Beberapa bulan kemudian, semuanya kelihatan berjalan dengan lancar. Herodes memang lelaki yang baik dan sempurna bagi aku. Sempurna? Hanya yang bertuah akan menjumpai lelaki seperti dia—mungkin satu dalam sejuta. Dan aku salah satu orang yang bertuah memiliki Herodes.
“Congraz for your achievement, sayang. Maaf saya tidak dapat ikut awak. Perut saya memboyot sudah. Nanti jalan macam itik,” kata aku.
Herodes ketawa kecil mendengar kata-kataku, sementara aku membantunya memakaikan tali leher. Pagi itu, dia akan menerima anugerah atas rekaannya dari sebuah syarikat antarabangsa, bersama seramai 100 orang penerima anugerah lain. Herodes bukan sahaja pembuat tatu tetapi juga pereka logo. Aku sangat bangga dengan bakatnya—bakat? Bukan sahaja bakat, rupa pun sama. Sehinggakan dia ramai peminat, terutama selepas berkahwin. Lelaki… selagi tak berpunya, takde siapa yang nak. Perempuan? Nakkan lelaki yang punya pengalaman. Please lah… Suami aku kau nak kebas? Kau ku terajang nanti.
“Babe? Termenung pula dia. Ke mengelamun?” Herodes bertanya.
Herodes mencuit hidung aku ketika aku banyak mengelamun dan membebel di depannya.
“Don’t worry la, babe. My heart only for you. Cuma saya kena guna mata dan tangan saya tengok perempuan lain. You know, buat tatu di badan orang…” kata Herodes.
Aku menjeling kepadanya. Dulu aku jarang cemburu, mungkin sebab itu aku tak nak hubungan serius dengan lelaki. Takut makan hati. Tapi semua ini jodoh, baby ini tak bersalah. Hasil daripada cinta kami berdua juga.
“Hello baby in the womb. Jangan ikut perangai daddy ya,” kata aku sambil mengusap perut.
Herodes ketawa melihatku. Dia kemudian melutut di depan aku, mengusap perutku, dan mencium perutku sambil berkata, “Hey baby in the womb, jangan membebel macam mummy nanti, tau? Rimas daddy.”
Aku geram dengan usikan Herodes, apatah lagi melihat dia tersengih dengan ketawanya yang menampakkan barisan giginya yang cantik. Yah… dengan senyuman yang menawan. Aku ni banyak memuji dia kan? Puji aku tak pun.
“And, pretty like her…” sambung Herodes memuji aku.
Aku senyum. Herodes jeling ke arahku dan kemudian mencium dahi dan bibirku.
“Take care, babe. I won’t be long. Tidur dulu kalau saya lambat balik. Kesian baby mengantuk,” kata Herodes.
Aku hanya angguk kepala. Tak lama kemudian, dia pergi menaiki kereta. Aku mengeluh. Herodes terlalu sibuk. Tapi dia selalu kata akan ada masa untuk aku. Dia pernah bagitahu mahu berhenti menjadi pembuat tatu, tapi tidak dapat kerana ramai yang percaya akan kebolehannya dan berbakat.
Sekarang dia terlibat dengan mana-mana syarikat yang perlukan kebolehannya dalam membuat reka bentuk untuk dipasarkan dan dipamerkan. Kerana usahanya, kami berdua hidup senang. Everything perfect. Entah kenapa aku rasa sangat perfect. Perasaan aku, kelakuan aku, tiada cacat cela. Adakah aku bermimpi?
Telefon bimbitku berbunyi mendendangkan lagu "Salvatore". Aku masih belum menukar ringtone lagu ini. Rindu... lalu aku jawab panggilan itu.
“Jordan?” tanya aku. Tiba-tiba je ex aku telefon aku.
“Hey, Selena. Belum tidur ke?” Jordan bertanya.
“Nope. Herodes baru keluar… sekejap lagi aku nak tidur. Kenapa?” jawab aku.
“Aku ada something nak beritahu kau ni…” Jordan memulakan.
“Kau nak cakap apa? Cakaplah…” kata aku.
“Aku rindu kau. Balik lah dengan aku. Aku sanggup terima baby kau. Please, Selena… aku tak dapat lupakan kau. Aku sanggup buat apa saja untuk kau. Aku akan bahagiakan kau,” rayu Jordan.
“Jordan, kita kan dah cakap pasal hal ini? Kita dah tiada jodoh lagi. Aku dan Herodes dah bahagia dan dia jaga aku dengan baik sekali,” jawab aku.
“Kau tak faham, Selena. Kau tak tahu kau hidup dengan siapa sekarang…” kata Jordan.
“Dah lah, aku tak nak termakan dengan kata-kata kau. Kau jangan burukkan Herodes. Dia lelaki baik depan aku. Kau kena terima kenyataan…” kata aku dengan tegas.
“Aku takkan cakap kalau aku tak tahu apa-apa. Aku cuma nak selamatkan kau saja… please Selena. For your own good. Aku bukan gila macam kau yang jatuh cinta dengan sebuah watak. I know who you are,” kata Jordan dengan nada serius.
“Stop it, Jordan! Kau jangan berani cakap macam itu dengan aku! Aku dah tak hidap Fictiophilia! Aku dah sembuh! Malah aku dah berhenti dari bekerja dengan syarikat itu! Leave me alone, Jordan! Enough!” jerit aku sebelum mematikan talian.
Aku merasa geram dengan kata-kata Jordan. Dia sudah tidak anggap aku sebagai rakan. Malah dia cuba membuat aku sangsi terhadap Herodes. Jordan tidak pernah berperangai begitu. Dia lelaki baik, sentiasa memberi aku dorongan. Kerana dialah yang memberi restu untuk bercinta dengan Herodes dan melepaskan aku. Sekarang? Dia mahukan aku kembali. What’s wrong, Jordan?
Malam itu, aku tidur dengan tubuh badan yang tidak selesa. Namun, aku mencari spot yang terbaik untuk aku baring dengan selesa. Saat aku pejam mata beberapa detik, tiba-tiba watak imaginasi aku muncul, Hector.
Hector tidak bersuara. Tetapi dia meletak sebuah buku di atas meja tepi katil aku. Aku bangun semula dari baring dalam keadaan susah payah. Sudah lama tidak nampak Hector. Raut wajahnya kelihatan sedih.
"Why, Hector?" - Aku menanya.
Hector tidak berkata apa-apa. Dia sedih. Aku hairan. Tiba-tiba aku merasa dada ku sakit. Aku cuba tenangkan diri dan kembali baring.
"Dont... Wake up, baby."- Hector berkata.
Aku hairan dengan ayatnya itu. Apa dia nak aku tidur selamanya ke? Dan tak bangun esok pagi? Hello! Tak terberanak la aku.
"Hector, why are you sad?" - Aku
Hector tak menjawab sekali lagi. Dia duduk di tepi katil dan menyentuh rambut aku.
"Dont, leave me." - Hector berkata lagi.
Aku makin bingung. Kenapa sedih pula? Aku pula, merasa ada tak kena. Mungkin ini mimpi dan aku perlu tidur.
-
Pagi itu, aku pergi ke klinik seorang diri kerana merasa tidak sihat. Aku tidak mahu memberitahu Herodes kerana dia terlalu sibuk dengan kerjanya. Ketika aku keluar dari rumah baru kami, aku terlihat sebuah kereta merah yang melanggar aku beberapa bulan lalu. Kereta itu melintas di hadapan aku dan aku nampak seorang wanita memandu sambil memegang telefon. Aku terfikir bagaimana aku boleh mengingati kereta ini dan kenapa aku merasa Déjà vu serta seperti mengenali wanita ini?
"Puan! Hati-hati!!!" seseorang menjerit dari belakang.
Aku menoleh dan melihat seorang lelaki berlari meluru ke arahku sambil menghulurkan tangannya.
Seorang wanita dari sebelah menjerit, "Jangan!" beberapa kali.
Aku menoleh kembali ke depan, mataku berpinar-pinar dan seolah-olah sebuah cahaya terang menusuk anak mataku. Aku merasakan badan aku melayang dan rebah ke bumi. Aku rasa sakit. Teramat sakit. Aku menutup mata dan apa yang aku nampak terakhir kali adalah gelap. Tanpa dia…
Share this novel
alamak knapa pula hrodus tu
aha babe, kdg ppuan minx lukis tatu kat dada n ... tuttt... ada tgk kat reel hahaha...