Bab 13: Crazy on You

Romance Completed 4375

"Hey. Itu gadis yang dimaksudkan."

Aku terdengar perbualan beberapa perempuan yang baru keluar dari studio tatu Herodes. Mereka tersenyum apabila melihat aku datang. Aku hanya senyum dan angguk kepala sekali, sebelum terus menolak pintu dan masuk ke dalam studio.

"Hey, Herodes, why are they smiling at me?"

Aku agak terkejut melihat keadaan studio Herodes. Dinding studio itu dipenuhi dengan gambar-gambar seni dan ada sebahagian daripada itu adalah lukisan wajah aku. Aku terpesona.

"Hey babe, kau datang awal." Herodes menyambut dengan senyuman lebar.

"Yeah. Aku bawa wain. Tapi Herodes, kenapa muka aku ada di dinding studio kau? No wonder all the girls spoke about me."

Herodes ketawa kecil dan senyum menampakkan giginya yang putih.

"Wain? Want to get drunk tonight?" tanya Herodes dengan nada nakal.

Aku menutup mulut yang tersengih. Herodes duduk di sofa, sementara aku duduk di hadapan cermin besar dan beberapa alatan membuat tatu. Bau yang menyenangkan memenuhi udara. Herodes duduk di sebelah aku dengan dua gelas wain. Aku senyum.

"Ni buku awak. Tertinggal di rumah saya. Lupa nak bagi."

"Thanks, babe. Kau tahu tak, kawan-kawan saya tak percaya yang saya jumpa wanita yang serupa dengan lukisan di dinding saya. Ramai fikir lelaki bertatu macam saya tak ada akhlak. Negatif betul."

"Itu cuma seni. Tak salah. Bergantung pada orangnya. Saya pergi gereja pun buat dosa. Tapi saya tak bunuh orang. Saya sukakan kehidupan yang aman. Berkat."

"Love it."

"Love what?"

"Love what you said earlier."

Herodes mengambil wain dan menuangnya ke dalam gelas. Dia profesional dan tahu macam mana nak ambil hati aku.

"You thought I wanna said something else? Hmm... Babe?"

Herodes bersandar di sofa, tangan kirinya di belakang aku, merenung aku.

"You have beautiful eyes."

Aku hanya senyum. Aku berikan segelas wain kepada Herodes. Aku melihat dia minum dengan penuh rasa minat.

"Do you remember about FICTIOPHILIA?"

Yeah, why? Awak masih hadapi nya?"

"Tak. Saya rasa saya okey sekarang. Dan bos saya akan buat parti besar, sebab manuskrip yang saya edit, dapat nombor satu dalam carta. Ada pengarah berminat nak jadikan novel tu sebagai drama."

"Wow! Itu hebat. Tahniah, babe. You deserve it."

"And I invite you to be with me. Jadi pasangan saya pada hari Sabtu ni."

"Hari Sabtu? I think I had an appointment that afternoon. Tapi saya akan cuba yang terbaik untuk temankan awak. Jangan risau, okey?"
Herodes cepat-cepat memujuk aku yang hendak buat muka tidak puas hati. Dia mencium tepi kepala aku. Aku senyum.

"Kalau tak pergi, siap! Saya tumbuk awak nanti. Terutama, rambut awak. Buat sesuatu dengan rambut panjang awak. Biar nampak elok dan sesuai dengan awak. Sebab itu majlis formal. Just make it nice."

"Baiklah, babe. Garang juga ya. Kalau nak tumbuk pun, tumbuklah dalam bilik tidur."
Herodes bercakap dengan selamba.

Aku rasa nak flying kick, tapi perlu angkat kaki. Jangan kedua-dua kaki angkat, lain jadinya.

"Belum lagi. Sebab saya lapar sekarang."

"Ya, saya juga. Tapi saya belum masak." Herodes berseloroh sambil tersengih, cuba menyakat aku. Geram aku.

"Kenapa?"

"Because I'm waiting for you. I'm not very good at cooking, actually." jujur Herodes bersuara.
Herodes tersengih sambil ketawa kecil. Aku rasa geram. Pandai dia perangkap aku.

"And the food? Something to cook??"

Tanpa banyak cakap, Herodes tarik tangan aku dan bangun. Dia membawa aku ke belakang studio.

"Wow! Dapur yang cantik."
Aku teruja dengan dapur studio Herodes. Sangat bersih dan teratur. Dan tidak lupa, ada gambar aku juga di sana.

"Herodes, kau tahu apa yang kau buat, kan?"

"Ya, babe. Saya tahu."

Herodes mendekati aku, dan aku bersandar di tepi singki. Aku menelan air liur. Tangan kanannya di belakang aku. Tiba-tiba, dia menarik sesuatu – pisau? Aku malu. Aku ingatkan dia nak kiss kiss aku. Herodes tersengih.

"Not now, babe. Let's eat first. Please help me."

Aku mendengus sambil menjeling ke arahnya. Aku memang geram.

"Alright. Awak berehat saja. Saya masak."

"Okay."

Herodes meletakkan pisau di depan aku dan berdiri bersandar di tepi peti ais. Dia merenung aku. Jantung aku berdegup kencang. Pergerakan jari aku potong sayur tersasar. Astaga!

"Be careful babe." sindir Herodes dengan sengihan nakalnya itu.

Aku menjeling ke arahnya dan mencuci tangan. Aku mencapai telefon bimbit aku.

"I call delivery. What do you want?" Aku mengalah. Mana ada mood nak memasak.

Herodes ketawa. Tiba-tiba, bunyi loceng pintu studio berbunyi. Herodes segera melihat ke depan. Aku mengikutinya. Aku melihat Herodes menerima satu bungkusan dari seorang perempuan yang cantik dan seksi. Kemudian mereka berlaga pipi sebagai tanda terima kasih. Aku merasa cemburu. Aku menyilangkan tangan apabila Herodes mendekati aku.

"Food? I bought it. Dari perempuan tu."

"Serius? Dari gadis tu? You too look friendly."

"Ya, jiran sebelah. Dia pembekal makanan. So, I ordered food before you came here."

"Dan kenapa perlu berlaga pipi?"

"Babe, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Jom makan."

Aku duduk di sebelahnya dengan mood yang kurang baik. Aku hanya memerhatikan Herodes makan. Aku senyum.

Tiba-tiba, seperti biasa, Hector muncul dalam imaginasi kepala aku.

"Are you jealous?" - Hector

"Me?? No!" - Aku

"I can see it. It just a test. He wants to test you." - Hector

Aku terbayangkan wajah Hector ketika melihat Herodes makan. Aku rasa keliru. Aku menolak makanan di hadapan aku dan memberikannya kepada Herodes.

"What's wrong, babe?"

"Nothing. I'm not hungry."

Herodes diam. Dia bangun dan mencuci tangan. Aku minum segelas air. Tiba-tiba, Herodes memeluk aku dari belakang.

"Tell me, what's wrong..."

"Saya tahu saya kedengaran gila. Tapi saya rindu dia. Maafkan saya Herodes. Saya rasa saya ambil kesempatan terhadap awak, hanya kerana wajah awak serupa dengan dia." Akhirnya aku meluahkan.

Herodes diam. Dia duduk semula di sebelah aku.

"I think I'm still dreaming. Tapi saya rasa sangat gembira kerana bertemu dengan awak. Saya rasa hidup saya bermakna selepas jumpa awak." Balas Herodes pula sambil merenungku. Terdapat nada sayu di hujung suaranya.

Aku diam. Aku melihat Herodes mengambil pisau di atas meja dan memberikannya kepada aku.

"Please, wake me up. I’d rather hurt than be dreaming."

Air muka Herodes berubah. Matanya merah. Hati aku sakit.

Cinnamon in my teeth
From your kiss, you're touchin' me
All the pills that you take
Violet, blue, green, red to keep me at arm's length don't work

You try to push me out
But I just find my way back in
Violet, blue, green, red to keep me out
I win

There're things I wanna say to you
But I'll just let you live
Like if you hold me without hurting me
You'll be the first who ever did
There's things I wanna talk about
But better not to give
But if you hold me without hurting me
You'll be the first who ever did

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience