Bab 25

Romance Completed 7016

Hanya suara DJ dan lagu yang berkumandang memenuhi ruang dalam kereta itu, Iris hanya membuang pandangannya ke luar jendela. Sesekali Iris curi-curi memandang wajah Dani yang sedang fokus memandu dengan senyuman tak lekang dari bibirnya. Jujur Iris akui, muka Dani itu memang hensem. Bulu kening Dani yang lebat sedikit, hidungnya yang mancung, wajah nya putih bersih, dan akhir sekali bibir nya merah tampak seksi di mata Iris.

Waa! Iris jaga mata kau tu, ingat kau tu dah ada suami. Alaa bukannya suami aku tahu pun, lagipun belum tentu aku nie masih jadi isteri dia.

Dani yang terperasaankan dirinya direnung oleh sepasang mata milik isterinya tersenyum, mana tak nya sekejap Iris senyum lepas tu keningnya berkerut-kerut pulak. Apa la yang ada dalam fikiran isterinya itu?

“Saya tahu la saya nie hensem Isha. Hilang fokus saya nanti kalau sayang asyik tenung muka saya macam tu”

“Ehh! Mana ada orang pandang muka awak” ujar Iris setelah tertangkap lalu menoleh ke luar tingkap. Malu!

“Hahaha taknak mengaku erk. Saya tak kisah pun kalau sayang nak pandang lama-lama, milik Isha jugakan”

“Eleh! Bila masa pulak awak tu jadi saya? Saya dah jadi milik orang lain tau”

“Yeker, boleh bagitau Isha tu milik siapa”

“Suami Isha sapa lagi” tanpa sedar Iris telah menggunakan panggilan Isha.

Berbunga hati Dani saat mendengarnya, bak kata orang dalam hatinya ada taman dipenuhi dengan bunga-bungaan dan tak lupa juga pelangi yang menghiasi. Pelangi Iris Arisha! Sekarang kereta itu dipenuhi dengan suara dan gelak tawa mereka berdua.

‘Ya Allah, andai Iris Arisha ini jodohku, Kau satukanla hati kami. Sesungguhnya, diri ini sangat menyintainya dan diri ini tak sanggup untuk kehilangannya buat kali kedua. Kau permudahkanlah agar hati milik Iris Arisha akan menjadi milik Danial Hayren selamanya. Amin.’

Muka polos isterinya yang sedang tidur itu dipandang lama, pasti nie penat setelah banyak bercakap tadi. Baru Dani tahu apabila isterinya itu sudah selesa dengan seseorang dia akan mudah untuk bercerita. Isterinya juga seorang yang sangat manja, semuanya terserlah daripada mimik muka dan tingkah lakunya.

Tangannya mengelus lembut pipi Iris, kemudian matanya beralih ke arah bibir isterinya. Melonjak naluri lelakinya rasa hati ingin saja mengucup bibir itu, tapi dia takut dengan penerimaan daripada isterinya maklumla isterinya belum tahu lagi siapa dia sebenarnya.

“Isha bangunla kita dah sampai nie” Dani membangunkan isterinya itu takut lain pulak jadinya nanti, takut dia akan kalah dengan naluri lelakinya. Itu pun hampir setengah jam dia menatap muka isterinya setelah sampai ke destinasi mereka, bagaikan tak mahu berpisah walau sesaat daripada isterinya itu.

“Hmmmm dah sampai ker” tanya Iris dengan suara yang agak serak kerana baru bangun.

Aduhai sayang! Lain pulak yang terjadi pada Dani, suara itu kedengaran seksi sekali.

‘Ya Allah kuatkanla iman aku nie.’ Isteri dia nie memang sengaja mahu menguji imannya yang tersedia goyah itu, lalu lantas dia keluar dari kereta dan mengeluarkan beg dari bonet kereta.

“Ingatkan kau tak mahu keluar tadi” tanya Iq menyapa Dani yang sedang mengeluarkan beg.

“Ish! Korang nampak ker?”

“Tak nampak apa nya Dani, nasib baik dah halal. Kalau tak nasib la kamu” tambah Ash pulak.

“Kuat juga iman kamu nie Dani” Zack juga turut mengusik Dani.

“Kita pulak yang untung dapat tengok drama free” serentak pecah ketawa mereka di tempat letak kereta itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience