Bab 27

Romance Completed 7016

“Isha, saya ada kisah untuk diceritakan pada Isha”
“Apa dia?”

Dani menarik satu nafas yang panjang sebelum memulakan ceritanya.

“Ada seorang lelaki, dia dah berkahwin dua tahun lalu atas sebab kena tangkap basah dengan perempuan yang dinikahinya itu. Tapi isteri lelaki tersebut telah melarikan diri setelah selesainya akad nikah mereka, meninggalkan lelaki itu tanpa sebarang nota pun. Lelaki itu mencari ke merata tempat di mana hilangnya si isteri, setelah lama dia mencari tapi masih juga gagal. Lelaki itu pun berhenti mencari, tapi bukan bermaksud dia berputus asa dia hanya ingin memberi ruang kepada si isteri untuk menenangkan diri. Mungkin ini adalah satu kesan akan kesalahannya. Setiap bulan lelaki itu akan memasukkan wang ke dalam akaun milik isterinya kerana itulah satu-satunya jalan untuk dia terus mengekalkan perkahwinan mereka. Di dalam setiap doanya, lelaki itu tidak pernah gagal untuk mendoakan agar hati isterinya terbuka untuk kembali ke sisinya suatu hari nanti.”

Dani berhenti seketika untuk menarik nafas sebelum menyambung ceritanya sekali lagi.

“Setelah dua tahun menunggu isterinya, akhirnya doa lelaki itu termakbul apabila isteri yang ditunggunya selama dua tahun itu muncul semula di depan matanya. Kegembiraan saat melihat isteri didepan mata hanyalah seketika, kerana dia mendengar segala luahan si isteri kepada abangnya yang menyatakan betapa marah isterinya itu kerana terpaksa bernikah dengan dia. Rasa kecewa apabila mendengar sendiri isteri tak mahu berkawhwin dengan dia hanya Allah saja yang tahu. Namun andai itu kehendakNya siapala kita untuk menolak, sekali lagi pasangan itu bertemu apabila si isteri tanpa sengaja terlanggar belakang si suami. Sekali lagi hati si suami dikecewakan apabila isteri yang dinikahinya itu tidak mengenali bahawa dia adalah suaminya. Pada masa itu si suami telah berputus asa, namun kenyataan daripada si isteri yang mengaku diri sendiri telah berkahwin mengembalikan kembali semangat si suami. Walaupun hanya ada 1% peluang untuk menawan hati isterinya, lelaki itu sanggup melakukan apa sahaja agar masjid yang dibinanya akan tetap kukuh.”

Sekali lagi Dani berhenti untuk menarik nafas, matanya hanya memandang ke depan. Jujur pada masa itu dia belum bersedia untuk melihat reaksi isteri disebelahnya.

“Berbagai cara yang dilakukan oleh si suami untuk meraih perhatian daripada si isteri, si suami selalu mengusik isterinya kerana dia suka melihat wajah comel si isteri ketika sedang marah. Setiap hari si suami akan bertemu dengan isterinya untuk melepaskan rindu, sampaikan dia ada juga curi-curi menangkap gambar si isteri sebagai peneman sebelum tidur. Si suami berasa sungguh gembira apabila si isteri secara paksa rela menaiki kereta nya, si isteri tak tahu bahawa semuanya telah dirancangkan agar dia menaiki kereta si suami. Sesungguhnya hari itu adalah merupakan hari paling mengembirakan si suami apabila dia dapat berbual dan bergurau senda dengan isterinya. Dan sekali lagi si suami jatuh cinta dengan si isteri seperti mana dia jatuh cinta pandang pertama pada isterinya itu dua tahun yang lalu.”

“Kalau Isha nak tahu, nama lelaki itu adalah Danial Hayren, dan nama isteri lelaki itu adalah Iris Arisha. Dengan bersaksikan nama Allah, abang ikhlas sayangkan Isha sepenuh hati abang dan abang memang maksudkan apa yang abang ucapkan sebentar tadi. Abang mahu hubungan kita suami isteri ini kekal hingga ke Jannah. Abang takkan mendesak sayang untuk menerima diri abang nie, abang bagi Isha masa dan ruang untuk berfikir sedalam-dalamnya. Abang akan terima segala keputusan daripada sayang. Terakhir sekali, Iris Arisha merupakan cinta pertama abang.”

Usai mengungkap kata-kata itu Dani bangun melangkah pergi, terasa berat sekali kakinya mahu melangkah dari situ. Dia ingin memberikan ruang untuk Iris berfikir, hatinya berdoa agar dia menerima keputusan yang positif daripada isterinya. Dan seandainya Iris membuat keputusan tidak menerimanya, dia terpaksa terima walaupun pahit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience