Bab 2 : Angan yang Nakal

Romance Completed 4375

Pagi Ahad itu, hari cuti yang penuh dengan rehat seperti biasa. Aku bangun agak lewat kerana rumahku sunyi. Mungkin ibu bapaku sedang keluar berjoging. Aku duduk di atas katil, mengeliat, dan menoleh ke sebelah. Aku tersenyum apabila melihat seseorang duduk di sebelahku.

"Morning Hector," kataku.

"Morning baby. How are you today? Sleep well? Dream about me?" tanya Hector.

"Yeah, always. Thanks for keeping me company. I'm so happy," jawabku.

"You're welcome, baby. Let's get up. I’ve prepared breakfast for you, my lady," kata Hector.

Aku senyum dan tersengih. Rasa geli hati membayangkan situasi itu. Haihhh... Wake up, Selena! You are getting worse! Aku mendengus lalu bangun dari katil, mencapai tuala mandi, dan menyalakan lagu di handphoneku. Aku buka YouTube tanpa iklan dan cari lagu "Under The Influence" oleh Chris Brown.

Aku menyanyi:

"Baby, you can
Ride it, ooh, yeah
Bring it over to my place
And you be like
'Baby, who cares?'
But I know you care
Bring it over to my place"

Apabila tibanya part chorus, aku melihat Hector di sebelahku, memakai t-shirt putih nipis dan seluar pendek hijau muda yang menampakkan otot di pahanya. Kenapa lah nampak sempurna sangat? Aku tersenyum dan menyambung menyanyi:

"You don't know what you did, did to me
Your body lightweight speaks to me
I don't know what you did, did to me
Your body lightweight speaks to me"

Tiba-tiba, kami berdua berada di luar dan dibasahi hujan renyai-renyai. Hector memeluk pinggangku dan memegang tangan kiriku. Dia senyum dan kami berdua mula menari perlahan-lahan.

"Hector, adakah ini benar?" tanyaku.

"Yes, as long as you like it, my lady," jawab Hector.

Aku yang memakai dress hitam yang menampakkan bentuk alur tubuhku kerana ditimpa hujan, langsung tidak merasa sejuk. Bahkan, terasa hangat apabila didekati dan dipeluk oleh Hector yang mempunyai tubuh menawan idaman para wanita.

"Hector, are you always loves me?" tanyaku lagi.

"Yes, my lady... Always," jawab Hector.

Dia senyum, senyuman yang menawan dengan raut wajah maskulin. Anak matanya berwarna biru laut, dan sedikit jambang menambah kekacakan wajahnya. Jantungku berdegup kencang.

Hector menarik tanganku dan mendekatkan tubuhku dengan dadanya. Aku dapat merasakan dadanya yang bidang. Aku merasa panas sekejap, sejuk sekejap. Tiba-tiba, aku terbersin.

"Hector?" panggilku.

Aku mencari kelibat Jord, namun tiada. Aku senyum, tetapi senyuman ku tak lama, apabila aku merasa tidak beberapa sihat. Aku memandang sekeliling, dan mendapati aku masih di dalam bilik mandi, tanpa seurat benang. Aku cepat-cepat menyelesaikan mandianku dan melihat jam di handphoneku. Sudah lebih 30 minit aku terkena air pancuran itu.

"Confirm lepas ni demam," kataku.

Aku cepat-cepat memakai pakaian dan menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Lepas ni, nak makan ubat dan berehat. Aku mencapai gelas besar dan sudu. Ketika aku meletakkan seuncang teh dan gula di dalam gelas, seseorang menyapaku.

"Lepas ni, jangan lupa makan ubat tau?" kata Hector.

Aku senyum memandangnya. Hector mendekati aku sambil memegang segelas air, lalu mencium dahiku. Aku sangat bahagia.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi menyanyikan lagu "The Blackest Day" dari Lana. Aku tersengih apabila melihat nama Hector di skrin.

"Hello, baby!" kata Jord.

"Hai Hector!" balasku.

"Hah? Siapa Hector?" tanya Jord.

Aku menutup mulut setelah sedar dari lamunan dan baru ingat bahawa aku telah menukar nama Jord kepada Hector. Bodohnya aku!

"Sorry Jord, aku tengah baca manuskrip ni tadi..." kataku.

"Haaa... Tu la... Ni mesti baca sampai terbawa dalam mimpi, kan? Di rumah ke ni sekarang?" tanya Jord.

"A, ah.. Di rumah. Baru habis mandi, tengah buat air ni. Kenapa?" tanyaku.

"Aku nak ajak kau keluar makan ni. Sekejap lagi aku datang jemput kau. Okey tak ni?" tanya Jord.

Aku diam sejenak dan memikirkan sesuatu, memandangkan aku agak tidak sihat. Namun mengenangkan aku telah salah sebut nama, aku angguk kepala walaupun Jord tidak dapat melihat reaksiku.

"Bolehlah, datang dalam 15 minit. Aku nak bersiap dulu," kataku.

"Aik, tadi kata dah siap? Nak bersiap apa pula?" tanya Jord.

"Ala... Aku nak bermakeup lah... Kau ni, macam tak tahu perempuan macam mana," balasku.

"Hehhehe... Yelah baby. Makeup cantik-cantik ya, muahhh... See you later. Love you!" kata Jord.

"Okey... Bye..." kataku sebelum mematikan talian.

Aku mengeluh. Kesian Jord, layan aku dengan baik, tapi aku layan macam ni. Tapi aku tak kisah. Sebab aku bukan curang dengan dia.

Setelah makan ubat, aku masuk semula ke bilik dan bersiap. Memakai makeup ala kadar dan mengikat rambut panjangku. Kemudian aku membuka almari baju dan membelek pakaian yang tergantung. Aku mencuba sepadankan antara dua jenis pakaian di depan cermin besar.

"Yang mana satu eyh? Dress Jean atau dress kain? Black or Blue?" tanyaku pada diri sendiri.

"The blue one, looks nice on you," kata Hector.

"You think? I never wore this. Just bought it a month ago," jawabku.

"Yes. He must be surprised to see you wear this," kata Hector.

Aku angguk kepala lalu menukar pakaian di depan cermin. Kemudian aku membelek tubuh badanku di depan cermin dengan senyuman.

"Do you like it?" tanyaku.

"Yes, my lady. Perfect," jawab Hector.

Aku senyum lagi apabila Hector tiba-tiba memelukku dari belakang dan mencium bahu kananku. Aku merasakan adrenalin menghairahkan mula merasuk tubuhku.

Tak lama kemudian, bunyi kereta berhenti di luar rumah. Aku menjenguk dari tingkap dan nampak kereta Toyota Fortuner berwarna putih milik Jord parkir di depan rumahku. Dia keluar dari kereta dan menjenguk dari pagar luar.

"Hector, I'm leaving," kataku dalam hati.

Aku memandang sekeliling bilikku, kelibat Hector tiada. Aku mencapai beg sandangku yang digantung di tepi almari dan mengambil kunci rumah. Aku membuka pintu dan agak terkejut melihat Jord membawa sejambak bunga ros merah dengan senyuman. Dia nampak segak dan kacak. Seolah-olah aku jatuh cinta kepadanya dan sekaligus aku melupakan Hector.

"Wahh! Hensem juga kau ni. Nak pikat aku eyh? Bawa bunga lagi," kataku.

"Habis tu? Takkan nak bawa periuk pula?" balas Jord.

Aku ketawa kecil sambil memakai sandal merahku. Aku perasan Jord tersenyum nakal melihat aku memakai sandal sambil membongkokkan badan di depannya. Kemudian, aku baru perasan, apabila aku tunduk, baju di depan aku akan terlondeh sedikit, menampakkan buah dadaku.

"Haaa... Bagus juga kalau kau bawa periuk. Boleh aku ketuk kepala kau," kataku.

"Eleh, kalau aku bawa periuk, aku bagi kau pakai tutup dada kau. Jangan salahkan mata lelaki! Maka ada kerusi di sana, duduk dan pakai kasut. Ishh... Nasib aku straight, cepat naik," kata Jord.

"Kau cakap apa? Belasah nak?" balasku.

Jord ketawa melihatku. Dia cepat-cepat tolong buka gate dan menguncinya untuk aku. Kemudian dia memberi bunga itu kepadaku.

"For my lovely girlfriend. Kiss sikit," kata Jord.

"Amboi, tak nampak ke jiran tu?" kataku.

"Biarlah. Lambat laun kau jadi wife aku juga. Muahhh!" kata Jord.

Jord sempat mencium pipiku, kemudian dia membuka pintu kereta sebelah kiri untukku. Aku mencebik lalu masuk. Kedengaran bunyi Jord ketawa kecil sebelum masuk ke dalam kereta idamannya.

"Bye, Hector," aku bermonolog di dalam hati.

Sambung...

Tengah senyum ke tu?

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-08-08 21:58:42 

ni pun leh tahan. copot jantung


NovelPlus Premium

The best ads free experience