BAB 30: MORBIS HERODIUS

Romance Completed 4375

Micheal memarkir keretanya perlahan di depan rumah. Matanya menangkap sebuah Axia putih yang tidak dikenali terparkir di tepi jalan. Siapa pula ni? bisiknya sambil keluar dari kereta. Hatinya sudah penat dengan semua misteri yang muncul bertubi-tubi.

Dia membuka pintu rumah seperti biasa, dan suara perbualan perlahan menyambutnya dari ruang tamu. Micheal melangkah ke dalam, melihat Rose duduk di sofa bersama seorang wanita yang tidak asing baginya.

“Oh, abang dah balik.” Rose menoleh, tersenyum sedikit lega. “Abang ingat Chloe tak?.”

Micheal angguk kecil sambil melepaskan jaketnya.

"Ingat, hai Chloe. Saya ingat siapa tadi." Dia duduk di kerusi bertentangan, memandang Chloe dengan rasa ingin tahu.

“Saya call Chloe tadi. Tanya pasal nama Herodes. Chloe ni kan dulu kerja sekali dengan Selena masa dia jadi editor. So, saya fikir mungkin Chloe tahu sesuatu.” Jelas Rose.

Chloe mengangguk perlahan. Dia meletakkan sebuah buku diari kecil di atas meja, lalu menolak ke arah Micheal.

“Saya ingat lagi, sebelum Selena koma, dia pernah tulis nama ‘Herodes’ dalam diari dia ni. Masa tu dia tengah kerja, fokus gila dengan editing novel Shades of Cool, novel tulisan Rose.” jawab Chloe merujuk kepada Rose si penulis buku itu.

Micheal memandang diari itu seketika sebelum mengangkatnya. Dia membelek perlahan, halaman demi halaman yang penuh dengan tulisan tangan Selena. Tangannya berhenti apabila melihat satu halaman dengan tulisan ‘Herodes’ di tengah, ditebalkan beberapa kali seolah-olah Selena terlalu fokus dengan nama itu.

“Awak pasti ni Selena yang tulis?” soal Micheal, suaranya tegang.

“Ya, pasti.” jawab Chloe.

“Dia selalu tulis apa-apa yang terlintas masa kerja. Tapi masa tu saya ingat dia cuma suka-suka je, mungkin inspirasi untuk kerja editing dia.”

Micheal mengerutkan dahi. Nama itu, lagi. Rasa tak sedap yang membuak-buak semakin menguasai dirinya.

“Tunggu.” Micheal bangun sambil menyerahkan diari itu kepada Rose. “Boleh ambilkan air, Rose? Tekak abang tiba-tiba rasa kering.”

Rose mengangguk dan terus bergerak ke dapur tanpa banyak soal. Micheal kembali duduk, membuka semula diari itu dan memandang Chloe.

“Awak ada baca benda lain tak? Ada apa-apa yang pelik selain nama ni?” tanya Micheal, suaranya lebih serius.

Chloe menghela nafas.

“Saya baca, tapi... kebanyakannya nampak macam coretan biasa je. Selena tulis pasal kerja, stres, kadang-kadang pasal novel yang dia suka. Tapi nama ‘Herodes’ tu, saya rasa itu paling aneh. Dia sebut banyak kali. Mungkin dia obses?”

Micheal termenung, jarinya mengusap dagu.

“Obses... atau mungkin ada makna lain yang kita tak nampak. Chloe, novel Shades of Cool ni, ada kaitan dengan Herodes ke?”

Chloe menggeleng.

“Tak ada langsung. Novel tu cuma tentang cinta segitiga klasik, nama Hector dan Lisa, watak Herodes tak pernah wujud.”

Rose muncul kembali dengan segelas air dan menyerahkannya kepada Micheal.

“Abang okay ke? Tiba-tiba je batuk. Sebelum keluar, okay je tadi.” tanya Rose dengan nada risau.

“Tak tahu lah, Rose. Keluar dari hospital tadi, abang terus batuk.” balas Micheal sambil meneguk air perlahan.

Micheal mengurut dahinya perlahan, matanya tertutup rapat. Nafasnya perlahan-lahan menjadi berat, seperti ada sesuatu yang menekan dada. Rose memerhati dengan wajah penuh kerisauan.

"Abang? Kenapa ni?" Rose menghampiri Micheal, menggoyangkan sedikit bahunya.

Micheal cuba membuka mulut, tapi tiba-tiba kepalanya seperti kaku sesaat. Matanya terbuka sedikit, tapi kosong, dan sebelum ada sesiapa sempat berbuat apa-apa, tubuhnya rebah ke atas sofa dengan bunyi dummp yang berat.

"ABANG!" jerit Rose, lututnya terjatuh ke lantai, tangannya mengoncang bahu Micheal dengan panik.

"Abang! Bangun, bangunlah!"

Chloe yang masih duduk terpaku, terlompat sedikit mendengar jeritan Rose. Dia cuba menenangkan diri, mengawal panik yang hampir menguasainya. Dengan tangan sedikit menggeletar, Chloe mencapai telefon di atas meja.

"Rose! Tenang, aku call ambulans sekarang!" Chloe bersuara dengan nada tegas sambil menekan nombor kecemasan.

Rose terus memanggil-manggil nama Micheal, air mata mula mengalir.

"Abang, bangunlah! Jangan buat aku takut macam ni!" Dia mengusap wajah Micheal yang pucat, cuba merasakan nafas atau denyutan nadi di lehernya.

"Hello, ambulans? Tolong datang cepat! Kawan saya tiba-tiba rebah, dia tak sedar diri sekarang!" Chloe bercakap dengan cemas sambil berdiri di tepi jendela, memastikan alamat rumah Micheal jelas diberitahu kepada operator kecemasan.

Suasana di ruang tamu terasa tegang. Rose cuba mengawal getaran tangannya sambil memegang tangan Micheal erat, air matanya tak berhenti mengalir.

ROSE berdiri resah di luar ICU, langkahnya tak pernah berhenti, seakan-akan kakinya dikawal oleh rasa cemas yang membuak-buak. Chloe tiba dengan sebuah beg plastik berisi bekalan makanan dan air mineral. Dia meletakkan beg itu di atas bangku sambil menepuk perlahan bahu Rose.

“Rose, duduk dulu. Kau tak boleh macam ni. Nanti kau jatuh sakit pulak, siapa nak jaga Micheal nanti?” ujar Chloe, cuba menenangkan.

Rose menggeleng perlahan, air matanya jatuh satu-satu.

“Aku tak boleh, Chloe. Micheal je keluarga aku. Dia je yang aku ada. Selama ni, kalau aku susah, dia yang selalu ada. Aku tak sanggup kehilangan dia...” suaranya tersekat-sekat sambil dia menyeka pipinya dengan kasar.

Chloe mendekat, cuba memeluk Rose.

“Kau doa je, Rose. Itu yang paling penting sekarang. Micheal perlukan kekuatan kau. Kalau kau goyah, macam mana dia nak sembuh?” Chloe mengusap belakang Rose dengan lembut.

Tiba-tiba pintu ICU terbuka. Seorang doktor lelaki keluar dengan wajah serius, stethoskop tergantung di leher. Rose dan Chloe serentak memandangnya, berharap jawapan yang boleh meredakan hati.

“Puan Rose?” Doktor itu bertanya. Rose terus menghampiri, Chloe ikut di belakang.

“Macam mana abang saya, doktor?” soal Rose, suaranya hampir berbisik, penuh debar.

Doktor itu menarik nafas dalam, seolah-olah mencari kekuatan untuk menyampaikan berita.

“Keadaan pesakit stabil buat masa ini, tapi ada sesuatu yang kita perlu bincangkan. Pesakit menunjukkan gejala jangkitan virus yang sangat jarang berlaku, mungkin satu dalam sejuta kes.”

Rose dan Chloe bertukar pandang.

“Virus? Virus apa maksud doktor?” Chloe bertanya, mukanya penuh kebingungan.

Doktor terdiam sejenak sebelum berkata lagi.

“Kami masih dalam proses mengenal pasti, tetapi virus ini sangat berbahaya dan mudah tersebar. Kami panggil ia Morbis Herodius. Setakat ini, kes seperti ini tidak pernah dilaporkan sebelum ini.”

Rose ternganga, matanya membulat.

“Dari mana virus ni datang? Abang saya kena kat mana?”

Doktor menggeleng.

“Kami belum pasti. Tapi untuk sekarang, jika puan mahu melawat, puan perlu memakai sut PPE lengkap. Dan untuk keselamatan, puan dan... cik Chloe perlu menjalani proses dekontaminasi di bilik khas. Sila ikut jururawat kami sekarang.”

Rose memandang doktor dengan mata berkaca, tetapi dia angguk.

“Baik, doktor. Saya akan buat apa saja asalkan abang saya selamat.”

Chloe memegang lengan Rose, memberi sedikit sokongan.

“Jom, kita ikut. Kita kena kuat, Rose.”

Mereka berdua mengikuti seorang jururawat wanita ke bilik khas di hujung koridor bersama doktor tadi. Sepanjang perjalanan, hati Rose dihantui soalan yang tak terjawab. Apa sebenarnya yang berlaku pada Micheal? Dan kenapa semuanya terasa sangat salah sejak dia melawat Selena?

-

POV1 - MICHEAL

Di mana aku? Gelap sangat ni. Mata aku cuba fokus, tapi tak ada apa-apa pun yang nampak. Aku cuba meraba-raba, tangan aku melayang ke kiri dan kanan, cuba cari sesuatu untuk berpaut. Tapak kaki aku melangkah perlahan, tapi aku sendiri tak pasti aku menuju ke mana.

Tiba-tiba, kaki aku tersadung sesuatu. Aku terjatuh, kepala aku terhantuk.

“Aduh! Sakitlah!”

Aku pegang kepala aku, rasa berdenyut. Perlahan-lahan aku buka mata, dan… eh? Dah terang? Aku angkat kepala, dan sekarang aku berdiri di tempat yang aku tak pernah nampak sebelum ni.

Padang luas terbentang, dengan jalan raya yang sunyi di depan. Aku bangkit berdiri, badan aku rasa berat, langkah pun goyah. Aku pandang ke sekeliling, cuba cari petunjuk. Aku ikut jalan raya tu, perlahan-lahan, sampai aku nampak lampu isyarat. Lampu hijau bertukar merah, aku berhenti di tepi jalan.

Tiba-tiba, ada seorang wanita mengandung melintas jalan. Aku nak jerit, nak bagi amaran sebab aku nampak kereta merah datang laju, tapi suara aku tersekat. Tekak aku rasa perit, macam ada sesuatu yang menahan aku daripada bercakap.

“Jangan!” Aku cuba jerit, tapi hanya bisikan yang keluar.

Kereta itu tak sempat brek. Ia langgar wanita itu dengan kuat, badannya melayang sebelum jatuh terhempas ke jalan raya. Darah mengalir di kepala dia, dan dia tak bergerak. Aku rasa lutut aku lemah. Mata aku terkunci pada wanita itu, dan aku rasa dunia aku berhenti sekejap.

“Selena?”

Aku kenal wanita itu. Itu Selena. Kenapa dia di sini? Dia...dia mengandung? Apa semua ni? Badan aku menggigil, rasa meremang.

Aku pandang ke arah kereta merah itu. Ia berhenti sebentar, agak jauh dari tempat Selena terbaring. Aku nampak pemandunya—wanita—keluar separuh dari tingkap, tengok Selena dengan wajah penuh rasa bersalah. Tangannya menutup mulut, macam cuba tahan tangisan.

“Apa yang kau buat?!” aku cuba jerit, tapi suara aku tenggelam dalam hening jalan raya.

Wanita itu menurunkan habis cermin tingkap untuk memandang keadaan itu, matanya merah basah, sebelum dia masuk balik ke dalam kereta. Enjin menderu, dan dia memandu pergi. Aku hanya mampu tengok kereta merah itu semakin jauh, hilang dalam kabut jalan.

Air mata aku terus jatuh tanpa aku sedar. Aku kenal dia. Sangat kenal.

Orang yang aku sayang.

Rose.

Rose yang pegang stereng kereta itu. Rose yang pandang Selena dari jauh dengan mata penuh rasa bersalah. Rose, adik aku sendiri.

Aku terduduk di atas jalan. Kepala aku rasa berputar, dan aku hanya mampu tengok Rose memandu pergi dari situ sehingga hilang dari pandanganku. Semua jadi kabur. Kepala aku rasa berat.

“Apa semua ni?!”

Aku jerit, tapi suara aku hanya bergema dalam kepala aku sendiri. Pandangan aku gelap semula, dan aku rasa macam aku sedang ditarik keluar dari mimpi ini.

Virus Fiktif - "Morbis Herodius" Asal usul dan kesan: Virus fiktif ini adalah hasil eksperimen gagal di hospital sakit jiwa, yang secara rahsia menjalankan penyelidikan biologi haram. Virus ini boleh menular melalui sentuhan kulit ke kulit, terutama jika terdapat luka terbuka. Gejala dan progresi: Fasa awal: Demam ringan, keletihan, dan batuk. Fasa pertengahan: Kehilangan kesedaran sesekali, halusinasi, dan sukar bernafas. Fasa kritikal: Ensefalitis, diikuti oleh koma, jika tidak dirawat. Cerita: Lelaki bernama Herodes sebenarnya adalah "pesakit ujian" yang terlepas kawalan, dan kontak fizikal antara Herodes dan Micheal menjadi titik permulaan jangkitan. Virus ini juga menjadi kunci kepada bagaimana Herodes berkait dengan Selena—mungkin Herodes dan Selena adalah sebahagian daripada eksperimen yang sama, tetapi Selena terjejas dari segi mental, bukan fizikal. Nota: Tolong jangan plagiat part ni, susah giler aku cari idea virus ni. Kalau nak guna juga sebagai rujukan, inform penulis asalnya. K thanks bye!

Share this novel

Erna Md Nordin
2024-12-07 16:01:43 

semakin menarik citer ni...next plz..betul ada kaitan dengan Rose... Herodes ni wujud ke x sis?

DHIA AMIRA.
2024-12-06 09:27:26 

nex... tringt citer morbid


NovelPlus Premium

The best ads free experience