Bab 5 : Berubah Hati

Romance Completed 4375

Aku semakin lemah. Jarang sekali aku senyum dengan orang. Malah, aku juga malas melayan Jord dan Chloe yang sering merosakkan lamunan aku.

Pagi itu, aku bangun dengan mengantuk kerana tidur lewat hampir pukul 3 pagi, membaca dan mengedit manuskrip.

Saat itu, bayangan Hector tidak datang melawatku. Walaupun aku mendengar lagu kegemaran kami berdua, aku rasa kosong. Lagu itu biasanya mengundang Hector duduk di sebelahku, dengan renungan dan suara romantiknya. Ahhh…!

Aku duduk di atas katil dan mencapai manuskrip, lalu membalikkan halaman yang aku berhenti baca semalam.

*

"Hector! Di mana kau, sayang?" Lisa mencari kekasih hatinya sambil menangis.

Kali terakhir dia melihat kekasihnya adalah 5 jam yang lalu. Bahkan, ketika dia menelefon Hector, lelaki itu mematikan telefonnya.

Lisa menggeledah seluruh rumah Hector, termasuk bengkel tempat menyimpan barang. Tiba-tiba, Lisa menjerit.

"Hector…!!!" Lisa menjerit sambil berlari ke arah Hector yang terbaring dengan darah kering mengalir di kepalanya.

Lisa menangis sambil memangku kepala Hector yang tidak sedarkan diri. Tangannya bergetar mengelap darah di dahi Hector. Keadaan itu sangat memilukan.

"Arghhhh…!!!! Jangan ambil dia dari aku, kalian celaka!!! Aku cuma nak bahagia!!!! Tolong jangan buat aku macam ni!!" Lisa menjerit dalam tangisan.

Kepalanya mula berpinar-pinar dan sakit akibat menangis terlalu kuat. Suaranya serak kerana banyak menjerit.

*

Air mata aku mengalir membaca bab itu. Patutlah Hector tidak ada di sampingku. Rupanya dia sakit. Kenapa?

Aku berdebar-debar mencari puncanya, tetapi gagal! Semalam, aku baca bahagian di mana Hector masih hidup dan baik-baik sahaja! Kenapa bab seterusnya tidak memberitahu sebabnya?

Aku marah lalu melempar manuskrip ke atas katil dan merasa tidak percaya.

-

Beberapa jam kemudian.

Aku tiba-tiba marah ketika memandu pulang ke rumah. Aku berhenti di tepi jalan dan melihat jam hampir pukul 9 malam.

"What's wrong, baby?" - Hector

Hector tiba-tiba muncul duduk di sebelahku. Aku tidak memperdulikannya. Aku memutar lagu dengan kuat untuk melupakan Hector. Aku benci dia.

"Please, tell me... Did I do something wrong?" - Hector cuba menyentuh tapak tanganku yang menggenggam stereng dengan kuat.

Aku menepis tangannya dan tetap diam. Seperti tiada mood. Aku mencapai handphone dan melihat sesuatu. Hector juga melihat apa yang aku lihat di handphone.

"You jealous or mad, because I have a real girlfriend? I'm sorry I can't reply your DM. She will be mad at me..." - Hector

Aku mengeluh panjang. Aku menoleh ke arah Jord. Petang tadi aku buat kerja gila dengan DM Instagram Hector, tetapi dia tidak balas.

Sudah tentu Hector dunia nyata tidak kenal dan tahu siapa aku. Hanya kerana penulis menggunakan gambarnya, tidak mungkin Hector sebenar akan membalas DM aku.

"I know I'm crazy. I should stop thinking of you. Now, I'm too lazy to continue reading this manuscript. Please, reply me. At least I know you exist." - Aku

Aku mendengar Hector mengeluh. Berat keluhannya. Aku angguk kepala.

"Go away, Hector." - Aku

"But, how about me? You said you love me." - Hector

"I'm getting bored of you. You are so arrogant. Go away. You don't exist. You are just a character in my imagination..." - Aku

"I can't. I just exist in your imagination. I hope you understand this situation, alright, baby? I give you time..." - Hector

Aku diam, rasa ingin menjerit dan menumbuk sesuatu. Tapi aku bersabar. Aku rasa aku sudah gila. Hampir gila.

-

Hari berganti hari.

Aku menanti dan menanti. Sudah beberapa hari aku tidak mempedulikan manuskrip itu. Tapi jika aku tidak baca, kerja aku takkan siap dan aku susah untuk membuat penilaian. Aku rasa muak. Aku benci Hector. Kalau betul dia di depan aku, mungkin aku akan tumbuk dia. Sombong!

"Hey, how are you, baby?" - Hector

Satu mesej masuk, memaparkan nama Hector di aplikasi WhatsApp. Dahi aku berkerut dan jantungku berdegup kencang.

Setelah meneliti mesej itu, aku menghela nafas lega. Rupanya itu ialah Jord. Lalu aku terus menukar nama Hector kepada Jord dalam contact list aku. Padan muka kau Hector!

"I'm okay as usual. Kenapa? Rindu aku ke?" - Aku

"A, ah... Rindu lah... Dah lewat ni. Aku tengok Messenger Fac kau, masih online. Kerja lagi ke?" - Jord

"Ermmm... Tak juga. Belum mahu tidur lagi. Aku dah beberapa hari tak baca manuskrip ni." - Aku

"Eyh, kenapa pula? Dah bosan?" - Jord

"Tau-tau je kau ni... Macam tu juga lah." - Aku

"Tau lah... Lama-lama baca, bosan. Tapi bila nak capai klimaks story tu, rasa teruja balik. Slow-slow lah baca. Masih ada sebulan lebih lagi, kan?" - Jord

"Yup... Tapi aku boring. Aku tak tahu nak buat apa. Nak keluar malas. Kalau baring, sakit badan tak bergerak..." - Aku

"Kau kan dah biasa bekerja. Tengok-tengoklah movie dalam Fac tu. Atau cari drama Korea yang baru? Mungkin kau akan dapat semangat nak baca lagi..." - Jord

"Hmmm... Boleh juga. Kau suggest drama apa? Nanti aku cari." - Aku

"Aku pun tak tahu. Hahaha. Kau tanya lah Chloe. Dia kan peminat K-pop." - Jord

Aku terdiam, malas nak reply mesej dari Jord. Entah kenapa.

Tiba-tiba...

"Baby, still mad?" - Hector

Aku menoleh ke kanan. Aku jeling imaginasi Hector di sebelahku.

"Go home, Hector. You are so arrogant." - Aku tetap dengan pendirianku.

"I know you miss me, right?" - Hector

Aku diam lagi. Dia hanya imaginasi aku. Tak wujud. Dia punya kekasih, begitu juga aku. Kelihatannya mereka bahagia.

"You know what, Hector? Yes! I do really miss you. And I think, I'm falling in love with you as a person. Not because the writer uses your picture, but because now I know who you are." - Aku

"I don't know, baby. I just want to keep you company here. Just because of the story, not my real life. You know that we can't be together." - Hector

"Yeah, I know. That's why I tell myself to forget about you and that I had to hate you." - Aku

"But please, read the story until the end." - Hector

"But why?" - Aku

"You will find something about me." - Hector menjawab dengan nada sedikit kecewa.

Aku terdiam. Aku melihat manuskrip yang tidak jauh dari aku, di atas meja. Aku menoleh ke kanan mencari kelibat Hector, tapi dia tiada. Aku mengeluh, lalu mencapai manuskrip dan sambung membaca sambil mendengar lagu.

What I got to do
To make you want me?
What I got to do
To be heard?
What do I say when it's all over, babe?
Sorry seems to be the hardest word...

Bersambung...

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-08-08 22:11:50 

ker cik author kita ni pun pnh gilakn watak utama hihi? baek ckp kikiki... i pernah kikiki

DHIA AMIRA.
2024-08-08 22:09:14 

mdalami betul


NovelPlus Premium

The best ads free experience