Tinggal dua bab lagi sebelum tamat. Aku memerah otak dan bersengkang mata membaca setiap bab itu. Lama kelamaan, perasaanku terhadap Watak Hector hampir pudar. Aku merasa gembira dengan diri sendiri. Dan selama aku baca, Hector tidak muncul di hadapanku. Aku menghela nafas lega.
Done! - Aku meletakkan manuskrip itu di tepi meja.
Fulamak! Terkejut aku! Dah siap baca ke?? Best tak? - Chloe
Boleh tahan. So, aku approve lah manuskrip ni. Aku akan bagi dokumen ni dekat bos. Senang hati aku. - Aku
Kenapa? Kau takut akan jatuh hati dengan watak tu ke? Hehhhe... Everyone does that.. - Chloe
Kau pun sama? - Aku meneka
Lebih kurang lah, tapi kehidupan aku hebat dari cerita ni. Hahhaha... Mungkin bos bagi aku cerita pasal zaman budak-budak sekolah. - Chloe
Nah, kau tengok watak imaginasi penulis ni. Hensem kan? - Aku memberi sekeping gambar kepadanya.
Chloe diam melihat gambar yang aku tunjukkan. Dia senyum.
Hensem. Badass face. Wujud ke dia ni? - Chloe
Aku memberi Chloe satu laman web dan akaun lelaki itu kepadanya. Chloe menutup mulut.
Wow! Dia wujud! Dan kehidupannya memang hebat. Kau suka dia ke? Sampai stalk akaun dia ni? - Chloe
Hmmm... Normal lah suka. Kalau tak, tak habis aku baca. Syukur lah aku dah nak habis baca. Aku try DM dia, tapi dia tak reply. - Aku
Wahh! Hebat ya kau DM dia! Kau DM pasal apa?? - Chloe
Aku minta accept friend request aku lah. Apa lagi. Dah sebulan tu tak accept. Sombong. Dia ingat dia hensem. - Aku mencebik.
Haahahha... Dah angau la kau ni. Nasib kau dah nak habis baca. Dah lah.. Jangan saja kau jatuh cinta dengan dia gara-gara cerita ni. - Chloe
Ya, Chloe. Aku memang jatuh cinta dengan dia. Aku tak tahu nak luahkan dengan siapa. Aku setiap hari imagine dia ada dengan aku. Kau pun tahu kan?? - Aku
What the heck?? Please don't Selena! Kau dah ada boyfriend! Lagi pun, dia takkan pernah anggap kau wujud dalam kehidupan realiti. Dia akan anggap kau cuma stalker je, macam orang lain. Bahkan, ramai lagi penulis guna gambar dia sebagai imagination character.. - Chloe
Macam mana kau tahu?? - Aku
Sekejap, aku Google nama dia. Haaa... Kan betul cakap aku! Dia model lah! What the fuck! Memang hensem weyh! - Chloe
Aku benci kau Hector! Dalam akaun sosial kau yang sebenar, kau tak cakap pun kau bekas model. Niat aku nak benci kau, pudar dah.
Makin kau menonjol sebagai orang asing dalam kehidupan aku, makin aku susah nak lupakan kau.
Aku segera keluar dari pejabat sambil dipandang oleh Chloe yang hairan dengan sikap pelikku yang tiba-tiba ini. Entah apa perasaan ini. Seolah-olah aku nak terbang ke luar negara dan jumpa pemilik watak Hector ini. Aku nak beritahu dia, penulis Malaysia berjaya buat watak dia menjadi watak yang hebat, dan nak peluk dia.
Pit pitttt!!! Sebuah kereta hon dari arah kanan. Aku terkejut lalu mengelak daripada dilanggar kereta itu.
Cilaka kau! - Aku menyumpah-nyumpah melihat kereta merah itu berlalu saja dari situ. Padahal aku yang salah, hendak melintas, tidak pandang kiri ke kanan. Kepala aku rasa pening dan pusing.
Pada masa yang sama, aku melihat seseorang tak jauh dari aku, memandang ke arahku, seperti aku pernah melihatnya.
Hey, I'm Herodes. Are you okay?
Aku memandang sekeliling, terasa silau menusuk mata aku. Pandangan aku yang kabur, akhirnya jelas. Ketika aku amati wajah lelaki yang bernama Herodes itu, aku menjerit. Jeritan aku itu membuat seorang lelaki yang memakai seragam putih berlari ke arahku.
Awak okey ke ni, cik? - Rupanya doktor. Aku angguk kepala. Aku melihat balik wajah lelaki yang bernama Herodes itu.
Hector?? It's that you?? Really? Or am I dreaming, doc?? - Aku menepuk kedua pipiku beberapa kali. SAKIT.
Doktor itu memandang aku dan Herodes berselang seli. Dia geleng kepala.
Cik, lelaki ini yang bawa awak ke sini. Awak pengsan di tepi jalan 3 jam lalu. Dan kami susah nak contact sesiapa sebab handphone awak ada lock pin. - Doktor
Aku membuat mimik muka tidak puas hati. Aku bingkas bangun dari katil dan mendekati lelaki bernama Herodes itu. Kali ini aku kena pastikan. Aku menyentuh pipi lelaki itu. Dan matanya pelik memandangku. He's real. Just different hair style.
Aku senyum. Apabila aku perasan senyuman ku makin menakutkan, aku tunduk kepala dan mengemas barang aku sambil diperhatikan oleh doktor dan Herodes dengan perangai pelikku.
Excuse me, miss? Are you okay? Need a ride? - Herodes
Pergerakanku terhenti. Aku menoleh ke arahnya. Astaga! Bukan aku nak lupakan dia ke? Apa kejadahnya aku terjumpa lelaki yang aku minat dari laman sosial tu?? Bahkan wajah mereka sama?!
Awak seorang pembuat tatu ke? - Aku
Yes. But just tattoo artist. But why? Did I look someone you know? - Herodes
I try to forget you. Please, leave me. - Aku tidak peduli.
Tiba-tiba aku rasa emosional. Herodes mengerutkan dahinya sekali lagi. Dia seperti tidak puas hati.
Just like that? I just wanna help you. - Herodes
Then? What do you want from me? - Aku
Just say thank you, at least. - Herodes
Well, thank you. - Aku
Aku cepat-cepat keluar dari hospital dengan langkah yang laju. Keluar saja dari hospital, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Aduhaii...!
Punya malanglah aku! Aku memandang sekeliling, dan ternampak Herodes juga berdiri di depan hospital. Kemudian dia melihat aku. Aku pula alihkan pandangan. Aku pura-pura sibuk apabila dia berjalan ke arahku.
So? Sekarang hujan. Macam mana? - Herodes
Eyh? Pandai pula cakap bahasa Melayu. - Aku
Yela. Memang pandai. Masih tak nak terima ajakan saya? - Herodes
Beria juga awak ni. Awak nak ambil kesempatan dengan saya ke? - Aku
Kenapa pula? Kalau betul, saya takkan hantar awak ke sini. Saya bawa awak balik ke rumah. Tak perlu susah kan saya. - Herodes
Amboi. Lancang sungguh kata mu itu! Tak perlu lah! - Aku
Aku melarikan diri darinya dengan langkah yang laju. Tiba-tiba....! Aku tergelincir dan terjatuh.
Sial punya lantai! Aduhh! Sakit punggung! - Aku mengurut punggung dan pinggangku.
Terasa malu menyelubungi diriku.
Are you okay?? - Herodes
Ishh! Go away from me, Hector! - Aku menepis tapak tangannya.
Hector? No one calls me by my last name. - Herodes
Sorry?? - Aku hampir tidak mendengar kata-katanya kerana guruh tiba-tiba muncul.
Tanpa aku pedulikan pertolongannya, aku bangun sendiri. Pakai kasut pun boleh jatuh. Memalukan depan lelaki hensem ni. Eyh??
Why you hate me so much? I just wanna try to help you. - Herodes
Aku menjeling ke arah lelaki itu. Aku hanya diam saja di situ, memandangkan masih hujan, aku terus terang.
Lelaki yang saya benci, dia kelihatan macam awak. Saya try lupakan dia. But... Ishh.. Apa pula saya ceritakan dengan stranger pasal ni. - Aku
Let settle this things right now. Lepas ni, saya takkan muncul di depan awak. Whatever lah jika kita terserempak. I'm Herodes. - Herodes menghulurkan salamnya.
Aku melihat tapak tangan berotot lebar itu. Mahu tak mahu, aku sambut juga salamnya dan berjabat tangan. Hangat tangannya. Serius lah, macam Hector. Oh my!
I'm Selena. -
Alright. Sekarang dah settle. We should go now. Take care. - Herodes
Eyh?? Just like that?? - Aku
Yalah. What else? - Herodes
At least you borrow me your umbrella. - Aku
Very well. Here. - Herodes
Dia memberikan payung yang tersedia di tangan. Aku membukanya dan melindungi diri sendiri daripada hujan. Dia pun berlalu pergi. Aku terus berjalan pulang ke rumah, dengan berhati-hati.
Aku buntu memikirkan apa yang baru berlaku ini. Sebaik tiba di rumah, aku menghempaskan badan ke atas katil sambil merenung siling. Otak aku ligat memikirkan situasi yang baru berlaku. Kenapa lah aku dapat jumpa dengan lelaki yang sama dengan watak dalam imaginasi aku ni? Rasanya macam mimpi.
Aku mengeluarkan handphone. Aku check akaun media sosial Herodes sekali lagi. Aku tidak mendapati akaun Hector. Hmmm, biasalah model-model ni memang nak lari dari dunia glamour mereka.
Selena, kenapa?? - Chloe
Hah? - Aku
Apa yang kau merepek sorang-sorang ni? - Chloe
Eh, tak ada apa-apa. Jangan risau. - Aku
Aku bangun dan segera bersiap. Aku ke ruang tamu dan menyalakan televisyen.
Ni yang terjumpa tadi tu betul ke? - Chloe
Ye lah, betul. Orang yang sama. - Aku
Habis tu, apa yang kau nak buat?? - Chloe
Apa lagi. Kalau betul, aku nak kena follow juga lah, kan? - Aku
Hmm. Jangan terlalu fikirkan hal ni. Banyak perkara lain lagi boleh buat. - Chloe
Yea. Okay. - Aku
Sambil melayan cerita di televisyen, aku membuka media sosial lagi. Aku buka profil Herodes. Mata aku melilau ke arah wajahnya. Aku rasa hatiku berdebar. Adakah aku benar-benar jatuh cinta pada lelaki ini?
Hector, aku terpaksa lupakan kamu. Tapi janganlah kamu muncul di depan aku lagi.
Share this novel