16: SAKIT

Romance Completed 4375

"Puan! Hati-hati!!!" seseorang menjerit dari belakang. Aku menoleh dan melihat seorang lelaki berlari meluru ke arahku sambil menghulurkan tangannya. Seorang wanita dari sebelah menjerit, "Jangan!" beberapa kali. Aku menoleh kembali ke depan, mataku berpinar-pinar dan seolah-olah sebuah cahaya terang menusuk anak mataku. Aku merasakan badan aku melayang dan rebah ke bumi. Aku rasa sakit. Teramat sakit. Aku menutup mata dan apa yang aku nampak terakhir kali adalah gelap. Tanpa dia…

(Baiklah, guys. Kali ini, Selena telah menamatkan penceritaan dia. Kini, penulis sendiri akan menceritakan kisahnya selepas ini. Hope you all enjoy ya!)

“Arghhh!!!! Tolong aku!!!” Selena menjerit sejurus selepas bangun dari tidur. Dia memandang sekeliling bilik, kemudian masuklah doktor dan jururawat bersama Jordan dan ibu bapa Selena.

Selena berpeluh-peluh sambil meraba-raba perut dan tubuhnya. Melihat Jordan yang sudah tumbuh jambang dan misai, serta ibu bapanya yang sudah berusia, Selena bangun dari katil dan menjerit.

“Ibu! Mana anak!!! Anak saya!” jerit Selena. Mereka semua berpandangan sesama sendiri.

“Selena, anak? Anak mana ni sayang? Kamu mimpi ni?” ujar Ibu. Selena cemas mendengar kata-kata ibunya. Dia menoleh ke arah Jordan pula.

“Jordan!! Herodes mana, Jordan?? Anak aku mana Jordan??” soal Selena lagi sambil menangis. Dia meronta-ronta sehingga jarum IV yang mencucuk tangannya hampir tercabut. Doktor dan jururawat segera menahan dan menenangkan Selena.

“Selena… Herodes siapa? Anak siapa? Aku tak faham…” Jordan menjelaskan.

“Aku dah kahwin dengan Herodes, kami ada anak! Dalam perut aku, dah 7 bulan, Jordan! Herodes mana??? Sayang!! Mana awak!! Anak saya mana???!!” jerit Selena lagi. Dia seolah-olah meracau. Ayah dan ibu menangis melihatnya.

“Cik Selena, awak dah lama di hospital sini…” doktor mencelah. Kelihatan jururawat sudah menyediakan ubat tenang untuknya.

“Sayang, dengar aku sekejap… Kau dah lama koma sayang… Hampir dua tahun… Herodes? Kami semua tak kenal? Anak? Kau tak pernah mengandung dan kita tak pernah bersama lagi…” Jordan menjelaskan. Selena tidak percaya. Dia merasa sakit di badan.

“This is bullshit! I feel all those feelings! Tak mungkin aku mimpi, Jordan! Aku hidup di dunia yang nyata! Aku berjumpa dengan lelaki yang aku cinta.. Dan dia kata aku tak bermimpi. Ianya realiti… Kami bahagia… Ayah sendiri yang restu perkahwinan kami berdua! Kau jangan nak tipu aku, Jordan! Kau cemburu dengan Herodes sebab aku pilih dia!” ujar Selena lagi. Dia meronta-ronta ketika jururawat dan doktor mahu mencucuk tangannya.

Tak lama kemudian, masuk pula Chloe dan bosnya untuk melawat Selena. Selena yang melihat, terus terjun dari katil dan mencabut jarum di tangannya, lalu menerpa ke arah Chloe.

“Selena! Kau dah bangun akhirnya!!!” Chloe merasa gembira lalu memeluk Selena. Selena terpana. Dia terdiam di saat mendengar kata-kata singkat dari sahabat baiknya itu.

“Kau tahu, dah dua tahun aku tunggu kau bangun… akhirnya kau bangun juga! I miss you so much, bff!” ucap Chloe lagi dengan air mata. Kemudian senyuman kegembiraannya hilang apabila melihat reaksi Selena seolah-olah tidak memahami apa yang diucapkannya.

“What’s wrong, bff?? Aku salah cakap ke? Atau kau tak ingat siapa aku??” soal Chloe dengan cemas.

“Kau cakap apa tadi, Chloe? Kau tunggu aku bangun dua tahun?” soal Selena balik.

Chloe angguk kepala dengan senyuman. Dia memeluk sahabatnya balik tanda gembira.

“Chloe, kau kenal Herodes ke?” soal Selena perlahan. Chloe melepaskan pelukannya sambil memberi reaksi yang hairan.

“Herodes mana pula ni? Kau mimpi ke, atau Déjà vu?” Chloe tidak menjawab persoalan itu. Dia memandang semua orang yang ada di dalam bilik itu. Selena memandang ke arah bosnya.

“Bos… manuskrip bertajuk ‘Shades Of Cool’ sudah diterbitkan? Watak lelaki bernama Herodes?” soalnya kepada bosnya pula.

“Hmm…novel tu tak dapat sambutan dan diberhentikan jualan. Awak masih ingat cerita dua tahun yang lalu tu? Awak baca setengah je pun. Kemudian Chloe tolong sambungkan untuk awak…” jawab bos lelakinya itu.

“Kalau Herodes, aku tahu. Jordan, aku tak kenal. Kenapa ni, bff? Kau bermimpi lagi ke? Cerita apa ni? Jordan? Any explanation?” soal Chloe kepada Jordan yang hanya diam sahaja.

Jordan mengeluh berat. Dia mendekati Selena.
“Dia mimpi berkahwin dengan seorang lelaki bernama Herodes dan hamil…” jawab Jordan dengan nada yang perlahan dan agak sedih.

“Aku tak bermimpi lah, setan! Kau orang semua gila! Aku rasa apa yang aku rasa! Aku rasa cinta, sayang, air mata, dan sakit…. Kau orang jangan cakap aku mimpi! Everything is real!” Selena jerit.

Dia menjerit-jerit dan mula ketawa pula. Jordan mengalirkan air mata melihat keadaan teman wanitanya itu.

“Aku nak cari Herodes! Suami aku! Anak aku la setan! Kau orang bunuh anak aku kan!!!” jerit Selena lagi.

Chloe menutup mulut dan terkejut dengan kelakuan Selena selepas bangun dari koma. Air matanya mengalir. Dia cuba menenangkan Selena, namun dia menolak Chloe sehingga Chloe terjatuh di depan bosnya.

“Selena! Dalam hidup kau dan kami semua, kami tak tahu dan tak kenal siapa Herodes! Dengar sini! Kau dah koma selama hampir dua tahun akibat kemalangan tempoh hari, sampai sekarang kami belum menemukan pelakunya!” Chloe tidak berputus asa. Dia memeluk Selena yang mula meronta sekali lagi.

“Arghhhh!!!!” Selena menjerit kesakitan sambil memegang kepalanya. Dia merasa rambutnya sudah tiada. Botak. Lantas Selena menuju ke toilet yang tersedia ada dan melihat keadaannya.

Tubuh badannya kurus. Kulitnya pucat. Bibirnya kering. Rambutnya tiada. Bahkan dia dapat merasa terdapat kesan jahitan di kepalanya. Air matanya mengalir dengan deras.

“Dulu aku tak macam ni. Herodes sukakan rambut panjang aku. Dia suka cium rambut aku…” Selena menangis lalu melutut di depan sinki. Tiba-tiba dia teringat sesuatu. Dia berlari dan menuju ke arah katilnya dan mencari handphonenya.

“Handphone kau di sini…” Jordan menunjukkan handphone Samsung berwarna pink kepadanya.

Selena merampasnya daripada tangan Jordan dan mula melihat isi kandungan dalam handphone itu. Dia buka di bahagian galeri dan mencari gambar terbaru. Selena geleng kepala dan dia menangis lagi, semua gambar dia dengan Herodes tiada. Hanya ada gambar dia bersama Jordan 2 tahun yang lalu.

“NO NO NO!!! NO!!!” Selena sudah hilang suara akibat menangis dan menjerit lalu menikam handphone-nya ke dinding, menyebabkan semua orang di sana terkejut. Kemudian dia tiba-tiba diam. Membuat doktor dan jururawat mengambil kesempatan menahannya dan memberikannya suntikan. Tak lama kemudian, dia memejamkan mata dan tidur kembali.

-

Petang itu, Selena berbaring di katil, termenung ke luar tingkap dengan pandangan kosong. Dia ingin bangun dan menuju ke tingkap, tetapi dia enggan, seperti hilang pedoman. Selena tidak mahu bercakap dengan sesiapa pun, termasuk keluarga, Jordan, atau Chloe. Dia merasakan hidupnya tidak bermakna. Kelakuannya yang murung ini berlanjutan selama tiga bulan, dan pihak hospital mengesahkan bahawa Selena mengalami gangguan mental.

Selena dipindahkan ke hospital sakit jiwa apabila kadangkala dia mengamuk mencari Herodes dan anaknya yang tidak wujud itu, bercakap seorang diri, dan ketawa di tengah malam tanpa sebab yang jelas. Keadaannya semakin membimbangkan dan menyedihkan, membuatkan pihak hospital terpaksa mengambil langkah untuk merawatnya dengan lebih mendalam.

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-08-17 00:53:51 

nexx... laa... rupa2nya... akk pun ingt hrodeus tu wujud


NovelPlus Premium

The best ads free experience