BAB 26: INCOMPLETE

Romance Completed 4375

Selena sedang bersiul kecil sambil menyiram bunga di halaman rumah, langit cerah memantulkan sinar hangat ke wajahnya. Suasana tenang itu dipecahkan oleh bunyi loceng dari arah pagar. Seorang posmen melambai, menyerahkan bungkusan sederhana besar kepada Selena. Dia mendekat, memandang bungkusan itu dengan kening berkerut.

“Tak ada nama pengirim?” bisiknya pada diri sendiri, sambil memeriksa label pada bungkusan itu. Tapi, rasa ingin tahunya mengatasi keraguan.

“Ah, lantaklah.”

Setelah mengucapkan terima kasih kepada posmen, Selena membawa bungkusan itu ke beranda. Duduk di kerusi malas, dia menyumbat earphone ke telinga, meluncurkan lagu kegemarannya—Show Me the Meaning of Being Lonely. Lagu itu mengiringi detik-detik jari lincahnya mengoyakkan plastik bungkusan itu.

Show me the meaning of being lonely
So many words for the broken heart
It's hard to see in a crimson love
So hard to breathe
Walk with me, and maybe
Nights of light so soon become
Wild and free, I could feel the sun
Your every wish will be done
They tell me...

Saat dia melihat isi di dalam, matanya membulat. Sebuah buku novel tebal dengan tajuk yang terpampang jelas:

-SHADES OF COOL-

Di muka depannya, ilustrasi lelaki tampan dengan mata tajam seperti watak kegilaannya, HECTOR. Air mata Selena mengalir tanpa amaran. Tangan gementar, dia memeluk buku itu erat-erat, seperti sedang mendakap bayi yang lama dirindukan.

“Yes… yes… YES!” jerit Selena, hampir meletup kegembiraan.

Dia berdiri dengan senyuman besar, terus memeluk novel itu seolah-olah ia adalah tiket kebahagiaannya. Lupa seketika tentang realiti, Selena berlari ke dalam rumah.

“Selena! Makan tengah hari dulu!” jerit ibunya yang berdiri di dapur, melihat anak gadisnya berlari seperti dikejar sesuatu. Namun, panggilannya langsung tidak dihiraukan.

Selena terus meluru ke biliknya, menghempas menutup pintu, dan melompat ke atas katil. Buku itu segera dibuka, dan dengan setiap helaian yang dibaca, jiwanya tenggelam lebih dalam ke dunia Hector dan Lisa. Lagu di earphonenya beralih ke -Incomplete-, tapi Selena tak peduli. Dunianya kini cuma antara dia dan kisah itu.

I tried to go on like I never knew you
I'm awake but my world is half asleep
I pray for this heart to be unbroken
But without you all I'm going to be is incomplete

NOVEL: SHADES OF COOL

AKU membaca novel itu tanpa henti, seolah-olah dunia luar sudah tidak wujud. Mata aku menari di setiap halaman, tak kira pagi atau malam. Kadang-kadang aku tersenyum, kadang-kadang aku hampir menangis. Buku itu seperti membawa aku ke alam lain.

“Hector... di mana kau, sayang? Aku dah lama cari kau...” Aku bercakap sendiri, perlahan, hampir seperti doa. Hatiku merintih.

“Muncullah, sayang. Aku rindu kau...”

Aku terdiam seketika. Fikiran melayang, membayangkan Hector—lelaki dengan wajah tampan dan suara yang menenangkan, sentiasa melindungiku seperti aku seorang puteri. Aku teringin berada dalam pelukannya, tempat di mana aku rasa paling selamat.

Aku menghela nafas panjang. Mata terus terpaku pada buku, tetapi jiwaku meronta mencari sosok lelaki itu. Tiba-tiba, aku rasa hangat di belakangku. Sebuah pelukan. Nafas seseorang menyapa lembut di telingaku. Tubuh aku kaku, minda aku cuba memahami apa yang sedang berlaku.

Dengan cepat aku menoleh ke belakang. Mataku hampir membulat, mulutku ingin menjerit. Tapi... aku kaku. Air mataku serta-merta mengalir tanpa aku sedar.

“Hector!” aku jerit kecil, lebih kepada bisikan penuh emosi.

Lelaki itu memelukku erat, tangannya terasa kuat tetapi lembut, penuh kasih. Aku hampir tenggelam dalam debar dadanya.

“I’m here, baby.” bisiknya lembut di telingaku. “How are you?”

Aku mengangguk sambil menangis, tak mampu berkata apa-apa. Aku benamkan wajahku ke dadanya, membiarkan tangisanku mengalir. Aku tak tahu apa yang lebih nyata—mimpiku atau dunia ini. Tapi aku tak peduli. Yang penting, Hector ada di sini. Di sisiku.

Kami duduk di atas katil bersila, berhadapan, senyum tak putus-putus. Kadang-kadang gelak kecil tanpa sebab. Tak ada kata pun, tapi aku rasa seolah-olah jiwa kami berhubung, memahami tanpa perlu bicara.

Aku pandang dia, mata bercahaya, dan tanya perlahan lagi.

“Di mana kau selama ni, Hector? Kenapa kau hilang?”

Hector senyum kecil, tenang.

“I’m always here, baby. Dalam fikiran you. Tapi kenapa you selalu sedih? I tak suka tengok you macam tu. Please, be happy. For me?”

Kata-katanya buat hatiku bergetar. Aku tunduk sedikit, menahan rasa sebak yang tiba-tiba melanda.

“Aku cuba, Hector...” aku angguk perlahan, kemudian peluk dia erat.

Wangian tubuhnya menusuk, mendamaikan, seolah-olah dia milik dunia lain. Aku tahu, apa yang aku peluk hanyalah novel yang masih erat dalam genggamanku—bau wangi dari kertas itu tetap membuatkan aku rasa dia nyata.

Aku tarik nafas panjang, bertanya lagi dengan nada hati-hati.

“Hector... dalam novel ni, kau kata kau nak kembali dengan Lisa. Betul ke?”

Dia diam seketika, lalu tersenyum. Senyum yang tak memberi jawapan pasti, macam dia nak mengelak.

“Don’t talk about that, baby. As long as I’m here, for you. Kalau you nak, I akan datang. Anytime.”

Aku tersipu malu, rasa seperti remaja baru pertama kali jatuh cinta.

“Yes, Hector... aku nak kau. Aku nak kau selalu. Please, jangan tinggalkan aku lagi.” Suaraku serak, hampir berbisik.

Dia angguk perlahan, matanya penuh keyakinan.

“I promise, baby. I’ll stay.”

Aku senyum, air mata jatuh tanpa aku sedar.

"Thank you, Hector. Kau satu-satunya yang buat aku rasa disayangi macam ni."

Aku pandang Hector, mata penuh harap.

“Hector, aku rindu nak menari dengan kau. Kau nak dance dengan aku?”

Dia senyum lembut, mengangguk tanpa banyak bicara. Dia ni macam tahu je apa aku nak sebelum aku habiskan ayat. Aku pun bangun perlahan, dan on lagu -Un-Break My Heart- dari telefon.

Don't leave me in all this pain
Don't leave me out in the rain
Come back and bring back my smile
Come and take these tears away
I need your arms to hold me now
The nights are so unkind
Bring back those nights when I held you beside me

Hector berdiri di depanku, tapak tangannya dihulur dengan penuh gaya. Aku sambut tangan dia, terasa hangat dan selamat. Dia bawa aku rapat ke tubuhnya, kedua-dua tapak tanganku diletakkan di atas bahunya yang tegap, dan kedua-dua tangannya pula melingkar di pinggangku. Aku rasa dunia ni hilang—tinggal aku dan Hector sahaja.

Dia tunduk sedikit, mencium dahiku dengan lembut. Sentuhannya buat jantungku rasa macam nak pecah, tapi aku tetap biarkan diri aku larut dalam saat itu. Aku pandang dia, mata tak lepas.

“Hector... kau watak paling sempurna yang aku pernah baca. Kau perfect... terlalu perfect. Aku pasti ramai yang jatuh cinta dengan kau.”

Aku berhenti sekejap, tarik nafas, cuba cari keberanian untuk sambung.

“Tapi aku... aku nak kau jadi milik aku seorang, please.”

Dia senyum lagi. Senyum tu... senyum yang buat aku rasa aku paling istimewa di dunia ni. Dia tundukkan wajahnya sedikit, nafas hangatnya menyapa telingaku. Suaranya perlahan, tapi cukup jelas untuk buat aku rasa macam terapung.

“Yes, baby. I will. Be yours... forever.”

Kami terus menari perlahan, aku sandarkan kepala di dadanya.

Tiba-tiba Hector bersuara, memecah keasyikan saat kami.

“How about him, baby?”

Aku berkerut dahi, cuba menangkap maksudnya.

“Siapa kau maksudkan, Hector?”

Dia diam sejenak, wajahnya serius.

“Him,” ulangnya, nadanya lebih tegas.

Aku mula rasa tak sedap hati.

“Maksud kau... Micheal?” Baru aku teringat.

Nama Micheal yang pernah ada dalam hidup aku sejak beberapa hari ini.

Aku cuba tenang, tapi rasa macam ada duri halus yang menyucuk dada.

“Aku tak tahu apa yang kau maksudkan, Hector. Micheal... dia...”

Aku terhenti, hati mula kecut. Dalam hati, aku risau kalau-kalau Hector cemburu. Micheal, yang sebelum ni menyamar jadi Hector atau Herodes, walaupun cuma untuk tolong aku.

Hector melepaskan tangannya dari pinggangku, langkahnya mundur sedikit. Dia tatap aku dalam-dalam, pandangannya penuh teka-teki.

“Why, baby? Dia istimewa di hati you, ke baby?” suaranya rendah, tapi menusuk.

Aku mula panik, cuba susun kata-kata, tapi lidah kelu. Aku takut.

“Please jangan fikir yang bukan-bukan. Dia yang mulakan dulu, Hector... Aku tak ada apa-apa perasaan dengan dia, Hector.”

Hector berpaling, membelakangiku. Aku rasa macam ada dinding yang tiba-tiba muncul di antara kami.

“I don’t like him, baby,” katanya, nada dingin.

Aku terpana, tak tahu nak jawab apa. Tapi tiba-tiba Hector berpaling semula, wajahnya serius. Dia mendekatkan wajahnya, berbisik lembut tapi penuh tuntutan.

“Get rid of him, baby. If you want me.”

“I'm fucking want you! Aku tak nak hilang kau, Hector. Please, aku sanggup buat apa saja untuk kau. I’ll do anything.” Aku rasa macam hilang pedoman, merayu menangis kepadanya.

"You will?" tanya Hector lagi dengan serius.

Jantung aku macam berhenti. Aku terdiam, tangan menggigil memegang novel itu.

“Hector... aku...” Aku cuba cari kata-kata, tapi Hector memintas.

“If you love me, do it.” katanya, tegas. Aku rasa dunia seakan berputar.

“I do love you, Hector.” kataku dalam bisikan yang hampir tak kedengaran.

Dia senyum kecil, kemenangan di matanya.

“Then, do it.”

Aku kaku, memandang Hector, bayangannya semakin kabur. Nafasku tersekat-sekat, sampai aku hanya memegang novel itu erat-erat. Hector... kau bukan seperti yang aku bayangkan. Tapi kenapa aku tetap tak mampu lepaskan kau?

Bayangan Hector hilang, hanya tinggal aku dan novel yang terdampar di ribaanku. Novel yang selama ini aku fikir, bawa kebahagiaan... tapi kini aku rasa, ia mula makan jiwaku.

Tanpa aku sedar, aku tiba - tiba merasa pening dan aku sempat lihat, kelibat seorang perempuan muda mendekatiku dengan dahi berkerut.

"Rose?"

Aku tutup mata.

Share this novel

Erna Md Nordin
2024-11-28 12:49:48 

Dh lma trjatuh cinta dgn watak Hector...sikit lg nk jd mcm Selena.. Oh, Hector kau......next plz...

DHIA AMIRA.
2024-11-26 19:18:22 

nexxx nk tau lagi... huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience