19: I AM HECTOR

Romance Completed 4375

“Abang, saya rasa bersalah. Abang tengok ni! Kak Selena cuba add saya di Fac 2 tahun lalu tapi saya tak terima dan tak balas DM dia! Ada sesuatu yang tak kena di sini! Abang, dekatkan saya dengan dia. Saya nak pulihkan dia!” ujar Rose dengan perasaan bercampur baur.

“Serius ni? Kenapa kamu tak deactivate Fac kamu?” soal Michael lagi, rasa bersalah dengan apa yang terjadi pada Selena.

Rose diam, mata merah, pandang Michael. “Sebab saya terlalu rindukan dia…”

Micheal kebingungan, siapakah yang Rose rindukan?

Michael dan Rose masuk semula ke hospital dan menemui Selena. Keadaan nampaknya tidak terkawal apabila Selena tiba-tiba mengamuk, melemparkan bantal, selimut, dan barang-barang lain. Jordan, yang berada di situ bersama doktor dan nurse, kelihatan cemas.

“Apa dah jadi ni?” soal Michael dengan nada cemas.

“Dia tak dengar cakap saya. Asyik dengan earphone dia. Jadi saya cuba ambil dan suruh dia tidur dan berehat,” jawab Jordan.

“No! Bukan macam tu kamu sepatutnya buat! Bukankah saya sudah ajar cara layan dia?” marah Michael sambil perlahan-lahan menghampiri Selena yang meraung dan menangis sambil memeluk mp3 yang dia beri. Earphone merah yang Michael bekalkan sudah putus, jadi Selena tak dapat dengar lagu lagi.

Michael mengeluh, memejamkan mata dan berdoa. Semua orang di situ hanya memerhati dengan cemas. Rose melihat reaksi Jordan yang dimarahi oleh abangnya tadi. Rose tahu Micheal tidak sengaja.

“Selena… mari sini dengan saya. Saya akan belikan yang baru untuk awak. Please, jangan macam ni…” pujuk Michael sambil menghulurkan tangan.

Selena marah, melontar bantal dari hujung kakinya sambil menjerit, “Jangan dekat aku! Tiada siapa di sini faham aku! Semua nak aku mati je kan!” Dia bingkas bangun, ambil kerusi dan hendak menghentak cermin tingkap kaca di sebelahnya.

“Sayang! Jangan!” jerit Jordan.

Pranggg!!! Cermin tingkap pecah, serpihan kaca jatuh di hujung kakinya. Selena cepat-cepat ambil serpihan kaca dan mengancam mereka semua.

“Jangan dekat dengan aku! Kalau tak, aku buat ini!” jerit Selena lagi sambil mengacukan serpihan kaca itu ke nadi tangan kirinya.

“Selena, bertenang… Kamu janji dengan saya takkan buat perangai macam ni, kan? Kamu nak jumpa dengan Herodes, kan? Tentu dia tak mahu tengok kamu macam ni…” pujuk Michael dengan nada lembut.

“Depression. Dia akan melukakan diri sendiri…” ucap Rose perlahan. Jordan menoleh ke arah Rose bila dengar kata-katanya.

“Depression?? Dia cuma mengugut kita! Dia takkan bunuh diri!” jawab Jordan.

Rose menoleh ke arahnya, tapi tak peduli dengan kata kasar Jordan.

“Sayang… please, serahkan itu pada aku. Aku janji akan jaga kau sampai kau sembuh. Kita akan keluar dari sini. Tolonglah…” pujuk Jordan lagi.

Selena menjeling ke arah doktor dan nurse yang sudah bersedia dengan jarum mereka. Tangan Selena bergerak tanpa sedar dan serpihan kaca melukakan pergelangan tangannya.

Jordan menjerit dengan cemas dan berlari ke arah Selena, tetapi Selena berlari pula menjauh darinya. Dia berhenti di depan Rose, yang berdiri tegak memandangnya.

Michael cemas, tapi biarkan saja apabila Rose memberi isyarat agar dia tidak mendekati Selena.

“TEPI!!” jerit Selena. Dia menggenggam serpihan kaca sampai tapak tangannya berdarah, siap nak menyerang Rose.

Rose tetap berdiri, menelan air liur dan cuba caranya.

My lady, are you happy? – Rose

Selena terdiam, hatinya tiba-tiba rasa pilu. Serpihan kaca di tangannya dibuang. Tiba-tiba dia menangis.

What’s wrong, baby? Did I do something bad to you? – Rose cuba melakonkan watak sebagai seorang lelaki, watak karakter dalam sebuah buku novel.

Hector! I miss you so much! Please don’t leave me! No one understands me well! – Selena mula mengenali ayat yang selalu didengari itu. Dia seperti kembali ke dalam dunia imaginasinya sendiri.

I won’t leave you again, baby. Have faith in me… – Hector.

Selena memeluk Hector dan menangis sepuas-puasnya. Kesakitan di tangan dan kepalanya hilang. Hector  mengesat air matanya sambil tersenyum. Selena menangis sambil ketawa kecil.

Hector, I feel tired. Can I sleep? – Selena

Yes, baby… – Hector

Promise me, don’t leave me… – Selena

I won’t, baby… – Hector

Selena merasa letih, sesuatu mencucuk bahunya, dan dia menutup matanya…

Rose mengalirkan air mata tiba-tiba. Jordan yang terkejut melihat Rose yang baru dikenali, berjaya menjinakkan Selena.

“Kau siapa?” tanya Jordan kepada Rose.

“Aku, Hector—watak dari novel Shades Of Cool,” jawab Rose sambil memandang Jordan dan Michael dengan serius.

Chloe, yang baru tiba untuk melawat, terkejut dan menutup mulutnya mendengar pernyataan Rose.

*Pada satu masa dahulu, aku sangat bahagia bersama seorang lelaki bernama Herodes. Sebelum itu, aku memang terobsesi dengan watak bernama Hector.

“How are you, my lady?” – Hector

“Yeah… I’m okay now. Thanks for the dress, Hector. I love it,” jawab aku sambil membelek-belek gaun hijau muda yang cantik dan selesa untuk dipakai.

“I’m sorry for being away for so many years. I just wanted to see you happy with your choices,” kata Hector dengan lembut.

“Hope is a dangerous thing for someone like me. I’ve hoped too much, Hector. Everyone leaves me. Herodes? I haven’t seen him again. My baby is gone. But only you are still here with me…” aku mengaku dengan rasa sedih.

“Everyone has their choices, my lady. You can choose to live like this or choose another way. Aren’t you tired?” Hector bertanya.

“Sometimes… I’m tired. But I have the heart to live. I love him… I feel bad…” aku mengaku, air mata mulai mengalir.

“Don’t feel bad about yourself. You’ve already tried your best. It depends on how they treat you,” Hector memberi semangat.

“Thank you, Hector. You're the best,” aku berkata sambil memeluk Hector.

Hector membalas pelukan itu dan mencium pipi aku. Aku merasa disayangi, dan air mata mengalir ketika Hector pergi dan hilang dari pandangan ku.

*

Rose bangun dari tempat duduknya setelah selesai dengan upacara imaginasi dalam sebuah novel untuk Selena, dan menghampiri Michael, Jordan, dan Chloe yang baru tiba.

“Saya tak boleh terus macam ini. Selena ni dalam keadaan Fictiophilia dalam mimpi...” kata Rose sambil melihat Selena yang tenang mendengar lagu dari earphone baru yang dia belikan khas untuknya.

Jordan memandang Rose dengan ragu-ragu. “Saya memang percaya pada fictiophilia, tapi takkan sampai tahap ni. Google kata ianya normal!”

“Fictiophilia ada dua jenis. Pertama, yang normal di mana seseorang jatuh cinta pada watak fiksyen tetapi masih ada kehidupan nyata dengan orang lain. Contoh, Jordan, kamu mungkin mencintai watak fiksyen tapi kamu ada isteri, jadi kamu anggap isteri kamu sebagai watak yang kamu suka itu,” jelas Rose.

“Dan kedua, bayangan Fictiophilia dalam mimpi. Selena membayangkan watak itu sampai ke dalam mimpinya dan jatuh cinta pada watak itu. Yang lebih buruk, dia koma. Dia tak nampak siapa-siapa dalam hidup dia, cuma nampak Hector. Dan saya juga bersalah, sebab saya tak deactive-kan akaun Fac Hector. Jadi, ketika Selena koma, dia nampak seorang lelaki yang mirip Hector. Saya tahu ini semua mungkin membingungkan korang,” kata Rose panjang lebar.

“Macam mana kau tahu semua ni?” tanya Jordan dengan nada curiga.

“Adik saya dulu ada mengalami Fictiophilia masa dia belajar psikologi. Itu sebab dia jadi penulis—untuk mendedahkan sindrom Fictiophilia kepada orang ramai,” jelas Michael.

“Bekas? Maksudnya?” Chloe bertanya, keliru. “Kau pun macam Selena juga?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience