Bab 17

Romance Completed 7016

Dani mengambil tempat di sebuah meja yang diduduki oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang sedang makan sambil bergurau senda. Iq masih lagi mengambil makanan ditemani oleh Nadia, nampak gayanya ada peluang la si Iq ni nanti.

“Sorang je ker?” tiba-tiba Dani di tanya oleh lelaki tersebut.

“Tak. Tadi datang berdua tapi yang sorang tengah menjalankan misi mengejar cinta” balas Dani lalu menunjuk ke arah Iq dan Nadia.

“Kawan Nad la nie. Qairil Ashraf panggil Ash jer. Nie pulak Iris, Iris Arisha adik saya” balas Ash memperkenalkan diri.

“Saya Dani, Danial Hayren” kata Dani memandang Ash sebelum matanya dialihkan kepada Iris.

Dani dapat merasakan getaran di dada saat matanya bertemu dengan mata berbentuk kacang almond dan berwarna hazel milik Iris. Kulit wajah Iris yang putih bersih, hidung nya mancung sedikit, dan bibir nipis yang berwarna pink lembut itu menambahkan lagi kecantikan wajah Iris membuatkan Dani terpana memandang keindahan ciptaan Tuhan.

Dup dap dup dap! Terasa laju jantung Iris tatkala bertemu mata dengan Dani, debaran yang didada terasa menyesakkan saluran pernafasan nya ketika itu. Andai kata dapat melompat keluar, dah melompat jauh jantungnya yang satu itu. Dah la muka Dani itu seperti muka pelakon Jepun yang diminatinya, Kentar? Sakaguchi membuatkan Iris terpukau untuk terus memandang muka Dani.

“Ehem!!”

Serentak si teruna dan si dara terkejut mendengar Ash berdehem dengan kuat. Iris lalu laju memandang ke arah pingan nya, manakala Dani terus mengambil gelas lalu meneguk air tersebut hingga setengah. Ash pulak terasa mahu tergelak besar melihat reaksi Dani dan Iris yang jelas sekali terkejut. Bukan main lama lagi mereka berdua memandang satu sama lain tadi bagaikan dunia mereka yang punya.

Dani terus menyuap nasi ke mulut yang belum terusik dari tadi, terasa terlebih sedap makanan yang dinikmatinya ketika itu. Iq dan Nadia yang baru sampai kelihatan terpinga-pinga melihat telatah ketiga-tiga mereka, mana tak nya sorang senyum sampai ke telinga yang dua orang tu pulak macam cacing kepanasan duduk pon tak senang gayanya.

“Abang Ash, adik masuk dalam dulu la” laju Iris bangun tanpa menunggu balasan dari Ash tak betah rasanya nak duduk di situ lagi. Terasa panas kedua-dua belah pipinya pada ketika itu, tu la pandang lagi muka anak orang sampai kena tegur dengan abang sendiri.

“Aik! Nak lari kemana tu Iris? Malu la tu” Ash dapat melihat kedua-dua pipi adik nya merah itu macam udang kena bakar. Merah!

“Ada benda aku terlepas ke nie?” tanya Iq yang masih lagi belum mengerti situasi itu. Nadia pulak hanya mengangkat bahu nya.

“Korang terlepas la. Rugi tak tengok. Ala macam cerita Hindi tu. Kuch Kuch Hota Hai” balas Ash lalu melepaskan ketawanya.

Ahuk! Dani tersedak mendengar ayat yang keluar dari mulut Ash tu laju jari nya megambil gelas untuk meminum air bagi melancarkan kembali makanan yang tersekat di kerongkongnya.

“Laa ye ker. Rugi la terlepas tadi. Oh ya Ikram boleh panggil Iq jer” Iq dah boleh menangkap serba sedikit situasi yang berlaku tadi. Nadia pulak hanya tersenyum mendiamkan lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

“Ashraf, Ash. Ala kalau berminat apa salahnya, single lagi tu, tapi kena lepas sekatan JPJ dengan PDRM jer la” tambah Ash lagi mengusik Dani yang sedang memerah mukanya menahan malu.

“Haa! Dengar tu Dani. Tapi Ash jangan risau Dani bersih rekodnya” tambah Iq lagi.

“Ek eleh Iq, kau tu apa kurang nya baju macam orang pergi bernikah tau la calonnya sebelah jer tu” balas Dani kerana geram dengan Iq yang mengusiknya.

Ahuk! Kali ni Nadia pulak yang tersedak mendengar ayat Dani, laju tangan Iq menyuakan gelas berisi air masak untuk membantu Nadia.

“Kau ni Dani, kan dah tersedak Nad nie” kata Iq pada Dani kesian pulak dia tengok Nadia yang sampai berair matanya.

“Ooo patut la segak bergaya sakan Ash tengok tadi. Nie pon kena lepas sekatan JPJ dengan PDRM juga barulah adil” tambah Ash. Riuh meja itu dengan ketawa mereka yang mengusik satu sama lain.

Menoleh Maya saat mendengar ketawa orang di meja selang semeja itu. Matanya bersinar apabila melihat tiga jejaka yang kelihatan hensem belaka. Tadi bukan main masam mukanya masa ibu nya mengajak nya berkunjung ke rumah jirannya itu. Kebanyakkan perempuan-perempuan yang ada disitu memakai baju kurung, hanya diri nya saja yang memakai skirt paras lutut dan baju ketat lengan pendek.

Tangannya laju mengambil jag yang berisi air sirap, lalu kaki nya laju dihayun melangkah ke arah meja tersebut dengan lengok nya mengalahkan model. Entah mana silapnya, tiba-tiba kaki Maya tersepak kaki meja yang diduduki oleh empat orang itu. Jag yang berada ditangannya terlepas dan air sirap itu tumpah pada salah seorang jejaka yang duduk dimeja itu.

Bush! Iq, Ash, dan Nadia terkejut saat melihat Dani yang terkebil-kebil disimbah dengan air sirap sehingga basah habis baju yang dipakainya dan seorang gadis yang sedang tertiarap di tepi meja mereka.

Ketawa Iq la yang pertama sekali keluar, kemudian diikuti dengan ketawa Ash manakala Nadia hanya tersenyum menahan ketawa. Bukan tak kesiankan kawan nya itu tapi wajah Dani ketika itu betul-betul mengeletek hati mereka.

“Maafkan saya, saya betul-betul tak sengaja” ujar Maya setelah dia dapat berdiri semula.

“Ya Allah, apa dah jadi dengan kamu ni Dani” tanya Encik Aziz dan Encik Fikri serentak apabila melihat Dani yang berlumuran dengan air sirap itu.

“Dani nie nak ambil seri pakcik, takut tak lepas sekatan JPJ dengan PDRM” balas Iq dengan selamba.

“Betul tu Papa, Dani takut dia gagal nanti” Ash pulak tambah mengusik Dani.

“Sudah la mengusik Dani tu, Iq abang Ash” Nadia pulak menyampuk kesian dia melihat Dani, dah la kena simbah dengan air kena usik macam tu pulak.

“Dani kamu pergi tukar baju tu dulu, takkan nak balik melekit macam tu.” kata Encik Fikri kepada Dani.

“Nad pergi minta kat mama, dalam beg Ash tadi baju yang belum dipakai lagi” bagitau Ash kepada Nadia yang mahu melangkah masuk ke dalam rumah bersama Dani.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience