Bab 22

Romance Completed 7016

Ash duduk di sofa yang disediakan di lobi hotel itu sementara menunggu Iris turun dari biliknya. Semalam Iris berkeras tak mahu balik ke rumah bersamanya dengan alasan masih lagi belum bersedia untuk berdepan dengan papa dan mama mereka. Pagi tadi dia ada berwhatsapp kepada Dani untuk berjumpa dengannya pada hari ini. Dia ingin Iris dan Dani duduk berbincang menyelesaikan masalah yang berlaku antara mereka.

Iris tahu dia telah membuatkan abangnya menunggu di lobi, terkocoh-kocoh nya keluar dari bilik sambil tangan dan matanya sibuk mencari handphone di dalam handbag nya.

Bukk! Terduduk Iris di lantai hotel apabila dia telah terlanggar belakang seseorang, nasib baik ada carpet tebal yang digunakan hotel itu kurang sikit rasa sakit di punggungnya. Tu la mata pandang ke depan masa jalan, ralit mencari handphonenya sampai terlanggar orang.

“Maaf cik. Cik ok tak?” kendengaran satu suara meminta maaf pada Iris.

“Eh! Takpe saya ok nie” jawab Iris lalu memandang wajah empunya suara itu.

Tergamam Dani saat melihat wajah gadis yang berada didepannya kini, dia tak menyangka pulak gadis yang melanggarnya tadi adalah isterinya sendiri. Seakan baru tersedar telah lama memandang wajah Iris, terus dia memegang lengan Iris untuk membantu isterinya itu berdiri semula.

Iris terasa seperti terkena kejutan elektrik apabila dia merasakan ada tangan yang sedang memegang lengannya yang sedang leka menatap wajah tampan lelaki yang dilanggarnya tadi.

“Terima kasih dan minta maaf sebab terlanggar awak tadi, tapi saya harap awak jangan pegang perempuan sesuka hati awak lepas nie kalau bukan muhrim awak” ucap Iris sebelum berlalu pergi kerana malu. Dah la langgar orang siap tolong mengangkat dia lagi, tapi sempat pulak dia bagi menegur kepada lelaki itu.

Dani pulak terkebil-kebil apabila mendengar ayat yang keluar dari mulut isterinya itu, Iris tu isterinya bukan muhrim apa pulak nie. ‘Laa takkan la Iris nie dah lupa kot pada aku nie, suami dia sendiri nie.’ Teringat akan janjinya dengan Ash untuk berjumpa nanti laju kakinya menuju ke arah lift. Dia juga inginkan kepastian samada Iris betul-betul mengenalinya atau tidak.

Setibanya di lobi mata nya segera mencari kelibat Ash dan Iris, dia melihat kelibat dua beradik itu sedang duduk di meja semalam. Mungkin mahukan sedikit privasi daripada didengar oleh orang lain. Dengan perasaan yang berdebar-debar Dani melangkah ke arah mereka.

Ash terus mengangkat tangannya apabila melihat Dani berjalan menghampiri meja mereka itu. Iris menoleh ke belekang apabila melihat abang nya mengangkat tangan, membulat mata nya apabila dia melihat lelaki yang dilanggar nya tadi menghampiri mereka.

“Abang kenal dengan lelaki tu ker?” tanya Iris kepada Ash dengan suara yang perlahan. Iris melihat Ash kelihatan terkejut dengan petanyaannya itu.

“Kenapa abang terkejut pulak dengan soalan adik nie?” tanya Iris kerana dia fikir takde yang pelik dengan soalan dia tadi.

“Seriously Iris?” tanya Ash inginkan kepastian daripada Iris.

“Deadly serious la abang. Abang tau tak tadi adik terlanggar dia siap bagi teguran lagi tau. Malu adik” luah Iris dengan muka yang terus memerah saat teringat kejadian sebentar tadi.

“Saya Hayren, kawan abang awak ni” jawab Dani lalu duduk di kerusi sebelah Iris dan menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan Iris.

“Ish! Awak ni kan memang mudah lupa ker? Baru jer tadi saya bagi teguran kepada awak supaya jangan sesuka hati pegang tangan orang yang bukan muhrim. Muka awak nie jelas sekali muka orang melayu tulen” Luah Iris dengan perasaan geram kerana lelaki itu masih lagi menghulurkan tangan untuk bersalam dengan dia. Kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut lelaki itu menambahkan lagi rasa geram Iris.

“Antara awak dengan saya rasanya awak ni lebih mudah lupa daripada saya. Dari gayanya awak ni baru berumur 26 kan, muda-muda lagi dah lupa macam nie macam mana la agak nya kalau dah tua nanti. Susah juga nak jaga awak bila tua nanti” balas Dani sambil tersenyum memandang muka Iris yang ketara sekali geram melihat dia.

“Kenapa pulak awak nak jaga saya bila saya tua nanti. Kenal pun tak. Hello Mr Hayren saya dah kawin ok! Kalau nak mengorat tu ha berlambak lagi perempuan kat luar tu”
“Perempuan memang banyak di luar tu, tapi Iris Arisha hanya satu jer dalam dunia.” Matanya tepat memandang mata hazel milik isterinya itu. Berbunga hatinya apabila Iris mengaku dia telah berkahwin tapi sayang suami depan mata pun tak kenal.

Ash memandang wajah Iris dan Dani silih berganti, dia hanya mendiamkan diri mendengar dan melihat telatah mereka berdua. Nampak gayanya adik dia nie tak kenal dengan suami sendiri, manakala Dani pulak tak mahu memberitahu perkara sebenar. Ash mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal, dia tak tahu nak buat apa lagi.

“Adik nak pergi ambil makanan dulu. Lapar!” ujar Iris lalu bangun untuk mengambil makanan.

“Dani buat apa nie? Kenapa tak bagitahu jer kamu tu suami dia?” tanya Ash setelah dia melihat Iris sudah melangkah jauh.

“Bukan taknak bagitau abang tapi geram dengan Iris yang sudah lupa kat Dani nie, nampak sangat Dani nie tak penting bagi dia” ujar Dani dengan perlahan.

“Hurmm entahla Dani, Iris nie bukannya boleh dijangka perangai nya. Tapi tadi dia mengaku juga dia dah kahwin” terasa lucu pulak Ash dengan adiknya itu.

“Tu la abang Ash, sekarang nie kita rahsiakan dulu la dari dia. Dani nak dia kenal dengan diri Dani nie, kami sama-sama belajar mengenai diri masing-masing. Abang Ash tolong bagitahu mama dengan papa ya, jangan marahkan dia lagi. Dani taknak dia makin menjauh nanti, Dani taknak pulak menjalankan misi mencari isteri nya itu untuk kali kedua. Cukupla sekali bagai nak gila menunggu dia kembali” luah Dani.

“Hurmm kalau dah macam tu kata Dani abang tak boleh nak kata apa-apa lagi la. Nanti abang bagitahu papa dengan mama” balas Ash sambil mengangguk kepalanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience