Bab 21

Romance Completed 7016

Air mata yang baru saja berhenti tadi mengalir semula saat Iris mendengar dia bakal dinikahkan lusa. Kakinya diangkat pergi dari tangga dan menuju ke arah biliknya agar tak ada sesiapa menyedari kehadiran dirinya disitu. Handphone yang terletak di atas meja diambil, jari nya lahu menekan skrin menaip Malaysia Airlines dan lantas satu tiket one-way dibeli dari Kuala Lumpur to London-Heathrow. Iris telah nekad dia harus pergi kerana tak ada sapa pun yang berada di pihaknya, semuanya berpihak kepada lelaki itu!

Persiapan serba ringkas telah siap dilakukan oleh kedua-dua pihak untuk menjayakan majlis pernikahan Iris dan Dani. Dani tampak segak berbaju melayu cekak musang berwarna putih gading itu, Iq kelihatan sibuk sekali menjadi jurugambar tak bergaji Dani.

“Iq, ada air tak terasa kering tekak aku nie”

“Aik bukan tadi kau dah minum dua botol air mineral ker?” tanya Iq apabila Dani meminta lagi sekali air daripadanya. Ni konfom tengah nervous tahap maksimum nie.

“Ye ker? Aku nervous nie Iq aku bukannya pernah bernikah” ujar Dani membalas Iq.

Belum sempat Iq membalas Dani, Dani telah dipanggil untuk bersiap sedia kerana pengantin perempuan dah sampai.

“Jangan la gabra sangat Dani, kita berjabat tangan jer nanti bukan nya nak berperang” usik Encik Aziz apabila Dani yang duduk didepannya berberapa kali mengelap peluh didahi. Tersenyum Dani mendengar usikan bakal mertuanya tak lama lagi.

Kaki Iris terasakan berat sekali melangkah masuh ke dalam masjid itu, kalau bukan ditarik mamanya memang tak bergerak la dia. Iris menoleh ke arah abangnya yang setia berada disampingnya ketika itu.

“Abang, adik taknak kawin bang. Tolongla adik bang” ucap Iris untuk kali keberapa Ash pun tak dapat nak mengira lagi.

“Adik jangan buat perangai, adik tak boleh nak berpatah balik lagi. Jangan nak malukan keluarga kita” sampuk Puan Hasrima dengan suara yang tegas. Iris terus mendiamkan diri dan wajahnya tunduk memandang kebawah.

Dani menoleh seketika ke arah Iris yang sedang berjalan masuk ke dalam masjid, terpukau Dani melihat Iris yang kelihatan cantik sekali mengenakan baju pengantin yang sedondon dengan warna bajunya.

“Sabar Dani, milil kamu juga tu nanti” kata Encik Aziz yang melihat Iris sampaikan tak berkelip-kelip matanya.

“Kang lari pulak si Iris tu nanti Dani baru kau tau” Iq tak mahu tinggal mengusik Dani.

“Biasala Aziz darah muda tu” jawab Encik Daus turut mengusik anak lelakinya.

“Lepas ni JPJ dengan PDRM tak dapat nak masuk campur lagi Dani” tambah Iq pulak.

“Memangla Iq, nak sekat buat apa aku pun dah tak sabar nak jadi uncle nie” Ash turut serta mengusik Dani, kedengaran suara ketawa mereka yang hadir disitu.

Terkulat-kulat Dani dan muka nya memerah menahan malu dek usikan yang ditujukan kepadanya. Namun bagi Iris semua yang berlaku pada masa itu hanya seperti angin yang berlalu pergi, baginya semua itu tak bermakna apa-apa pun.

Dengan sekali lafaz, Iris Arisha telah pun menjadi isteri kepada Danial Hayren. Iris menoleh ke arah mamanya apabila dia merasakan mamanya menepuk lembut bahunya untuk menyalam tangan yang berada didepan matanya ketika itu. Entah bila Dani ada disitu Iris pun tak tahu, saat Dani melafazkan akad nikah tadi pun tak didengarnya. Dengan seribu satu perasaan yang ada Iris menyalami tangan yang sudah bergelar suaminya, saat bibirnya mencecah kulit tangan tersebut terasa ada satu kucupan di dahinya. Seketika Iris dapat merasakan satu perasaan yang halus menusuk masuk ke hatinya, namun segera ditepis apabila mengingat kembali punca semua itu berlaku.

‘Mungkin hati keluarga aku dapat kau tawan, tapi kau takkan pernah dapat menawan hatiku ini’ tekad Iris didalam hatinya.

Masa kini…

Kedengaran suara anjing menyalak telah menyedarkan Dani kembali kebiliknya itu, ditoleh ke kanan untuk melihat jam yang telah menunjukkan pukul 2.25 pagi. Ternyata dia telah lama tenggelam ke dalam memori yang cukup bersejarah dalam hidupnya. Hari dia bernikah dengan seorang gadis yang memberikan warna-warna pelangi dalam hidupnya buat seketika sebelum gadis itu melangkah pergi meninggalkan nya tak lama selepas majlis itu selesai. Masih dia ingat lagi ahli keluarga kedua-dua pihak panik mencari hilangnya pengantin perempuan. Memang masin betul mulut si Iq tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience