Bab 10

Romance Completed 7016

Masa kini…

Akhirnya sekali lagi kaki Iris berpijak di tanah lahirnya, Malaysia. Itu pon setelah Jay membuat ugutan untuk memutuskan persahabatan mereka. Mahu tak mahu Iris terpaksa jua menurut kehendak Jay, kata Jay kalau tak mahu balik terus sekurang-kurangnya anggapla ini sebuah percutian.

Terasa getaran di dada Iris tatkala melangkah keluar dari kapal terbang itu, Jay pulak kelihatannya seronok sekali tak ubah seperti anak ayam keluar dari reban pon ada juga.

Jay yang baru tersedar Iris tidak ada sisi nya, lantas menoleh ke belakang mencari Iris. Kelihatan Iris yang jauh ketinggalan di belakangnya, dia tahu pasti banyak yang sedang berlaku di dalam kepala kawan nya itu. Rasa bersalah pulak apabila melihat muka tidak bermaya Iris, tapi ini semua untuk kebaikan Iris juga takkan nak lari selama-lamanya.

“Iris! Can you walk a little bit faster?”

“No! I got a 5kg sandbag on my leg, don’t you see that!”

“Aik! Bukan 5kg dosa ker, ada dua kaki jadi 10kg dosa la kan”

Selamba Jay berkata lalu laju kaki nya menghala ke arah tempat pengambilan beg mereka. Terdiam Iris mendengar ayat yang dikeluarkan oleh Jay, terasa berdas-das tembakan mengenai dirinya, dia tahu apa yang Jay cakapkan tu ada benarnya.

“Hurmm”

Satu lagi keluhan keluar dari mulutnya. Apa la agak nya reaksi keluarganya apabila melihat muka nya nanti terutama sekali abang nya satu itu. Adoi! Tu la Iris buat lagi perangai macam tu, nak tak nak sekarang perlu berani tanggung sendiri. Tapi bukan sepenuhnya salah aku juga kan, aku nie mangsa keadaan papa tu yang tak mahu mendengar penjelasan dari aku ni. Suara-suara akal fikiran Iris mula berperang sesama sendiri.

“Iris!”

Sekali lagi terdengar suara Jay memanggil nama dia.

“Ye! Coming!”

Laju kaki Iris melangkah ke arah Jay kang keluar pulak speaker Jay di airport nie nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience