HUJAN baru berhenti waktu mereka bertiga sampai di rumah keluarga Selena. Pintu rumah dibuka luas, dan ibu bapanya menyambut dengan penuh rasa syukur. Selena disambut dengan pelukan erat ibunya, manakala ayahnya mengucapkan terima kasih berkali-kali kepada Micheal dan Rose kerana menjaga anak mereka.
“Syukur sangat kau balik, Selena. Mak risau betul!” kata ibunya, hampir nak menangis.
“Maaf, mak...ayah...” Selena balas dengan nada bersalah, matanya redup.
Rose menepuk bahu Selena perlahan.
“Yang penting dia dah balik, kan, aunty? Badan Selena ni je kena rehat lebih sikit lagi.”
Mereka masuk ke ruang tamu, dan ibu Selena terus menawarkan kopi dan kuih. Micheal duduk dengan penuh kekok, jelas tak selesa dengan suasana. Tapi dia cuba tunjukkan senyuman mesra.
Tiba-tiba Selena berdiri.
“Mak, ayah...” dia pandang ke arah ibu bapanya. “Hector dah ready nak kahwin dengan saya.” Suaranya penuh yakin, tapi lembut.
Ruang tamu terus sunyi. Kopi di tangan ayah Selena hampir tumpah sebab terkejut. Rose pula menggosok telinganya dengan jari, macam tak percaya apa yang dia dengar.
“He- Hector?” ulang ayah Selena.
Dia pandang Selena, kemudian pandang Micheal yang dah tunduk kepala.
Rose tak boleh tahan, dia menyelit cepat.
“Selena ni... masih demam sikit. Kadang-kadang otak kita ni kalau panas, tak betul sangat.”
Ibu Selena cuma mampu angguk perlahan, sambil mengelap peluh di dahi.
“Selena... jangan fikir bukan-bukan dulu. Kita bincang lain kali, ya.”
Micheal yang sedari tadi diam akhirnya bersuara.
“Saya rasa... saya balik dululah. Kurang sihat sikit hari ni.” katanya pendek, sambil berdiri. “Terima kasih sebab jemput masuk.”
Belum sempat dia bergerak ke pintu, Selena terus datang ke arahnya, memeluk Micheal dengan erat.
“Terima kasih, Hector.” bisik Selena, cukup perlahan, tapi cukup untuk buat semua orang dalam bilik tu terkejut lagi.
Rose hampir tersedak.
“Errr, okay... Selena peluk abang saya, semua okay... mungkin hormon kot?”
Micheal kaku, membiarkan Selena melepaskannya sendiri sebelum dia berundur dengan wajah penuh serba salah.
“Selena... rehat, ya.” katanya pendek sebelum berjalan keluar pintu.
Ibu bapa Selena hanya mampu mengangguk hampa. Rose cepat-cepat ikut langkah abangnya keluar, tapi sempat juga dia berkata pada ibu Selena.
“Aunty... jangan risau sangat. Kita cuba settlekan, ya?”
Di luar, Micheal menarik nafas panjang-panjang, cuba menenangkan degupan jantung yang dah tak tentu hala. Rose menepuk bahunya.
“Abang okay?”
Micheal hanya mampu mengangguk kecil, walaupun jelas muka dia penuh dengan tekanan.
Belum sempat Micheal dan Rose masuk ke dalam kereta, sebuah kereta merah meluncur laju berhenti betul-betul di depan mereka. Pemandunya keluar tergesa-gesa. Jordan, adalah lelaki yang nyata, tunang sebenar kepada Selena, berdiri tegap dengan nafas tercungap-cungap.
“Selena!” panggil Jordan, terus berlari mendapatkan Selena dan memeluknya erat tanpa peduli orang sekeliling.
“Syukur sangat kau selamat! Aku minta maaf sebab aku takde masa kau dalam kesusahan. Aku sibuk dengan urusan di luar bandar. Aku risau betul!” suaranya kuat, penuh emosi.
Selena, yang masih dalam keadaan bingung, menolak Jordan dengan kuat.
“Kau siapa suka-suka peluk aku macam ni?” tanyanya dengan wajah berkerut.
Tindakan itu buat Jordan terpinga-pinga, tapi lebih daripada itu, dia terasa dihina. Wajahnya berubah tegang, warna marah jelas terpancar.
“Selena, kenapa dengan kau ni?” Jordan bersuara, kali ini nadanya lebih keras. “Aku ni Jordan! Tunang kau! Apa kau buat ni?”
Semua orang di situ terkaku. Rose menarik nafas panjang, sementara Micheal hanya memerhati tanpa kata, walaupun di dalam hatinya ada rasa serba salah.
“Tunang?” Selena ketawa sinis, pandang Jordan atas bawah.
“Kau salah orang, kut. Aku tak kenal kau. Aku tak ada tunang.”
Dia mendekat ke arah Micheal, menambahkan lagi rasa tegang suasana. “Kalau aku ada tunang, dia ni... Hector.”
“Hector?!” Jordan melangkah setapak ke depan, tangannya menggenggam erat.
“Selena, sedarlah! Kau bukan dalam dunia ilusi kau lagi! Kau ni di dunia sebenar! Aku Jordan! Aku tunang sebenar kau!”
Selena hanya menggeleng kepala.
“Hector je yang jaga aku. Kau... tak pernah pun ada untuk aku.”
Jordan menarik nafas panjang, cuba mengawal api marahnya. Tapi matanya memandang tajam ke arah Micheal, yang diam seribu bahasa.
“Kau.” Jordan menuding jari ke arahnya. “Aku fikir benda ni dah selesai sebab itulah dia dilepaskan dari hospital menta. Sekarang, jelaskan kepada aku, kenapa dia masih jadi macam ni?!”
Micheal mengangkat tangan sedikit, cuba menenangkan keadaan.
“Jordan, dengar sini. Selena tak sihat, mungkin sebab effect daripada demam, dia perlukan masa untuk sembuh. Jangan buat benda ni jadi lebih susah.”
“Tak sihat?” Jordan ketawa kecil, tapi jelas ada nada sinis.
“Aku dah biarkan kau lama sangat buat kerja ni, Micheal. Kau ambil kesempatan atas keadaan dia, kan? Kau sengaja nak ambil dia dari aku.”
Rose cepat-cepat mencelah.
“Eh, encik Jordan, tolong chill sikit. Abang saya tak ambil kesempatan apa-apa, okay? Dia cuma tolong Selena.”
“Tolong? Hah, aku panggil polis nanti kita tengok siapa yang betul!” bentak Jordan.
Selena, yang berdiri di belakang Micheal, tiba-tiba bersuara, suaranya tenang tapi tajam.
“Kau tahu apa, Jordan? Kalau kau ni tunang aku, kenapa aku langsung tak rasa kau peduli aku? Kau cuma datang bila kau nak tunjuk kuasa. Kau bukan sesiapa dalam hidup aku.”
Jordan terkaku, matanya sedikit membulat. Tapi dalam sekelip mata, dia kembali mengawal emosinya.
“Selena, kau tak tahu apa kau cakap. Aku akan buat kau ingat siapa aku. Percayalah.”
Dengan itu, Jordan melangkah masuk ke dalam keretanya, wajahnya penuh dendam, sebelum berlalu pergi meninggalkan mereka dalam keheningan.
Rose menghela nafas panjang.
“Okay... itu drama yang aku tak expect.”
Selena, yang masih terperangkap dalam ilusinya, melangkah mendekati Micheal dengan tenang. Tanpa ragu, dia memeluk lengan Micheal erat-erat, seolah-olah ingin memberi keyakinan kepada lelaki itu.
“Takpe, hector.” bisik Selena lembut, senyuman kecil terukir di bibirnya. “Lepas kita kahwin, takde siapa boleh ganggu kita lagi.”
Suasana jadi sunyi. Rose, yang berdiri di sebelah Micheal, memandang Selena dengan mata membulat, tak percaya apa yang dia dengar. Ibu bapa Selena, yang baru saja menyaksikan drama Jordan sebentar tadi, hanya mampu bertukar pandangan cemas.
Micheal pula kaku. Jantungnya berdegup laju, bukan sebab dia gembira, tapi sebab dia buntu.
“Selena, err...” dia cuba bersuara, tapi lidahnya kelu.
Selena memandang Micheal dengan penuh keyakinan, matanya bercahaya walaupun jelas wajahnya masih kelihatan letih.
“Awak tak perlu risau, hector. Saya akan ada dengan awak. Kita akan bahagia, saya janji.”
Rose menghela nafas panjang, memecah keheningan.
“Okay... this is getting out of hand.” bisiknya perlahan, cukup hanya Micheal dengar.
Dia kemudian menarik lengan Micheal sedikit ke belakang, cuba memisahkan dia dari Selena.
“Selena...” Micheal cuba mencari kata-kata.
“Kita bincang hal ni nanti, okay? Awak rehat dulu. Saya janji semuanya akan okay.”
Selena mengangguk kecil, seolah-olah memahami. Tapi dia tak melepaskan lengannya dari Micheal.
“Saya tahu awak akan jaga saya, hector. Awak takkan tinggalkan saya, kan?”
Micheal rasa nafasnya tersekat.
“Tak... saya tak tinggalkan awak,” jawabnya perlahan, walaupun di dalam hati, dia masih cuba memikirkan jalan keluar dari situasi ini.
Rose memandangnya dengan muka penuh serabut.
“Abang, lepas ni kita kena plan baik-baik,” bisiknya tegas.
Sementara itu, ibu bapa Selena hanya berdiri, kelihatan bimbang tapi tak tahu apa yang patut dilakukan. Mereka hanya mampu berharap keadaan anak mereka akan kembali seperti biasa.
MICHEAL terhempas malas di atas sofa, tangannya menutupi muka sambil mengeluh panjang. Dia bukan jenis yang suka tunjuk lelah, apatah lagi mudah mengeluh, tapi hari itu, rasanya kesabaran dia betul-betul diuji. Rose yang baru duduk di sebelah, tersengih kecil sambil menyandarkan kepalanya ke sofa.
“Abang nampak lain la sekarang. Dah macam lelaki 'normal' biasa je. Mana Micheal yang dulu? Yang sopan, cool, macam abang-abang contoh, yang alim bijaksana tu?” usik Rose sambil tersenyum simpul.
“Jangan nak perli, Rose. Abang penat ni. Lepas ni nak tidur terus, jangan kacau.” Micheal menjeling malas.
“Lagi satu, idea apa yang kamu nak cakap tadi tu? Jangan buat hal, abang tak larat dah jadi pelakon tanpa bayaran ni.”
Rose ketawa kecil, membuatkan Micheal semakin menyampah.
“Eh, berani kamu ketawa?”
“Abang chill lah. Saya ada plan sikit je. Jangan risau,” kata Rose sambil menyusun ayatnya perlahan-lahan.
“Abang lupa ke, dulu saya pernah jadi macam Selena? Tak teruk sangat, sebab abang ada tolong saya. Tapi Selena… dia lagi teruk. Kesian. Mak bapak dia pun dah tua, tak larat nak handle benda macam ni.”
Micheal termenung sekejap, kemudian angguk perlahan.
“Abang ingat. Tapi kamu… kamu tak sampai tahap macam Selena. Ini lain macam sikit, Rose.”
Rose angkat bahu.
“Memanglah. Tapi kalau kita biar je, makin melarat dia. Mak bapak dia pun dah habis cara nak pujuk dia keluar dari dunia tu.”
“Habis tu, kamu nak buat apa?” Micheal tanya dengan dahi berkerut. “Tolong jangan buat benda pelik-pelik.”
Rose menghela nafas panjang.
“Saya kena habiskan novel -*Shades of Cool- saya tu, bang.”
Micheal terus menoleh dengan muka tak percaya.
“Kamu serius ke? Banyak kerja tu, Rose. Tambah-tambah nak terbitkan lagi.”
Rose angguk yakin.
“Tak ada pilihan, bang. Chloe dah offer nak publish novel tu, kan? Saya rasa, kalau Selena baca cerita yang dia obses tu sampai habis, mungkin dia boleh faham cerita tu sekadar khayalan. Bukan benda nyata.”
Micheal diam sekejap, memikirkan logik idea Rose.
“Tapi… novel kamu kan macam belum siap?”
Rose angkat bahu lagi.
“Nak buat macam mana, bang. Abang pun tak nak kahwin dengan Selena, kan? Jadi saya kena berkorban la.” Rose tersengih, cuba buat lawak.
Micheal menjeling tajam.
“Kurang asam punya adik. Memang abang tak nak, tapi tak payah la sengih macam tu.”
Rose ketawa, tapi jelas di wajahnya ada kerisauan yang disembunyikan. Di sebalik gurauan, dia tahu mereka sedang berlawan dengan masa. Selena makin sukar diramal, dan itu buat Rose resah dalam hati.
Sometimes I wake up in the morning To red, blue, and yellow skies It's so crazy I could drink it like tequila sunrise Put on that Hotel California Dance around like I'm insane I feel free when I see no one And nobody knows my name
Share this novel
nexxxx
ya...pnamat kisah tu... jln pling slamat
mikel ni bole kwin kn? xsilap akk dia bukn lagi katgori father2 atas tu kn? maaf erra kalau akk slah huhu