It took thirteen beaches to find one empty
But finally it's mine
With dripping peaches
I'm camera ready
Almost all the time...
Aku menuju ke pejabat seperti biasa. Namun kedatangan aku pagi itu terasa agak istimewa apabila tiba-tiba beberapa staf meraikan kedatangan aku. Aku yang kepelikan semakin pelik apabila melihat sejambak bunga di atas meja aku. Chloe yang melihat aku, tersengih-sengih seperti kerang busuk.
“Peminat kau ni!” kata Chloe.
Aku mengambil bunga sejambak itu dan meneliti siapa pemberinya. Nama Herodes tertera di situ.
“Adakah aku mimpi?” Aku memandang sekeliling, meletakkan bunga itu semula, dan keluar dari pejabat. Aku turun ke bawah dan menoleh ke kanan. Aku melihat dia tersenyum.
“Do you like the flower?” tanya Herodes.
“What are you trying to do?” aku bertanya dengan penuh rasa ingin tahu.
“Nothing. Just wanna see my imagination character,” jawab Herodes dengan senyuman.
“Awak tak macam ni sebelum ini. This is not you,” aku mengamati.
“But I'm still me, berdiri di depan awak,” Herodes menjelaskan.
Aku diam. Herodes berubah. Walaupun aku tak kenal dia, tetapi wajah dan lagaknya seperti Hector.
“Okey, awak dah lihat saya. Sekarang, balik lah,” aku agak risau.
“Awak halau saya?” Herodes bertanya.
“Nope. Nanti apa orang kata pasal kita,” aku menjawab.
“We just said we're just friends. Nampaknya awak dah sihat. Please accept the flower. Nah, the picture. You left it,” Herodes menghulurkan gambar yang aku tertinggal.
Aku mengambil gambar itu dan memerhatikannya sekejap sebelum memandang Herodes lagi.
“Do you miss him?” tanya Herodes.
“No. Saya dah baca habis manuskrip tu. Now, I'm not into this anymore,” aku cuba menipu.
Sebab awak dah jumpa someone yang sama rupa dengan dia? So, awak sudah puas hati? Dan awak rasa, awak patut teruskan hidup dengan melupakan dia?” Herodes bertanya.
Aku terdiam. Apa yang dia kata betul.
“Yup,” aku menjawab.
“No, it's not. You still want him. Apa kata, awak anggap je saya macam dia?” Herodes memberi cadangan.
“Kerana saya juga watak imaginasi awak?” aku bertanya.
“I retired being a writer. I just wanna see that girl. Give me a chance. Maybe become your friend?” Herodes memohon dengan ikhlas.
Aku hanya memandang dia, speechless. Adakah mereka berdua orang yang sama? Hector & Herodes?
Tak lama kemudian, aku masuk balik ke pejabat. Dalam perjalanan, aku hampir terkejut apabila seseorang bercakap dengan aku.
“He's look fine,” bayangan Hector kembali buat sekian lamanya.
“Hector, how come? I miss you so much!” aku gembira.
“I can't appear into your imagination again. You promised me that you will forget about me if you finish reading that story. But it looks like you are not happy. I want you to be happy, baby. Think about it again,” Hector berkata.
“But I...” aku serba salah.
Bayang-bayang Hector hilang seperti biasa. Yup. Itu janji kami berdua. Aku patah balik dan keluar semula. Apabila tiba di luar pejabat, Herodes sudah tiada di sana. Aku mengeluh.
“Selena...” rupa-rupanya Herodes masih berada di sana.
Aku menoleh ke kiri. Dia tersenyum.
“You know what, I should forget about him. Because he has someone in his life,” aku berkata.
Aku menunjukkan gambar itu kepadanya, lalu aku koyakkan gambar itu di depan Herodes.
“I give you a chance to be my friend. You know I have a boyfriend,” aku menerima.
Herodes angguk kepala. Dia tersenyum dan aku juga tersenyum. Entah kenapa, aku rasa lega dan tidak risau langsung tentang hubungan kami berdua.
“Jord, I'm sorry. Kau mungkin ada pesaing,” aku mengaku.
“Are you happy with me?” tanya Jord.
Persoalan Jord itu membuat aku sedikit terkejut. Ketika itu kami berdua makan tengah hari bersama.
“I know I sound like crazy. Tapi aku lihat kau senyum apabila berjumpa dengan seorang lelaki. Who is he?” Jord bertanya dengan nada tenang.
“Mungkin aku dah kurang memikat kau setelah aku dapatkan kau. Kita ada hak untuk bahagia. Perasaan itu, kita tak boleh kawal. Tell me about him,” Jord memujuk.
Aku diam dan menunduk. Jord menggenggam tapak tangan ku, terasa hangat.
“He looks like him. The story,” aku menjelaskan.
Jord tersenyum sambil angguk kepala.
“Kan aku dah cakap. Akan ada yang realitinya. Are you falling in love with him?” Jord bertanya.
“Kenapa kau cakap macam tu?” aku bertanya kembali.
“Aku kenal siapa kau, Selena. Kau happy bila membaca. Kau jatuh cinta dengan watak itu. Apabila kau dengan aku, kau bayangkan dia, bukan aku. Kau cium aku sebab kau nampak dia, bukan aku. Kau dress cantik sebab dia, bukan aku. Pandangan yang kau bagi kat aku, sebab kau bayangkan dia. Aku tahu kau DM lelaki itu di laman sosial tapi dia tak layan kan? Sebab dia anggap kau stranger dan stalker. Sedangkan kau cuma nak dia approve je. Then hati kau akan lega. Lepas tu, kau akan fokus dengan aku. Dan boleh lupakan dia. But now, you can't forget him. That guy you met this morning, looks like him. And you falling in love again...” Jord menjelaskan.
Aku terdiam. Tiba-tiba air mata aku mengalir. Jord duduk dekat dengan aku dan mengesat air mata aku.
“Aku tak nak paksa seseorang pura-pura mencintai aku. Aku tahu dari pandangan mereka. You can't fool me,” Jord berkata dengan lembut.
“Jord, I'm so sorry. I confuse. Aku takut, aku takkan berjaya dalam hubungan ini. Aku takut dia hanya lah imaginasi aku. Aku rasa aku dah hidap fictiophilia. Aku tak dapat beza yang mana satu realiti. Aku cuma tahu kau, Chloe saja yang realiti,” aku mengaku.
“Hmmm... Kau tak mimpi, sayang. It’s realiti. I can see him. Clearly. Looks like, he likes you also. Aku tahu pandangan seorang lelaki terhadap seorang perempuan. Dan dia bagi kau bunga juga kan? Aku dah lama tak bagi kau bunga... Sometimes boring juga takda saingan. But I want the best for you, sayang. Aku tak nak kau stress. Depress. Your job is not easy. Kau kena fahami semua watak. Kau kena dalami semua watak,” Jord berkata.
Aku makin menangis. Sampai pelanggan yang juga makan di sana, melihat kami berdua. Mana tahu mereka memikirkan bahawa Jord membuat aku menangis dan viralkan kami berdua. Aku memaksa diriku berhenti menangis.
“He's real?” aku bertanya.
Jord angguk kepala dengan senyuman.
“I love you, baby. I want you to be happy,” Jord berkata.
“Dear girls, kalau korang jumpa lelaki macam ini, he's the one.”
Bersambung...
Share this novel