Bab 19

Romance Completed 7016

Terbuka terus mata Dani apabila mendengar suara itu, terbang semua mimpi indahnya bersama Iris tadi. Dani seakan baru tersedar apa yang telah dia lakukan dan apabila mata dia bertembung dengan mata Iris masa tu hanya Allah jer yang tahu.

Kedengaran esak tangisan seseorang memenuhi ruang tamu rumah itu, tetamu yang lain telah pulang yang tinggal hanya la beberapa orang sahaja. Masing-masing masih lagi belum mengeluarkan suara tetapi daripada riak wajah mereka pasti berbagai perkara yang sedang bermain di dalam fikiran.

Dani duduk di sofa dan Iq yang berada disebelah kiri dan Ash di sebelah kanan. Sesekali matanya memandang ke arah Iris yang sedang dipeluk oleh Puan Hasrima. Pilu hatinya melihat wajah gadis itu yang kelihatan kusut sekali dengan air mata yang tak berhenti dari tadi. Rasa bersalah dan marah akan diri sendiri semakin menebal di dalam hatinya.

“Papa nak Iris dan Dani kawin” kedengaran suara Encik Aziz setelah sekian lama menyepi.

“Papa!! Adik taknak pa!”

“Nak tak nak kamu kena ikut Iris!” balas Encik Aziz dengan suara yang agak tinggi.

Terdiam Iris mendengar suara papanya itu kerana belum pernah lagi dia mendengar suara papa nya setinggi itu.

“Dani setuju. Dani akan bertanggungjawab” Dani menjawab dengan suara yang cukup menyakinkan.

Dia telah bertekad untuk bertanggungjawab ke atas Iris dan sesungguhnya hati dia telah terpaut dengan Iris. Cinta pandang pertama!

“Esok bawa ibu dan ayah kamu datang rumah pakcik, kita bincang semuanya esok” tegas Encik Aziz.

"Baik pakcik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience