MICHEAL berdiri di tepi tingkap, merenung keluar dengan wajah kusut, tangan kanan cekak pinggang, tangan kiri sesekali menggaru kepala.
“Rose, kamu biar betul ni! Kalau abang mati betul-betul, macam mana? Kamu ni dah fikir panjang ke tak?”
Rose yang duduk bersila di sofa menelan air liur.
“Abang, relaks la... abang takkan mati punya! Saya dah pastikan. Watak Hector tu cuma pengaruhi fikiran Selena. Kalau Selena ragu-ragu dan tak nak buat apa yang Hector arahkan, tu bermaksud dia dah nak kembali ke dunia nyata, dia akan benci watak Hector sebab paksa dia buat benda yang illegal.”
“Kalau dia ikut juga, apa jadi?!” Micheal mendengus keras, matanya menjeling Rose macam harimau lapar. Kepala yang dah serabai entah berapa kali dia garu, macam tak tahu nak salurkan rasa risau ke mana.
“Kalau dia ikut...” Rose diam sekejap, sebelum mencuit bibir sendiri dengan jari telunjuk, “Abang boleh pakai perisai polis, nak? Biar tikaman tu tak tembus.”
Micheal terus pusing menghadap adiknya.
“Apa?! Kamu ni dah gila ke, Rose?! Mana pula kamu nak cari perisai polis? Pelik-pelik je idea kamu ni!”
Rose mencebik, tak puas hati.
“Abang ni, dengar dulu cakap saya sampai habis! Saya ada kawan kerja polis. Nanti saya pinjam la kejap. Kalau dia tak nak bagi, saya suruh dia menyamar jadi abang. Biar Selena tikam dia, kita tengok apa jadi lepas tu.”
“Tak! Tak! Tak!” Micheal melompat, tunjuk jari telunjuk ke arah adiknya, matanya bulat terkejut.
“Abang tak nak lelaki lain dekat dengan Selena! Jangan buat kerja gila!”
Rose terdiam sejenak, lepas tu matanya kecil memandang abang dia penuh curiga.
“Eh kenapa pula, ke abang ni... cemburu?”
Micheal tersentak.
“Apa benda kamu merepek ni, Rose?!”
“Dah la tu, abang. Tengok muka abang merah tu, nak nafikan pun tak guna. Abang jangan risau, kalau betul abang suka Selena, cakap je la terus. Tak payah buat drama panjang lebar ni.” Rose tersengih macam musang berjaya curi ayam.
Micheal ketap bibir, tangan dia berpeluk depan dada, tapi matanya terkelip-kelip, macam tengah menafikan sesuatu dalam hati.
“Tak ada lah! Abang cuma... tak nak kita susahkan orang lain. Itu je.”
“Hah, iya la tu.” Rose balas sambil ketawa kecil. Tapi dalam hati dia pun risau. Kalau Selena betul-betul buat apa yang Hector ‘suruh’, apa nasib abang dia nanti?
-
JORDAN melangkah masuk ke rumah dengan wajah penuh kerisauan. Dia tunduk memberi salam kepada ibu bapa Selena yang menyambutnya dengan senyuman hambar. Mereka tahu hati Jordan pasti terluka melihat keadaan tunangnya yang semakin tak menentu.
“Auntie... macam mana Selena hari ni?” tanya Jordan lembut, tapi nada suaranya jelas menahan resah.
“Ikutkan, ada sikit baik sejak dia dapat buku tu.” jawab ibu Selena perlahan sambil mengusap apron di pinggang.
“Tapi... Selena masih belum sepenuhnya sedar apa yang dia buat. Jordan... sabar ya. Auntie tahu ni bukan salah kamu.”
Jordan hanya mengangguk, matanya menjeling ke arah pintu bilik Selena yang tertutup rapat.
"Saya boleh masuk tengok dia kejap?"
Ibu Selena mengangguk.
“Masuklah, nak. Dia masih tidur agaknya.”
Jordan menghela nafas panjang sebelum melangkah ke bilik itu. Tangan dia mengelus pintu perlahan sebelum membukanya. Di dalam, Selena terbaring di atas katil, wajahnya tenang seperti tidak ada apa yang mengganggu. Tapi Jordan tahu, dalam fikiran Selena pasti penuh dengan bayangan ilusi yang dia sendiri tak faham.
Dari luar bilik, Rose duduk di sofa, telinga mencuri dengar perbualan antara Jordan dan ibu Selena tadi. Dia memandang ibu Selena dengan rasa simpati, tapi juga rasa ingin tahu.
“Auntie, boleh saya tanya sesuatu?”
Ibu Selena memandang Rose, kemudian duduk di sebelahnya.
“Tanyalah, sayang. Apa dia?”
Rose memeluk bantal sofa kecil, wajahnya serius.
“Macam mana hubungan Selena dengan Jordan sebelum ni? Maksud saya... adakah mereka okay? Atau ada apa-apa masalah?”
Ibu Selena menarik nafas panjang.
“Jordan tu baik budaknya. Tak pernah naik suara, tak pernah naik tangan. Selena pun... sayang dia. Cuma, sejak Jordan banyak kerja luar, Selena selalu sunyi. Dia tak pernah mengadu apa-apa, tapi ibu nampak dia lebih banyak duduk rumah, baca novel. Mungkin sebab tu dia... hanyut.”
“Oh...” Rose mengangguk perlahan. Fikiran dia ligat cuba mengaitkan apa yang dia dengar dengan apa yang dia tahu tentang Selena.
“Jadi, Selena suka baca novel sejak dulu lagi ke?”
Ibu Selena tersenyum nipis.
“Suka sangat. Dia kerja sebagai editor di syarikat penerbitan. Novel tu... dunia dia, Rose. Mungkin sebab itu juga dia mula keliru, tak dapat beza yang mana realiti, yang mana fantasi.”
Rose mengangguk lagi. Dalam hati dia rasa semakin jelas apa yang berlaku pada Selena. Tapi, untuk selesaikan masalah ni, dia tahu ia bukan tugas mudah. Apa yang dia pasti, Jordan memang bukan punca utama, tapi dia tak tahu sama ada Jordan mampu jadi penyelesaian.
Tiba-tiba, bunyi kaca pecah diikuti jeritan kuat Selena membuatkan Rose dan ibu Selena terus meluru ke bilik, jantung berdegup laju. Tanpa fikir panjang, Rose memulas tombol pintu dan menolak pintu bilik terbuka.
Mata mereka terbeliak. Selena berdiri tegak dengan nafas tercungap-cungap, tangan berlumuran darah memegang serpihan kaca tajam, dan hujung kaca itu tepat diacukan ke arah Jordan yang terundur ke dinding.
"Selena, apa ni?!" jerit Rose, cuba mengawal keadaan.
Jordan mengangkat kedua-dua tangannya ke udara, cuba menenangkan Selena.
“Rose, tolong! Aku tak buat apa-apa. Tiba-tiba Selena bangun macam ni!”
Ibu Selena cuba melangkah masuk, tangannya menggigil.
"Selena, sayang... letak benda tu. Jangan buat macam ni. Jangan lukakan sesiapa, ya?"
Tapi Selena menggeleng kepala dengan mata yang basah. Dia memandang Jordan dengan tatapan penuh dendam.
"Aku terpaksa... aku kena buat ni. Kau dah hancurkan hidup aku, Micheal! Aku tak ada pilihan!"
Jordan bingung.
“Sayang, aku bukan Micheal! Aku Jordan! Tunang kau sayang, ingat tak?”
Rose menahan nafas, tangannya menolak perlahan ibu Selena ke belakang.
“Auntie, jangan dekat. Saya uruskan.”
“Selena, dengar sini.” kata Rose dengan tenang, perlahan dia mendekat.
Tangannya diangkat tinggi, cuba menunjukkan dia tak berniat jahat.
“Awak tengah sakit, Selena. Awak tak nampak apa yang betul sekarang. Jordan bukan Micheal. Dia tunang awak. Dia sayang awak. Letak kaca tu, please?”
Tapi Selena ketawa kecil yang lebih kepada tangisan. Matanya berkaca dengan air mata dan darah terus menitik ke lantai.
