17: The Blackest Day

Romance Completed 4375

Tak mungkin ini semua mimpi… Tapi kenapa aku rasa kosong? Fikiran aku penuh dengan wajah dan suara Herodes. Aku rindu sangat dengan dia. Aku perlukan dia.

“Hahahahahaha… Bodoh budak tu! Main betul-betul lah wei!!! Anjing!” Selena menjerit kepada budak di luar yang bermain di luar pagar hospital. Budak itu ketakutan mendengar Selena, lalu berlari meninggalkan tempat itu.

Chloe memandang dari jauh, melihat Jordan menemani Selena di luar hospital, sambil duduk di kerusi roda. Chloe sangat sedih. Air matanya bergenang. Dia merasa bersalah kerana memaksa bosnya memberi manuskrip itu kepada Selena.

“Tapi kenapa novel tu tak berjaya, bos?” soal Chloe kepada bosnya ketika mereka melawat Selena yang sudah dipindahkan ke hospital sakit jiwa.

“Ya, selepas Selena sedar dari koma, dia tak dapat terima kenyataan bahawa Herodes dan anak di dalam kandungannya tak wujud. Setiap malam dia menangis memanggil nama Herodes dan bercakap seorang diri sambil mengusap perutnya. Siang hari, dia cuba melarikan diri dengan pakaian hospital, hampir berbogel di depan hospital,” jawab bosnya.

“Penulis membatalkan penerbitan novel dia. Entah kenapa. Saya pun tak tahu. Saya cuba dapatkan penjelasan, tapi tak berjaya. Malah, penulis sanggup bayar balik kos penerbitan yang separuh berjaya tu. Saya juga dah selidik dengan syarikat lain yang mungkin nak terbitkan cerita tu, tapi tak ada maklumat langsung. Jadi, cerita tu memang takkan diterbitkan dan hangus macam tu saja…” bosnya menjelaskan.

Dia juga merasa sedih melihat apa yang menimpa bekas pekerjanya itu. Dia terpaksa berhentikan Selena kerana dia tak mampu bekerja lagi selepas semua tu.

“Selena memang auditor yang bagus. Dia benar-benar menyelami setiap watak dalam cerita tu. Ini bukan kali pertama benda macam ni berlaku dalam syarikat kita. Saya memang nak sangat jumpa dengan penulis tu, nak tahu macam mana dia cipta cerita yang boleh buat hidup Selena jadi terkesan sampai macam ni…” ujar bosnya sambil mengeluh.

Dari jauh, mereka melihat Selena bergaduh seperti budak-budak dengan Jordan.

“Pergi! Pergi! Aku nak Herodes! Aku tak nak kau, setan!” jerit Selena kepada Jordan.

Jordan terasa sangat sedih melihat kekasihnya dalam keadaan begitu. Dia rasa sangat sakit hati dan tak mampu menjaga Selena dengan baik. Malah, dia ingin melamar Selena, tapi Selena masih belum bersedia.

“Sayang, maafkan aku kalau aku ada buat salah pada kau. Percayalah kataku, please… tolonglah sedar… ini bukan kau…” rayu Jordan sambil melutut di depan Selena dengan air mata bergenang. Selena mencebik, seolah-olah jijik dengan Jordan. Dia menendang dada Jordan hingga lelaki itu tersungkur dan terbaring di depannya.

Chloe dan bosnya yang melihat kejadian itu hendak berlari ke arah Selena, tetapi Jordan menghalang sambil menggelengkan kepala. Mulutnya bergerak mengucapkan 'I will be fine' dengan senyuman kepada mereka berdua. Bahkan Jordan sudah tidak terurus sejak menjaga Selena dari koma hingga kini.

Tak lama kemudian, ibu bapa Selena datang membawa seorang lelaki yang kelihatan berusia dalam lingkungan 40-an ke arah mereka.

“Jordan, ini Father Michael dari gereja kawasan rumah kita. Father, ini Jordan, kekasih anak saya, Selena…” ucap ayah dengan nada sedih, sambil mengusap rambut Selena yang duduk bersila di atas rumput dan mencabut rumput dengan kedua-dua tangannya, membuatkan baju putihnya kotor dengan tanah.

Father Michael, yang memakai pakaian hitam serba lengkap, mengangguk sambil bersalaman dengan Jordan. Kemudian, dia duduk di sebelah Selena dan memerhatikan keadaannya.

“Apa khabar Selena? Saya Father Michael. Panggil saya Uncle saja, Father pun boleh…” ucapnya.

Selena menoleh ke arahnya dengan pandangan kosong.

“Father, saya tak gila. Saya kenal Father. Saya tak pernah lupa pergi ke gereja setiap minggu. Mereka yang gila tuduh saya gila dan tak percaya kata saya. Saya sumpah, Father, Herodes itu wujud!” jawab Selena dengan linangan air mata.

Father Michael memandang ke arah Jordan dan ibu bapa Selena sambil mengangguk kepala. “Ya… saya percaya cakap kamu…” jawab Father Michael.

“Father! Jangan percaya kata dia!” Ibunya menyampuk. Dia diam apabila Father Michael menoleh kembali ke arahnya.

“Hmm… apa kata awak semua tinggalkan kami berdua sebentar,” ujar Father Michael.

Mereka semua mengangguk lemah dan pergi meninggalkan Father Michael dan Selena berbual.

“Siapa nama suami awak, Selena?” tanya Father Michael dengan senyuman.

“Herodes, Father. Dia sangat sempurna untuk saya! Handsome, baik hati, berbakat, dan tak pernah sekali pun jentik saya. Semuanya sempurna untuk saya, Father. Sampai satu hari, saya mengandung. Lepas tu, kami berkahwin. Ibu bapa saya yang restukan kami, Father. Semuanya betul, Father! Saya tak berbohong! Atau mungkin masa saya kemalangan itu, mereka pisahkan saya dari Herodes dan ambil anak saya! Lepas tu, mereka pura-pura bedah saya dan cukur rambut saya! Tengok, Father! Saya dah botak!” jawab Selena panjang lebar. Dia sangat bersemangat menceritakan pengalamannya bersama Herodes dan anak yang dikandungnya, serta kehidupan sempurnanya.

“Di mana kamu jumpa dia?” tanya Father Michael lagi.

“Depan pejabat tempat saya kerja. Masa tu saya hampir dilanggar sebuah kereta merah. Bila saya sedar, saya berada di hospital. Dan Herodes yang bawa saya ke hospital, Father…” jawab Selena.

“Kamu ada sakit di mana-mana tak masa bangun dari hospital tu?” tanya Father Michael.

“Entahlah, Father.. saya tak ingat. Apa yang saya tahu, saya tak beritahu siapa-siapa pasal itu.. Dari situ saya kenal dengan Herodes. Bahkan, Jordan juga lepaskan saya untuk bercinta dengan Herodes. Saya tak tipu!” kata Selena dengan jujur.

Father Michael diam, angguk kepala dan senyum.

“Ada orang lain tak, selain Herodes yang kamu kenal?”

“Kawan-kawan Herodes dan perempuan yang selalu jual makanan dengan dia. Tapi kenapa Father tanya pasal tu?” tanya Selena dengan hairan.

“Mungkin saya akan tolong kamu cari Herodes. Tapi kamu mesti percayakan saya dan jangan lupa makan ubat tau…” kata Father Michael lagi.

“Tapi mereka bagi saya ubat gila. Kadang-kadang saya terlupa macam mana rupa Herodes… saya taknak, Father! Tolonglah keluarkan saya dari sini!” rayu Selena sambil menarik-narik lengan baju Father Michael.

Father Michael angguk kepala.

“Ya, saya akan keluarkan awak. Tapi mesti janji dengan saya dulu…” kata Father Michael sambil menunjukkan jari kelingking seolah-olah membuat janji. Selena yang melihat, cepat-cepat berjanji dengan Father Michael sambil mengangguk dan tersenyum ceria.

Kemudian, seorang jururawat datang membawa ubat dan air kepada Selena. Jururawat itu kelihatan takut-takut kerana pernah mengalami kejadian di mana Selena cuba menendang dan memukulnya apabila dipaksa makan ubat.

“Tak apa. Beri saya ubat itu.” kata Father Michael kepada jururawat, lalu mengambil ubat dan air daripada jururawat dan memberikannya kepada Selena.

Jururawat itu agak terkejut kerana Selena tidak membantah atau melawan apabila diberi ubat. Malah, dia sendiri yang mengambil ubat dari tangan Father Michael dan memakannya dengan gembira.

“Okey, sudah makan ubat!” kata Selena dengan ceria. Father Michael tersenyum dan mengangguk kepada jururawat, menyuruhnya pergi.

“Baik, Selena. Saya gembira dapat berkenalan dengan kamu. Kamu tahu tentang saya, jadi saya perlu tahu tentang kamu. Nanti saya akan datang lagi, okey?” ujar Father Michael.

“Bawa saya keluar?” tanya Selena dengan penuh harapan sambil bertepuk tangan.

“Saya perlu cari Herodes dulu. Lepas tu, saya akan suruh dia jemput kamu keluar dari sini…” jawab Father Michael.

“Terima kasih, Father!” ucap Selena sambil memeluk Father Michael dengan penuh kegembiraan.

“Tapi janji dengan saya, kamu kena jaga kelakuan. Nanti Herodes tak mahu datang sini jemput kamu. Makan ubat, jangan marah jururawat. Kesian dia…” nasihat Father Michael.

Selena angguk kepala dengan cepat sambil tersenyum.

“Father, sebelum father datang lagi, boleh tak bagi saya MP3? Saya nak dengar lagu. Tempat sini bosan dengan orang bodoh!” kata Selena dengan muka merajuk.

“Baiklah… kamu nak lagu apa?”

“Semua lagu Lana Del Rey…” jawab Selena dengan senyuman.

Father Michael angguk kepala. Walaupun dia tidak kenal siapa penyanyi itu, dalam hatinya, dia bertekad untuk memulihkan Selena walau apa pun yang terjadi.

“Baiklah, Selena. Saya akan bawa…” ujar Father Michael dengan senyuman.

Apabila melihat Father Michael beredar dan mendekati mereka, ibu bapa Selena segera menerpa dan menyoal kepadanya.

“Macam mana, Father? Okey tak?” soal ibu Selena dengan penuh debaran. Ketika itu, mereka melihat jururawat membawa Selena pergi dari situ dengan ceria.

“Anak kamu berdua tak gila. Kalau dia gila, dia takkan ingat semua secara detail, takkan bercakap bahasa Inggeris dengan saya, dan takkan minta lagu kepada saya. Dia ingat lagu yang dia minat dan sempat menyanyikannya kepada saya. Kenapa kamu semua cakap dia gila? Kalau dia gila, dia dah lama tiada di bumi ini. Macam mana kamu layan dan rawat dia?” soal Father Michael dengan nada sedikit geram.

“Tapi dia kata dia kenal Herodes dan ada anak dalam kandungan! Dia dah lama koma, Father, dua tahun! Jordan yang jaga dia selama ini dan sabar dengan perangai dia setelah dia sedar. Dia selalu tuduh Jordan punca semua ini,” jawab ayah Selena.

Father Michael mengeluh dan menoleh ke arah Jordan.

“Jordan, masa dia koma, ada apa-apa yang berlaku tak? Kadang-kadang orang yang koma ni boleh mengigau seolah-olah dia sedar dan menjalani kehidupan semasa bermimpi,” tanya Father Michael.

“Hmmm… saya tak pasti, Father, tapi dia pernah berkelakuan seperti sawan. Tapi sekejap saja. Kenapa Father?” jawab Jordan.

“Tapi jika dia pernah meracau atau mengigau dengan teruk, itu mungkin menunjukkan ada yang tak kena. Gila dan terkena buatan orang tu tak sama. Rawatan pun tak sama. Jadi, pastikan keadaan Selena. Jangan paksa dia. Kalau dia kata Herodes tu wujud, katakan pada dia yang Father Michael tengah cari Herodes. Okey?” ujar Father Michael.

Mereka semua angguk kepala tanda faham.

“Dan satu lagi, Jordan. Jangan paksa Selena untuk kembali kepada kamu. Orang macam ni mudah terkena depression. Kamu semua tahu kan? Pasal kandungan dia, kamu cakap saja, masa kemalangan, anak dia meninggal dalam perut…” tambah Father Michael.

“Tapi macam mana kalau dia minta bukti, Father?” soal ayah Selena.

“Buatkan satu kubur untuk anak dalam kandungan tu… kita tak boleh libatkan hospital untuk buat sijil palsu, nanti kena saman. Buat saja kubur palsu,” jawab Father Michael.

Ibu bapa Selena dan Jordan berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, mereka menghantar Father Michael ke kereta.

“Baiklah, saya pergi dulu. Saya akan datang semula selepas cari sesuatu,” ujar Father Michael.

“Terima kasih banyak, Father…” ucap ayah Selena sambil berjabat tangan dengan Father Michael sebelum pergi semula melawat Selena.

Father Michael menghidupkan enjin kereta merahnya dan duduk seketika. Bunyi lagu dari radio berkumandang.

Ever since my baby went away
It's been the blackest day
All I hear is Billie Holiday
It's all that I play...

Sampai sahaja di rumah, Father Michael terus masuk ke dalam sambil membawa beg sandangnya. Di ruang tamu, dia ternampak adik perempuannya, Rose, tengah sibuk menaip sesuatu di laptopnya.

“Abang dah balik ke? Saya tak masak ni. Mummy dan daddy tak ada di rumah. Lagipun, saya tak lapar dan nak diet…” ujar Rose, yang berusia 25 tahun.

“Rose, abang nak tanya ni. Kamu tahu penyanyi nama Lana Del Rey?” soal Michael.

Rose berhenti menaip dan mengangkat kepalanya memandang ke arah abangnya, yang telah menjadi paderi di sebuah gereja kecil beberapa tahun lalu.

“Sejak bila abang minat lagu indie ni? Bukan test abang ni, kan?” tanya Rose.

“Rasanya itu bukan jawapannya. Tadi abang jumpa pesakit hospital sakit jiwa, anak seorang pasangan yang mengalami gangguan jiwa selepas bangun dari koma selama lebih dua tahun. Dia mahukan lagu dari Lana…” jawab Michael. Dia kelihatan letih, memandangkan hari itu dia telah melakukan banyak perkara.

“Pelik juga kerja abang ni. Tapi whatever lah. Saya tahu siapa Lana tu. Lagu dia merangkumi semua jenis perasaan. Siapa-siapa yang rasa jiwa dia kosong atau nak luahkan perasaan, lagu Lana memang sesuai. Abang nak dengar ke? Saya minat salah satu lagu Lana…” ujar Rose panjang lebar.

“Rasanya abang ada dengar satu lagu dia di radio tadi. Apa tajuknya? Blackest?”

“The Blackest Day… tapi saya tak pasti makna dia…” jawab Rose, sambil menutup laptop dan mengeliat.

“Saya masuk bilik dulu. Make sure abang kunci semua gate, yer. Goodnight!” ujar Rose, sambil membawa laptopnya masuk ke dalam bilik.

Rose duduk di atas katil dan membuka semula laptopnya. Dia klik satu folder bernama ‘My Story’ dan memilih satu dokumen yang penuh dengan muka surat, bertajuk:

‘SHADES OF COOL’.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience