BAB 29: GOD KNOWS I TRIED

Romance Completed 4375

Jordan menarik nafas panjang sebelum bersuara, suaranya berat dengan kejujuran yang mungkin dia cuba pendam selama ini.

"Micheal... Rose... aku kena jujur. Perasaan aku kat Selena... aku rasa dah makin berkurangan."

Micheal dan Rose saling pandang, terkejut dengan pengakuan itu. Rose akhirnya bersuara.

"Kenapa kau cakap macam tu, Jordan? Kau tunang dia."

Jordan memicit dahinya, seolah-olah cuba menyusun kata.

"Sejak dia... busy dengan watak gila dia tu. Siapa nama? Hector? Herodes? Entah, aku dah lupa. Aku cuba nasihat dia, Micheal. Aku cakap jangan terlalu terjebak dengan benda tu, tapi dia tak dengar. Dia macam dah hilang dalam dunia novel dia sendiri."

Dia menghela nafas lagi, kali ini lebih panjang.

"Kau tahu kan, benda ni ada nama? Fictiophilia... atau apa entah. Yang macam jatuh cinta dengan watak fiksyen tu. Aku risau dia makin hanyut. Aku cuba bantu, tapi aku penat. Salah aku ke kalau aku rasa aku perlukan kasih sayang juga? Bukannya Selena seorang je yang ada hak untuk rasa disayangi." Nada suaranya mula tinggi, menunjukkan keperitan dalam hati.

Micheal mengetap bibir, cuba menahan dirinya daripada menyampuk terlalu awal. Rose, yang kelihatan lebih tenang, mengangguk perlahan.

"Aku faham apa kau rasa, Jordan... sebab aku pernah jadi macam Selena dulu. Aku faham sangat."

Jordan mengangkat wajah, terkejut dengan pengakuan Rose.

"Kau... kau pernah jadi macam ni?"

Rose senyum nipis, ada kesedihan di matanya.

"Pernah. Aku tahu macam mana susahnya nak keluar daripada dunia tu. Tapi aku berjaya sebab ada orang yang sabar, yang tolong aku. Aku rasa... Selena perlukan kau untuk jadi orang tu. Kau cakap kau perlukan kasih sayang, tapi... kau pasti Selena tak perlukan kau juga?"

Jordan diam, menunduk. Dia tahu kata-kata Rose ada benarnya, tapi hatinya masih berkecamuk.

"Aku tak tahu, Rose. Aku cuba. Tapi aku... aku pun manusia. Aku ada batas."

Micheal, yang sejak tadi diam, akhirnya bersuara. Suaranya tegas.

"Jordan, kau betul, kau manusia. Kau ada keperluan. Tapi cinta tu bukan pasal tunggu orang cukup sempurna untuk kita. Kalau kau betul-betul sayang Selena, kau kena tahan sabar untuk dia. Sebab dia tengah cuba lawan benda yang kau sendiri tak boleh nampak."

Jordan memandang Micheal, matanya berkaca.

"Kau rasa aku patut teruskan dengan Selena?"

Micheal tak menjawab terus. Dia memandang ke arah pintu bilik, seolah-olah membayangkan Selena di luar sana, berjuang sendirian.

"Itu keputusan kau, Jordan. Tapi kalau kau pilih untuk tinggalkan dia, pastikan kau buat dengan cara yang tak tambah luka dia."

Rose menepuk bahu Jordan perlahan.

"Fikir elok-elok, Jordan. Kita semua ada trauma masing-masing, tapi jangan jadikan trauma orang lain alasan untuk putus asa."

Jordan menghela nafas lagi, kali ini lebih berat. Kata-kata itu menggema dalam kepalanya.

-

HOSPITAL SAKIT JIWA

MICHEAL menghela nafas perlahan sambil matanya memandang Selena yang tetap tidak bergerak, masih memeluk lututnya di sudut dinding itu. Suasana bilik yang sunyi membuat setiap pergerakan terasa bergema. Micheal duduk bersila di depannya.

“Selena,” panggil Micheal dengan suara yang lembut. “Aku tahu kau dengar aku. Kau tak perlu takut.”

Selena diam, wajahnya disembunyikan di celah kedua lututnya. Dia kelihatan seperti cuba menyembunyikan diri dari dunia. Micheal menunggu beberapa detik sebelum meletakkan tangannya di atas ubun-ubun Selena, dengan sentuhan yang sangat ringan.

“Selena, kau masih ada. Dalam dunia ni, kau masih hidup. Masih ada orang yang sayang kau, tahu?” Dia berhenti seketika, mencari reaksi, tapi Selena tetap kaku.

“Kenapa kau datang, Micheal?”

Akhirnya Selena bersuara, suaranya serak dan perlahan. Matanya masih tidak memandang Micheal.

Micheal tersenyum nipis, walaupun Selena tidak melihatnya.

“Aku datang sebab aku peduli. Sebab aku tahu kau boleh keluar dari tempat ni, kalau kau sendiri nak.”

Selena menggeleng perlahan.

“Kau tak faham… aku rosakkan hidup orang. Jordan… aku…”

“Jordan dah maafkan kau, Selena.” potong Micheal dengan lembut.

“Dan aku tahu kau tak sengaja. Semua orang buat salah. Tapi tak bermaksud kau kena terus hukum diri kau. Kau pun layak dapat peluang kedua.”

Selena tunduk semula, kali ini air matanya lebih deras. Kemudian dia ketawa kecil, sinis.

“Kau rasa senang sangat ke? Kau tak tahu apa aku rasa. Kau tak tahu apa aku nampak.” Matanya kini memandang Micheal, penuh dengan keletihan dan sedikit kemarahan.

“Aku tak tahu apa kau rasa, memang. Tapi aku tahu kau lebih kuat dari apa yang kau fikir. Kau hanya perlukan masa. Kau tak keseorangan, Selena. Kau ada aku, ada Rose, ada family kau. Dan kau ada Tuhan. Kau boleh mula semula. Sikit-sikit, satu langkah pada satu masa.”

Selena menggigit bibirnya, air mata mula bergenang.

“Aku takut, Micheal. Aku takut aku tak boleh balik jadi macam dulu. Aku rasa aku dah hilang.”

Micheal mendekat sedikit, tapi masih menjaga ruang Selena.

“Kau tak hilang, Selena. Kau cuma... tersesat sekejap. Tapi kau boleh cari jalan balik. Aku ada sini untuk tolong kau.”

Selena menggenggam lututnya lebih erat, air matanya mengalir.

“Macam mana kalau aku tak boleh? Kalau aku terus macam ni?”

“Kau boleh,” kata Micheal dengan yakin.

“Tapi kau kena percaya pada diri kau dulu. Dan kalau kau tak boleh percaya pada diri kau sekarang, percaya pada aku. Aku ada sini untuk kau, Selena. Aku takkan tinggalkan kau.”

Selena terdiam lama, matanya kosong, tetapi tidak lagi menatap Micheal. Dia menghela nafas panjang, cuba menghilangkan rasa berat di dadanya. Micheal tetap setia menunggu, memberikan ruang yang selesa tanpa memaksa.

"Aku penat, Micheal. Penat sangat." Selena akhirnya bersuara, suaranya serak dengan keletihan yang mendalam.

Micheal mengangguk perlahan, memahami.

"Aku faham, Selena. Tapi kalau kau ikut saja apa yang pekerja di sini suruh, mungkin kau akan rasa lebih baik. Ini tempat untuk kau pulih, bukan untuk lari dari masalah."

Selena mengalihkan pandangannya ke arah lantai. Micheal tahu dia sedang berjuang dengan dirinya sendiri, mencari kekuatan untuk terus melangkah.

"Dan... aku tak boleh lama sangat melawat kau." ujar Micheal lagi, sedikit tergesa. "Tapi aku nak bagi sesuatu pada kau."

Micheal mengeluarkan sebuah buku dari dalam begnya dan menghulurkannya kepada Selena. Selena memandang buku itu dengan rasa hairan, seolah-olah Micheal hanya bergurau.

"Buku lagi? Kau nak sindir aku ke, Micheal?" Selena bertanya, suaranya sedikit pedih.

Micheal menggelengkan kepala dengan tenang.

"Tidak, Selena. Ini buku favourite aku. Aku baca ni bila aku rasa sesak. Buku ni bagi aku ketenangan, dan aku harap kau rasa benda yang sama bila baca buku ni."

Selena merenung buku itu lama. Rasa keliru dan sedikit curiga, dia akhirnya bertanya lagi.

"Kenapa kau nak bagi aku? Aku... aku tak faham."

Micheal memandangnya dengan mata yang penuh ketulusan.

"Sebab aku sayang kau, Selena. Aku nak kau pulih. Aku nak kau kembali jadi diri kau yang sebenar. Bukan untuk aku, tapi untuk diri kau sendiri."

Selena terdiam. Mata itu penuh dengan air mata yang belum jatuh, tetapi hati yang berat perlahan-lahan diruntuhkan sedikit demi sedikit.

"Aku... aku tak tahu kalau aku boleh jadi macam dulu, Micheal."

Micheal tersenyum dengan lembut.

"Kau boleh, Selena. Percayalah, semua ini cuma sementara. Masa akan datang, kau akan lihat, kau lebih kuat daripada apa yang kau fikirkan."

Selena hanya mampu merenung buku di tangannya, berperang dengan perasaan sendiri.

God knows I live, I died, I loved, I lied, I begged
Begged, borrowed and cried
God knows I lost
God gave me life
God knows I tried...

Micheal melangkah keluar dari hospital dengan langkah berat. Fikirannya berkecamuk dengan keadaan Selena, walaupun dia cuba yakinkan dirinya bahawa semuanya akan baik-baik saja. Namun, langkahnya terhenti apabila dia bertembung dengan seorang lelaki berpakaian seragam hospital, dengan pelitup muka menutup separuh wajahnya.

“Oh, maaf!” kata lelaki itu sambil mengangkat tangan, sedikit terkejut.

“Tak apa, salah saya juga,” balas Micheal sambil melangkah ke tepi untuk memberi ruang. Namun, matanya sempat tertancap pada tag nama lelaki itu.

‘HERODES’—tertulis dengan jelas, diiringi jawatan yang tidak sempat Micheal fokuskan. Tapi nama itu cukup membuatkan dadanya berdebar. Lelaki itu sekadar mengangguk kecil dan terus melangkah ke lorong sebelah kanan.

Micheal berdiri kaku seketika, matanya mengekor langkah lelaki itu sehingga hilang dari pandangan. Hatinya berasa tak sedap. Herodes. Nama itu. Selena pernah menyebut nama itu dengan penuh emosi.

“Takkan... takkan kebetulan.” bisik Micheal kepada dirinya sendiri. Fikiran dia melayang kepada apa yang Selena pernah katakan tentang 'Herodes'—nama yang dia sebut selepas sedar daripada koma. Mengatakan dia sudah berkahwin dan punya anak bersama Herodes, yang punya wajah seperti Hector.

Dia menggeleng, cuba menenangkan dirinya. Tapi rasa curiga itu semakin kuat. Micheal segera mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor Rose. Dia tahu, dia perlu berkongsi perkara ini.

---

"Rose?" Micheal bercakap segera selepas panggilan dijawab.

"Ya, bang? Kenapa? Abang okay?" tanya Rose di hujung talian, suaranya cemas.

“Rose, abang baru keluar hospital, dan—” Micheal berhenti sejenak, menelan air liur.

“Abang terlanggar seorang staff hospital tadi. Nama dia Herodes.” Sambung Micheal lagi.

Sunyi. Tiada jawapan dari Rose selama beberapa saat. Kemudian suara Rose terdengar, pelan dan penuh rasa terkejut.

“Herodes?” ulang Rose, seolah-olah mahu memastikan dia tidak salah dengar.

“Ya. Nama itu tertulis pada tag dia. Rose, Selena pernah sebut nama tu, kan? Kamu pun tahu.”

Rose menghela nafas panjang di hujung talian.

“Ya, dia pernah. Tapi—bang, abang rasa apa ni semua? Takkan kebetulan?”

Micheal mengetap bibir.

"Abang tak tahu, Rose. Abang rasa tak sedap. Abang rasa benda ni lebih daripada sekadar kebetulan. Abang rasa ada sesuatu yang tak kena di sini.”

"Okay." balas Rose, suaranya kini lebih serius. "Abang balik sini sekarang. Kita bincang ni."

“On the way.” jawab Micheal sebelum mematikan panggilan.

Langkahnya lebih pantas kini, hatinya dipenuhi rasa curiga yang makin mendalam. Siapa sebenarnya lelaki yang bernama Herodes itu?

Share this novel

Erna Md Nordin
2024-12-03 22:54:00 

Aduh...makin misteri cerita ini.. next plz...masih ada peluang kah abg micheal kita ni, rmai plak pesaingnya.

DHIA AMIRA.
2024-12-03 19:16:34 

nex...adakh tu herodes sbnar @ yg dia pnh kwin tu

DHIA AMIRA.
2024-12-03 19:12:26 

llki bgini la huhu


NovelPlus Premium

The best ads free experience