“Rose, kau tak faham! Kalau aku tak buat ni, aku akan hilang Hector! Hector suruh aku buat ni. Aku kena buat! Aku kena bunuh Micheal!”
Rose berdiri di antara Selena dan Jordan, mendepakan tangan.
“Selena, tengok sini. Fokus pada saya. Hector tak ada kat sini. Dia tak real, Selena. Dia cuma dalam kepala awak. Percayalah, saya tahu apa awak rasa.”
Selena terdiam sekejap, tetapi kaca di tangannya tetap erat. Pandangannya berpindah-pindah antara Rose dan Jordan. Tangisan ibunya makin kuat di belakang melihat darah menitik di antara tapak tangan dan kaca itu.
“Rose... aku penat. Aku tak tahu nak buat apa lagi... aku nak Hector... aku nak Hector...” ucap Selena lagi dengan tangisan teresak-esak seperti tidak mahu melakukannya, tapi dia terpaksa.
Jordan cuba mendekat tapi Rose menahan dengan tangan.
“Jangan dekat, Jordan!” katanya tegas.
Rose terus memandang Selena.
“Selena, kita cari Hector sama-sama, okay? Tapi kalau awak buat ni... kalau awak lukakan sesiapa, Hector pun takkan suka. Hector nak awak bahagia, kan? Bukan macam ni, Selena. Awak boleh percayakan saya. Tolong letak kaca tu.”
Selena teragak-agak, tubuhnya mula bergoncang kecil. Pandangannya semakin kabur dengan air mata.
“Tapi... kalau aku tak buat, dia akan pergi lagi... dia akan hilang lagi, Rose... aku tak nak dia pergi...”
Rose menahan nafas, menahan tangisannya sendiri.
“Dia takkan pergi, Selena. Dia tetap ada dalam hati awak. Letak kaca tu dulu. Kita selesaikan ni sama-sama.”
Selena masih memegang kaca itu dengan tangan yang bergetar, air matanya terus mengalir deras. Rose memandangnya dengan penuh rasa takut, tak tahu lagi apa yang perlu dilakukan.
"Selena, tolong... letak kaca tu. Tak ada jalan keluar macam ni. Kita semua ada untuk awak." Rose cuba menenangkan lagi, walaupun hatinya makin hancur melihat keadaan Selena yang semakin hilang kawalan.
Tapi Selena tak bergerak, matanya kosong, seolah-olah tak mendengar apa-apa lagi. Tiba-tiba, dengan satu gerakan pantas, Selena menghala kaca itu ke pergelangan tangan kirinya.
"Jangan! Selena!" mereka bertiga menjerit serentak, takut melihat apa yang akan berlaku.
Ibu Selena sudah merintih sambil cuba meraih tangan anaknya.
"Tolonglah, sayang... Jangan buat begini."
Jordan pula cuba menenangkan, matanya penuh dengan kesedihan.
"Sayang, aku minta maaf. Aku yang bersalah. Aku buat kau selalu rasa kesunyian. Tapi tolong... bunuh aku kalau perlu, aku tak kisah. Aku tak nak tengok kau menderita lagi."
Jordan perlahan-lahan mendekati Selena, hatinya berdebar, risau kalau-kalau dia terlambat.
"Please, sayang. Jangan buat macam ni."
Rose terkejut dan terus berteriak.
"Jordan! Jangan dekat-dekat, saya cakap jangan!"
Tapi Jordan tak peduli, dia terus melangkah perlahan ke arah Selena, tangannya ingin meraih tangan gadis itu, cuba untuk menghalang apa yang bakal terjadi.
Selena tetap diam, tubuhnya menggigil, kaca di tangan masih diarahkan ke pergelangan tangan. Tiba-tiba, tanpa amaran, Selena melangkah ke depan dengan cepat. Tanpa sempat sesiapa bertindak, kaca itu tertusuk ke tepi pinggang Jordan.
"AHHH!" Jeritan kuat Jordan membuatkan semua orang terkejut. Darah merah mula mengalir deras, membasahi kemeja kelabu yang dipakainya.
Share this novel
waduh...Jordan ditikamnya pula...Selena...Selena....abg Micheal sila bantu...hihihi..
nex... selena.ni creepy gak