Bab 4

Romance Completed 7016

Mata nya liar mencari di pelusuk kedai makan tersebut, maklumla waktu makan tengah hari. Setelah mata nya melihat belakang kawan nya, kaki nya laju melangkah kea rah meja tersebut.

“Yo! Dani”
Tangan nya pulak menepuk bahu rakan nya itu. Tersentak sedikit Dani apabila bahu nya tiba-tiba ditepuk orang, nasibla air telah selamat dihirup masuk dalam perut. Muka masam memandang rakan yang sedang mengambil tempat dihadapan nya kini.

“Tak reti memberi salam ker? Ingat ni negara apa USA ke, ni Malaysia tau tak”

“Hahaha sori la kawan.”

“Dah la lambat buat orang macam tu pulak”

“Aik! Dani sejak bila kau pandai merajuk nie. Dani yang aku kenal tak pernah ada hati puding nie”

“Ek eleh Iq. Hati pudding kau kata”

“hahaha. Jangan la marah abang Dani oi.”

“kau apa cerita nie? Dah masuk ofis ke sekarang nie?”

“Aku masuk esok la Dani. Hari nie masih santai lagi. Kau pulak”

“Aku macam nie je la. Kerja ke sana sini. Pergi hotel tak pun pergi resort pastu balik rumah”

“Hurmmmm”

“Apa yang hurmm nya Iq?”

Pelik pulak Dani melihat Iq merenung nya sambal kening nya berkerut-kerut memikirkan sesuatu yang sangat penting.

“Kau ni dah kenapa? Jangan cakap taste kau dah bertukar Iq” tanya Dani dengan muka sedikit cemas.

“Taste bertukar apa pulak Dani?” kata Iq mengaru kepalanya yang tidak gatal.

“Yela kau kan baru balik dari Kanada, mana la tau kau dah bertukar kepada..”

“Kepada apa” lama Iq menunggu ayat keluar dari mulut Dani tu.

“Gay” sepatah perkataan keluar dari mulut Dani menyebabkan mulut Iq terlopong, kalau lalat lalu konfom masuk tu.

“Cisss!Simpang malaikat 44 tu Dani”

“Hahahahahaha yela dah tadi kau tenung aku macam nak telan. Takut pulak aku tengok”

Kalau orang lain tadi dah naik dah penumbuk di muka Dani. Nasib baik la kawan dari kecik gurau senda mereka masing-masing dah lali dah. Tu yang boleh terlebih gurau macam tu, dah macam adik-beradik kandung. Dulu mereka sama sekolah dari sekolah rendah lagi sehinggalah tamat tingkatan 5. Masing-maisng melanjutkan pelajaran di university yang berlainan. Iq atau Iqram Harris merupakan kawan dia semasa susah dan senang. Sorang lagi rakan mereka Mohd Zachary tidak ikut sama perjumpaan mereka kali ini. Zack seorang yang agak pendiam sikit tetapi apabila di dalam mahkamah kalah Iq yang mulut murai nie, maklumla Zack tu seorang peguam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience