BAB 23: MERAWAT

Romance Completed 4375

“Selena...” Micheal akhirnya bersuara, nadanya berat. “Kita... kita tak boleh macam tu. Kau kena faham.”

Selena diam, keningnya sedikit berkerut. “Kenapa tak boleh? Kau tak sayang aku ke?”

Micheal terdiam, bibirnya terketar-ketar, cuba mencari kata-kata yang tepat. Selena hanya menatapnya, matanya penuh harapan, menunggu jawabannya. Dia mendekatkan wajahnya lagi, hampir-hampir tiada ruang antara mereka. Micheal rasa panik, jantungnya berdegup kencang, dan dia dapat rasa nafas Selena yang semakin hampir.

"Kenapa tak nak cakap, Herodes?" suara Selena lembut tapi penuh desakan. "Kau tak sayang aku ke?"

Micheal tarik nafas dalam-dalam, cuba menenangkan diri. Selena semakin dekat, dan dia tahu, kalau dia biarkan begitu saja, dia akan terjebak lebih dalam dalam permainan yang tak pasti.

Akhirnya, dengan berat hati, Micheal mengalah.

"Ya... aku sayang."

Senuman besar merekah di wajah Selena, matanya berbinar. Dia tersenyum puas, mendekatkan wajahnya ke wajah Micheal. Micheal terpaku, terkejut, dan seolah-olah terperangkap dalam momen itu. Bibir mereka hampir bersentuhan, dan Micheal sudah boleh rasa degupan jantungnya yang tak terkawal.

Tiba-tiba, bunyi telefon bimbit Micheal memecah suasana itu. Deringan mesej yang datang cukup kuat untuk membatalkan segala perasaan yang sedang bergejolak dalam dirinya.

Micheal hampir tersenyum lega, tapi dia cepat-cepat jawab.

"Eh, itu kerja... aku ada hal kerja."

Selena agak kecewa, tapi dia lepaskan Micheal, walaupun tangan Selena masih menggenggam bahu Micheal.

"Okey... lain kali datang lagi, kan?" katanya dengan suara sedikit mendung.

Micheal angguk, walaupun hatinya berbelah bagi. Dia tak mahu tinggalkan Selena dalam keadaan begini, tapi dia tahu ini adalah jalan yang paling selamat buat masa ini. Tanpa berkata apa-apa lagi, Micheal berpaling dan berjalan keluar dari bilik.

Selena hanya memandang dari belakang, matanya sedikit berkaca. Dia tahu, Micheal semakin jauh, tapi dia berharap, suatu hari nanti, dia akan benar-benar menjadi Herodes dalam hidupnya.

-

MICHEAL sedang sibuk menyemak dokumen di mejanya, sudah hampir tengah hari tanpa dia sedar. Kerja di pejabat memang memerlukan tumpuan yang sepenuh hati, dan dia tak sempat berfikir tentang waktu makan tengah hari. Tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi, memecah keheningan pejabat.

"Abang!" suara Rose kedengaran panik. "Selena hilang!"

Micheal terus terdiam, jantungnya berdegup lebih kencang.

"Apa? Hilang?"

"Ya! Sejak pagi tadi, dia tak ada kat rumah! Mak Selena cakap, dia tak bawa telefon, beg sandang semua tinggal!" suara Rose semakin cemas.

Micheal cepat-cepat tengok jam di tangan. Hampir pukul 12 tengah hari. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Dia cuba tenangkan diri, tapi hatinya tetap risau.

"Mungkin dia keluar dengan kawan dia, kot?"

"Tapi, Chloe sekarang kat luar bandar, kan? Tak ada siapa pun dekat sini dengan Selena," jawab Rose dengan nada yang lebih risau.

"Mak Selena pun dah risau sangat. Selena tak bawa barang penting dia, abang."

Micheal terdiam sejenak, rasa tak sedap hati mulai menyelubungi dirinya. Dia tahu ada yang tak kena.

"Okey... abang cuba cari dia, Rose. Jangan risau, abang akan pastikan dia selamat."

Setelah bercakap sebentar lagi dengan Rose, Micheal terus bangun dan mengemas barang-barang di mejanya. Fikirannya berserabut, cuba untuk merancang apa yang perlu dibuat. Selena... ke mana dia pergi? Mengapa dia tinggalkan semua barang penting? Micheal semakin bimbang, dan dia tahu, dia tak boleh biarkan Selena sendirian dalam keadaan seperti ini.

MICHEAL memandu dengan penuh sabar, tapi setiap minit yang berlalu terasa semakin panjang. Hampir 40 minit sudah dia mencari, namun tak ada tanda-tanda Selena. Ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas dan cuaca yang tak menentu, hari itu semakin mencabar.

Hujan mula turun lebat, dan trafik semakin perlahan. Micheal terpaksa berhenti di depan sebuah kedai untuk seketika. Dia mengambil roti bungkus yang dia beli tadi, makan dengan cepat walaupun hatinya penuh kerisauan. Perutnya berkeroncong, tapi dia tahu, kalau dia tak makan, dia tak ada tenaga untuk teruskan mencari Selena.

Ketika sedang makan, matanya terpandang kelibat seorang perempuan yang berjalan dengan santai di tengah hujan. Gaun biru lautnya basah kuyup, kaki telanjang, tanpa selipar. Micheal hampir abaikan, ingatkan mungkin orang gila, tapi hatinya tiba-tiba terasa gelisah. Tanpa dia sedar, dia sudah menumpukan perhatian pada perempuan itu, dan...

Dia kenal. Itu Selena!

Micheal segera mencari payung di dalam kereta, tapi tak jumpa.

"Ah! Payung tu Rose pinjam tapi tak bagi balik!" dia merungut dalam hati.

Dia tak mahu tunggu lagi. Tanpa fikir panjang, Micheal terus keluar dari kereta, berlari dalam hujan yang semakin lebat, dan cepat-cepat menarik tangan Selena.

"Selena!" kata Micheal dengan suara yang penuh kecemasan, memeluknya rapat.

"Aku risaukan kau. Semua orang risaukan kau. Mana kau pergi? Kenapa kau buat semua ni?"

Selena tak dapat menahan lagi. Air matanya bercampur dengan hujan yang membasahi tubuh mereka berdua. Dia menangis, bukan hanya kerana hujan yang turun, tetapi kerana beban yang terlalu berat di dalam hati.

Micheal memeluknya lebih erat, cuba memberi ketenangan yang dia sendiri tidak pasti dapat diberikannya. Micheal cepat-cepat membawa Selena masuk ke dalam kereta, membalut tubuh basah Selena dengan jaket tebal yang ada. Dia memandu pantas, bimbang keadaan Selena yang semakin teruk.

Tetapi tiba-tiba...

"Ah!"—terperangkap lagi dalam trafik jam!

Micheal mengetap gigi, matanya terus memandang ke hadapan, cuba tak panik. Dalam kesesakan itu, dia perasan Selena sudah mula batuk teruk, hidungnya sumbat, dan wajahnya kelihatan pucat. Micheal segera periksa dahinya, dan panas. Hati Micheal mula risau.

"Selena... Selena, bangun. Jangan tidur, okey?" Micheal cuba mengejutkan Selena, tapi dia hanya mengangguk lemah dan menutup mata. Keadaan semakin buruk. Pakaian basah, tubuh menggigil.

Micheal terus lihat maps di telefon, cuba mencari hospital terdekat.

"Aduh, 30 minit lagi!" kata Micheal dalam hati, makin tertekan.

Mata Micheal tertoleh ke kiri. Terdapat sebuah motel kecil di tepi jalan, dengan papan tanda neon yang samar-samar. Dia berhenti sejenak, fikirkan keputusan yang perlu dibuat. Selena dah makin teruk, batuk tak berhenti dan menggigil, kalau teruskan perjalanan ke hospital, mungkin dia tak dapat bertahan.

"Aku buat semua ni demi keselamatan Selena," katanya dalam hati, penuh kerisauan.

Tanpa banyak soal, Micheal terus parkir kereta di depan motel itu. Dia pandang bangunan itu beberapa saat, berfikir, apakah keputusan ini betul? Tapi, selagi Selena terus sakit, dia tak boleh biarkan.

Micheal segera keluar dari kereta, memapah Selena dengan perlahan ke dalam motel. Dia cepat-cepat menempah sebuah bilik. Namun, satu lagi masalah timbul.

Pakaian Selena...

Micheal gelisah.

"Aku lelaki. Macam mana aku nak buka pakaian dia?"

Dia hampir hilang pertimbangan. Tiada ikatan sah, tak mungkin dia boleh lakukan begitu. Micheal menarik nafas panjang, tak tahu nak buat apa. Keadaan semakin terdesak. Dia ambil telefon dan cuba menghubungi Rose, namun Rose jauh sangat. Lebih sejam perjalanan dari sini.

"Ya Tuhan... apa aku nak buat?"

Micheal berdoa dalam hati, penuh penyesalan. Semua ini demi keselamatan Selena, tapi... dia rasa bersalah. Micheal berdiri sejenak di tepi katil, cuba menenangkan diri. Hujan yang lebat di luar seakan menambah kebingungannya. Dengan cepat, dia membuka pakaiannya yang juga basah, mengenakan bathrobe putih yang disediakan oleh motel. Dia perlu buat ini untuk keselamatan Selena.

Setelah itu, Micheal duduk di sebelah Selena, matanya memandang ke arah tubuh gadis itu yang terbaring lemah. Gaun biru basah yang dipakai Selena hampir menampakkan alur tubuhnya. Micheal terasa panas di wajahnya, cuba tidak memandang terlalu lama.

Dia segera menyelimutkan tubuh Selena dengan berhati-hati. "Jangan biarkan dia makin teruk,"bisiknya dalam hati, menenangkan diri. Selesai membalutkan Selena dengan selimut, dia harus buat perkara ini. Membuka butang gaun biru Selena yang basah itu di bawah selimut itu. Dah macam gementar membedah orang, dia berjaya melucutkan gaun Selena.

Satu lagi masalah. Ahh...! Pakaian dalam Selena. Mendengar Selena batuk dalam keadaan mamai, Micheal terpaksa menanggalkan pakaian dalam Selena sehingga jari jemarinya tersentuh area sensitif yang hangat dan menegang di bahagian payudara Selena. Kerana terkejut, Micheal yang polos dan suci itu, menarik tangannya kembali.

Tiba-tiba, jantungnya berdegup dengan kencang.

"Heiii... maafkan aku, Tuhan! Aku tak sengaja!" Dia memejamkan mata, cuba menahan rasa bersalah yang datang bertubi-tubi.

Micheal merasa gelisah, berulang kali meminta maaf dalam hati, namun dia tahu, semua ini dia lakukan demi keselamatan Selena. Maaf, Selena...

Share this novel

Erna Md Nordin
2024-11-23 21:50:44 

hihihi...nakal...

DHIA AMIRA.
2024-11-23 11:29:15 

nexxxx


NovelPlus Premium

The best ads free experience