"takpe.. sekarang aku tahu,kau memang risaukan aku"

"gilerr tak risau.. macam nak putus jantung aku tadi"

"maaf sekali lagi"

"ya..asalkan kau tak buat lagi"

"ok"

"lepas ni kau nak buat apa?"

"aku buat strategi.. lepas tu berlatih sihir"

"kelas sihir ada ke masa siang?"

"takde pun.. tapi kena berlatih,tingkatkan kemajuan"

"oh.. aku faham"

"nanti aku tunjukkan sihir pada kau..magis pun"

"ok.. aku nak belajar juga"

"dengan potensi kau yang boleh panggil naga air tu, kau akan cepat mahir."

"penting sangat ke naga tu?"

"taklah penting, cuma tengok kemajuan sihir dengan magis je.. naga tu tak marah kalau kita gunakan kawasan mereka untuk berlatih sebab dah berunding.. banyak sebenarnya naga untuk latihan. semua tu dah kena berunding..hari naga air tu keluar, dia tak marah. cuma dia terkejut melampau."

"baik juga naga tu"

"taklah baik mana. sebab susah nak berunding"

"lain kali bawa aku. hahaha,, taklah.. gurau je."

"kau ni"
.....

"wah.. cantiknya magis ni.."

"macam kau"

"hehe"

"baca mantera ni.. nanti kau akan nampak air terapung depan kau"

aku cuba..

"kan aku dah kata.. kau cepat belajar.."

"wah.. hebat.."

hrmm.. aku cuba besarkan

"hah.. jom main.."

'dush'

"ih.. tak aci kau serang aku dulu"

hah.. kena badan dia..
dia mula dulu basahkan aku..
.....

"weh"

"hrmm.. kita nak masuk istana macam mana?.. nanti kang basah lantai"

"aku dah belajar sihir pengering.."

sekejap je dah kering baju..

"wah.. hebatnya.."

"ya.. tapi kita kena cepat balik bilik kita.. bersiap.. pakai baju kelas sihir.. lepas makan malam, kita pergi"

"ok.. jom cepat"

berjalan pantas kitorang..
macam nak kejar sesuatu..
iaitu mengejar masa..
dalam 30 minit lagi nak makan malam..
lamakan kitorang main air..
macam budak pulak..
.....

kitorang sampai meja makan tepat pada waktunya..
huu..
sekarang belajar sihir..
kali ni ada api besar..
aku tak tahu ni dekat mana..
sebab kitorang guna teleportasi..

aku rasa. nak panggil naga lagi..
naga api..
aku berada di giliran terakhir..
mungkin sebab ketua ahli sihir fikir yang aku boleh panggil naga tu mudah..

"hey.. kenapa muka kau macam tu?"

"hah?.. macam apa?"

"macam bosan"

"memang pun.. aku malas nak tunggu"

"takpe.. aku ada.. sepatutnya, latihan panggil naga kali ni.. ada dua naga..tapi mungkin naga yang satu sedang cuti"

"aikk..naga pun kena cuti juga ke?"

"ha'ah.diorang kan guna tenaga juga untuk tentukan tingkat kekuasaan ahli sihir ni".

"dekat negara ni, ada banyak ke kelas sihir?"

"banyak je.."

"kelas kita ni, ikut umurkan"

"ha'ah.."

'Puteri Veorah.. sampai giliran anda'

kenapa aku rasa cepat pulak ni..
peliknya..

ketua ahli sihir bagi aku kertas yang mengandungi mantera..
aku baru nak belajar..

'GGGRRRRR'

ya ampun naga..
aku belum pun panggil kau..
aku baru nak belajar mantera ni..
kau kenapa keluar awal ni.

dahlah kau sangat dekat dengan muka aku..
aku kawal reaksi takut aku..
jalan mengundur..

Veoca pegang tangan aku..
aku pasti.. dia boleh rasa betapa menggigilnya tangan aku..

aku takutlah..
naga tu tiba-tiba marah.. dia humban api berdekatan tempat dia keluar..
sekarang terbang ke langit..
kau buat apa dekat sana?.. ish naga ni..

'semua hati-hati, kami akan cuba berbincang naga tu.'

alahai naga.. masalahlah kau ni..

beberapa orang ketua ahli sihir dah tumpas..
seorang je lagi..
kalau tumpas juga,, aku akan panggil naga tu guna mantera.

'BUKKK'

alahai..
dah jadi..
ok.. baca mantera..

kencangnya angin..
naga tu dah ada depan aku..
aku cuba sentuh dia..
dia suka..
aku cuba tak takut..

"kenapa awak marah?"

dia menulis pada tanah..

'saya mencari Tuanku'

"Tuanku?.. siapa?"

dia tunduk pada aku..

"saya?"

dia angguk..
nasib baik dia pandai tulisan manusia..kalau tak, tak tahulah macam mana nak berkomunikasi..

"nama awak siapa?"

'Fire'..

bahasa asing lagi..
api..
nasib baik aku ada sekolah.. faham juga aku bahasa asing ni..

"sekarang awak boleh balik.. terima kasih sebab muncul"

tunduk lagi..
dan masuk dalam api besar tadi..

Veoca mendekat..

"kau ok?"

"tak.. hampir nak pengsan"

"dah jom.. kita kena balik, ketua ahli sihir tu perlu rawatan"

"ok"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience