Bab 3 : I climb You

Romance Completed 4375

Tak lama kemudian, kami berdua akhirnya sampai di sebuah mall yang agak jauh dari rumahku. Kami memutuskan untuk duduk di café yang menyediakan pelbagai jenis makanan laut.

"Cantik kau pakai dress tu. Tak pernah aku tengok. Bila beli?" tanya Jord sambil tersenyum memandangku.

"Dah lama. Cuma aku tak ada feel nak pakai. Kau pun sama, hensem pula hari ini," balasku. Aku agak segan memuji, tetapi Jord memang nampak segak hari ini.

"Dah lama kau tak puji aku dan pandang aku macam tadi," kata Jord.

"Pandang macam mana?" Aku membaca menu yang disediakan di atas meja sambil bertanya.

"Macam jatuh cinta. Tadi, masa kau keluar dari pintu gerbang," jelas Jord.

"Aik, habis tu, selama ni aku tak jatuh cinta dengan kau lagi ke?" aku bertanya sambil kembali memandang Jord.

"Entahlah. Aku rasa kau semakin menjauh. Mungkin sebab kau sibuk sangat dengan kerja. Tapi sebelum ni pun, kau tak macam ni. Jangan-jangan kau dah kena penyakit 'Fictiophilia'," teka Jord.

Aku tersedak sedikit minuman dan terbatuk-batuk.

"Ah! Sudah! Jantung aku tiba-tiba berdegup kencang. Namun, aku pandai kawal ekspresi wajahku. Aku senyum.

"Tracey, hati-hati lah. Aku gurau je," kata Jord, kelihatan risau.

Aku diam sebentar untuk melegakan rasa gatal di tekakku. Pada masa yang sama, seorang pelayan lelaki bertubuh tinggi membawa makanan ke meja kami.

"Ini makanan yang dipesan," kata pekerja seafood itu.

Aku senyum berterima kasih sambil memandang wajah pekerja lelaki itu. Aku terkejut apabila rupa pekerja lelaki itu seperti Hector. Aku diam dan menjeling ke arah pekerja lelaki itu semasa dia masuk semula ke dapur.

"Aku ke toilet sekejap," kataku, masih tidak puas hati. Fikiranku melayang ke mana-mana.

Jord hanya mengangguk, dan aku terus bangun beredar dari meja makan.

Aku menuju ke toilet di belakang, yang tidak jauh dari bahagian dapur. Aku mencari kelibat pekerja lelaki yang menyerupai Hector sebentar tadi untuk memastikan itu hanyalah khayalan.

Namun, hampa setelah berlegar-legar seperti seorang pencuri mencari sesuatu, aku tidak menemui pekerja lelaki tampan itu. Tanpa membuang masa, aku terus masuk ke dalam toilet dan mula membasuh tangan. Kedengaran kedai makan itu memainkan lagu-lagu orang putih.

"Eh, macam kenal je lagu ni," kataku sambil mengelap tangan dengan tisu yang disediakan.

- *We found each other
I helped you out of a broken place
You gave me comfort
But falling for you was my mistake*

"Selena, sedap tak makanan tadi?" tanya Hector dengan suara lembut dari belakang.

Jantungku berdegup kencang apabila terdengar suara seorang lelaki menegurku dari belakang. Aku memandang cermin dan melihat susuk tubuh Hector dari pantulan cermin. Hector berdiri di belakangku, lengkap dengan pakaian pelayan café. Aku menoleh ke belakang dan secara spontan mengigit bibir kerana Hector tampak tampan dan aku tersenyum nakal.

"Jangan nakal. Ini toilet perempuan," kataku sambil mengusiknya.

"Public toilet," jawab Hector sambil menunjuk tanda di pintu dengan senyuman tajam.

Aku juga memandang tanda yang tertampal di pintu. Tidak ada petunjuk lelaki atau perempuan.

Muka aku merah padam, terutama dalam keadaan tandas yang sempit itu. Kami berdiri agak rapat. Dua langkah lagi, pasti kami akan bergesel. Lagu itu makin mendayu-dayu mengusik hatiku.

- *I put you on top, I put you on top
I claimed you so proud and openly
And when times were rough, when times were rough
I made sure I held you close to me*

Kedua-dua tanganku menggenggam sinki tandas. Terbayang-bayang Hector mengangkat tubuhku dan melabuhkan punggungku di atas sinki. Aku tersenyum. "Gila lah!"

"Ehemm... Aku belum sempat rasa makanan tu sebab aku pergi ke toilet. Kau pula, buat apa di sini?" aku cuba menghilangkan rasa gugupku daripada berterusan memikirkan perkara yang tidak elok.

Aku meninjau keadaan di luar, kelihatan tukang masak sibuk memasak, pelayan café melayan pelanggan, dan Jord yang duduk membelakangi toilet.

Hector menutup pintu toilet dan kembali mendekatiku. Dia mula menyentuh pipiku yang kesejukan. Pandangan matanya yang redup dan hangat tapak tangannya.

- *So call out my name (call out my name)
Call out my name when I kiss you so gently*

Aku menutup mata menikmati betapa hangatnya tapak tangannya di pipiku. Hatiku terasa hangat, seperti hangatnya mencintai seseorang yang tidak wujud. Aku membuka mata apabila tidak lagi merasakan kehangatan sentuhan itu.

Hector tiada lagi di depan mata. Aku menyentuh pipi kanan. Hangat.

Aku hairan. Apakah itu? Aku menghela nafas. Entah kenapa aku merasa kecewa.

Kemudian, aku keluar dan duduk kembali di depan Jord yang sudah habis makan.

"Makanlah, dah sejuk makanan tu," kata Jord.

Aku mengambil sudu dan menyuap sedikit makanan di dalam mulutku sambil memandang ke arah Jord.

"So, how it taste?" suara pertanyaan itu kedengaran di depanku. Aku tahu suara Jord bagaimana. Suara di depanku ini tidak sama.

"Yummy," jawabku.

Aku tersenyum melihat Hector duduk di depan aku, senyum sambil merenung aku makan. Hector tidak lagi memakai pakaian seragam pelayan café tadi. Dia tampan dengan suit berwarna hijau lumut dan rambut perang disisir rapi.

Melihat Hector di depanku, tiba-tiba aku merasa kenyang. Aku meletakkan sudu kembali dan menolak hidangan ala Jepun di depan.

"Eh? Satu sudu saja?" suara Jord kedengaran.

Hector sudah pergi. Ianya hanyalah ilusi aku sahaja. Hanya wajah Jord di depanku.

"Aku rasa kenyang. Kalau kau nak, makanlah. Aku rasa berat dah naik ni," aku berkata sambil mengawal diri.

"Kau okey ke ni? Naik apa berat? Dah makin kurus aku tengok. Tapi makin cantik pula," kata Jord cuba memujiku.

Aku hanya diam. Tiba-tiba Jord mengambil gambarku menggunakan handphone canggihnya.

Kemudian, dia bangun dan duduk di sebelahku. Dia memanggil pelayan yang lalu di depannya dan meminta pekerja itu mengambil gambar kami berdua.

Jord memeluk bahuku dan menoleh ke arahku. Aku memandangnya, dan melihat Jord memberi senyuman menawannya.

*Klikkk...!* Satu gambar diambil.

"Cantik," kata pelayan lelaki.

"Thank you dik," kata Jord kembali ke tempat duduknya.

Aku terpinga-pinga. Jarang sangat Jord hendak mengambil gambar berdua. Entah kenapa aku rasa, Jord hari ini, mood-nya baik sahaja.

Setelah itu, aku tunggu di luar kedai sementara menunggu Jord membayar makanan di kaunter.

"Cantik kan gambar kita berdua tadi?" bisik Hector kepadaku dengan suara menawannya.

Aku berangan gambar itu adalah aku bersama Hector. Oh my gosh! Teruk sangat ke aku berangan ni???

"Ya. You look so charming. I love you," kataku.

"I love you too, baby," balas Hector.

Aku tersenyum. Hector mendekatiku dan memelukku, lalu mencium dahiku. Aku merasa bahagia dengan pelukan hangat itu.

Kemudian, aku membuka mata dan terlihat Jord senyum melihatku dalam dakapannya.

"Dah lama kau tak ucap perkataan 'I love you too' kat aku," kata Jord.

Aku terkejut. Lantas aku melepaskan pelukan itu.

"Yeke aku cakap macam tu?" aku terasa janggal.

"Habis tu, siapa yang aku cium tadi? Hantu? Lawaklah kau. Hahaha... Dah, jom!" Jord ketawa, lalu berjalan pergi dari situ dengan perlahan.

Aku garu kepala. *I'm getting worse or not? Please answer me! *

Bersambung...

Senyum ke tu? >°<

Share this novel

DHIA AMIRA.
2024-08-08 22:04:38 

quite worse

DHIA AMIRA.
2024-08-08 22:02:48 

dia sorg je nmpk kn... kacak gitu mmg bole angau hahaha...


NovelPlus Premium

The best ads free experience