Bab 1

Romance Completed 7016

Bab 1
Hembusan angin pagi menampar lembut pipi seorang gadis yang setia duduk di bangku itu setiap pagi.

" Morning Iris"

Sapa seorang wanita berkulit cerah kepada gadis tersebut dan si gadis membalas dengan senyuman di bibirnya.

“Morning Mrs Abell ”.

“Alone? Where Jay? ”

“As usual Mrs Abell still in the bed”

“Hahaha alright see you again, got go to work. Bye”

“Bye Mrs Abell”

Iris mengalihkan pandangan nya kembali ke arah tasik yang di hadapan nya. Itu la rutin harian nya setiap pagi. Selepas berjogging dia pasti akan duduk di bangku tersebut sambil menghirup udara segar sebelum memulakan hari di Kota London tempat yang jauh dari tanah air tercinta. Apa la agaknya khabar keluarga di sana? Bukannya dia tidak rindu akan keluarga yang jauh di Malaysia lebih-lebih lagi abang dia.

“Abang Ash adik rindu dengan abang” luahnya untuk ke sekian kalinya.

Selepas membuka pintu rumah nya, Iris terus pergi ke bilik sebelah kanan lalu tombol pintu dipulas. Dia mengeleng kepala apabila melihat sekujur tubuh masih lagi berbalut kemas dengan selimut.

“Tak bangun lagi minah sorang ni. Nie pergi kerja ke tak nie”
“Oi Jay bangun la dah pukul berapa dah ni. Tak pergi kerja ke hari nie?”

Tangan nya pulak menarik selimut dari badan Jay. Makin di tarik makin erat pulak si Jay memegang selimut. Bukannya Iris tak tau bukan main liat lagi Jay mahu bangun pagi ni. Hampir setiap pagi juga jadi jam loceng tak bertauliah ni. Nampak gaya nya belum ada tanda-tanda mahu bangun ni, kena cari jalan lain ni.

Tiba-tiba timbul satu idea dalam fikiran dia. Kalau tak bangun juga malas nak pikir lagi biar la Jay tak pergi kerja. Jeng jeng. 1 2 3.

“ Jay, Zack nak kawin!!!!!”

“What!! No!! Zack I love you!!”

“Hahahahahahahaaha”

Iris telah ketawa terbahak-bahak mendengar balasan dari Jay. Setelah dapat mentafsir keadaan sebenar terus Jay membuat muka cemberut dan muncung sedepa nya. Kening nya bekerut-kerut dan muka nya memerah menahan geram melihat aksi kawan serumah nya yang ketawa sampai mengalirkan air mata. Sebiji bantal dibalingkan kepada Iris tapi tak mengena.

“Iris!!!! I kill you.”

“Hahahaha sapa suruh orang kejut elok-elok tak mau bangun.”

Iris keluar dari bilik Jay dengan tawa yang masih lagi bersisa, terasa hilang sedikit rindu pada keluarganya dengan telatah rakan nya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience