BAB 24: I LIKE YOUR SCENT

Romance Completed 4375

MICHEAL tak senang duduk. Dia berulang kali berjalan mundar-mandir di depan katil, matanya sering melirik ke arah Selena yang masih tidur dengan nafas yang berat dan wajah yang tak selesa. Dia cuba menenangkan hati, tapi setiap kali pandang jam di tangan, detiknya terasa seperti berjam-jam lamanya.

Hujan di luar masih turun lebat, bunyi titisannya seakan menyertai degupan jantung Micheal yang tak henti risau. Tiba-tiba, Selena mula mengigau kecil, memanggil sesuatu yang tak jelas. Micheal segera mendekatinya, panik.

Dia mengambil kain basah yang direndam dalam air suam, dipinjam dari kaunter motel, dan mula mengelap dahi Selena.

"Tolonglah kuat, Selena..." Micheal berbisik perlahan, berharap keadaan gadis itu bertambah baik.

Namun, Selena mula gelisah, memusingkan kepala ke kiri dan kanan. Micheal cuba menenangkannya, tapi tiba-tiba Selena terbangun mengejut dari tidur, nafasnya tersengal-sengal. Selimut yang membalut tubuhnya terlucut, mendedahkan sebahagian tubuhnya yang tidak berlapik.

Micheal terkejut besar.

"Ya Tuhan!" Dia cepat-cepat menutup mata, wajahnya merah padam. Jantungnya berdegup kencang, tubuhnya kaku seketika. Ini pertama kali Micheal melihat tubuh seorang wanita di depan matanya.

Dia cepat-cepat memalingkan muka dan mencapai selimut, menutup tubuh Selena kembali sambil berkata tergagap.

"Maaf... maaf! Aku tak tengok, aku tak tengok!"

Selena yang masih separuh sedar hanya memandang Micheal dengan pandangan kosong, sebelum kembali terbaring keletihan. Micheal menarik nafas panjang, cuba menenangkan diri.

Dalam hatinya, dia hanya mampu berdoa: "Tuhan, tolong aku. Aku tak niat, tapi aku tak tahu apa lagi aku boleh buat."

Ketika itu, Micheal terdengar bunyi telefon bimbitnya berbunyi. Panggilan daripada Rose. Dia segera menjawab, nadanya penuh harapan.

"Rose, cepatlah sampai. Aku dah tak tahu nak buat apa!"

Micheal mematikan talian dan termenung seketika. Bunyi hujan di luar masih kuat, seolah-olah mencerminkan kekusutan dalam fikirannya. Dia menoleh ke arah Selena yang kini sudah bangun, memegang selimut hingga ke paras dadanya. Wajahnya yang lesu tapi tenang membuat Micheal terpaku.

Selena memandang Micheal, bibirnya bergerak perlahan.

"Maafkan saya... sebab susahkan awak, Micheal."

Berderau darah Micheal mendengar nama itu keluar dari mulut Selena. Dia kaku, cuba memastikan apa yang dia dengar.

"Awak... awak panggil apa saya tadi, Selena?"

Selena tersenyum, walaupun matanya jelas letih dan merah akibat tak cukup tidur dan sakit.

"Micheal."

Micheal menghela nafas lega. Dia melangkah perlahan ke hujung katil, duduk dengan hati-hati, masih tak berani terlalu dekat.

"Awak... ingat siapa saya?* tanyanya, cuba menahan debar.

Selena mengangguk.

"Awak bukan Hector dan juga bukan Herodes. Saya minta maaf, Micheal."

Air mata mula jatuh di pipi Selena. Dia menangis tanpa suara, tangisannya lembut tapi penuh kesedihan. Micheal hanya mampu memandang, hatinya rasa seperti ditusuk.

"Saya... juga nak minta maaf, Selena. Saya tak patut bawa awak ke sini. Saya tunggu Rose datang bawakan pakaian."

Selena menggeleng kepala. Dia tersenyum kecil walaupun mukanya basah dengan air mata.

"Saya sejuk, Micheal."

Micheal segera bangun, membuka kabinet di tepi bilik. Dia mencari sesuatu untuk membantu Selena, lalu menemui sehelai tuala bersih. Tanpa banyak bicara, dia mendekati Selena, membalutkan tuala itu di bahunya dengan hati-hati.

Selena mendongak memandang Micheal. Jarak mereka sangat dekat. Nafas Micheal terasa berat, hangatnya menyapa wajah Selena yang pucat. Mata mereka bertaut, seolah-olah ada sesuatu yang ingin disampaikan tanpa kata.

"Micheal..." Selena memanggil perlahan.

Micheal menelan liur, cuba menenangkan debar di dadanya.

"Selena, awak rehat dulu. Saya ada di sini." katanya perlahan sambil menarik nafas panjang, cuba mengawal perasaannya.

"Micheal, please. Stay..."

It hurts to love you
But I still love you
It's just the way I feel
And I'd be lying
If I kept hiding
The fact that I can't deal

Namun, tanpa dia sedar, jari jemari runcing Selena menyentuh pipinya yang masih hangat.

Sentuhan itu membuat Micheal bagaikan tersentak, tapi dia tak mampu bergerak. Terasa seperti ada sesuatu yang memerangkapnya, mengunci tubuhnya di tempat. Mata Selena lembut merenung Micheal sebelum dia perlahan-lahan mendekatkan wajahnya.

"Selena..." Micheal cuba bersuara, tapi suaranya hampir tak kedengaran.

Selena memejamkan mata. Dalam sekelip mata, bibir mereka bertaut. Micheal terpaku.

Ciuman itu lembut, singkat, tapi cukup untuk mengocakkan seluruh dunianya.

Untuk beberapa saat, hanya bunyi hujan di luar yang kedengaran, seolah-olah masa terhenti.

Namun, ketukan di pintu memecah momen itu.

"Micheal! Kau kat dalam ke? Aku dah sampai ni!" Suara Rose kedengaran dari luar bilik.

Micheal segera menarik diri, wajahnya merah padam. Dia bangun tergesa-gesa, melangkah menjauh dari katil.

"Ah... Rose! Ya, ya! Aku... aku buka pintu!" katanya dengan suara teragak-agak.

Selena hanya diam, bibirnya masih melukis senyuman kecil. Dia memerhatikan Micheal yang bingung, canggung, dan jelas keliru dengan apa yang baru berlaku. Tapi dia sendiri tak berkata apa-apa, hanya membiarkan keadaan itu berlalu.

Micheal membuka pintu, melihat Rose yang basah kuyup sambil memegang beg pakaian.

"Kenapa lama sangat, Micheal? Aku ketuk dari tadi! Abang okay ke ni?"

"Abang... abang okay. Masuklah."** jawab Micheal, mengelak daripada menatap adiknya.

Rose melangkah masuk sambil meletakkan beg pakaian di atas meja. Dia memandang Micheal dengan kening terangkat.

"Eh, abang ni kenapa muka merah macam udang kena bakar? Selena okay tak?"

"Err...Abang okay je ni... abang pergi beli kopi jap." Micheal mengelak, melangkah keluar dari bilik tanpa menoleh.

Rose memandang Selena yang masih bersandar di kepala katil, tersenyum samar.

"Korang ni gaduh ke? Atau... ada benda aku terlepas pandang?" tanyanya, separuh bergurau.

Selena hanya ketawa kecil, matanya penuh teka-teki.

"Tak ada apa-apa, Rose. Semua okay."

Di luar bilik, Micheal menyandarkan diri pada dinding lorong. Dia menghela nafas panjang, cuba memahami apa yang sedang berlaku dalam dirinya.

"Tuhan... apa yang aku dah buat?" bisiknya perlahan.

MALAM itu, keadaan Selena sedikit stabil selepas dijaga rapi oleh Rose. Micheal duduk di luar bilik, memandang hujan yang masih mencurah-curah di luar jendela motel. Dia mengeluh perlahan, menyedari dirinya masih mengenakan bathrobe putih. Terasa janggal, tapi dia biarkan dahulu.

Pintu bilik terbuka. Selena dan Rose melangkah keluar, Selena kini mengenakan pakaian baru, kelihatan lebih segar walaupun wajahnya masih kelihatan letih. Micheal segera bangun, memberi ruang untuk mereka.

“Okay, turn abang pulak.” kata Micheal dengan nada malas sambil melangkah ke dalam bilik.

“Cepat sikit, bang. Aku nak balik ni, hujan makin lebat!” tegur Rose sambil mengikat rambutnya agar lebih rapi.

Selena, yang berdiri di sebelah Rose, sempat memandang Micheal dengan senyuman halus. Micheal yang baru hendak menutup pintu terasa berdebar lagi. Dia menelan air liur.

"Jangan fikir bukan-bukan, Micheal. Jangan." bisiknya dalam hati sambil segera menukar pakaian.

Di luar, Rose memandang Selena yang duduk di kerusi lobi kecil motel itu.

“Kejap, aku nak ambil payung kat kereta. Aku lupa tadi,” katanya sambil melangkah keluar.

“Okay.” jawab Selena pendek, sambil memandang hujan yang memantulkan lampu jalan.

Rose hilang dari pandangan. Selena menghela nafas panjang. Dia mengalihkan pandangannya ke arah bilik motel di belakang. Teringat kejadian tadi, pipinya sedikit memerah.

“Selena, kau dah tak gila.” katanya perlahan pada diri sendiri, suara hampir tak kedengaran di tengah bunyi hujan. Dia menggigit bibir. Tapi kenapa hati ini masih ingin terus dekat dengan Micheal?

Selena berdiri, matanya masih terpaku pada pintu bilik tempat Micheal berada. Langkahnya perlahan-lahan mendekat...

Micheal baru sahaja menarik kemeja ke tubuhnya, butang masih belum sempat dikancing. Bunyi ketukan pintu memecah lamunannya. Dengan spontan, dia membuka pintu, menganggap itu pasti Rose yang datang menggesa.

Namun, Micheal terpana. Selena berdiri di hadapannya dengan wajah yang tak dapat dia baca. Micheal menelan air liur.

“Rose... Rose pergi ambil payung kat kereta.” kata Selena perlahan sambil melangkah masuk ke bilik.

Micheal, yang masih belum siap berpakaian sepenuhnya, segera merasa janggal. Dia cuba menarik kemejanya lebih rapat ke badan, tapi jelas usahanya gagal apabila Selena terus memerhatikan dan menyentuh dada sasa Micheal yang berotot itu.

“Selena... buat apa masuk sini?” tanya Micheal, cuba mengawal getar di suaranya.

Selena tidak menjawab, sebaliknya hanya berdiri, memerhatikannya.

“Tak adil kan?” katanya, suaranya lembut tapi ada nada menggoda.

“Awak je boleh nampak badan saya, tapi saya tak boleh nampak badan awak?”

Micheal gugup, wajahnya terasa panas.

“Saya... saya minta maaf sangat-sangat pasal tadi, Selena. Saya betul-betul tak sengaja.” balasnya, cuba mengelak pandangan Selena.

Selena menghela nafas seperti kecewa, sebelum mendekati Micheal. Micheal semakin buntu. Fikirannya mula berputar—adakah Selena akan salah sangka dan melaporkan hal ini kepada ibu bapanya? Bagaimana jika dia dianggap mengambil kesempatan?

Namun, apa yang keluar dari mulut Selena seterusnya membuat Micheal terkedu.

“Jom kahwin, Micheal.”

Kata-kata itu bagaikan bom yang meletup di telinganya. Micheal terpaku, lidahnya kelu.

Selena menyentuh dada Micheal, jemarinya perlahan menyentuh kulit licin cerah yang kekal hangat itu. Micheal tersentak, tapi tubuhnya kaku, tak mampu bergerak.

“Saya suka bau awak... Hector.” bisik Selena, senyum halus terukir di bibirnya.

Hati Micheal tiba-tiba seakan tenggelam. 'Hector?!' Nama itu muncul lagi. Dia ingat permainan ini sudah tamat apabila Selena mengaku sedar realiti, tapi ternyata dia salah. Selena masih tersangkut dalam dunia ilusi gila watak utama dalam novel itu.

“Selena... awak buat apa ni?” tanya Micheal, cuba menahan debar di dadanya.

Selena menggeleng perlahan, wajahnya semakin dekat dengan Micheal.

“Saya cuma nak pastikan awak masih sayang saya. Jangan risau, saya takkan lepaskan awak, Hector.”

“Nama saya bukan Hector, Selena. Saya Micheal!” kata Micheal tegas, akhirnya berani mengambil langkah mundur menjauhkan dirinya.

Selena merenung Micheal, kali ini dengan mata yang redup.

“Kenapa awak nak tipu lagi? Saya tahu awak sebenarnya Hector. Saya tak marah, saya faham kenapa awak sembunyikan diri.”

Micheal memejam mata seketika, cuba menarik nafas panjang.

“Selena, tolong. Kita dah janji nak perbaiki semuanya. Awak kena percaya, saya bukan Hector. Saya Micheal. Tolong faham...”

Selena terdiam seketika, sebelum perlahan-lahan tersenyum lemah. Tapi senyum itu lebih menakutkan Micheal daripada apa pun. Dia tak tahu apa yang bermain di fikiran Selena, dan itu yang paling dia takutkan.

Share this novel

Erna Md Nordin
2024-11-25 15:16:53 

suspen tullah, ingat dh ok...next please....

DHIA AMIRA.
2024-11-25 14:57:54 

nak lagi...


NovelPlus Premium

The best ads free experience