Bab 1 : Call Out My Name

Romance Completed 4375

“Hoi Selena! Nak ke mana tergesa-gesa tu? Kita kan ada dinner nanti?” tegur Chloe.

“Sorry lah, aku busy ni. Nak cepat habiskan baca buku ni!” balasku.

“Ala... Masih ada dua bulan lagi lah. Aku pun belum start lagi baca buku ni,” kata Chloe.

“Hmmm... Takpe. Lagi pun aku takde selera lah. Korang pergi je lah,” jawabku.

“Hishhh kau ni... Ulat buku betul! Jangan menyesal tau! Ke kau nak dating ehem ehem dengan boyfriend kau?” Chloe berseloroh.

“Ceyh! Kalau ya pun, kau jealous ke?” balasku.

“Takde makna nak jealous. Aku pun ada boyfriend! Nama dia Tom Ellis! Hahaha!” Chloe ketawa.

“Hehehe... Mana-mana kau lah... Janji kau happy. Dah lah! Aku chow dulu. Enjoy the dinner!” kataku.

“Yelah, bye!” balas Chloe.

Aku melihat sahabat baikku keluar dari pejabat bersama rakan-rakan yang lain. Aku terus duduk semula di atas kerusi berpusing dan mula membaca tanpa memperdulikan sesiapa yang memanggil aku lagi.

Kemudian, aku mencapai earphone dan memasang muzik di telefonku, memainkan semua lagu daripada artis Hollywood The Weeknd. Sangat sesuai dengan cerita ini.

Marilah aku ceritakan sedikit tentang buku ini. Tajuk buku ini adalah “Shades of Cool”. Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Hector dan seorang wanita bernama Lisa. Mereka berdua mempunyai keegoan yang tinggi dan malu meluahkan perasaan sesama sendiri sehingga kedua-duanya terluka.

Apabila salah seorang terpaksa menerima kenyataan bahawa mereka telah memainkan takdir yang telah ditetapkan Tuhan, yang ditakdirkan untuk bersama.

Kadang-kadang aku merasa marah dengan watak Lisa. Kalau aku, aku akan buang ego jauh-jauh dan luahkan perasaan kepada Hector.

Oh man, aku semakin obses dengan watak dia ni. Dah lah hensem, seksi, aummm...!

Hebat betul penulis ni. Tapi kenapa penulis ni tak popular pun? Punya best cerita dia ni.

Setelah hampir 2 jam membaca, aku terlupa jam sudah menunjukkan hampir 8 malam. Bermaksud, sekali lagi aku bermalam di pejabat tanpa menyedari hari sudah lewat petang.

“Oh shit! Alamak!! Mesej dari Jordan!” Aku panik apabila mendapati mesej daripada teman lelaki aku diterima dua jam yang lalu tanpa aku sedari. Gila lah!

Aku terpaksa tukar mod vibrate handphone agar apabila aku mendengar muzik, tiada gangguan mesej atau notifikasi masuk. Aku biarkan sekejap mesej daripada Jordan, lalu mengemas barang dan keluar dari pejabat.

Setibanya di dalam kereta, aku terus start enjin dan membuka radio. Aku memutarkan semua lagu yang aku minat dan membuat aku teruja untuk membaca novel itu. Aku berlagu menyanyikan lagu dan sekali lagi terbayangkan watak Hector.

“Gilalah kau Lisa! Kenapa kau tak luahkan perasaan kau? Kalau tak, mesti dah habis cerita ni. Happy ending tau! Eee... Tak sabar aku nak baca habis.”

Aku tersenyum membayangkan watak Hector. Dan sebelum itu, terdapat scene di mana Lisa terserempak dengan Hector yang sedang mandi berbogel.

“Hahahhaha... Padan muka kau Lisa! Ishh! Geram aku.”

Aku menyanyi kecil sambil memandu dengan cermat. Lagu “Call Out My Name” oleh The Weeknd berkumandang.

We found each other
I helped you out of a broken place
You gave me comfort
But falling for you was my mistake

I put you on top, I put you on top
I claimed you so proud and openly
And when times were rough, when times were rough
I made sure I held you close to me

So call out my name (call out my name)
Call out my name when I kiss you so gently

“Oh my Hector! I want you to climb me and make you proud! Gila lah! Adakah ini penangan daripada watak itu? Aku harap takde siapa kata aku gila. Ah! Lantaklah! Nak baca novel kena lah ada feeling gitu kan?”

Aku tersengih sendirian ketika berhenti di depan traffic light merah. Sebuah kereta yang berhenti di sebelah kanan ku menoleh ke arahku apabila aku syok menyanyi. Aku temalu! Terus aku tekan butang naikkan cermin kereta. Namun, ianya sia-sia.

“Lain kali aku hantar kereta buat cermin jadi hitam. Tak lah orang tahu apa aku buat dalam kereta!” Aku memecut kereta saat traffic light bertukar menjadi hijau.

Setibanya di rumah, aku segera membalas mesej daripada Jordan. Aku penat.

“Maaf, aku terlelap lepas pulang dari kerja tadi. Ni pun baru habis mandi,” aku cuba menipu.

“Aku risau takut jadi apa-apa dengan kau,” Jordan membalas.

“Jangan risau. Aku okey je,” aku jawab.

“Kau tak ikut dinner ke?” tanya Jord.

“Macam mana kau tahu aku ada dinner hari ni?” aku bertanya.

“Aku mesej Chloe tanya mana kau, sebab kau tak reply mesej aku. Kalau aku call, takut ganggu kau pula,” jawab Jordan.

“Hmmm... Aku tertidur je tadi. Kau belum tidur ke? Dah lewat ni...” aku tanya.

“Lewat apa pula. Baru jam 10.25 malam. Kau pun sama. Jangan leka baca manuskrip 24 jam. Nanti mata cepat rosak sebab letih,” Jordan menasihati.

“Yelah... Dah tu kerja aku,” aku membalas.

“Jangan sampai jatuh cinta dengan watak dalam sana pula,” Jordan mengusik.

“Eyh?? Ada ke macam tu? Kalau jatuh cinta, bukan dapat apa-apa pun,” aku menindakkan perkara itu.

“Ada je kes macam tu. Jatuh cinta pada sesebuah karakter. Aku gelarkan FICTIOPHILIA,” Jordan menjelaskan.

“Yeke?” aku bertanya, merasa teman lelaki ku ini tahu sesuatu.

“Ye... Kau cuba la Google,” Jordan menyarankan.

“Bahaya ke kes macam tu?” aku bertanya, tidak mahu risau dan berfikir lebih daripada itu.

“Hmmm... Tak juga la bahaya. Cuma jangan obses sangat. Lagi pula kalau watak tu betul-betul wujud, apatah lagi kalau disertakan dengan gambar,” Jordan menjelaskan.

“Hmmm... cerita yang aku baca ni, ada contoh gambar imaginasi sekali...” aku terkejut dengan penjelasan Jordan. Not bad.

“Oh... Yeke? Cantik ke watak tu?” tanya Jordan.

“Nanti aku snap pic dekat kau. Sekejap eyh...” aku berkata.

Aku mengambil gambar Lisa dan Hector sahaja. Pada awalnya, aku meletak gambar Hector di depan dan Lisa di belakang, tetapi kemudian aku tukar posisi. Aku letakkan gambar Lisa di depan, Hector di belakang dan gambar sekali dengan manuskrip itu. Lepas tu, aku hantar dekat Jordan. Tak lama kemudian, Jordan mesej semula.

“Wow! Cantik juga watak perempuan ni. Apa nama wataknya?” Jordan bertanya.

“Lisa... Pandai penulis ni pilih?” aku senyum.

“A...ah... Macam muka artis. Yang lelaki tu, siapa pula?” Jordan bertanya.

“Boyfriend kedua aku. Hahaha...” aku ketawa terbahak-bahak.

“Wekkk... Berangan lebih! Jangan macam-macam haaa... Nanti kau angau! Aku tak nak kawen dengan orang angau,” Jordan mengingatkan.

“Heheheh... Jangan risau...” aku membalas.

Lepas tu, aku rasa malas pula nak reply mesej dari Jordan. Jadi aku biarkan sahaja. Lagi pun, Jordan tahu perangai aku dari dulu. Kalau aku tak reply, itu maknanya aku dah tertidur.

“Dah tidur ke? Goodnight baby! I love you so much! Sweet dream!” Jordan menghantar mesej terakhir.

Aku memandang mesej daripada Jordan itu, lalu aku capai handphone dan memikirkan sesuatu yang gila. Jari aku laju menekan ikon phone book, mencari nama Jordan, dan menekan Edit untuk mengubah nama.

“Name: Jordan” ditukar kepada “HECTOR” dan disimpan.

Aku tersengih-sengih melihatnya. Kemudian, aku membaca mesej romantik satu persatu daripada Jordan.

Jordan memang lelaki yang romantik, namun kehidupannya biasa sahaja. Aku memang bertuah memilikinya. Ramai yang memuji kami berdua sebagai pasangan sejoli.

So, membaca mesej dari Jordan yang menggunakan nama Hector, aku tersengih macam orang gila...

“Ah! Sudah lah! Jom tidur!”

Selamat malam...

Korang suka watak apa eh? Share sikit :p

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-08-08 21:56:06 

hihi dlu pnh ... dhla pntg nmpk imagine mamat bermata tajam, hazel anak matanya, rahang cantik... then heh... jihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience