SEJAK Micheal bersetuju berlakon jadi suami Selena, kehidupan dia makin pelik. Pada awalnya, semua ni cuma kerja sambilan je.
“Takpe, janji dia pulih.” fikir dia masa mula-mula nak terima tawaran pelik ni.
Tapi, lepas beberapa minggu, hati Micheal mula rasa lain macam. Selena ni, walaupun perangai dia kadang-kadang macam budak kecil yang perlukan perhatian 24/7, ada sesuatu tentang dia yang Micheal tak boleh nafikan.
“Herodes, aku nak bubble tea!” Selena cakap sambil tarik tangan Micheal.
“Boleh je, tapi kau tak nak makan dulu ke? Aku lapar.” Micheal balas sambil ketawa kecil.
Selena mencebik. “Mana ada aku lapar. Aku nak minum je!”
Micheal geleng kepala. “Fine, bubble tea dulu. Tapi lepas ni kita singgah makan kat mamak. Aku tak tahan dah.”
Dua bulan kemudian, Selena akhirnya dibebaskan dari hospital sakit jiwa. Keluarga dia tak berhenti peluk dia bila Selena balik rumah. Dia nampak lebih tenang, lebih ‘normal’. Tapi Selena, walaupun nampak macam dah sembuh, ada satu benda yang tak berubah—dia masih nak bersama Herodes.
“Selena, betul ke, kau dah okay?” tanya Chloe ketika melawatnya di rumah satu malam.
“Aku ok je. Jangan risau,” Selena jawab sambil scroll Instagram.
“Tapi kau selalu keluar dengan Micheal kan?”
“Herodes.” Selena pandang Chloe dengan senyum kecil. “Dia Herodes.”
Chloe tergaman tapi dia iyakan sahaja, janji sahabatnyan itu happy.
Sejak hari tu, Micheal dah tak boleh lari. Setiap kali Selena ajak keluar, dia tetap perkenalkan diri dia sebagai Herodes. Kat mamak, kat taman, kat mana-mana pun sama je.
“Bro, apa hal kau panggil diri Herodes ni?” tanya kawan lama Micheal masa terserempak kat kedai makan.
“Cerita ni panjang. Tapi senang cakap, aku cuma nak tolong dia hadap perkara ini. Kalau dia rasa aku Herodes, aku Herodes lah.”
Kawan dia tepuk bahu Micheal. “Kau dah kena buatan, ni. Sabar je lah.”
Micheal ketawa, tapi dalam hati dia tahu, Selena buat hidup dia lain. Selena, dengan perangai pelik tapi ikhlas dia, ubah segalanya. Dan kalau nama Herodes yang boleh buat Selena gembira, Micheal tak kisah. Sebab dia dah ambil berat—dengan Selena, dan dengan dunia yang Selena cipta untuk dia.
-
HARI ITU, mereka keluar macam biasa. Selena pilih kafe hipster yang penuh dengan bunga segar dan aroma kopi yang kuat. Dia duduk rapat dengan Micheal, sampai orang sekeliling pun boleh salah faham yang mereka ni pasangan kekasih.
“Herodes, kau rasa aku lawa tak hari ni?” Selena tanya sambil tersenyum manis.
Micheal tersentak, tengok Selena dari atas sampai bawah. Dia pakai gaun putih simple, rambut dia dibiarkan lepas, ada satu aura lembut yang buat Micheal rasa sesak dada sekejap.
“Cantik,” jawab Micheal pendek, sambil garu belakang kepala.
Selena ketawa kecil, dia pegang tangan Micheal tanpa segan. “Aku tahu aku lawa. Tapi aku suka dengar kau cakap.”
Sepanjang hari, Selena tak berhenti manja dengan Micheal. Kadang pegang tangan, kadang dia peluk pinggang Micheal masa mereka jalan. Micheal rasa pelik—dia tak pernah ada pengalaman macam ni. Dengan adik perempuan dia, Rose, pun tak pernah serapat ni. Tapi ada sesuatu tentang Selena yang buat Micheal tak mampu jauhkan diri.
Sambil makan kek, tiba-tiba Selena letak garfu atas pinggan. Dia pandang Micheal serius.
“Herodes.”
“Hah, apa dia?” Micheal angkat kening, rasa ada sesuatu tak kena.
“Kita kahwin jom.”
Kek dalam mulut Micheal hampir tersembur. Dia batuk-batuk, ambil air dan minum cepat-cepat.
“Kahwin?” Mata dia terbeliak.
“Ha’ah. Aku tak sabar dah nak duduk serumah dengan kau. Aku rasa kita ni memang meant to be.” Selena jawab dengan yakin.
Micheal terkedu. Dia pandang Selena, cuba baca apa yang ada dalam kepala perempuan tu. Selena nampak serius—mata dia bercahaya, senyum dia ikhlas. Tapi Micheal? Dia rasa macam dunia berhenti sekejap.
“Err… Selena, benda ni bukan senang. Kita kena fikir betul-betul.”
“Fikir apa lagi? Aku dah fikir lama dah!” Selena potong. “Kau sayang aku, kan?”
Micheal kaku. Dia memang sayang Selena, tapi bukan dalam konteks macam ni. Tambah lagi, dia sekarang kerja dengan gereja sebagai katekis, dan ingin bersedia jadi paderi. Hubungan romantik—apatah lagi perkahwinan—memang tak ada dalam rancangan hidup dia.
“Tapi…” Micheal cuba cari alasan, tapi Selena potong lagi.
“Tak ada tapi. Kau takut aku marah ke?” Selena buat muka serius. “Kau ingat aku tak tahu kau sayang aku? Aku tahu tau.”
Micheal telan air liur. Dia tahu Selena mungkin akan bertindak tak tentu arah kalau dia cuba jelaskan kedudukan sebenar. Tapi dalam masa sama, dia rasa bersalah.
“Selena, benda ni kita bincang lain kali, boleh? Aku nak kau betul-betul yakin dulu.” Micheal cuba main selamat.
Selena pandang dia lama, sebelum angguk perlahan. “Ok, tapi janji jangan tinggalkan aku, Herodes.”
Micheal senyum kelat. Dalam hati dia berdoa, semoga dia jumpa jalan keluar sebelum keadaan jadi lebih rumit. Sebab sekarang, antara Selena dan impian dia, Micheal tersepit.
MICHEAL sampai rumah hampir tengah malam. Dia duduk atas sofa, kepala bersandar, mata pandang siling. Wajah Selena terbayang-bayang. Dia rasa serabut.
Rose keluar dari bilik dengan hoodie besar, tangan pegang mug. Dia nampak muka abang dia, terus duduk sebelah.
“Abang ok tak ni? Muka abang macam baru kena ceramah sejam.” tegur Rose sambil menghirup teh.
Micheal geleng kepala, tangan gosok muka. “Selena...”
Rose kerut dahi. “Kenapa dengan dia?”
“Dia ajak abang kahwin.”
“APA?!” Mug dalam tangan Rose hampir terjatuh. Dia tengok Micheal macam baru dengar cerita alien landing kat kampung.
“Abang biar betul?!”
Micheal angguk lemah. “Dia cakap dia nak abang... Herodes... kahwin dengan dia. Dia serius, Rose.”
Rose dah mula panik. Dia bangun, mundar-mandir depan Micheal.
“Saya tak percaya benda ni boleh jadi macam ni! Tujuan saya suruh abang menyamar jadi Herodes cuma nak sedarkan dia yang Herodes tu tak wujud. Tapi... tapi sekarang dia anggap abang betul-betul Herodes?!”
Micheal tak jawab, cuma tengok lantai.
Rose berhenti, pandang Micheal.
“Abang rasa ni salah saya ke? Sebab saya yang ajak abang terlibat semua ni?”
“Bukan salah kamu, Rose” Micheal potong cepat. “Kita cuma nak tolong dia. Tapi benda ni jadi lain.”
Rose tarik nafas panjang, cuba tenang.
“Habis tu, sekarang macam mana? Abang nak kahwin dengan dia ke? Dia takkan main-main kalau dah cakap macam tu.”
Micheal geleng.
“Abang kena jumpa keluarga dia. Abang takut kalau abang tolak, dia buat benda bukan-bukan.”
Rose angguk perlahan, tapi tiba-tiba dia tanya lagi.
“Mike... Satu benda saya nak tanya. Selama ni abang keluar dengan dia, abang takde rasa apa-apa ke kat dia? Macam... suka?”
Soalan tu buat Micheal diam. Dia sandar balik, tutup mata sekejap. Hati dia rasa berat. Dia tahu Selena ada sesuatu yang buat dia rasa selesa, rasa... gembira. Tapi... boleh ke dia benarkan perasaan tu?
“Abang?” Rose panggil perlahan.
Micheal buka mata, tengok Rose dengan wajah kosong.
“Abang tak tahu, Rose. Abang tak tahu.”
Rose tarik kerusi meja makan, duduk sambil peluk kaki. Dia diam sekejap sebelum bersuara lagi.
“Kalau abang suka dia, saya rasa abang patut jujur. Tapi kalau abang tak boleh terima... abang kena tegas. Jangan bagi dia harapan kalau abang sendiri tak pasti.”
Kata-kata Rose buat Micheal termenung lama. Dia tahu adik dia betul, tapi hakikatnya, Micheal sendiri terperangkap dalam dunia yang dia tak pernah sangka akan masuk.
Share this novel