18: SAD GIRL

Romance Completed 4375

Father Michael, atau lebih mudah dipanggil Michael, adalah seorang paderi lelaki yang tinggal bersama keluarganya. Sebagai paderi, tentu saja dia takkan berkahwin atau mempunyai perasaan terhadap perempuan. Tapi, sejak dia bertemu Selena, perasaannya jadi sedikit terganggu. Apatah lagi, bila Selena minta dia cari Herodes dan lagu MP3 daripada Lana Del Rey, Michael yang juga guru sandaran di tadika, terpaksa mencari semua lagu-lagu dari artis itu.

"Abang ni macam susah payah sangat tolong perempuan tu. Abang ada hati dengan dia ke? Hari-hari pasang lagu Lana Del Rey. Hati-hati, nanti abang lupa lagu-lagu keagamaan pula. Genre lagu tak sama tau," kata Rose tiba-tiba bila dia dengar Michael on lagu dengan kuat.

Michael perlahan-lahan turunkan volume muzik dan tengok adiknya yang baru bangun pagi untuk sarapan.
"Nah, cuba kamu baca lirik lagu ni. Abang dah download hampir semua lagu Lana. Liriknya sedih sangat. Abang takkan lupa lagu-lagu keagamaan. Abang cuma nak faham lagu-lagu ni dan berbual dengan Selena menggunakan lagu-lagu ini," kata Michael sambil menyerahkan laptopnya kepada Rose.

Rose ambil laptop Michael dan mula baca lirik sambil dengar lagu dari handphone abang dia.

“Abang… saya nak ikut abang jumpa dia boleh? Sebab saya tahu sikit pasal lagu Lana ni. Lagipun saya boring duduk rumah… mummy dan daddy pun selalu tak ada di rumah,” ujar Rose sambil buat muka comelnya.

“Abang pergi sana kerja, bukan datang saja-saja,” jawab Michael, sambil tangan ligat scroll dan download lagu, yang mana Rose ajar cara download secara haram.

“Ala… saya kan dah ajar abang cara download tu. Hari ini saja, please…” rayu Rose lagi. Michael jeling ke arah satu-satunya adik perempuannya, akhirnya dia setuju juga.

“YEahhh!! Nanti saya bersiap. Tunggu saya mandi ya! Sayang abang!” ucap Rose, lalu berlari masuk ke bilik mandi.

-

Beberapa jam kemudian, akhirnya Michael dan Rose sampai ke hospital sakit jiwa, di mana mereka akan berjumpa dengan Selena pada tengah hari itu. Setibanya mereka, mereka nampak Selena yang enggan makan tengah hari walaupun makanan sudah dihidangkan oleh ibu bapanya.

“Kenapa ni auntie, uncle?” tanya Michael kepada mereka, sambil melihat Selena yang merajuk. Nampak ada sedikit makanan jatuh di lantai.

“Dia ni degil, tak nak makan,” jawab ibu Selena.

Michael geleng kepala. “Auntie dan uncle, baliklah dulu. Saya ada di sini,” katanya lagi, sambil duduk di sebelah Selena di meja kecil dalam bilik perseorangan itu. Ibu bapa Selena kemudian pulang.

“Baiklah… apa khabar, Selena? Ini adik saya, Rose. Rose, ini Selena,” ujar Michael. Rose tersenyum dan hulurkan salam kepada Selena, yang kelihatan agak tidak terurus dengan rambut yang tidak terawat.

Selena pandang salam Rose, pandang mukanya, tapi tak jawab salam tu. Dia buat muka. Rose tarik balik salamnya dan mengerutkan dahi.

“Father, mana Herodes?” tanya Selena.

“Belum jumpa dia. Kenapa kamu tak makan? Makanlah dulu, nanti sakit,” pujuk Michael.

“Tak nak! Saya rindukan Herodes! Saya nak dia bagi saya makan!” jerit Selena.

“Selena, bukankah saya dah pesan, kalau nak jumpa Herodes, mesti ikut cakap. Nah, makanlah… sedap makanan yang ibu kamu masak ni,” ujar Michael perlahan.

Rose yang melihat, hanya diam. Dia duduk tak jauh dari mereka, membuka laptop yang dibawanya ke mana sahaja.

“Father, makanlah kalau sedap!” ujar Selena sambil tolak makanan tu ke depan Michael.

Michael ambil sudu dan cedok sedikit nasi, lalu suap dalam mulutnya. “Hmmm… sedap. Nak? Kalau tak nak, saya makan habis ni!” katanya, pura-pura berminat walaupun dia sudah kenyang makan dengan Rose tadi.

“Nah, makanlah…” Michael ambil sedikit nasi dengan daging ayam, lalu suap ke mulut Selena. Dia rasa kasihan dengan wanita muda tu. Selena ambil sudu dari tangan Michael dan akhirnya makan sendiri sampai habis.

“Haa, kan bagus dah habis makan… nanti ada tenaga, badan cepat sihat. Nanti boleh keluar dengan cepat, okey?” ujar Michael dengan senyuman.

Kemudian dia bagi sesuatu kepada Selena – sebuah MP3 dan earphone merah. Selena lihat, gembira dan terus ambil barang tu, pasang dan letakkan earphone di telinga.

Michael bangun, kemas sedikit makanan di meja, letak tepi. Dia duduk di sebelah Rose, sambil tengok Selena menari dan menyanyi sambil dengar lagu.

“Kesianlah tengok dia. Kenapa dia jadi macam ni, abang?” tanya Rose.

“Parents dia kata, dia jadi macam ni selepas bangun dari koma. Dia cakap dia ada suami bernama Herodes dan sedang hamil… tapi mereka semua kata itu cuma mimpi. Dia tak percaya, sampai jadi macam ni,” jawab Michael.

“Serius ke? Tapi takkan sampai macam ni? Saya pun pernah mimpi macam ni, tapi taklah sampai jadi macam ni…” ujar Rose.

“Kamu tidur semalaman. Dia tidur hampir dua tahun. Dia selalu bayangkan dia jumpa seorang lelaki yang sangat sempurna bagi dia,” kata Michael lagi.

“Sebelum ni, dia buat apa?” tanya Rose sambil jari sibuk menaip.

“Abang tak pasti. Tapi abang dengar, kawan dan bos dia datang melawat. Mereka dari sebuah syarikat penerbitan buku novel,” jawab Michael.

Rose berhenti menaip dan toleh ke arah Michael. “Siapa nama dia tadi, Selena?” tanya Rose dengan cepat. Dia ambil handphonenya dan tekan sesuatu.

“Selena… kenapa? Kamu kenal dia ke?” soal Michael balik.

“Ini dia kan, abang?” Rose tunjuk sesuatu kepada Michael – sebuah laman sosial.

Michael angguk. “Macam mana kamu tahu Fac dia?” soalnya.

Rose tutup laptop dan bangun. Dia perlahan-lahan menuju ke arah Selena, memberi arahan kepada Michael untuk tidak mengganggu dia.

“Kak…?” Rose tepuk bahu Selena yang leka mendengar lagu sambil termenung depan tingkap biliknya.

Selena hampir menolak Rose bila terkejut bahunya ditepuk.

“Kak, boleh tak kita berbual?” tanya Rose sambil isyarat pada Selena untuk buka earphone.

Selena teruskan mendengar lagu tanpa mempedulikan Rose.Rose cuba tanggalkan earphone dari telinga Selena, tapi Selena yang terkejut jadi marah, menolak Rose dan menjerit.

“Kau siapa hah!! Jangan ganggu aku!” jerit Selena, sampai suara kuat tu didengar oleh doktor dan nurse di luar bilik, yang terus masuk dengan ubat.

Michael segera bangun, jauhkan Rose dari Selena, dan cuba tenangkan Selena yang tiba-tiba mengamuk.

“Saya minta maaf, kak!” Rose rasa bersalah, terus ambil laptopnya dan keluar dengan cepat. Michael lihat Rose dan Selena berganti-ganti.

Dia cepat-cepat keluar dan kejar Rose yang sudah sampai ke tempat parking kereta.

“Rose! Rose!! Apa hal ni?” panggil Michael dari belakang, sambil tarik lengan Rose yang nampak dengan air mata bergenang.

“Kenapa ni, Rose? Kamu sakit ke? Terluka ke? Jangan buat abang risau!” soal Michael bertubi-tubi.

“Abang, saya rasa bersalah. Abang tengok ni! Kak Selena cuba add saya di Fac 2 tahun lalu tapi saya tak terima dan tak balas DM dia! Ada sesuatu yang tak kena di sini! Abang, dekatkan saya dengan dia. Saya nak pulihkan dia!” ujar Rose dengan perasaan bercampur baur.

“Serius ni? Kenapa kamu tak deactivate Fac kamu?” soal Michael lagi, rasa bersalah dengan apa yang terjadi pada Selena.

Rose diam, mata merah, pandang Michael. “Sebab saya terlalu rindukan dia…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience