Rose menjerit kuat-kuat, "Lepas aku! Lepas aku, weh!" Dia meronta-ronta, cuba lari dari pegangan dua orang lelaki yang berpakaian uniform pekerja hospital sakit jiwa. Wajahnya berpeluh, rambut kusut-masai, dan matanya merah seperti orang yang dah lama tak tidur.
Di satu sudut, Michael, abangnya, hanya mampu memandang dengan hati berat. Rasa simpati bercampur penyesalan jelas terpancar dari mukanya. Dah dekat 5 tahun Rose jadi macam ni, tak pernah normal sejak kejadian tragis tu. Dia masih tak dapat maafkan diri sendiri sebab terlibat dalam kematian Herodes, kekasih yang paling dia sayang. Ironinya, dia yang bunuh Herodes—tak sengaja.
"Rose... tolonglah, tenang," Michael cuba memujuk dengan suara lembut, tapi dia tahu usahanya sia-sia. Rose dah tak sama macam dulu.
"Aku tak salah! Dia yang tipu aku! Aku nak keluar! Jangan pegang aku, bodoh!" Rose terus menjerit, air mata bercucuran di pipi. Kedua-dua pekerja hospital itu cuma saling berpandangan, muka masing-masing dah biasa dengan situasi macam ni.
Michael tarik nafas panjang, cuba tahan sebak. Hati dia pedih setiap kali tengok keadaan adiknya. "Rose... maafkan diri kau. Kau kena maafkan diri kau dulu," dia bisik dalam hati, tahu kata-katanya takkan sampai pada Rose, yang dah hanyut jauh ke dunia dia sendiri.
Tiba-tiba, seorang doktor wanita masuk ke bilik itu dengan tenang. Di tangannya ada dulang kecil berisi suntikan ubat penenang. Wajahnya tenang, tapi mata dia penuh tumpuan, macam dah biasa dengan situasi macam ni.
"Okay, tahan dia baik-baik," kata doktor tu sambil bagi isyarat pada dua pekerja yang masih struggle nak kawal Rose.
"Jangan dekat! Aku tak nak! Jangan cucuk aku!" Rose jerit lagi, suaranya semakin serak. Dia cuba lawan, tapi tenaganya makin berkurang sebab dah lama meronta-ronta.
Dengan cekap, doktor tu pegang jarum suntikan dan cari posisi yang sesuai di lengan Rose. "Sabar, Rose. Ini untuk bantu awak tenang," katanya lembut, walaupun dia tahu Rose takkan dengar.
Dalam beberapa saat, dengan bantuan dua pekerja tadi, doktor tu berjaya cucuk jarum ke lengan Rose. Rose masih cuba lawan, tapi tak lama kemudian, tubuhnya mula longlai. Suara jeritannya perlahan-lahan hilang, diganti dengan nafas yang semakin perlahan.
Dia akhirnya tertidur, terbaring lemah di atas katil. Dua pekerja itu melepaskan pegangan mereka, sementara doktor memastikan Rose selesa sebelum bangun dan simpan peralatan suntikan tadi.
Michael, yang dari tadi diam, perlahan-lahan melangkah ke tepi katil Rose. Dia pandang wajah adiknya yang kini tenang, walaupun di dalam hati dia tahu kedamaian itu cuma sementara.
"Terima kasih, doktor," Michael cakap perlahan, hampir berbisik.
Doktor wanita itu angguk kecil, sambil pandang Michael dengan mata penuh simpati. "Dia cuma perlukan masa dan sokongan, encik Michael. Jangan putus asa."
Michael tunduk perlahan, mengusap lembut ubun-ubun rambut Rose yang dah lena di atas katil. Dia tarik nafas dalam-dalam, cuba tahan rasa sebak dalam dada. Walaupun hati dia hancur, dia tak nak tunjuk lemah. Rose perlukan dia.
Dia bangun perlahan, langkahnya berat menuju pintu. Bila dia buka pintu, Selena dan Hector dah tunggu di luar. Wajah kedua-dua mereka penuh risau, tapi mereka tak cakap apa-apa, cuma pandang Michael dengan harapan nak dengar berita baik.
Michael pandang mereka dengan tenang, walaupun jelas ada kesedihan di matanya. "Rose akan baik-baik aje," dia kata perlahan, tapi cuba kedengaran yakin.
Selena angguk perlahan, walaupun jelas dia masih bimbang. "Kita harap macam tu, Mike," katanya, suaranya penuh simpati.
Hector letak tangan di bahu Michael. "Kau kuat, bro. Rose akan pulih. Dia cuma perlukan masa."
Michael angguk, walaupun dalam hati dia tak sepenuhnya percaya. Tapi dia takkan lepaskan harapan. Dia pandang balik pintu bilik Rose sebelum mereka bertiga mula melangkah pergi.
Mereka bertiga keluar dari hospital dalam keadaan senyap, masing-masing tenggelam dalam fikiran sendiri. Michael, Selena, dan Hector masuk ke dalam kereta yang sama, sebuah SUV hitam, dan terus menuju ke rumah Chloe.
PERJALANAN itu sunyi, hanya bunyi enjin kereta yang mengisi ruang. Selena sesekali pandang Michael, tapi dia tak cakap apa-apa. Michael cuma pandang ke luar tingkap, fikirannya jauh melayang, mungkin masih dengan Rose.
Setibanya di rumah Chloe, pintu depan dah terbuka. Chloe, seorang wanita yang tampak matang dengan kaca mata bulat dan gaya rambut sleek, berdiri di depan pintu, menunggu. Dia tersenyum kecil, tapi senyum itu jelas penuh makna, seolah-olah dia tahu perbincangan ini berat.
"Masuklah, aku dah tunggu," Chloe ajak mereka ke ruang tamu.
Mereka duduk di sofa, dan Chloe tak buang masa. Dia ambil sebuah buku dari atas meja kopi dan hulurkan kepada Michael. Kulit buku itu berwarna biru gelap, dengan tajuk 'Shades of Cool; yang tertera jelas, ditulis oleh Rose.
Michael memandang Chloe dengan mata penuh tanda tanya. Dia belum sempat bertanya, Chloe sudah menyambung, “Michael, aku nak beritahu sesuatu. Kami, syarikat aku, dah berjaya terbitkan dan publish novel terakhir Rose. Buku ni... sangat bermakna.”
Michael diam, mendengar dengan penuh perhatian. Selena, yang duduk di sebelah, kelihatan sedikit terkejut, tapi dia tak bersuara. Chloe menarik nafas perlahan sebelum meneruskan.
“Watak utama dalam 'Shades of Cool' ni... Herodes dan Selena,” Chloe berkata sambil memandang Selena sekilas, yang kini wajahnya berubah. “Rose tulis cerita ni sebagai satu bentuk tebus kesalahan dia. Dia cuba gunakan novel ni untuk melupakan kesilapan yang dia buat... kau tahu, kematian Herodes.”
Selena tunduk, wajahnya menunjukkan emosi bercampur-baur. “Herodes...” dia bisik perlahan, hampir seperti bercakap dengan diri sendiri.
“Rose rasa bersalah sampai ke tahap dia tak boleh maafkan diri dia sendiri,” Chloe teruskan. “Selain tak sengaja mencederakan Herodes sehingga membawa kepada kematiannya, dia juga rasa dia punca hidup kau, Selena, jadi porak-peranda—terutama selepas dia melanggar kau dan kau kehilangan bayi di dalam kandungan bersama Herodes.”
Selena memandang Michael, air matanya mula bertakung, tapi dia cuba tahan. “Aku tak pernah salahkan Rose,” Selena bersuara perlahan. “Aku anggap semua ni takdir. Herodes dan anak kami berdua...mungkin dah tak ada, tapi aku tak pernah benci Rose.”
Michael menghela nafas panjang, memandang buku itu lagi. Kini dia faham betapa dalamnya luka yang Rose tanggung selama ini. Bukan hanya tentang Herodes, tapi juga Selena—dan mungkin semua ini jadi beban yang dia tak pernah tahu cara nak lepaskan.
“Selena,” Michael bersuara perlahan, “kau betul-betul maafkan dia?”
Selena mengangguk kecil, air matanya akhirnya mengalir. “Ya, aku maafkan dia. Rose... dia dah cukup terseksa. Aku cuma nak dia tahu, aku tak simpan dendam. Dia cuma... manusia, macam kita semua.”
Chloe tersenyum kecil, lega mendengar kata-kata itu. “Aku rasa Rose tahu kau maafkan dia, Selena. Mungkin sebab tu dia berani siapkan buku ni.”
Michael memegang buku itu erat di tangannya. “Kalau buku ni boleh jadi cara untuk Rose mula sembuh, aku akan pastikan dia tahu... dia tak perlu tanggung semua ni seorang diri.”
Hector, yang sejak tadi duduk diam memerhati perbualan itu, perlahan-lahan menggenggam tangan Selena. Sentuhan itu lembut, penuh sokongan. Selena menoleh ke arahnya, mata mereka bertemu. Dalam pandangan Hector, ada keyakinan dan kasih yang tak pernah luntur.
Selena menarik nafas perlahan, cuba mengawal emosinya. Dengan suara yang sedikit serak, dia berkata, “Aku bersyukur... walaupun aku kehilangan Herodes, aku masih dipertemukan dengan lelaki yang baik macam kau, Hector.”
Hector tersenyum kecil, genggaman tangannya di tangan Selena semakin erat. “Aku ada di sini, Selena. Selalu ada. Kau tak perlu harungi semua ni sorang-sorang.”
Michael, yang memerhati mereka, tersenyum tipis. Walaupun luka lama masih terasa, dia tahu Selena telah menemui seseorang yang mampu mengisi kekosongan itu. Hector bukan sekadar pasangan, tetapi juga pelindung dan penyokong yang dia perlukan untuk teruskan hidup.
“Herodes pasti nak kau bahagia,” kata Michael perlahan, memecah keheningan. “Dan aku yakin dia akan lega tengok kau dah jumpa orang yang boleh jaga kau.”
Selena memandang Michael, mengangguk sambil mengesat air matanya. “Aku tahu. Aku yakin Herodes akan restu hubungan aku dengan Hector. Dia selalu nak yang terbaik untuk aku.”
Chloe tersenyum dari jauh, memandang mereka semua. “Nampaknya, walaupun hidup Rose penuh dengan kesedihan, apa yang dia tinggalkan melalui buku ini telah membawa kita semua ke arah pemahaman dan penerimaan. Mungkin... itu sebenarnya cara dia menebus segalanya.”
-
CERITA ini mengisahkan seorang wanita bernama Rose, yang terlalu obses dan taksub terhadap kekasihnya, Herodes, sehingga kehilangan kewarasan. Segala-galanya bermula apabila Rose, seorang penulis novel yang berjaya, menjadi terlalu fokus pada kerjayanya dan terlampau mendalami watak-watak ciptaannya. Obsesinya terhadap dunia rekaan ini menyebabkan hubungan dengan Herodes semakin renggang.
Herodes, yang merasa diabaikan dan ingin hidup yang lebih tenang, memilih untuk berpisah dengan Rose. Dia kemudiannya berkahwin dengan seorang wanita biasa bernama Selena, seorang wanita yang lemah lembut dan penyayang. Kebahagiaan mereka seolah-olah sempurna, lebih-lebih lagi apabila Selena disahkan mengandung anak pertama mereka.
Namun, berita perkahwinan dan kehamilan Selena menjadi tamparan hebat buat Rose. Obsesinya terhadap Herodes bertukar menjadi kegilaan. Dalam satu pertemuan yang tidak dijangka, Rose yang hilang kawalan diri telah menikam Herodes secara tidak sengaja semasa perjumpaan antara mereka. Tikaman itu membawa maut, dan Herodes meninggal dunia di tempat kejadian.
Kesedihan Selena tidak berakhir di situ. Sebelum Rose dimasukkan ke hospital jiwa, satu lagi tragedi berlaku. Dalam keadaan penuh dendam dan marah, Rose telah melanggar Selena yang sedang melintas jalan di lintasan pejalan kaki, walaupun lampu isyarat berwarna merah dan memberi laluan kepada pejalan kaki. Perlanggaran itu bukan sahaja mencederakan Selena, tetapi juga menyebabkan dia kehilangan bayi dalam kandungannya.
Dalam sekelip mata, Selena kehilangan segalanya—suaminya, Herodes, dan anak yang belum sempat dilahirkan. Namun, meskipun dilanda ujian bertubi-tubi, Selena memilih untuk memaafkan Rose. Baginya, apa yang berlaku adalah takdir, dan dia enggan membiarkan dendam menguasai hidupnya. Rose, sebaliknya, tidak pernah dapat memaafkan dirinya sendiri. Kegilaan dan rasa bersalah yang menekan akhirnya membawa Rose ke hospital jiwa, di mana dia menghabiskan sisa hidupnya dengan bayangan dan penyesalan terhadap apa yang telah terjadi.
Setelah bertahun-tahun berlalu, Selena akhirnya belajar menerima takdirnya. Luka kehilangan Herodes dan anak yang tak sempat dilahirkan tetap meninggalkan parut di hatinya, tetapi dia memilih untuk teruskan hidup dengan kekuatan yang masih ada. Hector, lelaki yang hadir selepas tragedi itu, menjadi sandarannya, memberi kasih sayang dan harapan baru. Walaupun Selena mencuba untuk bahagia, setiap kali dia melewati lintasan jalan atau melihat seorang ibu mendukung anaknya, hatinya bagai ditarik kembali ke masa lalu.
Rose pula menghabiskan hari-harinya di hospital jiwa, terperangkap dalam dunia yang hanya dia fahami. Dia sering bercakap dengan bayangan Herodes, meminta maaf dan menangis untuk peluang kedua yang takkan pernah tiba. Dalam satu sesi rawatan, doktor memberitahu Michael bahawa Rose kadang-kadang tersenyum sambil memegang buku Shades of Cool, seperti dia menemui sedikit kedamaian dalam dunia yang penuh penyesalan itu.
Michael, walaupun terluka dengan apa yang terjadi, tetap melawat Rose setiap minggu. Dia membawa bunga, membaca buku, dan bercakap dengan adiknya walaupun tidak ada jawapan. Baginya, Rose masih adiknya yang dia sayang, walaupun dia tahu Rose mungkin takkan kembali menjadi dirinya yang dulu.
Pada satu petang, ketika matahari hampir terbenam, Selena membuat keputusan untuk melawat Rose. Dengan Hector di sisinya, dia melangkah masuk ke bilik hospital jiwa itu. Rose, yang sedang duduk di tepi tingkap, memandang mereka dengan pandangan kosong. Selena menghampiri Rose perlahan-lahan dan menggenggam tangannya.
"Aku maafkan kau, Rose," Selena berbisik, suaranya bergetar. Air mata mengalir di pipinya, tapi kali ini bukan kerana kebencian, hanya keikhlasan.
Rose hanya tersenyum kecil, tapi tidak berkata apa-apa. Mungkin dia tidak benar-benar memahami, atau mungkin itulah caranya menerima kedamaian yang dia cari selama ini.
Beberapa minggu selepas pertemuan itu, Rose meninggal dunia dalam tidurnya. Michael menemui buku Shades of Cool di sebelahnya, dengan satu halaman terbuka yang tertulis kata-kata Herodes dalam cerita itu:
"Kadang-kadang, cinta bukan tentang memiliki. Ia tentang melepaskan dan membiarkan bahagia, walaupun tanpa kita di dalamnya."
Rose dikebumikan di sebelah pusara Herodes. Selena hadir di pengebumian itu, berdiri bersama Michael dan Hector. Dalam hati Selena, dia tahu, walaupun luka takkan pernah benar-benar sembuh, dia telah melakukan apa yang dia mampu—melepaskan dendam dan menggantinya dengan kemaafan.
Mereka bertiga meninggalkan tanah perkuburan itu ketika hujan mulai turun, seolah-olah langit turut menangisi kisah tragis ini. Tetapi di balik semua kesedihan itu, ada harapan kecil yang perlahan-lahan tumbuh—bahawa cinta dan kemaafan adalah jalan untuk meneruskan hidup, walaupun penuh kehilangan.
-TAMAT-
I hurt myself today To see if I still feel I focus on the pain The only thing that's real The needle tears a hole The old familiar sting Try to kill it all away But I remember everything... khirnya dah tamat ya guys. Terima kasih sebab sudi baca dan singgah. Free Reading sampai bila-bila. Harap jangan plagiat tau. Thanks you semua!
Share this novel
Sedihlaaa author, setelah membuatkn thap pemikiran sis menjadi luar jangkauan, akhirnya jln citernya simple jer...by the way, hidup juga watak abg Hector sis, di penghujung citer... Tahniah author, semoga terus berkarya..
obsesi huhu
tp best...